Tuesday, 22 October 2013

AKMAL - ADA TERLINTAS NAK TUKAR AGAMA, AGAMA YANG HALALKAN HOMOSEKSUAL

Assalamualaikum abang Najmi, selamat berkenalan. Saya nak kongsi kisah hidup saya dengan abang Najmi sikit dalam masa yang sama saya minta pandangan. Panggil saya Akmal. Umur saya 21 tahun. 




Saya mula sedar yang saya ada nafsu songsang ni bila saya masuk sekolah asrama. Waktu saya form 3 dekat salah satu sekolah agama di Selangor. Saya tidak pernah diliwat pun cuma nafsu saya lebih cenderung kearah suka kepada kaum lelaki.
 
Pada mulanya saya berkawan dengan kawan-kawan yang lembut atas alasan nak jadi orang yang nerd, tak nak jadi budak jahat, tapi lain pulak jadinya. Nafsu saya bertukar songsang pulak. Bila saya dapat tahu tentang nafsu saya ni, saya jadi phobia, dalam erti kata lain homophobia. 

Bagi seorang lelaki adalah perkara biasa kalau peluk – peluk ni, tetapi bukan bagi saya. Saya sangat marah kalau seseorang peluk saya malahan kalau  meletakkan tangan diatas bahu saya pun boleh buat saya marah. Masa tu saya selalu doa, “Ya Allah tolong lah kawal nafsu aku”. Waktu itu takut sangat kalau abang-abang senior tahu, mesti kena pukul. Macam yang abang kata, “Orang yang tak lalui ujian macam kita, mereka tidak akan tahu”

Jadi saya simpan rahsia ni dengan rapi, takut bocor pulak. Alhamdulillah saya dapat harungi. 

Masuk aje diploma saya berazam nak buka buku baru, tapi nafsu tu datang lagi dan kali ni dengan lebih kuat lagi. Sewaktu saya dalam semester dua, classmate saya jadi sangat rapat dengan saya. Mamat ni muka sangat jambu, kacak tapi manja-manja sikit dan suka peluk-peluk.


Satu hari kat blok hostel kat kampus saya ramai yang balik kampung, jadi tinggallah roommate saya dan kebetulan classmate saya ni tidak balik, jadi dia tumpang tidur kat bilik saya. Waktu malam tu, adalah cubaan untuk ehmm–ehmm dengan dia (harap abang paham), tapi tak menjadi. Saya cuma peluk dia aje.

Saya semakin sayang dengan dia dan tidak sanggup bila berakhirnya akhir semester, hubungan kami sangat rapat macam seperti adik beradik. Tapi dalam hati saya ni walaupun suka padanya tetapi saya tidak mahu dia jadi macam saya. So saya plan buat dia benci saya. Saya selalu buli dia sampai dia tak tahan dengan saya. Alhamdulillah kami semakin renggang.

Start semester 4, semua kawan-kawan saya ramai yang dah berpacaran…hahaha. Waktu itu Tuhan sahaja yang tahu betapa sunyinya saya. Kenapa Tuhan jadikan kita berpasangan tapi Dia jugak ciptakan manusia macam aku yang tidak boleh berkasih sayang macam orang lain. 

Bermula dari tu soalan ini yang selalu saya fikir didalam kepala saya dan sebabkan benda inilah saya punya result final exam tidak capai 3 pointer. Semester 5 pon sama.

Bila start aje habis diploma saya, saya nekad dalam diri saya, saya nak keluar dari kesedihan. Saya hancurkan hidup saya sikit demi sedikit. Saya mula kerap pergi ke sauna-sauna gay, club gay, dengan make sex date. Benda ni berlarutan sampai saya masuk degree. Sekarang masih lagi degree. Apabila saya dah start masuk degree aktiviti ini semakin berkurangan sedikit. Saya cuba untuk kawal nafsu saya. Saya jumpa kaunseling, saya harap dia dapat bantu saya, tetapi nasihat dia langsung tidak membantu.

Mula dari saat tu saya doa supaya Allah hilangkan sahaja ingatan saya, tetapi doa saya tidak pernah termakbul dan sekarang ini saya fikir sampai tahap saya tidak percaya lagi yang Allah itu wujud. Sudah 3 bulan saya tidak solat, solat pun kalau ibu suruh, kalau benarlah Allah itu wujud kenapa dia tidak tolong saya dalam keadaan saya macam ni.

Setakat ni saya sudah pergi check darah, alhamdulillah negative. Dan saya tengah berusaha untuk tidak pergi dah tempat-tempat macam tu lagi. Memang susah, kadang-kadang saya masih tetap tergelincir jugak. Tapi saya masih lagi berusaha walaupun tergelincir.

Cuma sekarang dalam hati saya ni tidak ada Tuhan dah. Ada jugaklah terlintas nak tukar agama, tetapi sama jugak agama mana yang halalkan homoseksualkan. 

Sama je harap abang boleh bagi nasihat atau pendapat. Doakan saya bang, harap abang sihat selalu. Kadang-kadang saya rungsing. Ada ke orang nak dengar keluhan saya…..huhuhu


AKMAL




Salam Akmal, 

Mempunyai naluri seorang songsang itu merupakan dugaan Allah buat kita. Sebab Allah jadikan kita bernaluri gay kerana Dia menduga kita. Semua manusia Allah duga dengan berbagai bentuk, berbeza ujian antara satu sama lain, mereka yang normal juga diujia Allah, buka gay sahaja, yang penting kita kena bijak mengatasi ujian tersebut.

Ada ramai isteri-isteri yang diduga apabila mendapat tahu suami mereka seorang gay. Dan pastinya ada ramai remaja diluar sana yang berkongsi kisah dengan abang tentang kesedihan hidup mereka menjadi gay.

Akmal juga diuji sama seperti para gay yang lain TETAPI Akmal masih beruntung sebab hanya diuji berperang dengan gelora nafsu songsang sahaja. Ada ramai lelaki gay diluar sana yang terpaksa berperang melawan nafsu gay dalam masa yang sama mereka diuji Allah menjadi pembawa virus HIV.

Ada yang diuji dengan penyakit yang sangat merbahaya sehingga doktor memberi jangka waktu mereka untuk dapat hidup sekian-sekian bulan sahaja. Mereka juga pasti ada berdoa pada Allah agar disembuhkan sakit mereka tetapi kenapa Allah tidak sembuhkannya lagi? Mereka mungkin sedih tetapi tidak sampai hilang keyakinan kepercayaan mereka kepada Allah yang maha esa.

"Sekiranya kita rasa kita teruk diuji Allah, maka ada insan lain yang lebih teruk diuji daripada kita"

Nasihat abang, Akmal kembali mengucap dua kalimah syahadat, TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH, NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH"

Jangan dan elakkan diri kita daripada hilang keyakinan kepada Allah Yang Maha Besar, jangan sesekali kita menghampiri murtad, sekiranya itu berlaku maka kita adalah orang yang paling, paling rugi didunia dan diakhirat kelak. Jangan kita terikut-ikut budaya barat.

Mempunyai naluri gay itu tidak salah, yang penting bagaimana cara kita mengawal naluri tersebut. Kalau kita mati dalam keadaan melakukan maksiat tetapi hati kita masih kekal percaya kepada Allah yang Satu, maka mati kita pastinya akan ke neraka dulu, setelah segala dosa kita dibalas maka kita akan dimasukkan ke syurga juga akhirnya, sebab apa? Sebab dalam hati kita sentiasa yakin bahwa Allah itu Satu, Allah Maha Besar, Maha Agung lagi bijak sana.

Sekiranya kita tidak yakin pada Allah, tidak percaya wujudnya Allah maka pasti mati kita dalam keadaan murtad, dan tempat kita diakhirat kelak ialah didalam neraka jahanam selama-lamanya. Nauzubillah.

Akmal masih tidak terlambat, buatlah kembali solat 5 waktu, buatlah yang wajib dulu. Perbaiki yang wajib dan jangan ditinggalkan. Dalam masa yang sama Akmal berdoa lah berterusan mohon pertolongan dari Allah. Segala niat baik doa kita pasti akan dimakbulkan Allah, cuma cara Allah makbulkan doa kita itu yang maybe berbeza. Doa kita dimakbulkan Allah dalam bentuk yang lain, sesuatu yang bukan sama dengan apa yang dita pohon TETAPI sesuatu yang sangat menguntungkan buat kita. Ada sesuatu yang kita pohon pada Allah yang kita sangka baik untuk kita tetapi sebenarnya ianya buruk buat kita sebab Allah itu Maha mengetahu apa yang terbaik buat hambanya.

Abang harap, Akmal kembali perkukuhkan kepercayaan Akmal semula kepada Allah SWT. Abang pasti Akmal masih yakin Allah itu wujud cuma fikiran Akmal diporak perandakan oleh syaitan. Syaitan memang suka orang yang sangat lemah. Abang percaya Akmal seorang yang kuat, Akmal mampu melawan dan tidak terpengaruh dengan tipu daya syaitan yang direjam itu.

Abang sebenarnya tidak bijak memberi nasihat, abang hanya kata apa yang abang rasa betul difikiran abang dalam menasihati Akmal.


Kalau boleh Akmal sekerap mungkin lakukan lah solat secara berjemaah di masjid, mungkin agak sukar tetapi abang pasti Akmal boleh paksa diri. Abang sangat yakin Allah pasti melindungi Akmal, dan akan mempermudahkan kehidupan Akmal didunia dan diakhirat, Akmal pun baru 3 bulan tidak mendirikan solat kan, bermakna sebelum ini Akmal masih ada melakukannya, yang penting Akmal kena berusaha mendekatkan diri kepada Nya.





5 comments:

  1. Akmal not alone, percayalah pada Allah, didugaNYA kerana Akmal lelaki yang kuat, sabar dan tenangkan fikiran Akmal n fikir baik2

    ReplyDelete
  2. tersentuh hati saya bila baca masalah akmal.. nasihat from bro najmi adalah 'yang terbaik'.. mohon akmal ikut nasih bro najmi... semoga Allah beri petunjuk ke jalan yg benar kepada kita semua.

    ReplyDelete
  3. nikmat yg selalu kita lupa nak syukur tiap2 hari adalah nikmat islam dan iman....bertuah nya kita ni lahir je da islam iaitu agama yg benar & diredai, dan lahir2 je da jd umat nabi muhammad iaitu umat yg terbaik antara semua....nak dibanding kan dgn org lain yg terpaksa berusaha nak cari hidayah & masuk islam....and lepas masuk islam kene pulau ngan family tp mereka still berpegang teguh dgn islam....sebab diorg da pernah berada dalam hidup yg penuh jahilliyah & gelap....

    and pasal doa tak makbul tu ada agamawan yg menyampaikan yg kalau doa tak makbul mungkin allah nak gantikan dgn lain atau diberi di hari akhirat....disamping itu bile memohon doa ada adab2 yg perlu diikuti...

    buat saudara akmal yg sedang diuji cube bukak al quran tafsir baca surah albaqarah ayat 186 , 214 dan surah ankaboot ayat 2, 3....ni ayat2 al quran plg2 sy sukai.....time sy down je mesti sy akan igt ayat ni.....

    ReplyDelete
  4. tabahlah mengharap padaNYA..jangan lari daripadaNYA..ini ujian dariNYA..kita perlu rasa beruntung kerana ALLAH uji kita dengan perkara sebegini..bukan suka tapi sekuranng kurangnya kita insan terpilih untuk menjadi kuat dengan cara sebegini....kebolehan dan kejayaan lawan perkara ini membuat kan kita menjadi seorang khalifah yang sangat kuat...

    tabahla....anggaplah ini sebagai ujian dan ada hikmah di sebalik setiap kejadian..ini bukan pengakhiran kehidupan...ujian ini nak tingkatkan darjat kita ke lebih tinggi di mataNYA....

    Infazillah..Yahfazka....jagalah allah maka allah akan menjagamu

    banyakkan baca buku buku motivasi untuk meningkatkan kita punya semanagt dan muhasabah diri untuk jadi lebih baik..allhumma amin...(ZED)

    ReplyDelete
  5. akmal bce surah inshirah n ad duha , fahami tafsir die- ingat hadis yang kalau tuhan nak berikan kebaikan , maka tuhan akan mcoba seseorang . tapi harus juga kite ingat yg tuhan xpernah menzalimi hambanya , tapi hambanya lah menzalimi diri sdiri. apepun anggap yg dugaan atau ujian ni adalah saluran utk mcuci dosa , kalau sabar dgn menjauhi perkara haram, tuhan akan tukarkan bede yg xbaik yg kite buat kepda benda yg baik xingat surah mne sye tgk kat quran weekly islamic videos pyer .

    tlg smpaikan pd die abg najmi, ikhlas dari seorang kakak

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST