Tuesday, 1 October 2013

HAART : INFO PENTING MENGENAINYA

Bila bercakap tentang ubat HAART, saya percaya masih ramai lagi di luar sana yang masih belum tahu dan kenal tentang rawatan HAART.  

Ada dikalangan rakan senasib walau telah diarah memulakan HAART malah ubatan telah berada ditangan tetapi masih lagi enggan untuk menelan ubatan yang diberi, nasihat doktor diketepikan begitu sahaja. Dan yang pasti ramai PLHIV diluar sana yang sangat bimbang untuk memulakan rawatan HAART.

Semoga paparan dibawah ini dapat memberi kefahaman dikalangan kita semua mengenai rawatan HAART.
 

Perkara yang anda perlu tahu mengenai ubat antiretroviral
 
HAART - adalah singkatan untuk "Highly Actice Antiretroviral Therapy" atau pun dikenali sebagai "Cocktail regime". Hanya kombinasi 3 jenis ubat antiretroviral (daripada >2 jenis ubat). Kombinasi 3 jenis ubat antiretroviral di perlukan untuk keberkesanan yang optimal.
 
Kelas ubat antiretroviral

A) Nucleoside reverse Transcriptase Inhibitors (NRTI) / Nucleotide Reverse Transcriptase Inhibitors (ntRTI) - NUKES
B) Non - Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors (NNRTI) - NON - NUKES
C) Protease Inhibitors (PI)
D) Lain-lain, cth: Integrase Inhibitors


Ubat antiretroviral yang terdapat di Malaysia
 
A) NRTI : Didanosine , Lamivudine, Zodovudine, Stavudine, Emtricitabine  
B) ntRTI : Tenofovir  
C) NNRTI : Efavirenz, Nevirapine  
D) PI : Indivadir, Ritonavir, Lopinavir, Saquinavir, Atazanavir E) Integrase Inhibitor : Rategravir

 
Ubat kombinasi yang terdapat di Malaysia

  1. SLN - Stavudine + Lamivudine + Nevirapine
  2. Combivir - Zidovudine+Lamivudine
  3. Kaletra - Lopinavir+ Ritonavir
  4. Tenvir EM - Tenofovir + Emtricitabine

HAART akan dimulakan apabila

  • Pesakit telah bersedia untuk memulakan HAART (HAART perlu di ambil sepanjang hayat - Berkahwin dengan ubat)
  • Apabila CD4 kurang daripada 350sel
  • Pesakit yang mempunyai genjala penyakit AIDS walaupun bilangan CD4 tinggi.
  • Semasa mengandung.


Apakah CD4?

CD4 atau sel darah putih merupakan askar di dalam badan yang bertindak melawan jangkitan yang memasuki tubuh seseorang. Dalam pesakit HIV, Virus menyerang sel CD4 dan memusnahkanya. Dengan ketiadaan jumlah askar yang mencukupi badan terdedah kepada jangkitan lain.


 
Bagaimana HAART bertindak
 
Setiap kelas ubat antiretroviral bertindak untuk menghalang pembiakan atau pembentukkan virus baru. Apabila ini berlaku, bilangan virus HIV dalam darah akan berkurangan dan penyakit dapat dikawal.


Kebaikan memulakan HAART

  • Akan meningkatkan sistem daya pertahanan badan dengan meningkatkan bilangan CD4.
  • Memastikan bilangan virus HIV dalam darah dalam paras paling rendah.
  • Mengurangkan risiko jangkitan opportunistik.
  • Meningkatkan kualiti hidup.
  • Memanjangkan jangka hidup.

Kesan sampingan yang mungkin berlaku

  • NRTI - muntah , loya, rasa kebas di jari tangan dan kaki.
  • ntRTI - cirit-birit, kegagalan buah pinggang.
  • NNRTI - ruam, pening, masalah hati.
  • PI - muntah, loya, masalah hati, kekuningan kulit, menyebabkan atau menerukkan penyakit kencing manis atau paras kolesterol.

HAART akan GAGAL bila

  • Ubat tidak dimakan dengan betul (lupa atau lewat makan ubat).
  • Mengambil ubat HAART bersama ubat tradisional / herba.
  • Mengambil ubat HAART bersama dengan arak atau ubat hipnotik(ubat tidur).
Virus HIV akan menjadi kebal kepada ubat antiretroviral berikutan cara pengambilan ubat yang salah.




Tips pengambilan ubat- ubatan...

  • Makanlah HAART tepat pada masa yang ditetapkan bagi menjamin keberkesanan yang optimal.
  • Gunakan 'alarm' telefon atau jam loceng sebagai peringatan untuk mengambil ubat.
  • Bawalah ubat-ubatan bersama sekiranya pergi melancong atau ke tempat kerja.
  • Selalu pastikan bekalan ubat adalah mencukupi sekurang-kurangnya untuk 1 minggu sebelum bekalan seterusnya, sekiranya stok ubat tidak mencukupi, hubungilah klinik dengan segera.
  • Jangan ambil ubat tradisional atau herba dengan HAART kerana ia boleh mengurangkan keberkesanan HAART.
  • Bertanyalah dengan doktor/ pegawai farmasi sebelum mengambil sebarang vitamin atau ubat -ubatan lain.
  • Sekiranya demam atau mengalami kesan sampingan ubat segeralah berjumpa doktor.
  • Jangan berhenti makan ubat HAART sekiranya anda berasa tidak sihat meskipun setelah kembali sihat.
  • Hanya makan makanan dan air yang masak sepenuhnya, jangan makan makanan separuh masak (contoh:telur separuh masak, kerang) dan ais batu.
  • Patuhi rutin ujian darah serta temujanji berjumpa dengan doktor/pegawai farmasi sebagaimana yang telah ditetapkan.


Fakta penting mengenai HAART

  • Ubat HAART mesti diambil sepanjang hayat dan tidak boleh diberhentikan.
  • Rejim pertama HAART adalah yang terbaik untuk mengurangkan bilangan virus HIV dalam darah.
  • Pengambilan ubat HAART amat penting pada masa yang tepat untuk keberkesanan HAART.
  • Bilangan sel CD4 hanya boleh diperiksa peningkatanya 3-4 bulan selepas memulakan HAART.
  • Sekiranya HAART dimulakna untuk pesakit dengan CD4<200sel, sesetengah sesakit akan bertambah teruk sebelum bertambah baik.Tetapi ini tidak bermakna HAART tidak berkesan.ini berlaku kerana sistem daya pertahanan pesakit sedang bertambah baik.
  • Semasa bulan ramadhan pesakit beragama islam tidak dibenarkan berpuasa dan perlu membayar fidyah. 


*SUMBER UNIT AIDS/ STD JKN PULAU PINANG.



15 comments:

  1. Salam saudara najmi,
    Pertemuan pertama saya dengan doctor pada awal september lepas, beliau menasihatkan saya untuk memulakan rawatan HAART memandangkan CD4 saya di bawah 500. Juga, beliau bagitau itupun sekiranya saya dah bersedia untuk memulakan rawatan ini. Saya bagitau doctor, yang saya bersedia utk memulakan rawatan sebaik sahaja saya menerima CD4 result yg kedua pada pertengahan november nanti, itupun sekiranya CD4 saya menurun. Buat masa ni, saya amalkan habbatus sauda, madu, spirulina dan IG6.

    Terima kasih atas sumber maklumat yang dipaparkan. Amat bermakna untuk panduan saya nanti.

    DanHaikal.

    ReplyDelete
  2. Salam Haikal

    Alhamdulillah, bagi sesetengah PLHIV mereka akan menunggu CD4 jatuh pada kiraan sekitar 300 baru nak memulakan HAART. Jika sekitar 7 tahun lalu zaman saya doktor hanya akan beri saranan agar memulakan HAART apabila CD4 berada sekitar 200. Tapi sekarang dah berubah PLHIV yang masih mempunyai kiraan CD4 lebih 300 sudah disuruh memulakan rawatan HAART. Saya dengar ada kelebihan apabila seseorang memulakan pengambilan ubatan HAART pada ketika bacaan CD4 mereka masih tinggi. Sekiranya CD4 saudara sekitar 300 elok lah mula makan ubat.

    Walau bagaimana pun saya berdoa agar CD4 saudara diperjumpaan akan datang masih tetap tinggi, tidak mustahil saudara boleh mengelakkan diri drp makan ubat selama yang boleh, mungkin saudara Haikal ada baca entri mengenai seorang rakan yang telah hampir 10 tahun positif HIV tapi masih tidak lagi makan ubatan HAART sebab CD4nya masih tinggi, sebab amalannya sama seperti amalan saudara Haikal, yang penting berdoa kepadaNya.....insyaallah.

    Jaga kesihatan, pemakanan dan elakkan stress....:)

    ReplyDelete
  3. Yang penting hidup mau ceria,semangat,jgn layan sgt emosi tu.inshaAllah dgn usaha dan doa kita semua
    Sentiasa sihat hingga ke warga emas,Apapun klu dah sampai waktunya kena dgr la ckp doktor,mereka lebih tahu dgn ilmu mereka.apapun benar,anda bersediakah,klu sekadar main2 mkn ubat,tak perlu lah,ia membazir shj ....HR21

    ReplyDelete
  4. Ambil ubat ikut masa, jaga diri baik2, happy and serahkan segalanya pada Allah, WNLYWA....take care

    ReplyDelete
  5. Salam saudara naj mi......saya baru dptkn ubat haart yg baru iaitu stocrin & tenvir em.....seblm ini sy mengambil tenvir em & neverpine tetapi ia telalah menyebab kn radang hati..?.so doc sy menyuruh sy stop dr amik haart tersebut...utk menurunkn radang hati tu.....hampir 1bln sy tidak mengambil haart....baru2 nie setelah hati sy ok sy start ubt yg baru stocrin & tenvir em.....masalahnya kesan sampingan yg sy dpt iatu muntah,kepala pusing,dan mengantuk yg amat ketara sy alami skrg.....bole bg sy tips utk menghadapi masalah ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Kalau tanya pengalaman saya apabila mula2 makan Stocrin dan Tenvir EM.....Ya kepala akan ting tong, macam mabuk mengantuk terawang2 selepas 2 atau 3 jam kita telan ubat tersebut..itu ada lah normal bagi kebanyakan orang, kesan ini berpanjangan bergantung pada seseorang individu itu sebab kesan antara kita semua berlainan, ada orang yang alami kesan ini berterusan. Ada yang akan alami mimpi buruk, mungkin muntah mual dan sebagainya. Tapi kebiasanya tak berpanjangan..insyaallah ianya akan hilang tak lama lagi.

      Pengalaman abg, kesan ting tong memang kuat dirasai pada awal2 makan Stocrin dulu, lama kelamaan ianya semakin kurang. Walaupun telah hampir setahun lebih abg makan Stocrin dan Tenvir EM, kesan ting tong (terawang2, mabuk mengantuk) masih abg rasa sekali sekala hingga hari ini...ada kala kesan tiada rasa langsung..

      Tiada apa tips yang special, abg jalani hidup macam biasa...cuma penting agar kita minum air kosong banyak sikit, kalau tak nak rasa kesan mabuk tu sebaik makan ubat tidurlah.....Excersice sikit2..jogging ker sekali sekala..Jangan stress ya..

      Insyaallah kesan2 tu akan beransur ansur hilang nanti insyaallah

      Delete
  6. Saya pun ambil stocrin n tenvir em. Utk tak nak bg tingtong, make sure mkn kenyang2 dulu n lps setgh jam br ambil ubat2 tu. Lps mkn ubat, jgn ada nak mkn apa2 lg. Saya dh test byk kali mmg mcm tu la. If ada mkn nasi lps mkn ubat, mmg tingtong mcm amik drug ler. Tp ni jd kat saya ler. U guys boleh test betol ke x.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous

      Maybe benar kata saudara, kerana saya sendiri pun akan pastikan saya makan dulu sebelum telan ubatan..jika dalam keadaan terdesak saya makan 2 roti bun sebelum telan ubat dan selalunya kesan tingtong sangat kurang (tiada). TETAPI biasanya pandangan saya ianya akan mengambil masa juga bagi seseorang itu untuk tidak mengalami kesan ting tong lagi..Saya sendiri mengambil masa lama juga dan alhamdulillah sekrang kesan ting tong yang saya alami sangat2 kurang (hanya sekali sekala sahaja dan ianya tidak menentu)

      Alhamdulillah harap PLHIV lain boleh ikut cara saudara tu..terima kasih..

      Delete
  7. Assalam Saudara Naj Mi,
    Saya baru lebih kurag dalam 3 minggu mulakan rawatan HAART (combivir & stocrin).. kesan sampinagn seperti ting tong memag ada tetapi hilang selepas 2 hingga ke 3jam.. Saya nk bertanye kpd Saudara Najmi betul ke klo dh start HAART tekanan darah naik.. dan ingtan mudah lupa... sbb saye dh mula rase feel mcm tu. baru2 nih ade schedule dgn doc tp terpaksa saya extend sbb bertugas di luar kwsan so kene tgu next month utk rujuk doc.. sekian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,

      Saya tidak pasti mengenai pekara itu, sebagaimana yang saya tahu kesan sampingan akibat HAART adalah berbeza diantara satu sama lain termasuk berkaitan dg tekanan darah naik dan mudah lupa ni.

      Pengalaman saya sejak mula makan HAART pada tahun 2010 (SLN30) dan kemudian tukar ubatan lain (tenvir em dan stocrin) pada dua tahun lalu, saya tidak ada masaalah dengan tekanan darah saya, alhamdulillah semua ok.

      Ingatan mudah lupa juga saya tidak pasti sama ada saya ada alaminya atau tidak sebab saya tidak perasan kerana saya tidak ambil tahu tentang masaalah itu.

      Nasihat saya saudara tanya kepada doktor nanti ya, sebab saya tidak dapat jawab pertanyaan saudara dengan tepat....:)

      Delete
  8. Assalam A.Najmi.. sebelum nih saya dimasukkn ke hospital selama 18 hari kerana demam berpanjangan dan setelah diagnosis oleh doktor saya mendapat jangkitan kuman pada paru-paru. Saya mula rasa imun body dh kurag so nekat buat HIV test... dan disahkan reaktif. Saya dh mulakan rawatan HAART berat badan saya sewaktu dalam wad 75kg dan sekarang dh naik 85kg.. nk mtk pendapat A.Najmi adakah kesan sampinagn ubat boleh buat seseorg itu gemok atau adakah disebabkan kadar kesihatan saya yg bertambah baik....?

    Mohon pandangan.... Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,

      Kesan sampimngan adalah berbeza antara satu sama lain, abg ada lihat ada setengah PLHIV yang nampak sentiasa berisi dan ramai juga yang kurus dan kalau ikut pengalaman abg dulu yang juga pernah terlantar dihospital berat badan abg jatuh teruk sehingga peha abg dah macam tengkorak hidup sangat kurus (tapi abg tak pasti berapa berat abg ketika itu)

      Selepas abg mula HAART selera abg bertambah2 sehingga berat badan abg meningkat dengan mendadak mungkin naik sampai hampir 70kg rasanya, tetapi disebabkan kolestrol abg meningkat, abg cuba kawal makan sehingga menyebabkan berat badan abg turun sekitar 65 kg sehingga sekarang (masih alami turun naik sekilo dua)

      Abang rasa peningkatan berat badan saudara adalah disebabkan kerana selera makan bertambah, dalam masa yang sama peningkatan berat badan tidak semestinya sebab kesihatan bertambah baik. Peningkatan juga berlaku sebab faktor lain mungkin sebab keturunan dan juga sebab faktor masih muda.

      Dalam kes saudara peningkatan sehingga 10 kg tu macam banyak. Cuba dapatkan nasihat dari doktor yang merawat ketika temujanji dimasa akan datang.

      Delete
  9. Mohon pandangan dari a. najmi... saya bru berumur 25th dan dh ada rekod dalam KKM yg saya adalah PLHIV.. Adakah identiti saya dirahsiakan, jika saya bekerja dgan sektor kerajaan atau GLC.. dan ape yg perlu sya buat klo di minta untuk buat medical checkup... mohon pandangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Setahu saya status seorang PLHIV memang dirahsiakan, dan setahu saya lah jika hendak melakukan ujian HIV perlu dapat kebenaran kita dulu, jika tidak mereka (doktor) tidak boleh lakukan ujian tersebut (wallahullam).

      Saya masih tidak dapat menjawab pertanyaan saudara dengan tepat, walaubagaimana pun saya ada rakan yang jadi guru sangat takut utk menerima rawatan dihospital kerajaan sebab takut status dirinya disampaikan kepada pihak atasan, bimbang tak boleh naik pangkat dan sebagainya.

      Dalam masa yang sama saya juga ada seorang rakan yang juga seorang guru, walaupun mendapat rawatan dihospital kerajaan tetapi pihak atasan tidak tahu mengenai status dirinya (maknanya dia tidak ada masaalah)

      Mungkin saudara boleh hubungi Majlis AIDS Msia, atau PT Foundition (google cari email mereka) dan cuba tanya pandangan mereka mengenai masaalah yang saudara hadapi ini sebab mereka mempunyai ramai pakar yang bijak menjawab masaalah saudara itu.....:)

      Delete
  10. As salam...sy start ubat haart nih bla disahkn preggy...kaletra dan tenvir em....kaletra mmg xd mslh tp tenvir em...ubat tuh akan buat sy cirit birit waktu mlm...ada x jln pnyelesaian lain???

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST