Thursday, 17 October 2013

EDDY - BEGINILAH KEHIDUPAN SAYA SEHINGGA DISAHKAN POSITIF HIV



As salam abang Najmi,

Saya Eddy (bukan nama sebenar) berasal dari Sabah dan saya berumur 21 tahun, saya yang dalam facebook tu, saya nak berkongsi cerita dari awal sampai lah saya dapat HIV ni...

Saya berasal dari keluarga yang sederhana, keadaan keluarga saya memang huru hara, mak ayah saya berpisah semasa saya berumur 11 tahun. Sejak dari itu saya tinggal dengan pakcik (adik mak non muslim). Emak saya dulu bukan islam tapi dah convert, sejak mereka berpisah kehidupan saya dengan adik beradik jadi tidak terurus.

Emak ke Sarawak, manakala ayah saya kahwin lain. Semasa saya form 2 saya buat keputusan untuk pindah kesekolah yang sangat jauh dari adik saya, masa pindah saya tinggal dengan makcik adik ayah saya. Demi ALLAH saya menyesal pindah sekolah sebab keadaan adik saya bertambah tidak terurus sebab isteri pakcik saya buat tak tahu je.

Semasa form 3 saya gaduh dengan ibu tiri saya sampaikan saya tumbuk muka dan tendang dia, saya tahu tindakan saya agak kurang ajar tapi bagi saya itu yang harus dia terima atas perbuatannya yang sangat melampaui batas.

Saya tumbuk dia sebab dia fitnah ibu kandung saya, dia cerita satu kampung cakap yang emak saya pelacur, selalu bawa laki balik rumah. Dia juga cakap kami anak haram dan bukan anak ayah kami. Mula-mula dalam seminggu saya diam saja, saya ada suruh ayah saya nasihatkan dia, tapi masuk minggu ke dua dia masih buat benda sama, tiap-tiap hari dia pergi sana sini fitnah mak kami. Lepas gaduh tu hubungan saya dengan ayah saya renggang.

Semasa saya form 5 pula masa tengah ambil SPM sekali lagi saya tumbuk ibu tiri saya atas kesalahannya yang sama. Kali ke 2 saya tumbuk tu pun sebab hal yang sama jaga. Semasa saya tumbuk tu ayah saya pun tumbuk saya sekali buat pertama kalinya sebab nak pertahankan bini dia tu. Sejak dari itu la hubungan saya dengan ayah saya bertambah buruk. Bagi saya bang tidak ada istilah bekas anak, tapi bekas isteri ada, jadi saya rasa tindakan ayah saya pertahankan fitnah bini dia yang dia sendiri tahu tidak benar tu adalah salah. 

Seminggu selepas tamat SPM saya buat keputusan untuk ke Kuala Lumpur tanpa memperdulikan halangan dari keluarga dan kawan saya.membuatkan saya lari ke KL membawa diri sendiri.

Di Kuala Lumpur lah bermula semuanya....

Segala-galanya bermula di KL, saya mula terjebak dengan aktiviti songsang, ke mana sahaja saya pergi pasti ada yang cuba menggoda saya, malah semasa saya berkerja sebagai cashier di salah sebuah kedai baju yang besar di Malaysia (padini) ramai pelanggan cuba menggoda saya.

Sepanjang saya berada di KL selama hampir 4 tahun, macam-macam jenis dugaan yang saya terima, sampaikan saya pernah tidur di KL Sentral selama seminggu kerana di tipu rakan sendiri. Akibat terlibat dalam aktiviti berisiko saya akhirnya mendapat HIV.

Pada awal 2012, saya buat keputusan untuk sambung belajar di salah sebuah IPT di Selangor. Sepanjang bergelar pelajar (sampai sekarang tahun ke 2) banyak dugaan yang saya terima, namun dugaan mematangkan saya.

Sebelum saya didiagnoses positive HIV lagi, saya memang sudah tidak pernah buat hubungan sex dengan sesiapa lagi atas keinginan ingin berubah. Alhamdulillah saya dapat bertahan, namun ALLAH maha berkuasa pada 11 September 2013 saya buat rapid hiv test sendiri dan saya sah positive. Saya buat rapid test atas nasihat dari seseorang yang baru saya kenal melalui wechat, kami saling suka sama suka, malah dia sudah bekeluarga, dan dia adalah orang pertama yang tahu saya positive HIV, syukur dia dapat terima saya sebagai kawan, malah dia bertambah sayang dengan saya sebagai kawan, dia juga membantu saya dari segi ubat-ubatan vitamin dan nasihat.

Pada 17 September 2013 yang lalu, saya ke Klinik Kesihatan untuk mendapatkan surat rujukan untuk ke Hospital XXXXX, dan pada 18 September 2013 saya ke Hospital tersebut untuk berjumpa counsellor dan ambil darah untuk mengetahui jumlah CD4 saya. 

Temujanji saya seterusnya pada 9 October 2013, masa nak tahu keputusan CD4 tu saya punyalah yakin yang CD4 saya masih tinggi, namun saya silap besar doktor memaklumkan yang CD4 saya cuma 148 (bacaan kali pertama), masa tu macam-macam yang saya fikir, tak percaya pun ada, sebab saya ni tidak alami apa-apa tanda atau simptom akibat jangkitan HIV pun, malah tubuh saya sangat-sangat sihat. Doktor menasihatkan saya untuk memulakan HAART tapi saya cakap nak tangguh sehingga tamat final exam, doktor kata boleh tapi risiko tinggi jadi dia bagi masa 2 minggu untuk saya fikir betul-betul.

Dalam keadaan sekarang rasa macam nak aje bagi tahu mak ayah yang saya dapat sakit ni tapi saya takut mereka tak akan dapat terima. Hubungan saya dengan ayah saya baru sahaja baik selepas kejadian form 3 dulu.

Untuk pengetahuan abang saya ni lurus bendul, pemalu dan sangat pendiam, saya juga tak sosial, tidak merokok, tidak suka clubbing, tidak minum arak, atas sebab itu saya tak nak pandangan baik keluarga saya terhadap saya jadi buruk.

Sekarang saya bertaubat dan redha atas ketentuaan ALLAH, tapi saya ada masalah besar saya memang tidak pandai baca Al Quran, tidak pandai solat sebab saya dari kecil tidak membesar dengan parents malah membesar dengan pakcik yang bukan islam, jadi ilmu agama saya sangat kurang..hehehe.

Jika di beri peluang saya nak kembali ke zaman kecil dan nikmati saat-saat indah bersama emak kandung, ayah dan adik beradik saya kembali. Walaupun saya ni tidak membesar dengan ibu kandung saya tapi naluri untuk mempertahankan ibu saya dari difitnah sangat kuat. Saya pernah berjanji dengan ibu kandung yang saya nak belajar dan dapat kerja bagus kemudian bantu dia yang sakit tapi akhirnya saya sendiri pula yang tewas dengan dugaan hidup ini.

Dua minggu lagi temujanji seterusnya dengan doktor iaitu pada 23 Oktober 2013 untuk ambil X-Ray dan juga bagi tahu keputusan nak mula makan ubat atau tidak. Ok la abang Naj Mi apa-apa perkembangan saya akan kongsi dengan abang.


Ini keputusan pertama saya selepas di dignoses

Berat badan dari 54 kg naik 58.5 kg
Tekanan darah sangat baik (kata doktor la)
CD4 148 je 
Viral Load tak keluar lagi
Hepatitis A dan B negative.




Salam Eddy,

Terima kasih kerana berkongsi kisah, setiap kita mempunyai kisah silam masing-masing, ada yang manis dan ada yang masam. 

Tidak dinafikan sebagai seorang yang masih muda remaja serta berwajah sangat kacak, pastinya Eddy sangat terdedah dengan segala dugaan dan godaan terutama yang berkaitan dengan masaalah nafsu seks dan apa yang telah berlaku dan telah berlalu itu Eddy jadikanlah ianya sebagai pengajaran bagi memperbaiki diri kehidupan untuk menghadapi masa depan.

Mengenai masaalah CD4 yang rendah, sebagai rakan senasib abang nasihatkan agar Eddy segera mulakan rawatan HAART. Dengar nasihat doktor dan kalau boleh jangan ditangguh lama sangat sebab bimbang kemudaratan yang boleh Eddy dapat kelak jika lewat makan ubat.

Apabila sudah memulakan rawatan HAART nanti insyaallah CD4 Eddy akan kembali meningkat dan Virol Load akan turun sehingga tidak boleh dikesan, Eddy akan kembali kuat dan sihat serta boleh menjalani kehidupan dengan lebih baik. Yang penting Eddy kena berfikiran positif, Eddy masih muda, masih kuat dan bijak insyaallah boleh dapat pekerjaan yang baik dan boleh membantu ibu kandung Eddy kelak.

Abang juga doakan agar hubungan Eddy dengan ayah kembali bertaut rapat.- Naj Mi




8 comments:

  1. kesiannya adik ni.
    salah satu punca anak2 huru hara adalah kerana kurang kasih sayang ibubapa
    semoga adik tabah..masih belum terlambat utk belajar solat/mengaji
    cari guru yg dapat ajar adik ye

    ReplyDelete
  2. Buat pertama kalinya nak komen kat sini!

    Salam!

    Smart person!
    Semoga bro eddy terus berpegang pada tali Allah.

    Allah memasukkan hambanya ke syurga bukan atas betapa banyak amal ibadahnya atau betapa mulianya di bumi..tapi Allah masukkan hambanya ke syurga atas RahmatNya.

    Yg membawa maksud...semua kita layak jika kita jaga diri.

    Jaga Allah pasti Allah jaga kamu.

    Doalah..
    Semoga Allah berikan kekuatan.
    Ya Allah jangan engkau sesatkan sesudah engkau berikan hidayahMu.

    Just start ur medication bro!
    Jangan fikirkan sangat side effect...semua benda ada risiko.
    Ramai yg start haart...ok.. Xda masalah. Just do it!
    Gambatte.


    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum Eddy,
    Menitis airmata akak bila baca cerita adik. Syukur alhamdulillah, Allah telah buka pintu hati adik untuk bertaubat. Gunakanlah masa dan peluang ini sebaik2nya. Ajal maut ditangan Allah. Kita yg sihat dan tidak ada HIV ni pun tidak tahu ajal kita. Mungkin juga sekejap lagi atau esok. Eddy teruskan lah berjumpa dan dapatkan nasihat doktor. Teruskan hidup dengan penuh kesyukuran. Apa2 yg telah berlaku jadikan pengajaran hidup. Sesungguhnya syurga Allah itu lebih indah dari seluruh isi dunia. Kalau sudi, boleh berhubung dgn akak di suryahanee@gmail.com

    ReplyDelete
  4. sungguh besar dugaanya.dgn usia yg terlalu muda..semoga terus kuat.

    ReplyDelete
  5. sedih lah bro..
    nasib mcm ni..
    semoga Allah menberi kesihatan dgn awk bro..

    ReplyDelete
  6. Bersabar lah abang Eddy,Tuhan tu maha pemurah

    ReplyDelete
  7. Semoga di permudahkan dunia dan akhirat. InshaAllah niat yg baik akan di berikan balas dgn baik. Alhamduilah hati utk belajar agama lebih mendalam itu baik.

    ReplyDelete
  8. sama lah kita...dimata keluarga n ore kampong...sy baik n tak banyak masalah tp hakikitnya..JAHAT sy ke arah lain..hanya Allah yg tahu. apa2 pun..sesame lah kita kuatkn diri kita ye....selalu belajar positive kan diri "Allah xbg dugaan kepada hambanya yg xmampu" "Allah lebih sayangkan sy"itu yg selalu sy tanamkan bila gundah melanda n walau pun tahu..keluarga sy pasti akan tahu akan rahsia ini... semoga u pun tabahkan diri n majukan diri

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST