Monday, 28 October 2013

IQBAL – SAYA TERKEJUT USTAZ MINTA SAYA “SERVIS”

Seorang pembaca menulis mengenai pengalamannya didalam ruang komen dientri ” "RAMAI USTAZ DAN YANG ARIF ILMU AGAMA JUGA SONGSANG”. Saya namakannya Iqbal (bukan nama sebenar)

photo hiasan

Maaf, saya juga terkesan dengan persoalan ini (klik disini). Saya dilahir and dibesarkan dalam keluarga yang 'kuat agama' and habiskan 9 tahun bersekolah di sekolah agama. Kerana sedar kelainan dalam diri, saya mengelak untuk tinggal di asrama. Saya cuba menafikan apa yang terdetik dalam jiwa ini, namun sewaktu saya usia 16 tahun, rasa (naluri keinginan) itu menjadi kuat hinggakan apa yang dipertahankan selama itu tergadai, pada 27 Ramadan kira-kira 14 tahun yang lalu.

Pertama kali terlajak disiang hari di dalam bulan Ramadan. Saya terasa hina sangat-sangat. Namun sentuhan magikal dari syaitan itu terus menular. Saya mula mencari dalam MIRC.channel chat seperti #sayangabang #batang and lain-lain jadi peneman.

Di sekolah saya seakan-akan anti sosial, tapi tidak di luar. Setelah tamat sekolah, saya tidak teruskan pengajian, saya hanyut dan semakin hanyut.  Saya di rumah adalah berbeza dengan di luar. Saya pernah berbalah dengan abah sewaktu abah suruh saya mengimamkan solat jamaah, bukan apa, layakkah seorang pengamal and pengikut nafsu songsang menjadi imam lebih-lebih ke dua orang tua saya menjadi makmum. Apakah solat mereka diterima jika saya yang hina ini menjadi imam?

Bila meningkat dewasa, pergaulan saya agak bebas namun saya sedaya upaya meletakkan sempadan demi menjaga air muka keluarga. Saya terfikir untuk berhenti and mendapatkan bantuan, dan apa yang saya lakukan adalah mendapatkan bantuan nasihat dari seorang ustaz, yang pasti ustaz itu telah pun berkahwin and tinggi ilmunya. Saya amat terbuka menceritakan semua pada dia, dia pun selalu menasihati and membimbing saya.

Alhamdulillah

Tapi semua berubah selepas satu insiden yang tak akan pernah saya lupa, kerana saya tidak punya kenderaan untuk pulang kerumah, saya terpaksa bermalam di rumah ustaz itu, ustaz yang baik ini dengan isteri and 3 orang anak kecil yang sangat saay senangi, malah isterinya menyarankan agar si ustaz temani saya.

And masa sebelum tidur tu kami berbual seperti biasa and seboleh-bolehnya saya elak untuk berbicara soal sex. Namun saya terkejut apabila si ustaz minta saya 'servis' dia kerana dia tak pernah merasa. Malah dia mengaku terangsang setiap kali saya bercerita mengenai masalah yang saya cerita pada dia.

Akhirnya kami melakukannya.

Sungguh, syaitan bijak memainkan jarumnya dengan baik. Selepas "game" tamat ustaz tu menangis semahu-mahu nya. Dia beristighfar and saya sangat tak faham dari seorang yang saya pandang tinggi, akhirnya dia jadi teman tidur yang hebat. And saya pandang dia sama aje dengan gay-gay kat luar sana.

Sebab sayakah menjadi penyebab dia berani melakukan sebegitu?

Saya keluar dari rumah dia and tidak berhubung sehingga kini. Since then, siapa yang boleh membantu pun saya tak tau, yang pasti, sewaktu usia saya semakin menginjak ke angka 30 ni saya masih melakukan benda itu. Terdetik didalam hati ini untuk berubah, lupakan semua ini namun apakah saya mampu melakukannya? Tak terkira sudah berapa kali saya menangis menyesal tetapi masih tiada perubahan.

Wallahua'lam..


`IQBAL~ 






Salam Iqbal, 

Pertama sekali terima kasih kerana berkongsi kisah lalu, sedikit sebanyak pasti akan membuka mata mereka diluar sana. 

Ya apabila ianya berkaitan dengan soal nafsu, sebenarnya semua manusia tidak akan dapat lari daripada dihasut dan digoda oleh syaitan. Apabila seseorang itu semakin kuat mahu berubah menjadi baik dan kembali kepada jalan Allah atau semakin tinggi seseorang itu berpegang kepada amalan jalan Allah maka semakin kuat godaan yang datang malah semakin ramai bilangan syaitan yang berpangkat jeneral yang datang mengoda menghasut agar mereka-mereka ini tersungkur kembali melakukan dosa. 

Berbagai cara yang syaitan akan lakukan bergantung kepada kelemahan seseorang manusia itu. Maaf kata kemungkinan ustaz tersebut mempunyai pengalaman hitam berkaitan songsang semasa dia remaja atau sewatu dia masih kecil, sebab syaitan akan mengoda seseorang melakukan sesuatu pekara itu mengikut kelemahan yang ada dalam diri masing-masing.

Ada ahli bijak agama yang tinggi ilmu digoda syaitan sehingga terpesong akidah diri mereka, mereka sangka mereka itu benar tapi sebenarnya salah atau ada yang terlanjur mengikut hawa nafsu dengan perempuan lain yang bukan isteri yang sah.

Walau bagaimanapun, walaupun adakala kita masih tetap terlanjur, sebaiknya kita dengan segera mohon keampunan dari Allah, sebaiknya kita perlu berkali-kali berdoa minta perlindungan dariNya. Perlu ada rasa keinginan ingin berubah keinginan agar iman kita kuat bagi mengawal diri daripada mengikut kehendak nafsu godaan dari syaitan yang direjam ini, insyaallah pasti Allah akan membantu.  – Naj Mi



Friday, 25 October 2013

UMAIRAH - SAYA WANITA BERSUAMIKAN SEORANG GAY

Salam saudara Najmi,

Saya mendapat emel najmi daripada blog Najmi. Pertama sekali saya mengucapkan tahniah dan syabas pada Najmi kerana sangat tabah menghadapi ujian dari Allah. Bukan semua orang mampu menghadapi penyakit ini dengan pebuh redha.

Untuk pengetahuan Najmi saya seorang wanita yang bersuamikan seorang gay atau bekas gay (saya pun tak pasti). Oleh itu saya ingin mendapat pandangan saudara dalam hal ini untuk menyelesaikan masalah saya. 

Saya telah sedaya upaya menerima keadaan dia dan sentiasa meminta Allah memberi saya kesabaran dalam hal ini. Saya tidak terburu-buru membuat keputusan untuk berpisah kerana saya ingin benar-benar menyelidik dan memahami perasaan suami andai saya boleh membawanya ke pangkal jalan. ini kerana saya lihat dia tidak meninggalkan solat dan agak kuat beribadat.

Untuk pengetahuan Najmi suami saya mempunyai seorang kawan rapat 'aka' adik angkat yang pernah menjadi rakan penyewanya dulu. Mereka telah kenal sejak 2005 lagi iaitu selama 8 tahun sudah. Beza umur mereka selama 13 tahun. Mereka membahasakan diri mereka 'sayang' dan 'bie'. Saya mendapat tahu tentang ini kerana saya pernah terbaca SMS suami dengann adik angkatnya itu.

Untuk pengetahuan Najmi, mereka sering melancong ke luar negara bersama. Namun saya tidak pasti adakah mereka masih melakukan hubungan terlarang itu apabila berjumpa kerana kami sekarang tinggal di luar negara dan adik angkatnya berada di KL.

Mereka hanya akan berjumpa apabila kami pulang ke Malaysia 2 kali setahun. Suami saya memang sorok-sorok saja semasa SMS adik angkatnya dan meletakkan password pada HPnya. Saya pernah terbaca SMSnya dengan kawannya yang lain mengatakan mereka (merujuk kpd suami dan adik angkatnya) telah stop having sex since 2010 selepas suami pergi mengerjakan umrah. Mereka sekarang hanya mengharapkan kasih sayang saja.

Saya harap saudara menerima saya sebagai kenalan yang dapat bertukar-tukar pendapat dan saling membantu untuk membetulkan mana yang salah dan menyokong mana yang betul. Semoga Allah meredhai apa yang kita lakukan. 

Saya ingin bertanya:

1) Bagaimana jika saya ingin mengetahui jika suami masih seorang gay atau pun telah meninggalkan aktiviti songsang tersebut? 

2) Apakah cara yang mesti saya buat untuk menjauhkan dia daripada kawan-kawan gay atau tidak terlalu mengingati tentang aktiviti songsang tersebut? 

3) Adakah saya boleh mempercayai kata-katanya kepada kawannya itu yang mengatakan dia telah stop having sex dengan adik angkatnya itu? 

4) Saya dapat mengesan suami melayari laman web lucah gay. Adakah itu menandakan dia masih ketagih dan tidak insaf? (maksud saya adakah jika berpeluang mendapat pasangan gay dia akan melakukan aktiviti tersebut? memandangkan kami tinggal di negara arab sekarang, dia tidak mempunyai ramai kenalan lagi) 

5) Semasa bertunang, suami telah mempunyai seorang kawan perempuan yang sangat rapat dimana mereka hampir berkahwin. Hingga sekarang mereka masih berhubungan. Jadi saya ingin bertanya Najmi apakah naluri sebenar suami saya kerana dia boleh mempunyai perasaan kepada seorang lelaki (adik angkatnya) dan pada masa yang sama mempunyai perasaan secara curang kepada seorang wanita? Adakah ini dinamakan biseksual? 

6) Apakah kekerapan hubungan seksual kepada seorang gay? kami melakukan hubungan paling sedikit seminggu sekali, paling banyak 2 hari sekali. Adakah itu mencukupi bagi seorang gay untuk memesongkan nalurinya terhadap aktiviti songsang tersebut?

Setakat ini saja soalan saya memandangkan saya juga tidak tahu mahu bermula dari mana, mungkin melalui perbincangan kita nanti saya akan bertanya lebih lanjut kerana najmi mempunyai pengetahuan yang luas dalam perkara ini.

Saya memohon maaf jika soalan saya terlalu banyak untuk dijawab oleh Najmi. Saya harap Najmi masih sudi menjawab soalan-soalan saya kerana saya inginkan kepastian memandangkan perkara ini terlalu kabur untuk saya fahami. Saya yakin hanya orang yang pernah melaluinya sahaja yang mampu menjawab dengan penuh pengertian tentang perkara ini.

Harap mendapat balasan dari Najmi. Terima kasih banyak-banyak atas masa yang diluangkan.


Sekian,
UMAIRAH
(bukan nama sebenar)



Salam Umairah,  

1) Pandangan saya kalau suami itu masih selalu keluar malam, selalu berSMS sorok-sorok mengadap HP jauh dari pandangan isteri, pura-pura dan selalu sangat menipu contoh kata ada kerja balik malam dan tidak beberapa nak bersama dengan isteri. Serta suka sangat jaga badan jaga penampilan melampau-lampau lah seolah-olah cuba menarik perhatian orang lain untuk suka kepadanya walaupun dah beristeri, maybe itu antara tanda-tanda ia masih belum mahu berubah atau masih melakukan aktiviti songsang dibelakang isteri.

Tetapi kalau suami yang tidak meninggalkan solat, kuat beribadat dan kalau tengok bahan bacaan ia lebih kearah pembacaan agama, insyaallah dia benar-benar nak berubah mengawal diri. Lagi baik kalau suami suka ke masjid dengar ceramah agama, itu antara tanda-tanda ia nak berubah... 

2) Agak sukar untuk Umairah nak ubah diri suami, pada saya kesungguhan terletak ditangan suami untuk mengawal diri. Umairah hanya boleh membantu dan beri galakan sahaja agar dia mengawal diri.

Macam saya kata kesungguhan perlu datang dari diri suami, dia perlu buang rakan-rakan songsang dan elak berhubung dengan mereka terutama dikalangan mereka yang boleh menghasut, pasti sukar untuk Umairah paksa ia buang rakan-rakan gay ia..sebab banyak cara yang boleh ia berhubung dengan rakan-rakan gay tanpa pengetahuan isteri. 

3) Kebiasaanya kalau dia baru balik dari melakukan umrah pada ketika itu memang dia ada keinsafkan dari tidak melakukan lagi aktiviti tersebut, tapi untuk membendung dia dari tidak melakukannya lagi agak sukar, terutama apabial dia kembali melayan laman-laman web gay semula. Walau bagaimana pun agak sukar nak kita pastikan sama ada dia benar-benar telah dapat mengawal nafsunya dan tidak lagi melakukan aktiviti tersebut lagi. 

4) Jika suami benar-benar telah berubah dan sudah dapat mengawal diri maka dia pastinya tidak akan melayari laman-laman web gay lagi, jika dia benar insaf dia akan cuba kawal diri daripada terus melihat prono-prono lagi, sekiranya dia masih melayari laman-laman gay bermakna nafsu dia kepada aktiviti songsang masih ada. Apabila dia melayan laman-laman gay dan melihat video-video gay, pasti keinginan melakukan akan kembali bersarang didalam hati. Pada mulanya dia akan memendam rasa keinginan melakukannya dan bahaya apabila dia bertemu dengan seseorang yang dia suka dimana sahaja, maka aktiviti seks tidak mustahil boleh berlaku lagi tanpa dirancang. Setahu saya negara arab mempunyai bilangan gay yang agak ramai, tetapi mereka tahu menutup kegiatan mereka. Wallahuallam 

5) Ya, kemungkinan suami Umairah seorang biseksual, ramai lelaki diluar sana mempunyai nafsu kepada kedua-dua jantina, mereka yang bisekual ini lebih bernasib baik kerana boleh berkahwin dan boleh melakukan seks dengan isteri dalam masa sama mereka boleh menutup aib diri dengan melakukan seks dengan lelaki dibelakang isteri. 

6) Setahu saya kekerapan seks seorang gay tidak menentu, bergantung kepada tahap hormon seks (libido) dalam badan seseorang. Jika dia masih muda, nafsu seks kuat maka setiap hari pun mereka boleh melakukan seks. Pada saya hubungan seks suami isteri seminggu sekali atau 2 kali sehari itu pun bergantung kepada usia suami. Jika umur suami dah lanjut saya rasa ianya memadai tetapi kalau usia suami masih muda....pandangan saya ianya tidak cukup untuk memesongkan nalurinya, kekerapan melakukan seks dengan isteri adakala tidak mampu memesongkan naluri songsangnya. Naluri itu tidak boleh hilang ianya tetap ada, keinginan melakukan tetap ada, tetapi jika suami biseksual bijak mengawal diri dan berazam mahu berubah maka dia boleh berubah dan mampu mengawal diri. 

Segalanya bergantung kepada betapa tingginya keinginan suami hendak berubah mengawal diri, jika hanya hangat-hangat taik ayam maka sukar dia berubah.

Saya hanya memberi nasihat mengikut pandangan peribadi saya sahaja, tentu ada silap dan salah, maybe pandangan orang lain apabila  menjawab persoalan yang di luahkan oleh Umairah berbeza dengan pandangan saya.





Tuesday, 22 October 2013

AKMAL - ADA TERLINTAS NAK TUKAR AGAMA, AGAMA YANG HALALKAN HOMOSEKSUAL

Assalamualaikum abang Najmi, selamat berkenalan. Saya nak kongsi kisah hidup saya dengan abang Najmi sikit dalam masa yang sama saya minta pandangan. Panggil saya Akmal. Umur saya 21 tahun. 




Saya mula sedar yang saya ada nafsu songsang ni bila saya masuk sekolah asrama. Waktu saya form 3 dekat salah satu sekolah agama di Selangor. Saya tidak pernah diliwat pun cuma nafsu saya lebih cenderung kearah suka kepada kaum lelaki.
 
Pada mulanya saya berkawan dengan kawan-kawan yang lembut atas alasan nak jadi orang yang nerd, tak nak jadi budak jahat, tapi lain pulak jadinya. Nafsu saya bertukar songsang pulak. Bila saya dapat tahu tentang nafsu saya ni, saya jadi phobia, dalam erti kata lain homophobia. 

Bagi seorang lelaki adalah perkara biasa kalau peluk – peluk ni, tetapi bukan bagi saya. Saya sangat marah kalau seseorang peluk saya malahan kalau  meletakkan tangan diatas bahu saya pun boleh buat saya marah. Masa tu saya selalu doa, “Ya Allah tolong lah kawal nafsu aku”. Waktu itu takut sangat kalau abang-abang senior tahu, mesti kena pukul. Macam yang abang kata, “Orang yang tak lalui ujian macam kita, mereka tidak akan tahu”

Jadi saya simpan rahsia ni dengan rapi, takut bocor pulak. Alhamdulillah saya dapat harungi. 

Masuk aje diploma saya berazam nak buka buku baru, tapi nafsu tu datang lagi dan kali ni dengan lebih kuat lagi. Sewaktu saya dalam semester dua, classmate saya jadi sangat rapat dengan saya. Mamat ni muka sangat jambu, kacak tapi manja-manja sikit dan suka peluk-peluk.


Satu hari kat blok hostel kat kampus saya ramai yang balik kampung, jadi tinggallah roommate saya dan kebetulan classmate saya ni tidak balik, jadi dia tumpang tidur kat bilik saya. Waktu malam tu, adalah cubaan untuk ehmm–ehmm dengan dia (harap abang paham), tapi tak menjadi. Saya cuma peluk dia aje.

Saya semakin sayang dengan dia dan tidak sanggup bila berakhirnya akhir semester, hubungan kami sangat rapat macam seperti adik beradik. Tapi dalam hati saya ni walaupun suka padanya tetapi saya tidak mahu dia jadi macam saya. So saya plan buat dia benci saya. Saya selalu buli dia sampai dia tak tahan dengan saya. Alhamdulillah kami semakin renggang.

Start semester 4, semua kawan-kawan saya ramai yang dah berpacaran…hahaha. Waktu itu Tuhan sahaja yang tahu betapa sunyinya saya. Kenapa Tuhan jadikan kita berpasangan tapi Dia jugak ciptakan manusia macam aku yang tidak boleh berkasih sayang macam orang lain. 

Bermula dari tu soalan ini yang selalu saya fikir didalam kepala saya dan sebabkan benda inilah saya punya result final exam tidak capai 3 pointer. Semester 5 pon sama.

Bila start aje habis diploma saya, saya nekad dalam diri saya, saya nak keluar dari kesedihan. Saya hancurkan hidup saya sikit demi sedikit. Saya mula kerap pergi ke sauna-sauna gay, club gay, dengan make sex date. Benda ni berlarutan sampai saya masuk degree. Sekarang masih lagi degree. Apabila saya dah start masuk degree aktiviti ini semakin berkurangan sedikit. Saya cuba untuk kawal nafsu saya. Saya jumpa kaunseling, saya harap dia dapat bantu saya, tetapi nasihat dia langsung tidak membantu.

Mula dari saat tu saya doa supaya Allah hilangkan sahaja ingatan saya, tetapi doa saya tidak pernah termakbul dan sekarang ini saya fikir sampai tahap saya tidak percaya lagi yang Allah itu wujud. Sudah 3 bulan saya tidak solat, solat pun kalau ibu suruh, kalau benarlah Allah itu wujud kenapa dia tidak tolong saya dalam keadaan saya macam ni.

Setakat ni saya sudah pergi check darah, alhamdulillah negative. Dan saya tengah berusaha untuk tidak pergi dah tempat-tempat macam tu lagi. Memang susah, kadang-kadang saya masih tetap tergelincir jugak. Tapi saya masih lagi berusaha walaupun tergelincir.

Cuma sekarang dalam hati saya ni tidak ada Tuhan dah. Ada jugaklah terlintas nak tukar agama, tetapi sama jugak agama mana yang halalkan homoseksualkan. 

Sama je harap abang boleh bagi nasihat atau pendapat. Doakan saya bang, harap abang sihat selalu. Kadang-kadang saya rungsing. Ada ke orang nak dengar keluhan saya…..huhuhu


AKMAL




Salam Akmal, 

Mempunyai naluri seorang songsang itu merupakan dugaan Allah buat kita. Sebab Allah jadikan kita bernaluri gay kerana Dia menduga kita. Semua manusia Allah duga dengan berbagai bentuk, berbeza ujian antara satu sama lain, mereka yang normal juga diujia Allah, buka gay sahaja, yang penting kita kena bijak mengatasi ujian tersebut.

Ada ramai isteri-isteri yang diduga apabila mendapat tahu suami mereka seorang gay. Dan pastinya ada ramai remaja diluar sana yang berkongsi kisah dengan abang tentang kesedihan hidup mereka menjadi gay.

Akmal juga diuji sama seperti para gay yang lain TETAPI Akmal masih beruntung sebab hanya diuji berperang dengan gelora nafsu songsang sahaja. Ada ramai lelaki gay diluar sana yang terpaksa berperang melawan nafsu gay dalam masa yang sama mereka diuji Allah menjadi pembawa virus HIV.

Ada yang diuji dengan penyakit yang sangat merbahaya sehingga doktor memberi jangka waktu mereka untuk dapat hidup sekian-sekian bulan sahaja. Mereka juga pasti ada berdoa pada Allah agar disembuhkan sakit mereka tetapi kenapa Allah tidak sembuhkannya lagi? Mereka mungkin sedih tetapi tidak sampai hilang keyakinan kepercayaan mereka kepada Allah yang maha esa.

"Sekiranya kita rasa kita teruk diuji Allah, maka ada insan lain yang lebih teruk diuji daripada kita"

Nasihat abang, Akmal kembali mengucap dua kalimah syahadat, TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH, NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH"

Jangan dan elakkan diri kita daripada hilang keyakinan kepada Allah Yang Maha Besar, jangan sesekali kita menghampiri murtad, sekiranya itu berlaku maka kita adalah orang yang paling, paling rugi didunia dan diakhirat kelak. Jangan kita terikut-ikut budaya barat.

Mempunyai naluri gay itu tidak salah, yang penting bagaimana cara kita mengawal naluri tersebut. Kalau kita mati dalam keadaan melakukan maksiat tetapi hati kita masih kekal percaya kepada Allah yang Satu, maka mati kita pastinya akan ke neraka dulu, setelah segala dosa kita dibalas maka kita akan dimasukkan ke syurga juga akhirnya, sebab apa? Sebab dalam hati kita sentiasa yakin bahwa Allah itu Satu, Allah Maha Besar, Maha Agung lagi bijak sana.

Sekiranya kita tidak yakin pada Allah, tidak percaya wujudnya Allah maka pasti mati kita dalam keadaan murtad, dan tempat kita diakhirat kelak ialah didalam neraka jahanam selama-lamanya. Nauzubillah.

Akmal masih tidak terlambat, buatlah kembali solat 5 waktu, buatlah yang wajib dulu. Perbaiki yang wajib dan jangan ditinggalkan. Dalam masa yang sama Akmal berdoa lah berterusan mohon pertolongan dari Allah. Segala niat baik doa kita pasti akan dimakbulkan Allah, cuma cara Allah makbulkan doa kita itu yang maybe berbeza. Doa kita dimakbulkan Allah dalam bentuk yang lain, sesuatu yang bukan sama dengan apa yang dita pohon TETAPI sesuatu yang sangat menguntungkan buat kita. Ada sesuatu yang kita pohon pada Allah yang kita sangka baik untuk kita tetapi sebenarnya ianya buruk buat kita sebab Allah itu Maha mengetahu apa yang terbaik buat hambanya.

Abang harap, Akmal kembali perkukuhkan kepercayaan Akmal semula kepada Allah SWT. Abang pasti Akmal masih yakin Allah itu wujud cuma fikiran Akmal diporak perandakan oleh syaitan. Syaitan memang suka orang yang sangat lemah. Abang percaya Akmal seorang yang kuat, Akmal mampu melawan dan tidak terpengaruh dengan tipu daya syaitan yang direjam itu.

Abang sebenarnya tidak bijak memberi nasihat, abang hanya kata apa yang abang rasa betul difikiran abang dalam menasihati Akmal.


Kalau boleh Akmal sekerap mungkin lakukan lah solat secara berjemaah di masjid, mungkin agak sukar tetapi abang pasti Akmal boleh paksa diri. Abang sangat yakin Allah pasti melindungi Akmal, dan akan mempermudahkan kehidupan Akmal didunia dan diakhirat, Akmal pun baru 3 bulan tidak mendirikan solat kan, bermakna sebelum ini Akmal masih ada melakukannya, yang penting Akmal kena berusaha mendekatkan diri kepada Nya.





SENARAI HARGA UBATAN HAART DI MALAYISA

Seorang rakan telah kongsikan senarai harga antara ubatan HAART di MALAYSIA.

Alhamdulillah sangat bersyukur, bayangkan sekiranya kita di Malaysia tiada bantuan. Itu baru jumlah harga ubatan dalam sebulan yang PLHIV dapat secara percuma di Hospital Kerajaan, tidak termasuk bayaran percuma setiap kali ujian darah kita diambil untuk diuji. Bayangkan PLHIV di Singapore yang tiada mendapat sebarang bantuan dari kerajaan, ramai yang terpaksa dapatkan ubatan HAART dinegara jiran Thailand yang lebih murah harganya.

Setahu saya ujian CD4 di hospital swasta (klinik swasta) bayaran yang dikenakan ialah RM180 manakala ujian bagi Viral Load RM330 (harga kedua-dua ujian ini di Gribbles), belum termasuk ujian bagi buah pinggang, liver, kolestrol, urine dan sebagainya. Alahmdulillah kita dapat percuma.

Jadi sebagai PLHIV di Malaysia hendaklah kita bersungguh menjaga ketepatan waktu menelan ubatan peringkat pertama (1st Line) yang diberi percuma, supaya kesan ubatan berterusan sepanjang hayat kita dan mudah-mudahan kita tidak perlu terpaksa menukar kepada ubatan peringkat ke 2 (2nd line) bayaran harga ubatan peringkat ini terpaksa kita bayar separuh, separuh lagi dari kerajaan, manakala ubatan peringkat ke 3 (3rd line) tiada lagi bantuan dari kerajaan, bermaksud kita terpaksa menaggung kos keseluruhan harga ubatan.

Perlu diingat ubatan peringkat ke 2 dan ke 3, keberkesanannya tidak sebaik ubatan HAART peringkat pertama.
Wallahuallam






Thursday, 17 October 2013

EDDY - BEGINILAH KEHIDUPAN SAYA SEHINGGA DISAHKAN POSITIF HIV



As salam abang Najmi,

Saya Eddy (bukan nama sebenar) berasal dari Sabah dan saya berumur 21 tahun, saya yang dalam facebook tu, saya nak berkongsi cerita dari awal sampai lah saya dapat HIV ni...

Saya berasal dari keluarga yang sederhana, keadaan keluarga saya memang huru hara, mak ayah saya berpisah semasa saya berumur 11 tahun. Sejak dari itu saya tinggal dengan pakcik (adik mak non muslim). Emak saya dulu bukan islam tapi dah convert, sejak mereka berpisah kehidupan saya dengan adik beradik jadi tidak terurus.

Emak ke Sarawak, manakala ayah saya kahwin lain. Semasa saya form 2 saya buat keputusan untuk pindah kesekolah yang sangat jauh dari adik saya, masa pindah saya tinggal dengan makcik adik ayah saya. Demi ALLAH saya menyesal pindah sekolah sebab keadaan adik saya bertambah tidak terurus sebab isteri pakcik saya buat tak tahu je.

Semasa form 3 saya gaduh dengan ibu tiri saya sampaikan saya tumbuk muka dan tendang dia, saya tahu tindakan saya agak kurang ajar tapi bagi saya itu yang harus dia terima atas perbuatannya yang sangat melampaui batas.

Saya tumbuk dia sebab dia fitnah ibu kandung saya, dia cerita satu kampung cakap yang emak saya pelacur, selalu bawa laki balik rumah. Dia juga cakap kami anak haram dan bukan anak ayah kami. Mula-mula dalam seminggu saya diam saja, saya ada suruh ayah saya nasihatkan dia, tapi masuk minggu ke dua dia masih buat benda sama, tiap-tiap hari dia pergi sana sini fitnah mak kami. Lepas gaduh tu hubungan saya dengan ayah saya renggang.

Semasa saya form 5 pula masa tengah ambil SPM sekali lagi saya tumbuk ibu tiri saya atas kesalahannya yang sama. Kali ke 2 saya tumbuk tu pun sebab hal yang sama jaga. Semasa saya tumbuk tu ayah saya pun tumbuk saya sekali buat pertama kalinya sebab nak pertahankan bini dia tu. Sejak dari itu la hubungan saya dengan ayah saya bertambah buruk. Bagi saya bang tidak ada istilah bekas anak, tapi bekas isteri ada, jadi saya rasa tindakan ayah saya pertahankan fitnah bini dia yang dia sendiri tahu tidak benar tu adalah salah. 

Seminggu selepas tamat SPM saya buat keputusan untuk ke Kuala Lumpur tanpa memperdulikan halangan dari keluarga dan kawan saya.membuatkan saya lari ke KL membawa diri sendiri.

Di Kuala Lumpur lah bermula semuanya....

Segala-galanya bermula di KL, saya mula terjebak dengan aktiviti songsang, ke mana sahaja saya pergi pasti ada yang cuba menggoda saya, malah semasa saya berkerja sebagai cashier di salah sebuah kedai baju yang besar di Malaysia (padini) ramai pelanggan cuba menggoda saya.

Sepanjang saya berada di KL selama hampir 4 tahun, macam-macam jenis dugaan yang saya terima, sampaikan saya pernah tidur di KL Sentral selama seminggu kerana di tipu rakan sendiri. Akibat terlibat dalam aktiviti berisiko saya akhirnya mendapat HIV.

Pada awal 2012, saya buat keputusan untuk sambung belajar di salah sebuah IPT di Selangor. Sepanjang bergelar pelajar (sampai sekarang tahun ke 2) banyak dugaan yang saya terima, namun dugaan mematangkan saya.

Sebelum saya didiagnoses positive HIV lagi, saya memang sudah tidak pernah buat hubungan sex dengan sesiapa lagi atas keinginan ingin berubah. Alhamdulillah saya dapat bertahan, namun ALLAH maha berkuasa pada 11 September 2013 saya buat rapid hiv test sendiri dan saya sah positive. Saya buat rapid test atas nasihat dari seseorang yang baru saya kenal melalui wechat, kami saling suka sama suka, malah dia sudah bekeluarga, dan dia adalah orang pertama yang tahu saya positive HIV, syukur dia dapat terima saya sebagai kawan, malah dia bertambah sayang dengan saya sebagai kawan, dia juga membantu saya dari segi ubat-ubatan vitamin dan nasihat.

Pada 17 September 2013 yang lalu, saya ke Klinik Kesihatan untuk mendapatkan surat rujukan untuk ke Hospital XXXXX, dan pada 18 September 2013 saya ke Hospital tersebut untuk berjumpa counsellor dan ambil darah untuk mengetahui jumlah CD4 saya. 

Temujanji saya seterusnya pada 9 October 2013, masa nak tahu keputusan CD4 tu saya punyalah yakin yang CD4 saya masih tinggi, namun saya silap besar doktor memaklumkan yang CD4 saya cuma 148 (bacaan kali pertama), masa tu macam-macam yang saya fikir, tak percaya pun ada, sebab saya ni tidak alami apa-apa tanda atau simptom akibat jangkitan HIV pun, malah tubuh saya sangat-sangat sihat. Doktor menasihatkan saya untuk memulakan HAART tapi saya cakap nak tangguh sehingga tamat final exam, doktor kata boleh tapi risiko tinggi jadi dia bagi masa 2 minggu untuk saya fikir betul-betul.

Dalam keadaan sekarang rasa macam nak aje bagi tahu mak ayah yang saya dapat sakit ni tapi saya takut mereka tak akan dapat terima. Hubungan saya dengan ayah saya baru sahaja baik selepas kejadian form 3 dulu.

Untuk pengetahuan abang saya ni lurus bendul, pemalu dan sangat pendiam, saya juga tak sosial, tidak merokok, tidak suka clubbing, tidak minum arak, atas sebab itu saya tak nak pandangan baik keluarga saya terhadap saya jadi buruk.

Sekarang saya bertaubat dan redha atas ketentuaan ALLAH, tapi saya ada masalah besar saya memang tidak pandai baca Al Quran, tidak pandai solat sebab saya dari kecil tidak membesar dengan parents malah membesar dengan pakcik yang bukan islam, jadi ilmu agama saya sangat kurang..hehehe.

Jika di beri peluang saya nak kembali ke zaman kecil dan nikmati saat-saat indah bersama emak kandung, ayah dan adik beradik saya kembali. Walaupun saya ni tidak membesar dengan ibu kandung saya tapi naluri untuk mempertahankan ibu saya dari difitnah sangat kuat. Saya pernah berjanji dengan ibu kandung yang saya nak belajar dan dapat kerja bagus kemudian bantu dia yang sakit tapi akhirnya saya sendiri pula yang tewas dengan dugaan hidup ini.

Dua minggu lagi temujanji seterusnya dengan doktor iaitu pada 23 Oktober 2013 untuk ambil X-Ray dan juga bagi tahu keputusan nak mula makan ubat atau tidak. Ok la abang Naj Mi apa-apa perkembangan saya akan kongsi dengan abang.


Ini keputusan pertama saya selepas di dignoses

Berat badan dari 54 kg naik 58.5 kg
Tekanan darah sangat baik (kata doktor la)
CD4 148 je 
Viral Load tak keluar lagi
Hepatitis A dan B negative.




Salam Eddy,

Terima kasih kerana berkongsi kisah, setiap kita mempunyai kisah silam masing-masing, ada yang manis dan ada yang masam. 

Tidak dinafikan sebagai seorang yang masih muda remaja serta berwajah sangat kacak, pastinya Eddy sangat terdedah dengan segala dugaan dan godaan terutama yang berkaitan dengan masaalah nafsu seks dan apa yang telah berlaku dan telah berlalu itu Eddy jadikanlah ianya sebagai pengajaran bagi memperbaiki diri kehidupan untuk menghadapi masa depan.

Mengenai masaalah CD4 yang rendah, sebagai rakan senasib abang nasihatkan agar Eddy segera mulakan rawatan HAART. Dengar nasihat doktor dan kalau boleh jangan ditangguh lama sangat sebab bimbang kemudaratan yang boleh Eddy dapat kelak jika lewat makan ubat.

Apabila sudah memulakan rawatan HAART nanti insyaallah CD4 Eddy akan kembali meningkat dan Virol Load akan turun sehingga tidak boleh dikesan, Eddy akan kembali kuat dan sihat serta boleh menjalani kehidupan dengan lebih baik. Yang penting Eddy kena berfikiran positif, Eddy masih muda, masih kuat dan bijak insyaallah boleh dapat pekerjaan yang baik dan boleh membantu ibu kandung Eddy kelak.

Abang juga doakan agar hubungan Eddy dengan ayah kembali bertaut rapat.- Naj Mi




LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (58) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST