Friday, 4 October 2013

SYARAT TAUBAT - AKU INGIN BERTAUBAT

Kepada setiap insan di luar sana, yang masih lagi terperangkap di dalam jerangkap dosa ciptaanya sendiri agar berusaha memandang berat setiap dosa yang dilakukanya, ingatlah……janganlah dikau melihat akan kecilnya sesuatu dosa itu, tetapi lihatlah kepada siapa dosa yang dikau lakukan itu ??


Syarat-syarat taubat dan pelengkap taubat …
Di antara syarat-syarat taubat yang di perkatakan oleh para ulama’ berdasarkan hadith dan ayat-ayat Al-quran ialah :

(1) Berhenti serta merta daripada dosa yang dilakukan itu
(2) Mewujudkan rasa menyesal di atas perbuatan-perbuatan dosa yang telah dilakukan dahulu
(3) Berazam tidak akan melakukan kembali dosa-dosa terdahulu
(4) Jika dosa yang melibatkan hak insan lain hendaklah dipulangkan semula hak insan tersebut dan meminta ampun dan maaf daripada insan tersebut.

Dan di antara syarat-syarat tambahan kepada syarat-syarat utama di dalam bertaubat ialah :

(1) Hendaklah meninggalkan dosa-dosa tersebut berniat kerana Allah taala dan bukanlah demi perkara lain, seperti meninggalkan sesuatu dosa kerana tiada lagi kemampuan untuk melakukan dosa tersebut, atau kerana takutkan cercaan manusia kepadanya atau kerana ingin memuaskan hati manusia lainya.

- Tidaklah dinamakan bertaubat jika meninggalkan dosa yang dilakukan itu adalah kerana takutkan dosa tersebut akan terkesan ke atas jawatan yang dipeganginya atau takutkan bakal dibuang kerja.

- Tidaklah dinamakan bertaubat jika meninggalkan dosa yang dilakukan itu adalah kerana ingin menjaga kesihatan dan kekuatan badanya,seperti seseorang yang meninggalkan perlakuan zina kerana takutkan penyakit yang bakal menimpanya nanti,atau takutkan yang ianya bakal melemahkan badanya atau kejantananya.

- Tidaklah dinamakan bertaubat jika meninggalkan perbuatan mencuri kerana dia tidak mempunyai alatan-alatan memecah rumah, atau kerana tiada kemahiran membuka peti besi atau kerana takutkan pengawal dan polis.

-Tidaklah dinamakan bertaubat jika meninggalkan meminum arak dan menghisap benda-benda yang mendatangkan gian kerana ketiadaan duit.

- Begitulah juga tidak dinamakan bertaubat jika meninggalkan dosa adalah kerana tidak mampu untuk melakukan perkara dosa tersebut,seperti meninggalkan bercakap bohong kerana mendapat sakit di mulut yang menyebabkanya tidak boleh bercakap,atau penzina yang meninggalkan zina kerana tidak mampu lagi untuk melakukan hubungan seks.

(2) Hendaklah mewujudkan rasa benci terhadap dosa-dosa lalu yang telah dilakukan.
Ini kerana orang yang telah bertaubat dengan taubat yang sahih itu tidaklah boleh dia merasa suka bahkan berbangga pula dengan dosa-dosa yang dilakukanya dahulu ketikamana dia teringat kembali dosa-dosanya atau menceritakanya kepada orang lain (atas niat memberi pengajaran),ataupun ada terselit suatu niat ingin kembali melakukan dosa-dosa terdahulu itu.

Sesungguhnya Imam Ibnu Qayyim rahimahullahu taala ada menyatakan beberapa keburukkan pada melakukan dosa didalam kitab beliau : Ad-Daa’u wad Dawaa’u dan juga di dalam : Al-Fawaied :

(1) Haram dari mendapat ilmu yang bermanfaat
(2) Kemurungan dan wujudnya keresahan yang meresahkan didalam hati
(3) Disusahkan urusan didalam kehidupan seharian
(4) Diharamkan dari berlaku taat
(5) Diharamkan mendapat keberkatan
(6) Kurangnya berasa kedamaian
(7) Disempitkan dada
(8) Membiakkan perkara-perkara buruk
(9) Dibiasakan berterusan melakukan dosa
(10) Dihinakan oleh Allah
(11) Dihinakan oleh manusia lain
(12) Dilaknati oleh segala binatang ternakkan
(13) Diberikan kehinaan
(14) Ditandakan titik hitam di atas hati (4)
(15) Diletakkan di bawah kelaknatan
(16) Terhalang dimaqbulkan doa
(17) Dihapuskan rasa kegembiraan
(18) Dihilangkan rasa malu
(19) Ditarik nikmat dari Allah
(20) Sentiasa merasa takut di dalam hatinya
(21) Tergolong di dalam tawanan syaithan
(22) Mati di dalam keadaan yang buruk
(23) Mendapat azab seksa Allah di akhirat.

(3) Hendaklah seorang hamba Allah yang melakukan dosa itu bercepat-cepatan melakukan taubat kepada Allah, kerana walaupun dia melambat-lambatkan taubat sekalipun, dia tetap perlu bertaubat juga suatu hari nanti,itu pun jikalau dia masih diberikan peluang hidup oleh Allah.

(4) Hendaklah dia mewujudkan rasa tidak cukup atau merasa adanya kekurangan terhadap taubatnya supaya dia dapat memperbanyakkan taubatnya kepada Allah dan janganlah dia mewujudkan rasa yaqin bahawa taubatnya diterima,kerana nanti akan menyebabkan perasaan merasa selamat daripada kemarahan Allah apabila melakukan dosa.

(5) Hendaklah dia memenuhi kembali hak-hak Allah yang telah dia terlepas melakukanya dahulu semungkin yang boleh, seperti mengeluarkan zakat yang terhalang untuk dikeluarkanya dahulu ataupun hak-hak orang faqir miskin.

(6) Hendaklah dia cuba menjauhkan dirinya daripada tempat-tempat yang boleh mendatangkan maksiat kepada Allah kerana dikhuatiri dia akan kembali melakukan dosa itu demi kerana pintunya yang terbuka luas di hadapanya.

(7) Hendaklah dia menjauhkan dirinya daripada insan-insan yang boleh menjuruskanya kembali melakukan maksiat kepada Allah.

(8) Hendaklah dia menghapuskan segala perkara-perkara haram yang masih wujud lagi didalam simpananya seperti benda-benda yang memabukkan,gambar-gambar lucah serta video-video lucah, pakaian-pakaian yang menjolok mata, yang mana semestinya dia menghapuskanya atau membakar kesemuanya, kerana kebanyakkan manusia-manusia yang telah bertaubat tidak dapat beristiqamah di dalam bertaubat kepada Allah adalah kerana masih ada lagi perkara-perkara haram ini di dalam simpananya, semoga Allah memberikan jalan istiqamah kepada setiap insan yang bertaubat…

(9) Hendaklah dia memilih rakan-rakan yang soleh dan baik akhlaqnya yang boleh menolongnya mencari jalan keredhaan Allah sebagai mengganti rakan-rakanya yang lama yang boleh mengajaknya kembali kepada dosa-dosa lamanya.

Begitu juga hendaklah dia cuba menghadiri majlis-majlis zikir kepada Allah ataupun majlis-majlis ilmu yang bermanfaat agar dapat mengisi masa lapangnya dengan perkara yang berfaedah supaya tidaklah dapat syaithan itu mencari peluang membisikkan kepadanya agar teringat kembali dosa-dosa lamanya.

(10) Dan yang paling penting…Hendaklah dia cepat-cepat bertaubat sebelum Al-Ghargharah dan juga sebelum terbitnya matahari dari sebelah Barat.

Apakah Al-Ghargharah itu ?? : iaitu suatu suara yang terkeluar daripada kerongkong di saat roh ditarik keluar daripada jasad yang bermaksud hendaklah dia bertaubat sebelum datangnya qiyamat kecil dan qiyamat besar berdasarkan hadith dari rasulullah sallallahu alaihi wasalam :

من تاب إلى الله قبل أن يغرغر قبل الله منه

« Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum datangnya Al-Ghargharah maka akan diterima Allah akan taubatnya » (hadith riwayat Imam Al-Haakim di dalam Al-Mustadraak yang berdarjat Sahih di dalam Al-Jaamik As-Saghir oleh  Imam As-Suyuthi)

من تاب قبل أن تطلع الشمس من مغربها تاب الله عليه

« Barangsiapa yang bertaubat sebelum terbitnya matahari dari sebelah Baratnya,maka akan diterima Allah akan taubatnya » (hadith riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah yang berdarjat Sahih di dalam Al-Jaamik As-Saghir oleh Imam As-Suyuthi)



Sumber Disini




 

1 comment:

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST