Monday, 9 September 2013

RUMAH PERLINDUNGAN WANITA PENGHIDAP HIV - AGAR HIDUP LEBIH BERERTI

Bukan mudah untuk memperjuangkan nasib dan memastikan suara individu yang hidup dengan Human immunodeficiency virus ataupun HIV terutama wanita didengari masyarakat umum. Pandangan serong masyarakat sentiasa menjadi penghalang kepada individu berkenaan yang ingin mengubah nasib diri selepas disahkan menghidap penyakit maut itu. 

NORLELA berinteraksi dengan penghuni.

Walaupun sukar, ia tidak pernah menjadi penghalang kepada Pengerusi Persatuan Wahidayah Malaysia, Norlela Mokhtar, untuk memperjuangkan perkara yang dirasakannya penting bagi memastikan golongan terbabit tidak terus hanyut tanpa sebarang pembelaan. 

“Apabila disahkan menghidap HIV ia bukan penamat kepada segalanya sebaliknya membuka lembaran baru kepada mereka untuk cuba melihat kehidupan dalam perspektif berbeza.

“Walaupun tidak mudah seperti diperkatakan, yang nyata mereka boleh menilai diri ke arah kehidupan yang lebih baik bukan sebaliknya,” katanya ketika ditemui di Bandar Baru Sungai Buloh, baru-baru ini.

Jangan sesekali beranggapan apabila terpaksa hidup dengan HIV, mereka terpinggir dan tersisih kerana kehidupan masih berlangsung seperti biasa tetapi perlu diberikan perhatian terutama dari segi penjagaan kesihatan.


Disebabkan itu, dia menubuhkan Rumah Wahidayah pada Jun tahun lalu bagi memastikan bantuan kepada wanita yang hidup dengan HIV mampu diberikan sebaik mungkin.

Walaupun idea untuk mewujudkan rumah perlindungan terbabit timbul sejak 2006, disebabkan ketika itu masih tidak memiliki kekuatan untuk meneruskannya, ia hanya tinggal sebagai impian hinggalah menjadi kenyataan tahun lalu.

“Di sini kami menerima individu yang ingin berubah ke arah gaya hidup lebih sihat. Mereka tidak perlu sentiasa meratapi nasib tetapi mencari cara untuk meneruskan hidup dengan lebih bererti.

“Saya tidak pernah membeza-bezakan antara penghuni sebaliknya memberikan sokongan penuh kepada mereka. Adakalanya gaya percakapan agak kasar tetapi ia cara untuk mendekati dan memastikan mereka meneruskan tekad hingga berjaya,” katanya sambil menambah, rumah amal itu juga berada di bawah jagaan atau seliaan Majlis AIDS Malaysia.

Ia bertindak sebagai tempat perlindungan sementara kepada wanita yang hidup dengan HIV malah mereka boleh meninggalkan rumah berkenaan kelak.

Tetapi bukan bermakna mereka bebas kerana pihak pengurusan Rumah Wahidayah akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan kehidupan di luar lingkungan rumah amal itu mencapai tahap ditetapkan.

AKTIVITI fardu ain wajib dilalui setiap penghuni Rumah Wahidayah.

“Setiap penghuni diberikan didikan agama secukupnya dan asas fardu ain amat dititikberatkan dalam aktiviti seharian.

“Mereka boleh meninggalkan rumah apabila sudah boleh berdikari tetapi masih perlu memastikan kesihatan diri sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Dia yang dinobatkan Tokoh Ikon Komuniti Terbaik Hari Memperingati AIDS Sedunia Peringkat Kebangsaan 2013 tidak pernah meminta diberi penghargaan sebegitu atas usaha dilakukannya selama ini.

Baginya, apa yang penting adalah kebajikan mereka yang hidup dengan HIV sentiasa diberi keutamaan terutama dari segi perubatan dan pembelaan.

“Wanita yang hidup dengan HIV memiliki hak masing-masing sama seperti wanita normal tetapi caranya berbeza kerana penyakit terbabit.

“Mereka juga ingin rasa disayangi, berkahwin dan memiliki anak. Ia boleh dilakukan tetapi yang penting golongan ini perlu melalui kawalan yang ketat agar virus tidak tersebar kepada insan disayangi,” katanya.

Berpengalaman luas berhadapan dengan wanita yang hidup dengan HIV memandangkan dia sendiri terkena jangkitan HIV daripada bekas suami, wanita ini sentiasa berfikiran positif untuk terus maju dalam hidupnya.

Tidak dapat dinafikan ada masyarakat menganggap mereka juga akan dijangkiti penyakit terbabit apabila berkawan dengan mereka yang hidup dengan HIV.

MENZIARAH kubur teman penghuni yang sudah tiada.

Namun, dia tidak pernah menjadikan perkara berkenaan sebagai penghalang untuknya bergerak bebas terutama dalam memastikan nasib diri dan individu lain yang mengalami masalah sama mendapat perhatian pihak berwajib.

“Mereka beranggapan sedemikian kerana kurang diberikan pendedahan mengenai HIV apatah lagi masih ramai beranggapan ia boleh berjangkit dengan mudah.

“Pandangan sebegini perlu diubah dan pasti memakan masa tetapi bukan sukar untuk melaksanakannya sekiranya pelbagai pihak bergabung tenaga untuk melaksanakannya,” katanya.

Norlela tidak hanya bergiat aktif di peringkat tempatan malah turut dihantar menyertai bengkel HIV di Thailand, Indonesia dan Nepal.

Apabila berhadapan dengan mereka yang hidup dengan HIV, perkara yang perlu diutamakan adalah menanganinya hingga ke peringkat akar umbi.

Jika suami penagih dadah serta menghidap HIV, yang pasti bukan dia seorang yang perlu diberi tumpuan kerana isteri dan anak juga perlu mendapat rawatan yang sama.

“Ia bertujuan mengekang penularan virus berkenaan secara berleluasa akibat sikap sambil lewa terhadap individu yang ada di persekitaran mereka.

“Kita perlu mencari jalan untuk mendekati mereka agar proses mendapatkan rawatan boleh dilakukan dengan mudah tanpa memberikan sebarang tekanan,” katanya.
 

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/05



RUMAH WAHIDAYAH
Rumah Perlindungan untuk Wanita dan Kanak-kanak PLHIV
No, 601, Jalan 1B/5,
Bandar Baru Sungai Buloh,
47600, Selangor

sebarang bantuan sumbangan hubungi 019-2595864 atau 017-3665570




1 comment:

  1. Moga lebih ramai insan berhati seperti ini, membantu bukan menjatuhkan kerana wanita ini nasibnya lebih teruk dari HIV lelaki. InsyaAllah sentiasa ada sinar untuk mereka

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST