Thursday, 17 October 2013

MAHER - KISAH CINTA ANTARA LELAKI DENGAN LELAKI

AKU BUKAN MALAIKAT, MAHER (bukan nama sebenar) mengirim email bercerita kisah tentang kehidupan beliau bercinta sebagai seorang PLU. Kisah cinta gay, lesbian mahupun yang pasangan normal semuanya sama pasti ada cabaran.

Bukan saya hendak menyokong atau membenarkan kisah cinta saudara Maher ini, semua pun tahu hubungan songsang sememangnya amat salah, perbuatan yang menyebabkan Rasulullah tidak mengaku umat malah sangat di murkai oleh Allah SWT.

Kisah Maher ini pada saya sesuatu yang biasa dikalangan PLU, yang pasti hubungan PLU ini tidak akan bawa kita kemana-mana, sepekara lagi jika tanya pandangan saya sebahagian besar PLU ini tidak akan setia kepada pasangan masing-masing, pasti ada akan melakukan perbuatan curang dibelakang pasangan.

Nasihat saya kepada saudara Maher tinggallah aktiviti "berkapel-kapel" ini. Sedaya upaya jalani kehidupan yang diredhai Allah SWT, kehidupan kita bukannya lama sangat didunia ini, bimbang mati kita dalam keadaan dilaknati Allah.

Abang juga bukan malaikat, hanya manusia biasa yang pasti ada melakukan kesilapan tetapi kita sebagai hamba Allah hendaklah cuba terus berusaha menjalani kehidupan yang diredhai Allah SWT - Syukur kerana saya dianugerahkan HIV jika tidak pasti kehidupan saya akan terus hanyut - Naj Mi 


Kehidupan sebagai seorang plu amat mencabar di kalangan masyarakat kita sungguh mencabar. Hal ini kerana setiap hubungan yang terjalin itu berlaku secara tertutup tidak sepertimana pasangan suami isteri mahupun kekasih lelaki dan perempuan, hubungan mereka boleh diterima umum. Oleh itu saya sendiri sebagai seorang yang bergelar homoseksual ingin meluahkan sedikit sebanyak tentang kehidupan saya. 

Saya pernah merasai kehangatan bercinta dengan pasangan sejenis iatu cinta antara lelaki dengan lelaki. Hubungan kami berlaku secara tertutup tanpa diketahui umum dan ahli keluarga. Semasa sedang bercinta semuanya indah bagaikan dunia ini saya yang punya. 

Tetapi hubungan yang terjalin itu tidak kekal lama kerana masing-masing ada skandal. Tidak dinafikan saya juga pernah berlaku curang dengan pasangan dengan berkenalan dengan teman gay yang baru di laman sosial. Kecurangan itu akan menghancurkan hati dan perasaan pasangan kita. Ianya amat perit dan sakit buat saya. Tapi saya mudah untuk jatuh cinta sekiranya orang itu baik, jujur, ikhlas, penyayang terhadap saya.

Kehadiran seorang duda anak tiga yang berasal dari muar itu membuat saya sekali lagi jatuh cinta terhadap lelaki. Walaupun umur dia 41 manakala saya berumur 20, beza umur tidak menjadi penghalang buat saya kerana saya fikir lelaki yang berumur ni lebih setia dan mature berbandingkan anak-anak muda yang sebaya dengan saya. Tetapi jangkaan saya meleset. Dia sebenarnya lebih gatal daripada orang muda. Apa yang menyakitkan dia bermain kayu tiga dengan saya. Dalam pada masa dia ada hubungan dengan bekas kekasihnya yang benama kamal. 

Pada suatu hari dia menyuruh saya balik ke rumah kakak saya kerana housematenya ada problem, ok fine selepas saya balik kerja saya pun bergegas pulang kerumahnya terlebih dahulu kerana ingin mengambil kunci rumah kakak saya. Dengan izinNya semasa hendak keluar dari rumah itu sya terserempat di dengan si kamal di depan pintu. Kamal sedang memegang kunci rumah. Saya agak terkejut dan tertanya-tanya dalam hati 'siapa dia ni' dan 'kenapa dia ada kunci rumah ini'. Saya cuba untuk sedapkan hati 'maybe ni boyfriend housemate dia kot'. 

Setelah beberapa langkah meninggalkan rumah saya memang tak sedap hati. Tangan saya menggigil, kunci kereta yang dipegang oleh saya itu jatuh sampaikan remotenya itu pecah. Saya dengan perasaan tak sedap hati masuk ke lift dan sampai di tempat parkir kereta saya gerak hati saya suruh saya berpatah balik ke rumah. Saya pun patah balik dan masuk ke rumah. Setelah masuk ke rumah dia sudah tiada di dalam rumah lagi. Seluruh rumah saya mencarinya untuk memastikan samada dia ada atau tidak didalam rumah. Kalau ada saya ingin bertanya padanya siapa dia dan kenapa ke sini. 

Pada malam itu saya tanya boyfriend saya siapa lelaki itu. Pada malam itu saya dan boyfriend saya bergaduh pasal lelaki strangger tu, dia membohongi saya dia cakap lelaki itu hanya kawan dia dan sebelum ni penah datang untuk meluahkan perasaan tentan masalah keluarga. Saya pun terima alasan itu sebab dia dah bagi penjelasan. Tetapi rahsia itu tidak lama, tak sampai sebulan kebenaran terbongkar. 

Pada malam itu dia terlupa untuk logout facebook di ipad. Saya dengan tergerak hati membuka mesej facebook beliau, dari situ saya tahu kebenarnanya. Sekali lagi dia cuba menyelamatkan keadaan. Kali ni dia menangis-nangis kerana saya memberitahunya untuk bersama saya dan tak sanggup kehilangan saya. Dia cakap kamal sudah jadi history dalam hidupnya kerana kamal dengan isterinya sudah berbaik-baik. Apa yang dia bagitahu saya kamal ingin memnggunakanya saat susah. Dia juga cakap susah untuk melupakan si kamal kerana hubungan yang terjalin sudah lama. Ok saya faham sebab saya pun penah putus cinta. 

Agak berapa lama selepas itu saya pulang ke kampung Mie (boyfriend) saya. Sebelum maghrib si Kamal menghantar text kpd mie 'syg kt mana'. Tetapi text itu saya terbaca oleh saya kerana keluar di pop-up screen phone dia. Kebetulan dia sibuk melayani maknya di dapur saya membalas text itu dengan itu dengan memerli beliau. Selepas itu si Mie tersedar si Kamal ada textnya. Saya sudah merajuk di ruang tamu. Dia datang mulanya buat muka lawak kerana tak nak keadaan jadi dingin. Tapi saya bermasam muka. Dia faham, dia memeluk saya kat sofa memujuk saya sampai menangis. Perkataan yang saya tak dapat lupakan ialaha dia cakap 'sayang u are part part of my life'. Ohhhh he make me cry. Sweet sangat kan. 

Nak dipanjangkan cerita lagi si Kamal x habis duk hantar text. Kali ni saya terpias tengok dia buka text dari Kamal semasa dalam lift. Sepanjang perjalanan pergi dan balik ke Shah Alam saya hanya diam. Dia tanya kenapa, ada masalah ke, saya diam je. Sampai di rumah kami masuk bilik untuk tidur. Saya tanya dia sejauh mana lagi cintanya kepada Kamal tu. Alasan yang sama diberikan dia cakap dah jadi sejarah tapi saya memutuskan kata dengan memberitahunya jangan jadi hipokrit. Pada malam itu saya tak boleh tidur sampai pukul 4. Keesokkan harinya saya balik ke rumah kakak saya. 

Pada hari tu selepas balik kerja dia lepak dengan kawan ofis dia kt Jusco. Lebih kurang pukul 9 malam saya call dia tanya kat mana then dia text saya 'is u r right abang hipokrit'. Saya menangis sambil membalas text dari dia saya mengatakan saya tak tahan hidup macam ni. Dah macam-macam saya marah dia dalam whatsapp tu tapi dia baik tak macam saya. 

Saya membuat keputusan untuk break. Memang hati saya runtuh masa tu. Saya nekad untuk lupakan dia. Dia membaca text saya itu lalu bergegas pulang ke rumah. Setelah pulang mendapati saya tiada di rumah, dia tidak tahu saya berada di rumah kakak saya kerana saya tidak memberitahunya. Dia cakap dia buka pintu menangis tengok saya tak ada. Dia call saya suruh saya balik. Saya cakap tak nak padahal saya saje je nak test dia. Setelah saya balik kerumahnya, saya menuju ke bilik tengok dia berbaring di atas katil. Saya menghampirinya dia cuba memeluk saya. Lepas tu bermulah aksi macam suami isteri setelah semuanya kembali tenang. 

Kamal sudah pergi dalam hidupnya kerana saya sendiri hantar text kepada Kamal dan Mie pun boleh terima apa yang saya buat. Ok fine dah habis satu babak then timbul plak skandal dengan betina satu opis baru dia. Saya tahu dengan cara dia text tu macam dia suka dengan betina tu. Dia penah cakap dia dah reti nak tacle awek. Saya cakap kalau berani tacle la saya cari jantan lain yang lebih setia. Apa yang saya sakit hati dia ambil berat tentang betina tu siap wish good nite, take care la sampai saya merajuk dengannya. Tapi yang bestnya time saya marah dia tak melawan pun. 

Saya sekarang ni risau kalau dia mula bercinta dengan betina tu, sebab saya check dia punya call log selalu call betina tu berbanding call saya. Apa yang ada pada betina tu saya tak tahu. Dia cakap jangan risau sebab dia tak akan jatuh cinta dengan mana-mana betina dan dia cakap saya yang terakhir malas nak cari relationship lain. Tak tahu lah sejauh mana kesahihan itu samada dia betul-betul ataupun sekadar nak sedapkan hati saya jer. 

Susah couple dengan bisexual ni. Semua kita kena awas. Saya pun tak larat nak control dia selalu. Pandai-pandai dialah. Dia jer yang boleh mengubah diri dia yang curang itu. Kali ni kalu terjadi lagi saya hentam dia habis-habis saya memang dah tak tahan makan hati lebih baik saya single. Saya pun bukan malaikat untuk disakiti. Saya cuma insan biasa yang lemah inginkan kasih sayang dan kejujuran dalam perhubungan. 

Sekian


~Maher~




1 comment:

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST