Tuesday, 1 October 2013

ENCIK RAUZA - PERKONGSIAN “AMALAN” SEORANG SUAMI POSITIF HIV


Salam,

Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah atas usaha saudara menyediakan satu laman blog yang berfaedah sebagai info berkaitan HIV/AIDS.

Untuk pengetahuan saudara, saya sendiri pun ditentukan untuk menghidapi penyakit ini, disahkan positif pada penghujung tahun lalu (2012). Walaupun kadang kala berat untuk menerima ketentuan ini, saya rasa amat bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik dan mampu untuk melakukan aktiviti seharian dan menjaga keluarga disamping melakukan ibadat kepada Allah. Alhamdulillah saya telah berkahwin dan isteri pun dapat menerima keadaan saya. 

Sepanjang saya menghidapi penyakit ini, saya tidak pernah mengenali sesiapa yang senasib dengan saya. Info-info dan blog-blog berkaitan penyakit ini pun saya jarang buka sebab tak nak terlalu memikirkannya. kadang-kadang tengok perkataan HIV/AIDS tu sendiri rasa gerun, tapi saya cepat-cepat positifkan diri sebab dalam dunia ni ada banyak penyakit yang bahaya.

Cuma stigma masyarakat sahaja yang menyebabkan kita memandang serong kepada orang yang menghidap penyakit ini. Insya Allah dengan memakan ubat dan penjagaan kesihatan, kita mampu mencapai tahap kesihatan seperti orang lain juga dan insya Allah risiko untuk mendapat penyakit yang lebih teruk akan berkurangan. 

Just nak berkongsi.... 

Sebagai rawatan, saya sekarang ni ambil ubat Truvada dan Stocrin sejak 3 bulan lalu...alhamdulillah ubat-ubatan  ini tidak memberikan kesan yang begitu teruk kepada saya melainkan rasa mual sikit-sikit yang saya rasai. Saya juga ambil supplement yang disarankan sunnah seperti habbatus sauda dan madu selain minyak kelapa dara dan jus peria.

Dalam diri saya, saya yakin yang penyakit ini boleh disembuhkan berdasarkan firman Allah setiap penyakit yang Allah turunkan pasti ada penawarnya. Selain itu, amalan pemakanan sunnah seperti habbatus sauda yang dikatakan ubat segala penyakit kecuali mati, madu sebagai makanan berubat juga harus diyakini.

Dan yang paling agung mestilah al-Quran yang kita perlu yakin penyembuh yang terbaik bagi segala masalah dan penyakit. Saya juga melakukan bekam setiap bulan, rawatan yang saya lakukan berdasarkan keyakinan saya kepada sabda Nabi dan apa yang diceritakan dalam al-Quran. Namun, saya tetap teruskan ubat-ubat moden. Doa kena selalu.

Kalau ada masa saya tulis lagi yer. Semoga kita semua selalu berada dibawah rahmat Allah.

Wallahuallam....

RAUZA
(bukan nama sebenar)



Salam Rauza

Alhamdulillah kerana saudara berfikiran positif, tetapi pandangan saya adalah normal setiap mereka yang baru disahkan mendapat jangkitan ini akan berasa sedikit tertekan dan sedikit tidak keruan. 

Saya seperti saudara dulu, ketika baru disahkan positif HIV sehingga menjangkau setahun lebih saya tetap fobia apabila mendengar perkataan HIV AIDS yang tersiar didada akhbar atau ketika menonton di TV. Tapi alhamdulillah kita yang dijangkiti dengan virus ini, sedikit demi sedikit dan lama kelamaan akan menjadi lali dan semakin yakin pada diri sendiri dalam menghadapi ujian dugaan ini.

Kita juga sebenarnya perlu berkomunikasi dengan PLHIV lain sama ada bertemu atau pun sekadar hanya berhubung melalui laman-laman sosial...saya sendiri tidak pernah bertemu berbual dengan mana-mana PLHIV lain mungkin kerana masaalah keyakinan diri yang ada dalam diri saya...tetapi saya tetap berkomunikasi melalui blog dan FB sahaja.

Terima kasih dengan nasihat, perkongsian dan pandangan saudara mengenai petuan-petua yang saudara amalkan, ya setiap PLHIV pasti mempunyai cara tersendiri mengikut kemampuan diri cuba beramal dengan harapan keadaan tubuh badan sentiasa sihat dan dapat mengekalkan kesetabilan CD4 agar tidak jatuh merudum.

Saudara baru sahaja disahkan mendapat jangkitan HIV penghujung tahun lalu, alhamdulillah saudara bangkit dengan cepat untuk meneruskan kehidupan ini. Alhamdulillah saudara sudah pun berkahwin, pasti kehidupan saudara akan lebih mudah kerana mempunyai seorang yang boleh menyokong dan membantu saudara.
 

Membaca email saudara, saya membayangkan kehidupan saudara yang tenang dan harmoni...syukur kehadratNya. Terima kasih kerana kerana mengirim email ini...:)



7 comments:

  1. Salam encik rauza,saya memahami perasaan anda,antara maruah,perasaan,pandangan masyarakat salah satu penghalangnya,Syukurlah isteri dapat menerima saudara dgn ujian ini.Saya tertarik dgn cara pengambilan ubatan anda tapi pandangan saya anda perlu tanya Doktor pakar ttg pengambilan supliment bersama dgn ubat haart,mmg itu adlh satu usaha tetapi takut ia memberi kesan tindakbalas terhadap haart itu sendiri,
    Apapun anda tidak keseorangan,ramai plhiv seperti anda,ada keluarga yg bahagia.Untuk pengetahuan anda dan my brother abg najmi,saya pun seperti anda,malah saya Dah 11tahun pembawa hiv + yg masih belum memulakan rwtn Haart atas pemantauan My Doctor.Abg najmi... bulan ni oktober genaplah 11tahun saya plhiv :-) cepat masa berlalu,saya bersyukur Pada Allah yg masih memberi saya nikmat hidup dan istri serta segalanya yg penuh nikmat hidup.sorry abg,bbrp bulanni agak sibuk,lama tak jenguk blog abg najmi.Apapun kita sama2 yakin dan berdoa,Allah memelihara kita semua untuk terus sihat untuk meneruskan perjuangan hidup ini serta menjadi hamba Allah yg beriman hingga akhir hayat ini,tq abg najmi..... HR21

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum, boleh saya tahu dimana nak dapatkan bekalan ubat truvada dan stocrin tu ye?

    ReplyDelete
  3. Salam HR21,

    Alhamdulillah, semoga HR21 sentiasa dalam keadaan sihat berterusan..ya HR21 sudah 11 tahun positif HIV dan sehingga kini masih belum memulakan rawatan HAART kan sebab CD4 saudara masih tinggi, alhamdulillah tidak ramai yang bernasib baik seperti HR21, mudah2an terus bertahan menstabilkan CD4 dan dalam jangka masa yang lebih lama lagi terus menikmati kehidupan tanpa HAART.


    Surya Hanee

    Bekalan ubatan Truvada dan Stokrin merupakan antara beberapa jenis ubatan HAART, setahu saya ubatan ini dikawal dihospital kerajaan, hanya PLHIV yang dipantau doktor sahaja yang akan diberi ubatan ini (jika perlu)

    Saya tak pasti kemungkinan ubatan ini boleh dibeli di hospital swasta, wallahuallam. Kalau dijual pun harga sebotol utk sebulan agak mahal (kalau tak silap saya lah hampir RM300), yang pasti kena melalui doktor jugak. Ubatan ini setahu saya tidak dijual secara terbuka seperti di farmasi, wallauallam...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih for the reply abg najmi. Masalah dgn doktor kerajaan ialah keengganan mereka utk memulakan rawatan haart atas alasan level CD4 masih di paras ok. Maksudnya tidak kurang. Kami masih lagi cuba memujuk doktor utk membenarkan utk memulakan rawatn haart itu. Nampaknya kami masih perlu mencuba. Mahal ye ubat tu...

      Delete
  4. Saya suka cerita-cerita begini, tapi saya kurang gemar cerita-cerita yang menunjukkan betapa seronoknya dunia plu, yang boleh saya kelaskan cerita kisah benar. maksud saya, cerita yang konon-konon kisah benar, tapi menyeronokkan pembaca supaya berfantasi. entahlah, mungkin orang lain insaf kot membaca, tapi saya depends on story. tapi cerita di atas memang bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Masing-masing punya pandangan masing-masing, ya tidak perlu kita paksa untuk suka kepada sesuatu yang kita tak suka.

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST