Monday, 28 October 2013

IQBAL – SAYA TERKEJUT USTAZ MINTA SAYA “SERVIS”

Seorang pembaca menulis mengenai pengalamannya didalam ruang komen dientri ” "RAMAI USTAZ DAN YANG ARIF ILMU AGAMA JUGA SONGSANG”. Saya namakannya Iqbal (bukan nama sebenar)

photo hiasan

Maaf, saya juga terkesan dengan persoalan ini (klik disini). Saya dilahir and dibesarkan dalam keluarga yang 'kuat agama' and habiskan 9 tahun bersekolah di sekolah agama. Kerana sedar kelainan dalam diri, saya mengelak untuk tinggal di asrama. Saya cuba menafikan apa yang terdetik dalam jiwa ini, namun sewaktu saya usia 16 tahun, rasa (naluri keinginan) itu menjadi kuat hinggakan apa yang dipertahankan selama itu tergadai, pada 27 Ramadan kira-kira 14 tahun yang lalu.

Pertama kali terlajak disiang hari di dalam bulan Ramadan. Saya terasa hina sangat-sangat. Namun sentuhan magikal dari syaitan itu terus menular. Saya mula mencari dalam MIRC.channel chat seperti #sayangabang #batang and lain-lain jadi peneman.

Di sekolah saya seakan-akan anti sosial, tapi tidak di luar. Setelah tamat sekolah, saya tidak teruskan pengajian, saya hanyut dan semakin hanyut.  Saya di rumah adalah berbeza dengan di luar. Saya pernah berbalah dengan abah sewaktu abah suruh saya mengimamkan solat jamaah, bukan apa, layakkah seorang pengamal and pengikut nafsu songsang menjadi imam lebih-lebih ke dua orang tua saya menjadi makmum. Apakah solat mereka diterima jika saya yang hina ini menjadi imam?

Bila meningkat dewasa, pergaulan saya agak bebas namun saya sedaya upaya meletakkan sempadan demi menjaga air muka keluarga. Saya terfikir untuk berhenti and mendapatkan bantuan, dan apa yang saya lakukan adalah mendapatkan bantuan nasihat dari seorang ustaz, yang pasti ustaz itu telah pun berkahwin and tinggi ilmunya. Saya amat terbuka menceritakan semua pada dia, dia pun selalu menasihati and membimbing saya.

Alhamdulillah

Tapi semua berubah selepas satu insiden yang tak akan pernah saya lupa, kerana saya tidak punya kenderaan untuk pulang kerumah, saya terpaksa bermalam di rumah ustaz itu, ustaz yang baik ini dengan isteri and 3 orang anak kecil yang sangat saay senangi, malah isterinya menyarankan agar si ustaz temani saya.

And masa sebelum tidur tu kami berbual seperti biasa and seboleh-bolehnya saya elak untuk berbicara soal sex. Namun saya terkejut apabila si ustaz minta saya 'servis' dia kerana dia tak pernah merasa. Malah dia mengaku terangsang setiap kali saya bercerita mengenai masalah yang saya cerita pada dia.

Akhirnya kami melakukannya.

Sungguh, syaitan bijak memainkan jarumnya dengan baik. Selepas "game" tamat ustaz tu menangis semahu-mahu nya. Dia beristighfar and saya sangat tak faham dari seorang yang saya pandang tinggi, akhirnya dia jadi teman tidur yang hebat. And saya pandang dia sama aje dengan gay-gay kat luar sana.

Sebab sayakah menjadi penyebab dia berani melakukan sebegitu?

Saya keluar dari rumah dia and tidak berhubung sehingga kini. Since then, siapa yang boleh membantu pun saya tak tau, yang pasti, sewaktu usia saya semakin menginjak ke angka 30 ni saya masih melakukan benda itu. Terdetik didalam hati ini untuk berubah, lupakan semua ini namun apakah saya mampu melakukannya? Tak terkira sudah berapa kali saya menangis menyesal tetapi masih tiada perubahan.

Wallahua'lam..


`IQBAL~ 






Salam Iqbal, 

Pertama sekali terima kasih kerana berkongsi kisah lalu, sedikit sebanyak pasti akan membuka mata mereka diluar sana. 

Ya apabila ianya berkaitan dengan soal nafsu, sebenarnya semua manusia tidak akan dapat lari daripada dihasut dan digoda oleh syaitan. Apabila seseorang itu semakin kuat mahu berubah menjadi baik dan kembali kepada jalan Allah atau semakin tinggi seseorang itu berpegang kepada amalan jalan Allah maka semakin kuat godaan yang datang malah semakin ramai bilangan syaitan yang berpangkat jeneral yang datang mengoda menghasut agar mereka-mereka ini tersungkur kembali melakukan dosa. 

Berbagai cara yang syaitan akan lakukan bergantung kepada kelemahan seseorang manusia itu. Maaf kata kemungkinan ustaz tersebut mempunyai pengalaman hitam berkaitan songsang semasa dia remaja atau sewatu dia masih kecil, sebab syaitan akan mengoda seseorang melakukan sesuatu pekara itu mengikut kelemahan yang ada dalam diri masing-masing.

Ada ahli bijak agama yang tinggi ilmu digoda syaitan sehingga terpesong akidah diri mereka, mereka sangka mereka itu benar tapi sebenarnya salah atau ada yang terlanjur mengikut hawa nafsu dengan perempuan lain yang bukan isteri yang sah.

Walau bagaimanapun, walaupun adakala kita masih tetap terlanjur, sebaiknya kita dengan segera mohon keampunan dari Allah, sebaiknya kita perlu berkali-kali berdoa minta perlindungan dariNya. Perlu ada rasa keinginan ingin berubah keinginan agar iman kita kuat bagi mengawal diri daripada mengikut kehendak nafsu godaan dari syaitan yang direjam ini, insyaallah pasti Allah akan membantu.  – Naj Mi



9 comments:

  1. akhirnya dia menjadi teman tidur yang hebat. wow mengancam tu..hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.


    Hmmm..
    Kenali diri....
    Kalau nk berubah kena cari orang betul2 kuat...
    Sorri to say... Deal with kind of nafsu sangatlah pelik dan dahsyat..

    Sebab:
    1. Nobody know ur feeling.
    2.setiap hari u have ur own oppurtunity to mix with people u like. Nobody will be so suspicious. Unless ur character memg obvious.
    3. Diff problem yg solusinya susah nk cari. Different people diff solution.


    Apapun.

    Binalah hati yg bersih dan kukuh dengan agama.
    Basic agama jaga.
    Solat jaga.
    Jangan megharap kasih manusia melebihi kasi Ilahi..
    Kerna kasih manusia membawa sesiapa saja hanyut di dunia.

    Apapun..berusaha keras!
    Allah pasti jaga kamu jika kamu jagama Allah.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas pandangan.saya cuba n terus mencuba.pernah bertunang, tp putus dipertengahan.terfikir utk ke pondok, apakah sy betah tinggal di sana?risau jika sy bw pengaruhx sihat ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata orang tua, hendak seribu daya...tak hendak seribu dalih...
      Setiap hari kita diberi pilihan...dari mula buka mata dipagi hari sehingga tidur dimalam hari....nk pakai baju apa, seluar apa, makan apa, buat apa....semua pilihan kita.
      Mmg golongan ini akan rasa marah jika baca komen sebegini tapi apa lagi yg holeh ubah diri kita melainkan diri kita sendiri? Sy pernah terbaca di negara timur tengah, tak ingat dimana. Oleh kerana terlampau benci kepada sikap dan kelakuan dirinya sendiri yg suka mencuri, seorang pemuda telah bertindak memotong tangannya sendiri. Katanya, dia telah cuba banyak cara tapi semua gagal. Dan hanya cara itu yg tinggal...
      Bukan niat saja menyuruh memotong mana2 anggota badan, moralnya ialah....apa tindakan dan apa pilihan kita sendiri...

      Suami sy ialah seorang biseksual, dia benci sikapnya dan penyakitnya yg suka pada lelaki, tapi dia masih kerap melayari dan melayan rakan2 sebegini di facebook. Jelas, hanya kata2 bibir dan tidak menunjukkan kesungguhan....

      Wallahualam...

      Mungkin bila ingat mati, hati akan rasa takut. Bayangkan ketika sedang enak menjadi top atau bottom, malaikat pencabut nyawa beri salam. Dan anda sendiri tak sempat "mencabut"....matilah dalam Suul Khatimah (kesudahan yg buruk)....terpulanglah pada pilihan sendiri...

      Delete
    2. pondok? hmm situ semua student lelaki je kan?

      Delete
    3. Bro..

      Kat mana pun sama...kalau hati sudah kuat pada tali Allah...kena campak kat mana pun..ko akan stable dan kuat menjauhi kemunkaran.

      Learn how to be a good muslim. Pengaruh
      Orientasi yg membawa kepada keadaan kamu tu..kena kamu kenali dan jauhi.

      U the only person yg mampu ubah. .
      Kena jujur dan serius.

      Ujian mesti ada sebb untuk membuktikan keikhlasan ko utk berubah.
      Itu hakikat dalam suatu perubahan.

      Delete
  4. saya setju dengan kebanyakan komen di atas. sangat inspiring. bagi saya, diri sendiri yang kena kawal diri. takde sapa yang blh tolong kecuali diri sendiri., gunakan kuasa minda.. kalau asik kata tak boleh je, selamanya tak boleh... tapi kalau cakap pada diri sendiri berulang-ulang kali aku pasti boleh, saya yakin awak mesti boleh. percayalah dengan diri sendiri. dan jangan lupa sebear mana pun masalah kita, kita kena sedar yang kita ada Allah yang Maha Besar, lagi Besar dari segala apa yang di muka bumi dan langit - insyirah

    ReplyDelete
  5. Syukran, terima kasih atas pandangan n saranan.in shaa allah sedaya upaya sy akn elak drpd mghampiri ke arah itu..

    ReplyDelete
  6. Pondoj adalah tmpt yg bagus.. Tapi setahu sy..disitu rmai yg mlpaskn nafsu serakah kps llki.. Dgr2 je la.. Tak pasti. Kat situ semua llaki ok.. Ssh nk kwal diri nnti klu jmpe ngn yg hensem tggi baik n so on.. Tgk2 dy pun songsang.. Tpi klu jiwa kuat nk brubah..teruskan je lah..

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST