Saturday, 5 October 2013

CD4 DAN CD8 - SERTA RAWATAN ALTERNATIF

Sel CD4 adalah sejenis sel darah putih atau limfosit. Sel tersebut adalah antara bahagian yang penting dalam sistem kekebalan tubuh manusia. Sel ini juga disebut sel T-4, sel pembantu atau kadang kala sel CD4+.

Selain sel CD4 juga ada sel CD8, yang juga disebut sel T-8 atau sel pembunuh. Sel CD8 itu membunuh sel kanser atau sel yang telah dijangkiti kuman seperti HIV. 

Sel CD4 dapat dibezakan dari sel CD8 berdasarkan protein tertentu yang ada di permukaan sel tersebut. Sel CD4 mempunyai protein CD4 pada permukaannya. Protein itu bekerja sebagai ‘reseptor’ untuk kuman HIV. Kuman HIV pula mengikat pada reseptor CD4 itu sebagaimana anak kunci dengan mangganya. 


MENGAPA SEL CD4 SANGAT PENTING DAN BERKAIT RAPAT DENGAN HIV

Ketika kuman HIV menjangkiti manusia, sel yang paling sering dijangkiti kuman adalah sel CD4. Kod genetik HIV menjadi sebahagian dari sel itu. Semasa sel CD4 menggandakan diri (laksana mesin fotostate) untuk melawan jangkitan kuman sesuatu sel, sel HIV juga akan menggandakan diri (laksana mesin fotostate). 

Ketika seseorang itu dijangkiti kuman HIV, jumlah sel CD4 juga semakin menurun. Ini adalah petanda bahawa sistem kekebalan tubuh seseorang yang dijangkiti HIV semakin lemah dan rosak. Semakin rendah jumlah CD4, semakin seseorang itu akan mengidap sesuatu penyakit kronik. 

Terdapat jutaan keluarga sel CD4. Setiap keluarga dirancang khusus untuk melawan kuman tertentu, sewaktu kuman HIV mula mengurangkan jumlah sel CD4, beberapa keluarga tersebut akan termusnah. Jika ini terjadi, seseorang itu akan kehilangan kemampuan untuk melawan kuman yang seharusnya dihadapi oleh keluarga tersebut. 


APAKAH UJIAN CD4 

Jika sebahagian darah seseorang diambil untuk diuji dan dianalisa bagi mengira jumlah sel darah. Jumlah sel CD4 tidak dikira terlebih dahulu. 

Biasanya, pihak makmal akan mengira berdasarkan jumlah sel darah putih dan ujian CD4 biasanya berbeza-beza. Oleh itu, seseorang itu dikehendaki melakukan ujian CD4 setiap empat bulan.


FAKTOR YANG MEMPENGARUHI JUMLAH CD4

Hasil ujian CD4 sering berubah-ubah. Ia tergandung pada bila darah tersebut diambil samaada dalam keadaan stres atau dalam keadaan normal.


Jangkitan kuman juga boleh mempengaruhi jumlah CD4. Jika tubuh seseorang itu diserang jangkitan kuman, jumlah sel darah putih (limfosit) akan naik. Jumlah CD4 juga akan naik. 

Sebaik-baik melakukan ujian CD4 adalah setelah dua minggu pulih dari jangkitan kuman.


BAGAIMANA HASIL UJIAN CD4 DIJALANKAN 

Biasanya hasil ujian CD4 dijalankan sebagai jumlah sel CD4 yang ada dalam satu milimeter kubik darah (biasanya ditulis mm3). Jumlah CD4 yang normal biasanya berkisar antara 500 hingga 1,600. Jumlah CD4 umumnya menurun secara perlahan-lahan. Namun dalam beberapa kes seperti kanser dan HIV, jumlah CD4 dapat menurun dengan pantas.

Oleh kerana jumlah CD4 sering berubah-ubah, lebih baik dilihat peratusan sel CD4. Peratusan ini adalah perbandingan dengan limfosit keseluruhannya. Jika hasil ujian melaporkan CD4% = 34%, ini bermaksud 34% dari limfosit di dalam tubuh adalah sel CD4. Peratusan ini lebih stabil dibandingkan jumlah sel CD4 secara keseluruhannya. Angka normal CD4 adalah di antara 30 hingga 60%.

Setiap laboratorium atau makmal mempunyai kisaran yang berbeza. Belum ada pedoman untuk keputusan rawatan berdasarkan CD4%, kecuali untuk kanak-kanak berusia di bawah empat tahun. 

Jumlah CD4 mutlak di bawah 200 menunjukkan kerosakan yang serius pada sistem kekebalan tubuh. Biasanya, ini adalah tanda penyakit AIDS pada orang yang dijangkiti HIV. Sebuah penelitian baru menunjukkan bahawa CD4% lebih baik meramalkan perkembangan penyakit HIV dibandingkan CD4 secara keseluruhannya.

Kadang kala seseorang itu kita juga disarankan untuk melakukan ujian CD8. Namun sama sekali tidak jelas bagaimana hasil ujian CD8 dapat ditafsirkan. Oleh kerana itu, tidak digalakkan membelanjakan banyak wang untuk membuat ujian CD8. 


APAKAH MAKSUD ANGKA INI 

Jumlah CD4 adalah ukuran kunci kesihatan sistem kekebalan tubuh. Semakin rendah jumlahnya, semakin banyak kerosakan sel yang disebabkan kuman HIV. Jika seseorang itu mempunyai jumlah CD4 di bawah 200, atau peratusan CD4 di bawah 14%, maka seseorang itu dianggap mengidap penyakit AIDS. 


JUMLAH LIMFOSIT 

Oleh kerana ujian CD4 agak mahal dan hanya terdapat di makmal tertentu sahaja, maka jumlah limfosit total (total lymphocyte count (TLC) diguna pakai untuk menggantikan jumlah bacaan CD4.

Namun, hasilnya tidak dapat menandingi dengan jumlah CD4, dan jumlah limfosit total ini hanya dapat diguna pakai sebagai tanda. Walaupun begitu, hasilnya dapat membantu doktor untuk merawat pesakit.

Biasanya dianggap bahawa jumlah limfosit total antara 1,000 dan 1,200 bersamaan dengan jumlah CD4 berjumlah 200. 



RAWATAN ALTERNATIF DI KUMPULAN PERUBATAN ELEKTRONIK 

Jika seseorang pengidap kanser atau HIV dan mempunyai jumlah limfosit yang rendah seperti di bawah paras 1,000 atau pengidap HIV yang peratusan CD4nya rendah dan jumlah CD4 di bawah 400, digalakkan mengamalkan ubat Perubatan Elektronik kerana kami akan membekalkan anda ubat-ubatan yang dipancarkan dengan ribuan kod penawar gelombang elektromagnetik yang mampu menambahkan kandungan limfosit dan CD4.

Disamping itu, sebaik-baiknya kami akan mengambil sample DNA pesakit seperti rambut, darah, air liur dan urin supaya Perubatan Elektronik dapat memperbaiki kerosakan DNA pesakit kanser dan HIV.

Kami di Perubatan Elektronik akan membekalkan ubatan yang mengandungi ribuan kod penawar gelombang yang sangat halus (125,000 kali dari nano) dan 2,500 kali dari sel darah supaya pelbagai gelombang penawar tersebut dapat menembusi sel-sel pengidap kanser dan HIV yang tidak dapat ditembusi oleh perubatan biasa.

Natijahnya, Perubatan Elektronik sangat sesuai dengan pelbagai penyakit kronik seperti kanser, hepatitis, jaundis, HIV, AIDS dan pelbagai penyakit kronik lain. Kami di Kumpulan Perubatan Elektronik hanya berusaha mencari penawar sesuatu penyakit dan sebaik-baik penyembuh adalah milik Sang Pencipta Yang Maha Penyembuh.
 

Sumber Disini

No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST