Tuesday, 1 October 2013

8 TIPS BUAT PENGEMBARA YANG POSITIF HIV MELAWAT INDIA



"One of the things that scared me when I first found out I was HIV positive was the idea that it might prevent me from traveling," says Ghee, a San Francisco native and avid traveler who was diagnosed in 1995. 

Negara India sangat menarik untuk dilawati, alhamdulillah kaki ini pernah menjejaki negara ini tidak lama dulu. Selama hampir sebulan hanya beberapa kawasan sahaja sempat diterokai kerana bergegas masuk kesebuah negara jiran sebelahan negara tersebut. 

Niat dihati ingin kembali jejak ke negara ini suatu hari nanti tetapi apakan daya selepas disahkan positif HIV segala keinginan untuk menghabiskan masa duduk merenung kehidupan dipinggir sungai Ganges, merasai kedinginan kehidupan bandar dikawasan pergunungan Himacal Pradesh (lokasi film Kush Kush Hota Hai) dan meredah Tanglang La Pass (berhampiran lokasi film 3 Idiots) terbantut terus.

Selain penyakit yang saya dapat, rezeki yang saya terima juga seolah-olah disekat oleh Allah buat diri ini, tetapi saya yakin segala yang berlaku pasti ada sebabnya dan yang pasti saya berfikiran positif.

Walau bagaimanapun saya tetap yakin peluang bagi saya masih tetap ada untuk meredah negara ini sekali lagi tanpa sebarang masaalah, dengan syarat selain perlu ada sedikit rezeki, saya juga perlu ada keyakinan diri serta perlu melakukan persediaan yang lebih rapi sebelum melangkah.

Sudah semestinya bergantung kepada tahap kesihatan diri serta dengar pandangan doktor sebelum melangkah. Ada sebuah artikel menasihati PLHIV yang rendah kiraan CD4 mereka agar menghindarikan diri dari melawat kekawasan daerah terpencil yang tidak mempunyai keperluan asas yang baik, tetapi kalau tanya saya kawasan terpencil sebeginilah yang menjadi keseronokan tumpuan langkah kaki ini. Saya lebih suka ke daerah terpencil daripada kawasan bandar. Pernah dulu kaki ini telah berada dibandar bersempadan dengan negara Afganistan, seorang rakan Jepun pernah masuk negara tersebut dan katanya selamat, teringin pula ketika itu hendak kesana.

Selain India ada beberapa lokasi (bukan pilihan ramai) yang menjadi idaman angan-angan untuk saya terokai suatu hari nanti.
 
Berita baik buat seorang pembawa positif HIV apabila memikirkan untuk melawat negara India. Buat masa ini tidak ada sebarang sekatan perjalanan. Status HIV anda tidak akan ditanya semasa proses pemohonan visa dan semasa ketika berada dibalai ketibaan kastam India.

 

Sungai Ganges dan persekitaran yang kotor serta kekurangan keperluan asas, selamatkah PLHIV untuk datang kesini?




PLHIV - 8 tips untuk masuk ke negara INDIA

1.
Seorang PLHIV perlu kelihatan sihat ketika melalui kastam, elak tabiat seperti menghembus hidung, batuk atau garu-garu disekitar badan. Pelancung yang tiba dalam keadaan mencurigakan (tidak sihat) berkemungkinan besar disasarkan petugas di kastam untuk disoal siasat secara lebih terperinci.

2.
Bersikap sopan dan bijak sana, jangan membuat pekara-pekara yang membolehkan anda menjadi perhatian sehingga kemungkinan anda ditarik ketepi oleh pegawai kastam. Jangan meninggikan suara anda, elak meletakkan tangan dipinggul atau menunjukkan isyarat biadap sehingga menyebabkan perbuatan anda disalah tafsirkan.

3.
Jangan mengiklankan yang diri anda adalah seorang positif HIV seperti memakai reben merah (lambang HIV) dibaju atau dilekatkan di beg yang dibawa.

4.
Simpan mana-mana ubat-ubatan HIV anda di dalam bekas asal dan jangan cuba untuk menyembunyikan ubatan anda. Jika pegawai kastam mengesyaki ianya ubatan haram anda mungkin akan ditahan.

5.
Bawa bekalan ubatan dalam jumlah yang lebih kerana kemungkinan akan berlaku pekara-pekara yang tidak dijangka seperti kelewatan penerbangan pulang atau kemungkinan anda terpaksa tinggal lebih hari disana kelak.

6.
Jika anda mengambil ubat-ubatan suntikan anda mesti sentiasa membawa ubat-ubatan bersama-sama dengan jarum suntikan kosong.

7.
Bawa sijil (surat) doktor yang menyatakan anda terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan yang dibawa atas arahan ketetapan doktor. Simpan salinan tambahan bersama-sama dengan satu salinan preskripsi anda didalam bagasi untuk memudahkan rujukan.

8.
Berunding dengan pembekal perubatan anda untuk membincangkan imunisasi pencegahan dan langkah berjaga-jaga semasa dalam perjalanan. Akses kepada bantuan perubatan yang sangat baik boleh didapati di seluruh India.






3 comments:

  1. InsyaAllah masa akan datang akan dipermudahkan.....kita jumpa di tanah suci ya Najmi

    ReplyDelete
  2. Medical scientists have discovered a new way to battle HIV/AIDS by using a man called Dr.Sakura.
    MY NAME IS VIVIAN MULLAN.I SAW A COMMENT ON POSITIVE BLOGS AND I WILL LOVE TO TELL EVERY BODY HOW MY STATUS CHANGES TO NEGATIVE,
    AND AM NOW A LIVING WITNESS OF IT AND I THINK ITS A SHAME ON ME IF I DON'T SHARE THIS LOVELY STORY WITH OTHER PEOPLE INFECTED WITH THIS DEADLY VIRUS.
    HIV HAS BEEN ONGOING IN MY FAMILY, I LOST BOTH PARENTS TO HIV. AND IT IS SO MUCH PAIN I'VE NOT BEEN ABLE TO GET OVER..
    AS WE ALL KNOW MEDICALLY THERE IS NO SOLUTION TO IT..AND MEDICATION IS VERY EXPENSIVE..SO SOMEONE INTRODUCED ME TO A HERBAL PRACTITIONER IN AFRICA..
    I HAD A JOB THERE TO EXECUTE SO I TOOK TIME TO CHECK OUT ON HIM.I SHOWED HIM ALL MY TESTS AND RESULTS..
    I WAS ALREADY DISORGANIZED WITH HIV AND IT WAS ALREADY TAKING ITS TOWL ON ME..
    I HAD SPENT THOUSANDS OF DOLLARS SO I DECIDED TO TRY HIM OUT ALTHOUGH I DID'NT BELIEVE IN IT,
    I WAS JUST TRYING IT OUT OF FRUSTRATION? AND AFTER 2 DAYS, HE TOLD ME TO GO FOR A NEW TEST.
    AND YOU WON'T BELIEVE THAT 5 DIFFERENT DOCTORS CONFIRMED IT THAT AM NEGATIVE..IT WAS LIKE A DREAM,,I NEVER BELIEVE AIDS HAS CURE..AM NOW NEGATIVE,,
    AM A LIVING WITNESS..I DON'T KNOW HOW TO THANK THIS MAN? I JUST WANT TO HELP OTHERS IN ANY WAY I CAN..
    I HAVE JOINED MANY FORUMS AND HAVE POSTED THIS TESTIMONIES AND ALOT OF PEOPLE HAS MAIL AND CALLED THIS MAN ON PHONE AND AFTER 2 DAYS THEY ALL CONFIRMED NEGATIVE..
    BBC NEWS TOOK IT LIVE AND EVERY EVERYBODY SAW IT AND ITS NOW OUT IN PAPERS AND MAGAZINES THAT THERE IS A HERBAL CURE FOR HIV AND ALL WITH THE HELP OF THIS MAN,,
    IF YOU WISH TAKE IT OR NOT..GOD KNOWS HAVE TRIED MY BEST. ABOUT 28 PEOPLE HAVE BEEN CONFIRMED NEGATIVE THROUGH THE HERBAL CURE OF DR.SAKURA..
    AND THEY SEND MAILS TO THANKS ME AFTER THEY HAVE BEEN CONFIRMED NEGATIVE,,THIS MAN IS REAL..DON'T MISS THIS CHANCE,,HIV IS A DEADLY VIRUS,,GET RID OF IT NOW..
    If there is anyone who has similar problem and still looking for a way out, his email still remains THE.HIV.HERBAL.DOCTOR@LIVE.COM or email me to get more inquiry. vivianmullan0@gmail.com

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST