Friday, 11 October 2013

PUAN JASEENA - TAHU SUAMI SEORANG GAY SELEPAS SEBULAN BERKAHWIN

Seorang isteri yang saya panggil dengan nama Puan Jaseena (bukan nama sebenar), telah meninggalkan komen didalam ruang komen didalam entry “SUAMI GAY CUBA BERUBAH RIMAS DENGAN PRASANGKA ISTERI”. Beliau berkongsi kisah mengenai suaminya yang dipercayainya seorang gay.



Salam semua,

Saya pun tahu naluri suami gay semasa selepas sebulan perkahwinan kami, namun kami telah dikurniakan cahaya mata perempuan yang kini berusia hampir 2 tahun. Pada mulanya saya agak terkilan (apabila mengetahui suami bernaluri songsang) namun saya sentiasa berdoa supaya dia mampu menjadi suami dan ayah yang baik untuk family kami.

Pernah kami berdua berbincang mengenai naluri suami, namun suami menafikan. Saya tidak tuduh melulu kerana pelbagai bukti yang saya jumpa. Saya tidak terlalu menekan suami kerana saya berharap dia berubah, tetapi sejak itu hubungan kami agak dingin dan kami banyak berdiam dari berbicara.

Namun dengan kuasa dan perancangan ALLAH tidak siapa yang tahu, pada hari ke 47 saya berpantang, kami 3 beranak mengalami kemalangan yang hampir meragut nyawa saya. Saya mengalami kecederaan tulang belakang yang serius and disahkan lumpuh seumur hidup. Alhamdulillah anak dan suami saya selamat.

Pada mulanya, saya memang tidak dapat menerima kenyataan namun dengan adanya suami disisi, saya bersyukur. Semua suami yang tolong uruskan saya, baik mandi, buang air kecil @ besar dia yang bantu, dia tidak pernah mengeluh dan melayani kehendak saya dengan kasih sayang.

Seketika saya pernah terfikir, suami saya dan kejadian ini adalah kurniaan ALLAH kepada saya. Saya harus panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana mendapat suami yang terbaik walaupun ada kekurangannya. Setiap manusia ingin berubah, begitu juga suami saya.

Saya pernah cakap kat suami,  

"Anak kita semakin besar, mama tak dapat jaga dia dengan keadaan yang macam ni (lumpuh), hanya abah yang mampu bentuk anak kita, sampai bila abah nak teruskan kehidupan yang sia-sia kepada family kita, apa perasaan abah kalau suatu hari anak kita tanya abah sendiri pasal semua ni, tak selamanya abah boleh sembunyi. Kita mengharapkan anak kita jadi anak solehah, tapi semua itu perlu bermula dari kita sebagai ibubapa. Abah perlu berubah demi masa depan keluarga kita".

Suami saya hanya terdiam tidak menjawab dan saya tahu dia ingin jadi yang terbaik buat family saya dan saya berharap ALLAH permudahkan jalan bagi kami. 

Walaupun agak sukar pada mulanya untuk saya menerima naluri suami, namun setelah saya disahkan lumpuh, dan semua orang tahu saya tidak mungkin dapat melayani batin suami seperti isteri normal yang lain. Dari situlah saya mula terfikir, suami saya adalah satu anugerah ALLAH yang telah saya lupakan (hanya disebabkan marah dan kecewa) setelah mengetahui naluri suami yang sebenar.

Mulai detik itu, saya mula menerima suami seadanya dan berharap suami berubah demi masa depan kami sekeluarga. Mungkin jika tidak berlaku kemalangan tersebut, saya sendiri pun tidak tahu apa yang akan terjadi pada keluarga saya.

Semua ketentuan ALLAH adalah hadiah kepada hambaNYA, walaupun pahit untuk menerima, namun kita tidak tahu kemanisan tersembunyi didalamnya nanti.
 

Sehingga hari ini kami masih bergelut bersama untuk atasi masalah ini, dan saya sendiri tidak tahu bila ianya akan berakhir. Harapan saya supaya suami terbuka hatinya untuk berubah sepenuhnya.

Tolong doakan yang terbaik buat family saya. Cadangan, nasihat and pendapat rakan amatlah di hargai. 

Terima Kasih



PUAN JASEENA





Salam  Puan Jaseena

Apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, saya sangat bersempati dengan nasib yang menimpa Puan, dalam keadaan tidak mampu menguruskan diri agak sukar untuk Puan mengawal menjaga memerhati tingkah laku suami.

Sekiranya suami Puan berfikiran positif pasti beliau boleh mengambil iktibar dari kemalangan yang berlaku, ianya juga pada pandangan saya adalah peringatan dari Allah buat dirinya, supaya beliau boleh berfikir mengenai masa depan tentang dirinya sebagai seorang suami, tanggungjawab kepada isteri serta anak dan pastinya peringatan agar beliau berubah mengawal diri dan tidak terlanjur lagi dimasa depan.

Seperti yang saya kata dan seperti tanggapan Puan, pastinya dugaan yang menimpa ada hikmah disebaliknya, semuanya perancangan Allah, mudah-mudahan apa yang berlaku bakal mengubah kehidupan Puan sekeluarga suami isteri menjadi lebih baik dari sebelum ini.

Dalam masa yang sama saya berdoa agar suami Puan dapat mengawal naluri gaynya, dan menyayangi hanya pada isteri dan anak serta memberi tumpuan kepada kebahagian kehidupan sekeluarga serta persiapan kehidupan diakhirat kelak. - Naj Mi



3 comments:

  1. tabahnay puan
    sy harap suami betul2 berubah,nampaknya dia suami yg bertanggunjawab cuma dia ada kisah silam
    dan moga satu hari nanti Puan dpt kembali berjalan

    ReplyDelete
  2. bangga saya mendengarnya. dia seorang lelaki (suami) yang baik, meski dia mempunyai naluri songsang. Membuangnya tidak mudah kerana kebanyakan mendapatnya (naluri gay) tanpa disedari. Dan adakala naluri ini sebati sedari kecil. Mudah orang menyatakan, pergilah berubat, pergilah jumpa ustaz sana sini, cekalkan hati, kawal nafsu, ingat Tuhan dan sebagainya, semua orang mahu berubah namun, kuat dengan tidak sahaja. Sebenarnya paling penting adalah sokongan orang terdekat. Itu kunci paling mujarab. :) selamat berbahagia buat puan sekeluarga. :)

    ReplyDelete
  3. Salam Puan,
    Saya tertarik untuk menulis diruangan ini setelah membaca artikel luahan rasa puan. Ya, saya doakan kesejahteraan keatas keluarga puan dan dipanjatkan doa setinggi tingginya agar suami puan berubah setelah berkeluarga.

    Salah, mmg salah memiliki naluri songsang seperti ini, namu ingin saya cebiskan bahawa tidak semua lelaki songsang ini jijik. Setelah mengahwini puan, pastinya laluan suami puan juga agak penuh cabaran apatah lagi sesuatu yang melibatkan naluri untuk berubah demi keluarga. Biarlah ianya datang sedikit demi sedikit. Cemuhan hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, adalah lebih baik memberi dorongan yang lebih positif dan lemah lembut kerana ianya adalah approach yang paling bberkesan terhadap kaum seperti ini.

    Dilahirkan dengan naluri seperti itu dan terpaksa hidup dan berjuang melawannya adalah sesuatu yang sukar. Percayalah, kami pun kadang2 terlintas bertanya mengapa dilahirkan dalam naluri seperti ini. Tapi inilah juga salah satu ujian Allah S.W.T terhadap hambanya...kebergantungan iman sahajalah yang menentukan segalanya.

    Saya hormati sifat puan apabila bersangka baik dengan Allah S.W.T bahawa setiap yang diatur olehNya adalah yang terbaik untuk kita. Semoga naungan Allah sentiasa bersama puan sekeluarga. In Sha Allah.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST