Sunday, 13 October 2013

SAYA MENUNGGU UNTUK DIKAFANKAN - ANDA PLHIV SEWAJARNYA BERSYUKUR

Seorang pembaca meninggalkan komen didalam ruang entri  "ISKANDAR REMAJA HIV – BACAAN CD4 SAYA MENINGKAT NAIK DARI 48 SEHINGGA 1181"

Dan saya berharap agar semua pembaca yang membaca entri ini mendoakan agar saudara/i yang meninggalkan komen ini diberi kekuatan semangat untuk meneruskan kehidupan dan mari kita doakan supaya beliau kembali sembuh dan sihat. 


Saya terlalu stress baca blog ni...

Saya menghidap barah otak dan SLE, terlalu lemah untuk hidup. Anggaran doktor 5-6 bulan untuk hidup. (waive dari masa saya komen ni) sedangkan PLHIV boleh hidup lebih sihat dan gembira, ada ubat yang jelas dan membantu, namun saya hanya (mempunyai) jangka masa dan ubatan yang tidak pasti.

PLHIV, anda sewajarnya bersyukur, (anda) hanya (ada) HIV. Pandangan masyarakat pun dah semakin boleh menerima. (Anda) masih boleh bina masa hadapan.

(Tetapi) saya.... hanya persiapkan diri untuk di kafankan, sangat sedih dan cemburu. 

Maaf ter emo..
 

*SLE (Systemic Lupus Erythematosus) SLE ialah penyakit kronik autoimun di mana antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tiba-tiba `berubah’ dengan menyerang sel badan atau organ manusia. Dalam kata lain, ia satu gangguan sistem imun membabitkan sistem imun itu sendiri melawan bahagian-bahagian tubuh yang sepatutnya dilindungi.



 
Salam Anonymous
 

Setiap manusia pasti akan diuji Allah, abang selalu kata pada diri abang kalau abang rasa teruk diduga dengan HIV ini pasti ada insan lain yang lebih merana diuji dengan ujian lain dari Allah sama ada dari segi mental atau pun fizikal.

Kena ingat sekiranya saudara/i sedang teruk diuji oleh Allah pasti ada insan lain yang lebih teruk lagi diuji Allah pada ketika ini, dan abang harap saudara/i juga kena terus berfikiran positif. 

Doktor hanya tahu menganggarkan sahaja jangka waktu hayat seseorang yang dikatakan mengidap sesuatu penyakit yang tidak boleh sembuh TETAPI ajal maut ditangan ALLAH. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, abang cuba letakkan diri abang ditempat saudara/i. 

Nasihat abang saudara/i jangan putus asa dengan ramalan doktor tersebut, saudara/i fikir positif, jangan terlalu stress fikirkan mengenai ramalan itu. Hati kena tenang dan gembira, cuba anggap yang diri saudara/i sihat.

Walau dimana sahaja saudara/i berada jangan duduk sahaja didalam bilik ya, keluarlah jalan-jalan sekitar kawasan tempat tinggal, renung langit dan renung segala ciptaan Allah disekeliling, tarik nafas panjang-panjang dan sentiasa cuba tenangkan hati. Yakin bahwa Allah mampu menyembuhkan apa jua penyakit, jangan berputus harap kepadaNya.

Ajal ditangan Allah, usah percaya ramalan yang doktor berikan itu, sebab jika saudara/i percaya ianya akan membuatkan saudara/i menjadi lemah dan tak bersemangat. Saudara/i kena kuat dan abang percaya semangat dan kekuatan dalam diri saudara/i boleh membuatkan kesihatan saudara/i kembali sihat.  

Emaillah pada abang sekiranya saudara/i ingin berborak. Ingat ya elak diri dari tertekan (maybe sukar tapi kena cuba ya) sentiasa cuba tenangkan diri, insyaallah segalanya baik-baik aje.

Abang doakan saudara/i akan kembali kuat bersemangat - Naj Mi















Apa itu SLE?

SLE (Systemic Lupus Erythematosus) merupakan sejenis penyakit kronik berpanjangan berlaku kesan daripada kecelaruan sistem pertahanan tubuh yang membabitkan sistem auto imun badan apabila sistem pertahanan menyerang tubuh.

Sistem pertahanan tubuh adalah rangkaian sel yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.Sistem ketahanan tubuh badan akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan mikroorganisma kuman yang masuk ke dalam tubuh. Antibodi ini akan bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan kuman berkenaan.

Bagi pesakit SLE antibodi yang dihasilkan untuk melindungi tubuh badan ini sebaliknya menyerang sel-sel tubuh sendiri.

Simptom SLE

-Penyakit ini ada kalanya sukar didiagnos pada peringkat awal disebabkan gejala-gejalanya tidak begitu ketara. Gejala awal penyakit SLE tidak spesifik termasuk rasa letih lesu, demam, sakit sendi dan keguguran rambut. Kebanyakan pesakit SLE antara 70 hingga 80% pesakit mengalami masalah kulit.Selalunya bahagian muka akan terjadi ruam yang dikenali sebagai malar rash. Ruam ini terjadi di bahagian pipi dan hidung dan oleh kerana bentuk ruam ini merupai bentuk sayap rama-rama, ia juga dikenali sebagai butterfly rash.

Antara gejala-gejala SLE:

*ruam pipi (malar rash)
*ruam merah pada kulit (discoid rash)
*peka terhadap cahaya (photosensitivity)
*luka sekitar mulut (oral ulcers)
*artitris (radang sendi)
*radang pada selaput sereus (serositis)
*kelainan pada ginjal (renal disorder)
*kelainan fungsi saraf (neurologic disorder)
*kelainan darah (hematologic disorder)
*kelainan pasa sistem kekebalan tubuh (immunologic disorder)


Pesakit SLE biasanya terdiri daripada wanita yang berumur 20 – 40 tahun. Mereka biasanya mengalami kesakitan sendi dan kulit namun masalah ginjal iaitu bengkak kaki sebab kehilangan protein melalui ginjal turut berlaku. Nisbah adalah 9 wanita kepada 1 lelaki dan lebih kurang 90% penghidap SLE adalah wanita. Ia mungkin ada kaitan dengan estrogen. Walaubagaimana pun, ia sukar disahkan dalam masa yang singkat, penyakit ini bukanlah penyakit keturunan kerana peratus kebarangkaliannya agak rendah dan penurunan penyakit SLE ini melalui ibu ke anak walaupun berlaku tetapi agak jarang.


Rawatan SLE

-Pesakit SLE dirawat dengan menggunakan ubat-ubatan yang boleh mengawal sistem imun badan. Kebanyakan ubat yang diberi adalah ubat stereoid yang bertindak mengawal SLE. Akan tetapi penggunaanya perlu dikawal kerana kesan-kesan sampingan yang tidak diingini terutama penggunaannya yang banyak dan lama. Pesakit juga akan dirawat dengan ubat-ubatan pengawalan sistem imun yang lain supaya dos steroid ini akan dapat dikurangkan. Proses kehamilan pesakit SLE hanya dibenarkan jika pesakit SLE dapat dikawal. Buat ibu-ibu yang menyusu yang mempunyai SLE anda tidak boleh mengambil
alfalfa

Penghidap SLE yang ringan mampu menikmati tahap kesihatan yang hampir normal untuk jangka waktu yang panjang. Rawatan ubat corticosteroid danimmunosuppressant juga dapat memanjangkan jangka hayat. Walaupun terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk tahap Lupus Erythematosus yang tertentu, SLE adalah penyakit yang berpotensi untuk membawa maut.

- Bentuk rawatan lupus perlu menumpu kepada kesan sampingannya. Tiada penawar untuk penyakit ini, jadi perkara yang mampu dilakukan pesakit adalah dengan mengurangkan gejalanya.

- Ubat anti keradangan diberikan untuk kesakitan arthritis begitu juga pleurisy. Ruam kulit boleh dibantu dengan corticosteroids, yang biasanya datang dalam bentuk krim atau losyen bukan saja untuk menghilangkan ruam tetapi juga untuk melegakannya. Gejala yang teruk perlu diperiksa oleh pakar menerusi pemantauan yang rapi terhadap jenis gejala selain pelbagai cubaan ujian dilakukan bagi mengesan jenis rawatan paling berkesan.

- Bagi anda yang perlu hidup dengan lupus sepanjang hayat, beralih kepada amalan gaya hidup yang sihat seperti diet yang seimbang dan melakukan aktiviti senaman ringan secara terancang. Persekitaran yang bebas dari tekanan juga sangat membantu. Sumber Disini

6 comments:

  1. Salam,tertarik dgn luahan diatas benarlah,selagi kita boleh menghembus udara Yg dipinjamkan selagi itulah kita wajib
    Bersyukur akan nikmat yg diberi.kepada anda jgn putus asa,jalani hidup dgn cara normal,jgn terlalu fkr akan penderitaan yg ditanggung,ia blh memberi kesan negatif sbnrnya.Pada saya yakinlah pada Allah swt itu,Manusia hanya meramal shj,dan ada yg silap.Percayalag,pada saya anda masih beruntung krn diberi tahu ramalan jangka hayat anda,setidaknya anda blh menghabiskan waktu berbuat amal untuk dijadikan bekalan disana nanti.Amat malanglah manusia yg hidup lama,senang tapi tiada amalan untuk dibawa nanti,mereka inilah manusia yg rugi pada saya.Doktor hanya meramal dgn ilmunya,adakala tepat,adakala kurang tepat,bnyk kes diberitahu sedemikian tp kuasa Allah jadi sebaliknya.Apapun marilah kita sama2 bersiap sedia dgn amalan untuk ke sana nanti,itu lebih penting dari memikirkan masa depan yg belum pasti akan terjadi dan andai terjadi kita sudah bersedia menghadapinya,biarlah kesudahannya diakhiri dgn kebaikan bukan dengan keburukan.InshaAllah.....hr21+

    ReplyDelete
  2. Ya Allah ya karim, Sesunguhnya Engkaulah yg maha berkuasa terhadap segala sesuatu. Engkaulah yg maha merubah sesuatu melalui doa2 kami ya Allah. Andai ada sinar harapan utk sahabat kami ni, berilah ruang kepada beliau untuk terus berjuang ke jalanmu dan menjadi khalifah yang terbaik utk ikutan dan membimbing diri, keluarga, masyarakat dan umat islam.

    Assalamu'alaikum saudara,
    saya faham akan keadaan saudara. Saudara usahlah sedih, dan teruslah berharap dan berdoa pada Allah. Ramai sangat yang tak tahu bila, di mana, dan bagaimana akan dipanggil kembali ke sisiNya. Baru-baru ini sahabat saya 2-3 org dan kembali ke sisi Allah dan usia mereka masih muda. Namun demikian, pada yang masih bernafas, berjuanglah habis-habisan dalam mendapat redha Allah dalam kehidupan seharian.

    Saudara teruslah mencari ubat dan penawar dan INGAT ALLAH, dan sentiasa berdoa dengan bersungguh2.

    Teruskan berdoa dan beramal soleh, inshaAllah mudah-mudahan Allah memperkenankan doa kita semua.


    ReplyDelete
  3. assalamualaikum smua....sbnarnya sy x prnah komen dlam mna2 entri blog dan sy jumpa blog ni pun disbbkan tuntutan prktikal sy dlm editorial novel. ini prtama kali sy rsa tertarik untuk melahirkan rsa kagum sy dgn semangat yg ada pda anda smua yg menurut sya, anda smua insan trpilih yg sgt dikasihi Allah SWT krna mampu brtahan dgn ujian sebegini. pd pndgan sy, masyarakat tidak brniat utk prejudis ( brmaksud rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dsb) tetapi takut...
    takut utk berada dekat dgn insan trpilih ini dan takut sekiranya mreka dijangkiti krna itu apa yg sy rasa sblm ini...tp saat ini sy baru trsedar yang setiap sesuatu tidak akan terjadi jika Allah tidak mengkehendaki( kun fa ya kun)
    Sabda Rasulullah SAW yang ertinya “Dan sesungguhnya apabila Allah SWT mencintai suatu kaum, dicobanya dengan berbagai cobaan. Siapa yang reda menerimanya, maka dia akan memperoleh keredaan Allah. Dan barang siapa yang murka (tidak reda) dia akan memperoleh kemurkaan Allah SWT” (H.R. Ibnu Majah dan At Turmudzi)

    dan diriwayatkan Imam Muslim, “Tidaklah seorang muslim tertimpa derita dari penyakit atau perkara lain kecuali Allah hapuskan dengannya (dari sakit tersebut) kejelekan-kejelekannya (dosa-dosanya) sebagaimana pohon menggugurkan daunnya.”

    semoga anda semua sentiasa dalam lindungan rahmat Allah SWT dan tidak berputus asa...
    assalamualaikum....:)

    ReplyDelete
  4. ika zenia

    Terima kasih ika dengan pandangan nasihat serta doa yang ditinggalkan didalam ruang komen ini......:)

    ReplyDelete
  5. Saya juga senasib dengan penulis diatas. Menjadi pesakit kanser adalah satu stress yang perlu dilalui.
    Saya disah oleh doktor menghidap Multiple Colon Cancer Tahap 3. Buat masa ini hanya rawatan radioterapi dijalankan keatas saya.
    Lebih menjadi stress lagi, doktor memberitahu saya hanya mempunyai hanya 9 bulan untuk hidup. Rawatan radioterapi tidak lah semudah seperti yang kita sangkakan. Rawatan itu amat lah azab. Badan menjadi panas, mulut dan tekak menjadi kering, muntah- muntah dan juga hilang selera makan.
    Walaubagaimana saya teruskan juga rawatan itu demi kebaikan saya.

    Lebih menyedihkan lagi, saya juga kehilangan sahabat karib yang meninggal akibat AIDS baru-baru ini.
    Kehilangan dia juga menjadi satu stress yang perlu saya tanggung.
    Saya juga menjadi hilang punca kerana arwah juga banyak memberi saya keyakinan dan semangat.
    Tapi kini saya hilang segala-galanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Sebagai manusia apabila kita jatuh sakit, apabila menerima dugaan dari Allah apatah lagi jika diberitahu oleh doktor yang kita mempunyai jangka waktu tertentu untuk hidup, abang yakin sesiapa sahaja yang menerima dugaan ini seperti yang saudara alami pasti akan berasa sangat tertekan.

      Jika abang berada ditempat saudara juga abang tidak tahu nak kata macam mana. Walaubagaimanapun sebagai yang beragama Islam dan percaya akan ketentuan Allah, hendak tak nak kita terpaksa redha dengan dugaan yang Allah kurniakan kepada diri kita.

      Yang penting saudara jangan tertekan, abang harap sangat agar saudara redha akan ketentuan bahawa saudara sedang diuji oleh Allah SWT. Walaupun doktor ada meletakkan jangka waktu hidup saudara, abang harap saudara usah ambil kisah sangat mengenai pekara ini (walaupun sukar) Pada abang ianya hanya mainan psikologi yang boleh memburukkan keadaan jika saudara berpegang pada pandangan doktor tersebut. Saudara kena percaya ajal maut ditangan Allah bukan ditangan doktor.

      Yang penting saudara elakkan stress atau tertekan, gembirakan hati dengan melakukan aktiviti yang menyenangkan, walaupun payah tapi abang percaya hanya dengan cara itu akan membuatkan keadaan kesihatan saudara sentiasa dalam keadaan baik. Berfikiran positif dan jangan sesekali berputus asa. Sentiasa bersangka baik kepadaNya.

      Abang pasti saudara dikelilingi oleh orang tersayang yang sentiasa akan mendoakan agar kesihatan saudara kembali pulih, dan abang juga pasti akan mendoakan agar saudara tabah ketika melalui ujian ini dan berdoa agar saudara kembali sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.

      AlFatihah buat rakan saudara, semoga arwah tenang disana. Seperti yang abang kata ajal maut ditangan Allah, sudah waktunya arwah dijemput Allah, tetapi bagi diri kita semua, ajal kita masih tidak diketahui bila akan berlaku kerana semuanya ditangan Allah bukan ditangan doktor, maka kita perlu berfikiran positif dan abang harap pemergian rakan saudara tidak akan mematahkan semangat saudara.

      Berkat doa kita semua, berkat kekuatan semangat yang ada dalam diri saudara, insyaallah saudara akan kembali pulih. Saudara boleh pulih dengan kehendak Allah, yakin lah kepadaNya. Abang yakin kepada kekuatan semangat dalam diri saudara.

      Hubungi lah abang melalui FB atau email jika ada apa-apa yang mahu dikongsikan, insyaallah walaupun hanya melalui alam maya kita masih boleh bersahabat....:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST