Thursday, 10 October 2013

MARIAH - SAYA JATUH CINTA DENGAN RAKAN SEPEJABAT SEORANG LELAKI GAY

Assalamualaikum abang Najmi. Semoga abang Najmi sihat dan bahagia selalu. 


Abang Najmi saya ni seorang perempuan berusia 20 an. Saya selalu baca cerita yang abang post kat blog abang tu. Macam macam perasaan saya rasa bila baca cerita kat situ. Ada saya rasa sedih simpati dan juga kagum dengan ketabahan mereka yang menghadapi bermacam macam dugaan.

Abang, saya ni perempuan normal biasa yang telah jatuh cinta dengan seorang lelaki gay. Dia adalah sahabat saya. Pada mulanya saya memang tidak ada perasaan pada dia. Tapi semakin lama saya semakin suka dan jatuh sayang pada dia.

Untuk pengetahuan abang kami adalah rakan sepejabat. Kebetulan saya memang harus bekerja dengan dia kira macam work partnerlah. So hubungan kami semakin rapat.

Dari awal perkenalan saya memang dah tahu dia adalah gay. Tetapi saya memang tidak pernah memandang hina atau rendah pada dia. Saya menerima dia sebagai kawan seperti orang lain. Pada saya golongan ini juga manusia biasa yang mempunyai perasaan dan siapalah kita untuk menilai mereka.

Pada mulanya saya memang tidak ada perasaan terhadap dia, saya hanya menganggap dia sebagai rakan sekerja. Tetapi semakin lama saya semakin jatuh sayang kepada dia. Saya tahu agak mustahil untuk dia sukakan saya balik memandangkan dia tidak ada perasaan terhadap perempuan.

Abang tahu...hari hari saya semangat nak pergi kerja adalah kerana dia. Saya memang ikhlas sayangkan dia. Benarlah orang kata cinta memang buta. 

Tetapi abang najmi, saya hanya simpan perasaan ini dalam hati. Saya tak berani meluahkan perasaan saya pada dia. Saya takut ia akan menjejaskan persahabatan kami.

Abang najmi.. saya ada juga buat solat hajat istikharah dan tahajud mintak petunjuk dr Allah. Andainya ditakdirkan dia adalah jodoh saya..saya redha. Saya terima dia seadanya. Seandainya dia bukanlah yg ditakdirkan untuk saya. Saya mohon Allah damaikanlah hati saya dengan ketentuan yang telah ditentukanNya.

Buat masa ini saya semakin rapat dengan dia. Semua masalah dia cerita kat saya. Saya tahu abg mesti ramai yang kata kat saya carilah lelaki lain. Tapi cinta dan perasaan bukanlah sesuatu yang boleh di paksa paksa.

Abang Najmi..terima kasih sangat sudi baca email saya. Saya tak tau nak luahkan dan tanya pandangan siapa mengenai hal ini. Harap abg boleh bagi pandangan abg..terima kasih banyak.


Ikhlas,

~MARIAH~




Salam MARIAH

Benar cinta itu buta, cinta boleh buat kita bahagia, rasa gembira dan bersemangat untuk pergi bekerja. Terus terang abang sendiri pernah alami seperti mana yang Mariah alami, kita sama-sama jatuh cinta “syok” dengan seseorang dalam diam, tanpa pengetahuan dia.

Benar abang sendiri bersemangat untuk ketempat kerja suatu ketika dulu walaupun keadaan stress ditempat kerja tetapi disebabkan rasa cinta, rindu pada seseorang yang kita suka buat kita lupa segala masaalah. Ya sebab dia boleh buat kita bersemangat untuk melangkah kaki ke tempat kerja.

Kalau tanya orang lain pasti mereka akan kata “bodoh dah tahu gay nak bercinta juga buat apa” atau “bodoh dah tahu dia ada bini nak suka kat dia buat apa” atau “bodoh dah tahu ia ada tunang/boyfriend  nak syok kat dia buat apa, atau “bodoh dah tahu dia mati pucuk nak kahwin dengan dia buat apa”

Tapi hanya orang yang sedang bercinta, yang sedang syok pada seseorang tu sahaja yang tahu mengenainya kan. Itu abang tidak nafikan.

Mariah kena pastikan dulu sama ada rakan gay itu adakah benar-benar tidak bernafsu langsung kepada perempuan, tetapi kalau dia masih punya nafsu keinginan kepada perempuan (seorang bisekual)….alhamdulillah bermakna Mariah masih punya peluang, tetapi sekiranya dia seorang yang tegar abang pasti dia tidak akan mahu menjalinkan perhubungan perkahwinan dengan Mariah. 

Mariah kena terima hakikat ini, sepekara lagi sekiranya dia seorang bisekual sekali pun adakah dia suka kepada Mariah? Bagaimana sekiranya Mariah bukan taste dia? 

Nasihat abang, agar Mariah kena berundur segera daripada terus bermain dengan perasaan sendiri, sebelum perasaan suka itu menjadi lebih kuat dan sukar dikawal, pastinya yang akan merana kelak ialah Mariah. Walau Mariah suka sangat kepadanya sekali pun abang rasa Mariah kena angkat kaki cepat.

Mungkin Mariah boleh minta ditugaskan dengan tugasan lain dipejabat itu, elak dari terpaksa bertembung dan bekerja dengan kerap bersama sekiranya Mariah tidak mampu untuk mengawal diri daripada terus menyukai dirinya. Mungkin susah tapi kalau Mariah tak mahu mengalami kekecewaan sebaiknya Mariah kena bertegas dengan diri sendiri, jangan ikutkan hati.

Berkawan itu boleh, tapi dalam kes Mariah sebaiknya elak dari terus bertemu berjumpa bertentang mata dengan dia selalu. Berkawan lah apabila dalam hati itu tidak ada lagi rasa suka (cinta) kepadanya.

Kalau tanya pengalaman dan apa tindakan abang dulu? Abang angkat kaki terus berhenti kerja sebab abang tahu tindakan abang syok pada seseorang dalam diam itu salah, lebih parah orang yang abang suka itu seorang lelaki lebih merana sebab abang tahu dia sudah punya seorang girl friend yang abang sangat cemburu. Ya itu kisah lalu, ada pengajaran disebaliknya sebab itu abang boleh beri pandangan abang melalui pengalaman berkaitan kes Mariah ini, kerana pengalaman yang abang alami dulu ada sedikit persamaan dengan Mariah.

Atau apa kata, sekiranya Mariah luahkan terus terang sahaja isi hati kepada dia, lebih baik dia tahu daripada dia tidak tahu. Lebih baik daripada Mariah terus menyukai dia dalam diam berterusan bertahun-tahun kan, sesuatu perlu dilakukan segera untuk atasi masaalah yang Mariah hadapi ketika ini. 

Adakala berterus terang itu lebih baik buat diri kita. Walaubagaimana pun dalam masa yang sama teruslah minta bantuan pertolongan dariNya selalu. Abang tidak mahu Mariah terus bermain dengan perasaan yang tidak pasti dan bimbang Mariah akan kecewa kelak suatu hari kelak. - NAJ MI








2 comments:

  1. Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer…

    ReplyDelete
  2. hello Mariah, sy setuju pdpt abg Najmi. Cinta itu indah jika dua-dua tgn bertepuk tp kena fikir jangka pjg adakah ini menjanjikan bahagia apb sudah berumahtgga? batin? layanan? Sy btny sedemikian kerana sy suda terlanjur cinta dgn suami sy skrg (sblm kwin) itu pun sy tau dia gay hy tgal sebulan kwin...sy sgka cinta itu boleh mgatasi, tp rupanya benar kata2 org...'sblm kwin lain, selepas kwin lain jadinya' makanya, ini betul2.. 1 cabaran besar dlm rumah tgga. usia pkwinan kami baru 1thn lebih x tahu mampu bertahan smpai akhirat atau tidak. ini pun mampu bertahan kerana cinta..Jd, lebih baik kenali dulu hatinya, nafsu, kwn2 dia...

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST