Wednesday, 4 September 2013

PUAN BELLA BUBU - SEDIH SUAMI POSITIF HIV MASIH TETAP MENERUSKAN AKTIVITI SONGSANG

PUAN BELLA BUBU - Mengirim email berkongsi kisah hidup bersama suaminya seorang gay. Walau sudah berkahwin dan sisuami berstatus positif HIV tetapi suami tetap meneruskan aktiviti songsangnya.

Assalamualaikum,
Sebenarnya saya tak tahu macam mana nak memulakan kisah saya tetapi saya memerlukan pandangan...
Saya dan suami telah berkahwin hampir 2 tahun, tetapi beberapa bulan sebelum majlis perkahwinan, suami saya telah disahkan HIV positif. Semasa saya mengetahui perkara tersebut, gelap rasa dunia seketika itu. Dia mintak untuk berpisah seketika, untuk memikirkan perkara tersebut.
Sebagai tunang, kekasih atas dasar cinta dan sayang, saya bertekad untuk meneruskan perkahwinan kami. Suami sendiri ke Jabatan Agama, mohon pandangan dan setelah berbincang,  saya beritahu dia yang saya redha atas ujian yang Allah beri pada kami, kerana saya fikir pasti ada hikmah tersembunyi yang saya dan suami tak nampak. 
Tidak ada orang yang tahu tentang perkara nih..
Setelah berkahwin, suami mohon masa untuk membolehkan kami 'bersama', saya faham dan dia beritahu, dia risau dia akan menyebarkan virus tu pada saya. Pada masa tersebut saya bersyukur sebab dia macam mengambil berat pada saya. Buat pengetahuan abang Najmi, kami tinggal berasingan jauh kerana dia bekerja di Selangor manakala saya pula di Perak. Hanya setiap hujung minggu sahaja kami berkesempatan berjumpa.
Tahun pertama perkahwinan, kami okay walaupun tidak pernah 'bersama' dan dalam tempoh ini jugalah saya pernah menemani suami berjumpa dengan doktor, malah doktor tanya macam-macam kepada saya, even suami sendiri tanya pasal peluang kami untuk mendapatkan anak dan macam-macam pertanyaan lain. Pada masa dia bertanya dalam hati saya berkata, mungkin suami sudah bersedia.
Rupanya saya silap,
Masuk tahun kedua perkahwinan, saya perasan akan perubahan tingkah laku pada suami saya, apabila setiap hujung minggu, akan ada sahaja alasan yang diberi olehnya untuk mengelak tidak berjumpa dengan saya. Sibuk dengan itu sibuk dengan ini, ada program itu dan program ini. Sukan sana sukan sini. Pada mula-mula saya macam oklah, tapi lama-lama saya macam curiga, takkan sibuk sangat. Apabila saya ajak untuk bercuti berdua sahaja, ada sahaja alasan yang diberi seperti boss tak bagi cuti atau alasan kerje tengah banyak.
Sehinggalah beberapa kali dia tersalah hantar mesej (SMS), dia panggil saya dengan panggilan sayang, dia abang mesej yang dihantar, 'ayang dan bi'. Apabila saya tanya, dia cakap untuk sayanglah, salah taip lah, nak cepatlah. Dan disepanjang tahun kedua ni jugak saya perasan, setiapkali apabila kami berjumpa (biasanya di rumah mertua) dia akan menghabiskan masa dengan handsetnya sahaja sehingga masuk tidur pun kadang-kadang  pada pukul jam 1 pagi atau 2 pagi.
Bila saya pujuk untuk bersama, dia takkan layan langsung, even saya cakap doktor kan dah bagitahu cara-cara selamat. Macam-macam saya cuba pujuk dia, untuk mencium saya pun dia tak nak. Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya, dia takkan sentuh saya kecuali peluk semasa tido, itu sahaja.

Bulan April 2013, dia kantoi saya dapat tahu mengenai mesej dia tolong top up kredit phone pada satu number nih. Saya call number tersebut yang jawab suara lelaki. Dia top up 2, 3 kali, apabila saya tanya, dia ngaku itu adik angkat dia. Ya Allah, isteri sendiri pun susah nak dia tolong top up kan. Saya memang sakit hati, gaduh jugak, beberapa lama kemudian, dia kata dah takde apa-apa dengan adik angkat dia tu....ok la.
Pada bulan 6 atau 7 baru-baru nih (2013), saya terdetik untuk check handset dia, dia ada satu lagi handset yang mana dia sentiasa akan letak password, tapi yang satu nih biasanya dia off sahaja bila saya ada, tetapi Tuhan nak tunjuk. Saya jumpa  mesej-mesej  dia bersayang-sayang saya call  number tersebut, yang angkat adalah lelaki. Kemudian, saya mesej budak nih, saya cakap saya jumpa mesej awak bersayang-sayang dengan suami saya, tapi dia tak reply. Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya masa nih, rupanya budak ni duduk serumah dengan dia. Ya Allah berpusing dunia saya rasa masa tuh.
Ditakdirkan baru-baru nih, saya berjaya unlocked handset suami, Tuhan je la yang tahu apa yang saya jumpa, segala macam mesej-mesej serta istilah-istilah yang pelik-pelik, sehingga saya search di internet dan yang paling saya terkejut ada mesej yang cerita pasal main sex. Saya amibil gambar semua tuh, sebagai bukti malah gambar "anu" dia sendiri pun ada. Macam-macam lah lagi yang ada, tak perlu la saya beritahu apa lagi mesej-mesej dan gambar yang ada.


Saya menggigil, terduduk dan tak tahu nak buat apa. Ada satu mesej tu dengan adik angkat dia tuh, siap tanya mana cincin dia bagi, macam-macam la. Dengan isteri sendiri dia berkira sangat, mentang-mentang lah saya bekerja. Saya cukup terkilan, saya cukup sedih, masa tu saya rasa nak lempang dia sekuat hati saya.....huhuhuu
Lama saya berfikir pasal semua nih, last-last saya buat keputusan untuk beritahu mak mertua saya, saya tunjuk mesej-mesej tertentu, saya tahu tindakan saya tak betul tetapi dia anak mak, niat hati saya supaya emak dia akan nasihatkan dia. Saya tak sanggup nak bagitahu ayah saya atau ahli keluarga yang lain. Apabila saya tanya sendiri pada suami, jawapan dia semua itu hanya main-main sahaja, walaupun saya sudah jumpa macam-macam bukti, even saya jumpa mesej yang dia nak jumpa kekasih gay dia, siap tanya berapa harga hotel yang pernah dia pergi, tapi semua dia tidak ngaku.
Mula-mula saya ambil keputusan untuk berpisah sementara, tapi mak mertua saya macam blame saya, dia kata saya ni senang je nak berpisah. Dan suami saya sendiri cakap yang saya ni suka marah-marah dan maki-maki dia, ye lah akhirnya saya juga yang dipersalahkan. Saya lah yang buruk, padahal saya tidak pernah maki dia pun selama ini, marah mungkin yer. Dia tidak bagi nafkah batin selama hampir 2 tahun, saya redha, nafkah zahir pun dia tak bagi dengan alasan gaji dia kecil, duit cukup-cukup aje. Saya tak kisah, sayang punya pasal, lagipun hidup suami isteri kan.
Masa ni jugak, suami janji nak berubah kekasih yang duduk serumah dengan dia, katanya dia akan halau kalau itu yang saya nak. Dia janji nak betulkan keadaan dan macam-macam janji dia beri.

Sekarang nih saya cuba untuk tidak cari gaduh, saya cuba sedaya upaya berbaik tapi pada minggu lepas, dia kantoi lagi kekasih yang dia kata dah keluar rumah (masa ni dia bagitahu saya budak tu balik-balik raya je dah tak ada kat rumah), rupanya  masih duduk tinggal sekali. Saya jumpa gambar dia upload, ada tempat dan itu rumah suami saya duduk, even di dalam facebook budak tu pun status tagged nama suami saya.
Bila saya ambil gambar dan send kepada suami saya, dia marah-marah saya katanya saya ni suka fikir yang bukan-bukan.Budak tu datang nak ambil barang dan macam-macam alasan yang suami saya berikan. Dalam  facebook jugak suami klik event yang budak ni buat ysmh sumai akan akan hadir. Saya call malam dia pergi event tersebut memang dengar bising-bising, suami bagitahu dia dekat area ofis yang ada buat majlis, sampai macam tu sekali dia nak tipu saya.

Saya pernah tegur dia pasal semua nih, sebab dia ada HIV saya pernah cakap, 
"Abang dah macam ni pun nak buat perangai tak takut dosa pahala ke? Sakit Tuhan dah bagi ni, abang tak nak amiil iktibar pun makin menjadi-jadi perangai."
Macam Puan Lisa - masih sayang dan sabar walau suami HIV positif (klik disini) saya pun sayangkan dia sayang sepenuh hati saya, kalau saya tak sayang saya tak akan kahwin dengan dia semasa mula-mula tahu dia ada HIV, tapi entahlah akhirnya ini yang saya dapat.
Saya pernah tanya, macam mana dia dapat HIV tapi dia cakap dia sendiri tidak tahu, ok la saya terima jawapan itu.
Saya pernah tanya abang ni gay ker? semasa ni kami buat pillow talk, dia tak mengaku. Semua benda dia tidak ngaku walaupun bukti macam-macam sudah ada, malah dalam mesej (SMS) dia mengaku dia top dan flex...
Saya pernah jumpa minyak durex ke apa tah yang biasa dijual di farmasi. Even ada sekali tu saya menyamar jadi dia apabila ada sorang budak lelaki ni mesej, saya tanya mana pernah jumpa ye, budak ni reply jumpa kat sekian-sekian tempat, budak lelaki itu rindu kat perut abang. Saya tanya lagi pernah tengok ke, budak lelaki ni reply, pernah la, yang dalam seluar pun pernah. Saya memang menipu jadi dia, saya tanya macam-macam sehingga suami pernah main dalam kereta. Saya ambil gambar dan semua mesej-mesej dia.
Lama lepas tu....saya dah balik Perak, saya send gambar mesej tuh pada suami itu pun dia tak ngaku.
Hhhmmm..apa pandangan abang Najmi?

Saya mengambil keputusan untuk memberi peluang pada suami lagi setelah saya fikirkan sedalam-dalam mengenai perkara ini. Saya buat satu keputusan untuk memberi peluang kedua pada suami, demi menjaga hati semua orang, keluarga saya, ibu mertua saya dan keluarga dia dan paling utama aib dia serta masa depan dia.
Saya tahu, saya terpaksa korbankan perasaan saya sehingga ke detik email ni saya tulis, dia tetap macam tu juga tidak mengambil berat, tidak kisah akan perasaan saya. Ya mungkin ada yang cakap, bagaimana saya tahu yang dia tak amik berat pasal saya??
Saya sudah 6 tahun mengenali dia dan dalam masa 6 tahun, sebelum bertunang macam-macam yang kami lalui, daripada kisah dia ada abang angkat sehimggalah duduk serumah dengan family abang angkat dia, sehinggalah bila dia bertunang, dia keluar duduk dengan abang and kakak ipar.
Untuk pengetahuan abang Najmi, sepanjang tempoh pertunangan adalah antara tempoh paling indah antara saya dan dia, dia banyak luangkan masa, tahun kedua perkahwinan ni yang paling ketara perubahan sikap dia.

Saya diabaikan, nak berjumpa dengan saya, sangat susah sebulan sekali pun susah. Birthday saya ia SMS sahaja sampai ke detik nih langsung tidak ada hadiah, kad ucapan atau sambutan ke ape ke. Bulan puasa dia janji akan berbuka berdua di hotel sebagai ganti sambutan harijadi saya, itu pun tidak ditepati janjinya.
Kadang-kadang saya rasa ini adalah dugaan terhebat dalam hidup saya walaupun dulu semasa saya dibuang kerja atas sebab tidak munasabah, saya masih boleh bertahan saya bangkit semula tetapi dugaan kali ini membuatkan saya hampir tersungkur.
Kalau bukan memikirkan masa depan keluarga, kerjaya saya yang sedang meningkat dan kalau tidak ada iman di dada saya ini, mungkin saya sudah lama rebah. Saya sayangkan dia demi Allah saya akan cuba bantu dia sedaya mungkin untuk berubah, saya tahu bukan senang nak berubah akan ambil masa, tapi dia langsung tidak ada minat pada saya entahlah susah saya nak cakap.

Baru-baru ni saya berjaya berhubung dengan salah seorang kekasih hati dia, mamat ni mintak maaf pada saya dan dia bagitahu saya suami saya ni sudah ada orang lain selain dia. Hampir setahun dia bercinta dengan suami saya dan dia bagitahu saya jugak yang suami saya ni memang penipu, mungkin janji macam-macam dengan dia tapi tak ditunaikannya.

Saya sedih sebab dia sah-sah Hiv Positif tapi still dengan kegiatan macam tu. Saya pernah terfikir untuk upah penyiasat peribadi untuk dapatkan bukti-bukti lain tapi saya tahu semua tu perlukan duit. Saya bukan tak nak pindah duduk bersama dia di KL, Selangor atau mana-mana tapi keadaan kerja saya yang tidak mengizinkan. Dia sendiri bagi macam-macam alasan, sedangkan kerja dia lagi banyak cawangan, dapat kuarter tapi dia sanggup tolak, sebab kuarters lama lah, jauh lah dan macam-macam lagi alasan yang diberi. 

Saya memang perasan bermula hujung tahun 2012 dia start buat hal sebelum ni takde pulak, entah lah saya sendiri tak tahu dimana salah saya. Nak salahkan siapa pun saya tak tahu tapi bagi saya ini adalah dugaan hidup saya, Allah dah pilih saya untuk hadapi semua nih, Allah tahu saya mampu hadapi. Mungkin ini jugak balasan atas dosa-dosa saya sebelum ini maka Allah uji saya di dunia lagi. 

Macam Puan Lisa, suami nya seorang biseksual, tapi suami saya ni entah lah. Alasan risau untuk saya berjangkit HIV dari dia itu saya rasa tidak tepat, menyentuh saya walau sedikit pun dia tak nak, fikiran saya kusut. 

Saya sendiri tak tahu apa nak buat, apa keputusan yang terbaik selain memohon pada yang Esa, berdoa siang dan malam. Andai ini jodoh saya, kekalkan lah, andai ianya bukan, andai berpisah itu merupakan jalan terbaik buat saya, saya redha insya Allah semoga Allah tunjukkan jalan terbaik kepada saya dalam hubungan ini.

Insya Allah, saya akan dapatkan nasihat pakar buat masa sekarang saya akan bersikap biasa walaupun dalam hati saya sentiasa berdoa semoga dia akan ada keinsafan.

Entah lah abg najmi...... 


-BELLA BUBU-

www.dietmakanhati.blogspot.com  




Salam  Bella Bubu,

Kisah saudari hampir sama dengan beberapa kisah yang dikongsikan oleh beberapa isteri yang bersuamikan seorang gay atau bisekual dalam blog saya. Cuba Bella klik entry-entry berkenaan dan baca komen-komen dari pembaca mengenai masaalah mereka itu. Antara yang terbaru kisah Puan NIZA - Pengalaman berkahwin dengan lelaki gay (kilik disini).

Bercerai bukan sesuatu yang bagus sebabnya ianya seolah meruntuhkan sebuah masjid TETAPI dalam kes Bella lain sikit, saya dapat rasa suami Bella sangat sukar nak berubah, benar agak susah nak berubah saya tahu dan faham tabiat seorang gay ni apatah lagi kalau suami Bella seorang yang ada rupa, muda dan ada berduit pasti semua itu penyebab kenapa ia sukar berubah.

Bella kena berani ke Pejabat Agama tanya pandangan mereka yang pakar disana, cerita segala-galanya. Entahlah maybe sebab Bella masih sayangkan suami, maka Bella tetap sukar nak ambil sebarang tindakan.

Berpisah maybe jalan terbaik pada pandangan abang lah dalam kes Bella, sebab suami yang sebegitu akan tetap berterusan menipu dan akan tetap dan sukar nak berubah, dia hanya menggunakan status sebagai seorang suami bagi mempermudahkannya untuk meneruskan aktiviti songsang.

Yang merana adalah Bella, jangan kisah sangat pandangan mak mertua Bella dan ahli keluarga lain, yang penting Bella kena jaga hati Bella dahulu daripada terus diperkotak katik oleh suami, tanya pandangan pegawai kaunseling di Pejabat Agama berhampiran kemudian Bella buat lah keputusan. Ingat Bella langsung tidak mendapat sebarang nafkah batin mahu pun zahir darinya.

Saya percaya masih ada golongan gay yang berkahwin dengan niat hendak berubah dan ada yang boleh mengawal diri dari terus terlanjur dalam aktiviti songsang, ada yang sayang isteri dan anak-anak serta hidup bahagia.

Tak guna Bella menghabiskan masa yang sia-sia untuk terus bersama dengan suami Bella itu kalau dia berterusan menipu dan enggan berubah. Tinggal berasingan jarak jauh juga membolehkan sisuami lupa diri, dan menjalani kehidupan bebas seperti tidak ada bini. Bella kena bangun selesaikan masaalah ini dengan segera, jangan fikir banyak sebab Bella sudah punya bukti yang banyak tentang penipuan suami yang berterusan dan bagaimana dia masih enggan nak berubah. 

Lelaki begini langsung tidak sesuai untuk dijadikan suami, Bella berhak mendapat seorang suami yang lebih baik dari tu, percayalah apaila suami sudah terlantar sakit diduga Allah dengan apa jua musibah pada ketika itu lah ia mula nak ingat kepada Bella, pada saya ianya perbuatan sia-sia sebab dia hanya akan menggunakan Bella hanya pada ketika dia susah sahaja, semasa tubuh badan ia kuat  luar dan dalam dia lupa siapa diri.

Bella buat lah keputusan mengikut nasihat mereka yang pakar, insyaallah semoga kehidupan Bella dimasa depan akan lebih bahagia dan sempurna walaupun tanpa suami yang begitu. Wallahuallam- NAJ MI



37 comments:

  1. tinggalkan suami je bella...awak rugi umur, masa muda, masa sihat, kerjaya dan mcm2 la di pihak isteri yang kerugian. Esok da tua takda anak nak menumpang kasih lagi haru.

    lelaki ni normal atau tak normal pun kalau da tak sayang isteri, tetap cair dgn anak kecil...tak nampak pun usaha suami ke arah tu..da takda perasaan kot..puihh.

    Maaf, la...puan ni mmg insan yang terbaik dunia akhirat..kalau sy masih bujang da nikah isteri mcm ni.

    ReplyDelete
  2. terima kasih encik walnut....

    mungkin benar apa yg dikata encik walnut..dia takde perasaan sedikit pun pada saya.. doa kan lah semoga semuanya berjaya saya hadapi...

    buat masa sekarang...mencari cinta...menerima cinta tidak ade dlm kamus hidup...tiap kali pandang lelaki2... dlm hati terdetik.... semoga anda bukan seperti suami saya....

    -bella bubu-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntahlah Puan, kdg2 idup ni tak adil...puan ni baik sgt...salah saya ajar tak elok, mgajar tinggalkan suami..dosa tu..tp masa menulis tu mmg bengang jg, tu yg terkasar bahasa.

      tak tahu la samada puan lbh tua dr sy atau sebaliknya...smnjk jd suami, sy ni wlu agak tegas pon kalah juga jika rasa masakan isteri, apatah lg isteri picit kepala...sehebat mane manusia, jika hati masih ada belas ikhsan, insyaallah boleh dibentuk. setiap permulaan ada akhirnya, harap puan bincang dgn suami bape tahun suami perlu masa utk berubah. Ni lebih adil dua pihak..

      Nikmat menikmati hidup ini mcm mane pun perlu pelan2 ikut aturan tabie...dikhuatiri ada pihak yg tergelincir nanti...
      Take Care ye puan bella bubu, jgn men ujan ye :)

      Walnut tu blog sy, sy berangan nk jd penulis blog mcm abg Najmi tp lama2 jd mls. Abg Najmi, bg tips hehe.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. encik walnut,

      baru terperasan akan komen anda di sini... insya Allah..doakan semoga saya dan yang lain-lain berjaya membuat keputusan yang tepat.... pernah saya berbincang dgn suami perkara ini... entahla..bak kata abang najmi, bukan semua gay mampu berubah.... kena semangat yang kuat... keazaman yang tinggi..... suami bella? susah nk cakap.....

      terima kasih atas nasihat encik walnut.... saya sangat menghargai segala pandangan dan komen di entry saya ini... heheheh..x sempat nak main hujan encik walnut..sibuk sangat sekarng nih...

      Delete
  3. I'm sorry sis.. I'm totally against your action.. For what reason you still stick with him?? Although our religious says that divorced is something that's we need to prevent, but in your case I think it is the best for you to do so.. It is better for you to seek an advise from those Ustaz or Ulama.. Kesian akak.. Mcm dgntung x bertali. Seeloknya akak buat solat istiqarah.. Minta prtolongan Allah.. Dia Maha Berkuasa lg Maha Penentu, sbaik2 Perancang.. Kdg2 org yg kita kahwin tu mungkin bkn utk kita ataupun ujian Allah sbgai moral value utk jodoh lain.. Maaf kalo sy buat akak trsggung.. 1 yg sy respect akak.. Hati akak sgt besar.. Sy kagum sgt.. Buatlah kputusan paling tepat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dik...akak paham... itu yg mula2 akak cuba buat..berpisah...Tuhan je tahu betapa hancur hati....

      Tetapi..di sebalik rs marah...akak byk berfikir...ibu mertua darah tggi... masa akak bgthu psl hal ni pun..dia sesak nafas..terduduk jugak.... nampak mata bergenang....

      AYah akak sendiri. ..x brapa sihat...ms sekrg bukan ms yg tepat utk akak bincgkan semua ni dgn mereka....

      INSYAALLAH. .doakan suatu hari..akak amik tindakan tepat..dlm hati dah ada tuk berpisah...cuma, mencari masa sesuai..

      Dulu akak byk bantu suami sewaktu dia bergelar pelajar...urusan pertunangan..perkahwinan pun byk akak yg bantu... bukan mengungkit semua tu..tp akak kecewa..dia buta hati..buta mata...

      DOakan akak buat keputusan yg tepat ye dik...

      -bella bubu-

      Delete
    2. Sy doakan yg trbaik utk akak.. Betul juga, sy Ada baca, penceraian ni x elok.. Kalo bercerai kita Kena minta maaf dgn org yg hadir masa kita nikah dulu sbb dia sdh doakan utk kita, tp ggal.. Tp xpe Kak.. Tuhan akan tolong hambanya yg dlm ksusahan kalo kita sllu brdoa Dan meminta dgnnya.. Insyaallah, one day, everything will be okay.. Have faith to Allah.. Insyaallah..

      Delete
    3. Anonymous,

      terima kasih dik.... semasa menziarah kubur arwah bapa mertua akak pun... akak menangis dik... akak mohon ampun pda dia sebab akak gagal jaga suami ..gagal bawa dia berubah.. mcm tu jugak di kala menziarah kubur arwah ibu akak.... memandang wajah ayah akak pun pada masa krisis ini sedang berlaku...akak tak sanggup...teringat kembali diwaktu ayah akak menitikkan airmata setelah akak sah menjadi isteri orang... airmata seorang bapa yg mengharapkan suami menjadi pelindung..menjaga akak sebagaimana dia jaga....

      -bella bubu-
      akak tak dapt bygkan apa yg akan terjadi sekiranya dia tahu semua ini.... mmg akak sedang mencari jawapan kepada semua masalah ni...semoga Allah tunjukkan akak jln keluar ....

      doakan akak ye dik....

      Delete
  4. Baik puan bella fikirkan tentang diri... Mmg puan masih syg suami puan, tp puan harus sedar apa yg puan dapat? Puan hanya dapat sengsara, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Puan banyakkan berdoa kerana doa adalah perisai buat setiap manusia. Tabahkan hati puan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih faiz...

      SEperti yg sy reply di ats... byk hati nak kena jaga.. bukan sekadar perasaan tp kesihatan... saya tidak gentar bergelar janda sbb selama ni pun sy hidup dgn duit sendiri...suami tidak membantu sgt.. selama ni saya biasa buat semua benda sendiri...

      BUat masa sekrg... saya menjaga byk hati... hati sendiri sy tolak tepi dulu..saya tahu..Allah menjaga hati saya. hanya pd Allah sy mengadu...sy tidak berharap suami akan berubah tetapi sy hrp dia diberi petunjuk...

      Andai kami berpisah pun.. biarlah cara baek....cuma..sekrg..suami tetap tidak mengaku semua itu..ye lah..orang kata... sapa nk mengaku kalau berak di tgh jln kan...

      Doakan saya dpt buat keputusan tepat ye faiz

      -Bella bubu-

      Delete
  5. tak sangka plak masalah ni byk berlaku....takut plak sy nak kawin....hmm...semua bde yg berlaku skrang buat sy tertanye2 adakah manusia da tak takut ngan tuhan????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaz wani,

      mungkin byk tetapi semua tu rahsia Allah.... mcm saya sendiri pun... ada tanda2 yg suami adalah gay...tetapi rs sayang dan cinta mengatasi semua itu..kerana bagi saya...cinta dan sayang adalah kerana Allah...bukan main2 apabila saya berkata saya cinta dan sayang pd suami.. cinta yg ikhlas...sebab tu onak duri..ranjau semua sy sanggup harungi...

      ujian Allah bagi saya tak terbatas...takut atau tidak pada Tuhan...hanya mereka mampu jawab... hikmah bgi setiap apa yg berlaku dlm hidup kita... kita akan nampak...mcm saya sekrg...hikmah paling penting sy nampak....saya cuba mendekatkan diri dgn Allah...mencari kekuatan diri...

      jgn takut untuk berkahwin...kerana apa yg akan berlaku adalah rahsia Allah....

      doakan saya sentiasa kuat..dpt selesaikan semua kekusutan ini...

      -bella bubu-

      Delete
  6. bella bubu...sy fhm perasaan awk tu. Sy juga serupa..suami dah terang2 gay cukup bukti siap sy siasat ke mana suami bgerak selalu.. tetapi suami sy x mgaku,Sy jmp sendiri BF suami sy..pa lg sy serang, sy luah sgala2nya.. bole2 Bf suami sy x juga mgaku dgn pelbagai alasan, sy bagi amaran dan ugut ttg hal ini akan diberitahu keluarganya...

    kita bkahwin dgn suami kerana cinta..tetapi ini pula kita dapat, isteri2 mcm kita ini perlu kekuatan mental dan kesabaran. sy stp hari bdoa agar dia berubah tetapi mcm tu juga...in betul2 mguji diri kita dr semua aspek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mag,

      suami sy ni ada ramai skandal..... ntah la....sy pernah tnya dia byk kali..mati2 tak ngaku...walaupun bukti mesej2 semua ada....

      Tuhan lebih mengetahui.... balasan Allah itu pasti...walaupun jauh di sudut hati...sy sentiasa berdoa..dia akan sedar.insaf walaupun mungkin suatu hari nanti sy tidak lagi bersama beliau.....

      alhamdulillah..... setakat ni saya masih mampu tersenyum...buat kerja seperti biasa....walau dlm hati..TUhan sahaja yg tahu.... seperti yg saya bagithu... sy terima ujian Allah ini dgn redha... ini bahagian sy dlm hidup... semoga akhirat kelak...sy mendapat balasan indah drpd Allah....

      saya tidak la sebagus mana tapi ujian ini menyedarkan saya...itu antara hikmah ujian ini...

      wallahuallam...

      -bella bubu-

      Delete
    2. Bella bubu, nmpknya kita serupa..sy igat sy shj mgalami masalah ini. Itu sbbnya mencari blogger utk berkongsi masalah sy ni...keluarga sy dan mentua tak tahu ini. Sy cuba bertahan rmah tgga ini...apabila tertekan dgn sikapnya. sy mencari blogger utk kurangkan stress..tq blogger Najmi yg byk memberi pgajaran dan pendapat. jika sy hilang kesabaran dan tidak mampu bertahan rumah tgga..sy juga akn tinggalkan suami sy tp mesti kumpul semua bukti dr skrg..teks fbnya, teks hpnya, teks skypenya, gmbar lucah gay2nya dll. Utk pa ini semua? suami kita yg tak pdai mgaku kesalahannya..akan salahkan kita habis-habisan jika kita minta cerai..buruk2 d depan keluarga. Padahal nk cover ttg dirinya yg gay, takut terbgkar...ini satu cara melindungi diri kita dr dihina. Saya terfikir cara ini krn stp kali bgaduh,boleh2 suami sy beritahu kwn2 dan keluarga..saya yg mulakan pergaduhan sedangkan dia x fikir perbuatannya yg songsang itu menyebabkan gaduh.

      Delete
    3. mag,

      hanya keluarga mentua sahaja yg tahu ..itupun bukan semua...mak mertua mmg terduduk semasa mengetahui semua ini.. tetapi saya perlu buat semua tu agar saya tidak terus dipersalahkan apabila soal anak timbul..dan lain-lain...

      mungkin ada yang tidak setuju tindakan saya tapi entahla...daripada saya terus menerus dipersalahkan di ats soal ank..dan lain-lain...saya rasa biar dia tahu siapa anak dia sebenarnya..bagi saya..seorang ibu akan tetap menerima anaknya walaupun dalam keadaan apa... belum dia tahu anaknya adalah HIV positif... tapi itu saya tak sanggup nak bagithu..bagi saya..biarlah dia bagitahu sendiri....

      benar Mag, isu dia songsang adalah yg paling kerap menjadi punca...dia tidak hiraukan saya... bertanya kabar sehari sekali pun sangat susah...

      sama-sama la kita bertabah...bersabar....hehehehe....

      -bella bubu-

      Delete
  7. Bella,
    Anda wanita yang tabah, semuga anda dapat buat keputusan yang tepat dan terbaik bagi diri dan masa depan anda, InsyaAllah pasti ada kebahagiaan untuk diri anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak wardah...

      setabah-tabah saya pun..ada masa saya kecundang....ada masa hati bagai di siat-siat...Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik buat setiap insan...ujian Allah ini...saya anggap sebagai takdir dan semestinya saya harus redha....insya Allah..doakan saya dapat buat keputusan tepat...alhamdulillah...saya masih mampu tersenyum sehingga ke hari ini..

      bukan semua orang mampu memahami apa yang kita rasa.... baik berdiam diri..pendam sahaja... bermunajat pada Allah..itu yang sekarang sy cuba lakukan...bermohon pada Allah ditunjukkan jalan ke luar dr segala permasalahan ini....

      terima kasih ats sokongan mak wardah dan lain2.... terasa mahu menitik airmata....

      - bella bubu-

      Delete
    2. kenapa saya kata anda tabah? anda redha dan menyerahkan segalanya pada Allah.Dek, sebagai wanita yang masih muda bukan mudah untuk melalui semua dugaan besar yang bukan hanya melibatkan maruah diri tapi juga keluarga tapi akak bangga bella melaluinya dengan senyuman. Kecundang, pasti semua orang akan kecundang dan susah nak bangun semula tetapi Bella masih bangun dan menghadapinya dengan penuh ketabahan. Hanya wanita tabah sahaja boleh melaluinya dan anda adalah wanita tersebut. Jangan risau, kami semua akan WWNLYWA sebab kami memahami apa yang telah anda lalui. Teruskan kehidupan dengan baik dan Allah akan berikan kepada anda yang terbaik, InsyaALLAH. Take care. Happy to meet you Bella.

      Delete
    3. mak wardah,

      terima kasih..tersenyum saya membaca kata-kata mak wardah...di kala kesibukan kerja yang tidak putus2 ni...saya pernah bangkit drpd kegagalan apabila dibuang kerja (kontrak tak disambung) ats sebab2 tidak munasabah...pada masa tersebut, didi(suami) memberi sokongan dan semangat... saya tidak lupa jasa dia....saya seorang yg mengenang budi dan masih menghormati dia sebagai suami selagi saya bergelar isteri...

      alhamdulillah...sekarang ni jiwa saya lebih tenang apabila saya mendekatkan diri dengan Allah..ini adalah hikmah utama saya dapat...saya lebih menjaga solat saya ... mmg betul mak wardah, dugaan ini melibatkan maruah semua orang...saya cuba menjaga semua ini..terutama kesihatan mak mertua..ayah saya...

      andai ketentuan Ilahi untuk saya terus bersama didi.... saya redha... sekarang sy terluka...kecewa...di SANA kelak..insya Allah..saya akan kecapi kemanisan...saya sangat berterima kasih kepada semua atas kata2 semangat..pandangan...sokongan....

      doakan saya dapat membuat keputusan yang tepat...alhamdulillah...dengan menulis di blog...saya berjaya meluahkan segala perasaan saya.... ikutkan perasaan sakit..perit ...kecewa.... ntah apa la saya nk buat pada mereka ....tetapi siapa saya untuk menghukum mereka....

      sakit Allah bagi sepatutnya menjadikan diri didi lebih insaf...saya cuba memberi kata-kata semangat dan sokongan... mengajak didi menjadi imam sewaktu solat...tetapi.. didi mengelak....takpe lah, saya hanya mampu berdoa mak wardah...berdoa semoga rasa keinsafan akan muncul....


      buat golongan ini, cubalah berubah.... kesilapan anda lakukan dulu...sepatutnya bukan untuk diulangi...tetapi dijadikan iktibar..kita manusia kerdil..tidak lari drpd kesilapan...

      wallahuallam

      -bella bubu-

      www.dietmakanhati.blogspot.com

      Delete
  8. Encik izham,

    InsyaAllah. ..andai itu jln yg telah Allah tetapkan..... masa itu akan tiba...

    Terima kasih. ..

    - Bella bubu -

    ReplyDelete
  9. tolongla jgn dimainkan perasaan orang.....kalu masih lg tidak bersedia or tidak mahu berubah lagi tolongla jgn main2kan kehidupan orang lain. memang phobia sgt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukeatiakula,

      hehehehe.. itulah rahsia Allah... saya sekarang mmg belajar menerima semua ni... walaupun sukar, jerih, duka, perit di permulaan..saya percaya...akan ada kemanisan yang akan saya kecapi nanti...itu pun antara janji Allah....

      setiapkali airmata mengalir...hati menjadi hiba..saya cakap pada diri saya... 'sekurang-kurangnya ko berjaya dalam hidup bella..ko masih ada kerjaya..ko ada kehidupan untuk diteruskan..Tuhan tarik nikmat ini untuk ko berbakti pada orang tua'

      alhamdulillah... saya pasangkan niat untuk menggembirakan kedua org tua saya sekiranya saya tidak lagi bergelar isteri selepas ini...

      doakan saya

      -bella bubu-

      Delete
  10. saya jua diuji dengan suami yang mempunyai nafsu songsang. cuma seperkara yang saya perlu syukuri,suami saya tak terlibat dengan aktiviti songsang. saya yakin dia tidak terjebak dengan hubungan sonsang kerana masanya banyak dihabiskan dengan tuntutan kerja dan kerja2 kemasyarakatan.. dan selain dari itu jika tidak mempunyai aktiviti, dia akan duduk di rumah menolong saya membuat kerja rumah, menjaga dan melayan anak atau berehat di rumah (suami saya kuat tidor jugak :P). saya jarang mendapat belaian mesra dan nafkah batin dari suami. mula2 dapat tahu tu hati saya rasa sangat hancur.. setiap hari bertemankan air mata. dalam solat mengadu pada Allah tentang perasaan saya yang hancur itu. tapi saya telah berjanji dengan diri sendiri dan suami, takkan menghebohkan berita ini pada orang lain hatta untuk mengadu kesedihan hati maka saya membuat keputusan untuk berbincang dari hati ke hati dengan suami. alhamdulillah, suami memberi kerjasama.
    untuk pengetahuan, saya memilih suami atas dasar agama dan akhlaknya. dengan perwatakan soleh yang ada pada dirinya membuatkan saya yakin untuk memilih dia sebagai suami. Tak pernah terlintas di dalam fikiran yang suami saya ini tidak bernafsu kepada perempuan. Dan setelah tahu berita ini selepas hampir setahun berkahwin, saya mengakui.. hati ini sangat sedih dan kecewa. Jika saya tahu berita ini sebelum kahwin, pasti saya akan berfikir berpuluh-puluh kali sebelum membuat keputusan berkahwin dengannya, tapi saya mengetahuinya selepas sah bergelar isteri. Maka saya katakan kepada diri, inilah takdir yang telah ditetapkan kepada saya.. maka saya harus terima dengan lapang hati dan redha atas takdir ini. tiada ape yang perlu disesalkan… kerana apa yang terjadi pada diri kita itu, pasti ada hikmah di sebaliknya. Saya juga tidak mengatakan suami saya hipokrit. saya pasti suami saya berjuang melawan nafsu dalam dirinya dan kerana pegangan agama yang ada pada dirinya itulah sedikit sebanyak dapat mencegah dirinya dari aktiviti songsang. Tiada ape yang perlu disesalkan… kerana setiap manusia itu pasti akan diuji. Cubelah kita tanya pada setiap orang, adakah hidup dia sentiasa menggembirakan dan tak pernah dilanda ujian?Kalau kita diuji dengan suami yang bernafsu songsang.. mereka2 diluar sana tu diuji dengan pelbagai masalah. Yang belum berkahwin dan sudah lanjut usia diuji dengan persoalan jodoh dan pertanyaan orang2.. Jika sudah berkahwin, ada yang diuji dengan ketiadaan zuriat dan diasak dengan soalan2 bila nak dapat anak? Ada yang diuji dengan penyakit berat.. yang mempunyai suami yang straight pula diuji dengan suami yang curang dengan perempuan lain, ada yang dilanda dengan masalah kewangan, masalah keluarga dan macam2 ujian lagi.

    “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar” (QS. 2:155)

    Kita ini hanya hamba, dan kepadaNya jualah kita kembali dan menyerah diri. Saya merawat hati yang kecewa ini dengan mengira2 nikmat2 lain yang diberi Allah kepada saya. Walaupun suami saya ini tidak bernafsu kepada isterinya sendiri, sekurang2nya dia masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah dan tak pernah memukul tubuh saya apatah lagi menengking dan bercakap kasar. Selain itu saya juga bersyukur kerana tubuh badan yang masih sihat. saya juga dikurniakan seorang zuriat yang comel dari benih suami sendiri. Alhamdulillah.. banyak lagi nikmat lain yang perlu difokuskan berbanding melayan kesedihan hati.

    Kepada puan2 yang diuji dengan nafsu bersuami songsang, semoga tabah dengan ujian yang dihadapi, selalulah mohon pertolongan dariNya… untuk buat apa jua keputusan, minta Allah berikan petunjuk. Moga Allah berikan ketabahan, kekuatan,kesabaran yang menggunung.. Insya Allah

    -Insyirah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2....patot bersyukur dgn apa yg diberi.....tatkala diuji la kita makin hampir dgn allah....sy yakin disyurga nnt suami awk akan mencintai awk...moga pn insyirah diberi kesabaran

      Delete
  11. Puan insyirah,

    Terima kasih ats kata2 semangat puan..itu lah yg saya cuba lakukan.. sehingga sanggup menerima dia sebagai suami walaupun tahu dia hiv positif... sbb sy tahu ini ujian Allah..saya redha...

    Puan bertuah sebab suami tidak mengabaikan tggungjwb dan mengelak melakukan semua itu...sebaliknya suami sy...benar puan, sy menerima semua ketentuan Allah walaupun pd awalnya seperti puan..

    Cuma, suami masih berterusan..sy pernah beberapa kali slow talk..hati ke hati..tetapi tidak berkesan..bak kata abg najmi, Tegar... hny dia boleh bantu diri dia...

    Sekrg sy serahkan pada Allah utk membantu saya membuat keputusan... qada dan qadar..takdir..jodoh...semua rahsia Allah...sya tak kata sy bagus..baek sgt..kita ada kekurangan..kelemahan msg2...tp sy sedaya upaya cuba menggembirakan suami..memberi sokongan tentang penyakit dia tp...dia memilih jln ini...doakan sy puan... doakan sy berjaya membuat keputusan tepat...walaupun pd hakikatnya... sudah ada didlm hati sy sebuah keputusan. ...

    Wallahuallam..

    - Bella bubu -

    ReplyDelete
  12. bella..apbila sy bc kata2 bella, hampir nk menangis juga..sbb kita senasib..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mag,

      Hanya mereka yg senasib sahaja akan memahami.... tpi betol. .berat mata memandang...berat lagi bahu kita yg memikul....

      Takpe mag, tabahkan hati... saya yakin... dihujungnya ada sinar bahagia buat kita...Allah uji kita utk melihat sejauh mana kita redha dgn ujian...

      Ada yg kecundang dgn ujian Allah. .. makin sesat... sy harap kita tidak tergolong dlm golongan itu...

      Sy byk baca psl hiv dlm blog abg najmi.. sy sendiri lupa cd4 suami di tahap mana... dia bgthu makin menurun... itu yg sy nasihat dia...bertaubat..berubah... tp, biasa la...tegar... keseronokan yg difikirkan.... benda haram memang mengasyikkan.... huhuhu

      -bella bubu-

      Delete
  13. Carilah pemimpin(suami) yg boleh membimbing kita kehidupan dunia dan akhirat.ini ujian untuk kita berfikir keputusan yg terbaik."Jgnlah mencampak dirimu kedalam kebinasaan"petikan dr alquran

    ReplyDelete
  14. Mr/miss Anonymous:

    insya Allah...itu yg kita semua cari...pemimpin yg boleh membimbing....semoga saya akn ketemu dengan pemimpin saya suatu hari nanti.....tidak ada siapa yg mahu semua ini terjadi..... ujian Allah ini saya dan lain2 anggap adalah ketetapan yg perlu kami semua hadapi....

    terima kasih atas ingatan tersebut.....

    ReplyDelete
  15. bella,

    berderau Lisa baca email bella pada abg najmi.. mcm.. ayat tu keluar dr hati yg sama.... mcm apa yg Lisa rasa di awal perkahwinan Lisa dan Zali

    pelbagai nasihat dan komen2 yg diberi.. dan Lisa yakin..sedikit sebanyak dpt melegakan hati bella kan.. :)

    Lisa amat dan teramat paham..bila mana..kita menjaga hati ramai org.. berpisah bukan jalan yg mudah.. mcm kes Lisa.. lisa diamkan perkara ni sbb ayah mertua sakit waktu tu..(arwah baru meninggal bulan jun yg lepas) yg mana mak mertua tgl sorg skang.dgn darah tinggi lagi. dgn mengharap pd anak dia yg sulung ni lagi..adik2 dia.. mmg lisa x sanggup..

    Tpi satu je.. lepas Zali disahkan HIV masa kami checkup di LPpKN dulu.. mmg lisa nampak perubahan yg ketara dlm diri dia... dah x nmpak dah message2 bukan2..malah dia buang kawan2 gay dia dulu.. insya allah. lisa percaya dia betul2 ambil ikhtibar atas "tamparan" yg Allah beri ni. Lisa sebagai isteri mmg sentiasa ingatkan dia...

    Tapi..dlm kes Bella.. nampak gayanya...xde tanda2 nak berubah.. dan suami bella sgt2 yakin bella xkan bertindak..sbb tu dia masih berani.. maaf bertanya..apa reaksi ibu mertua bila dpt tau? dia percaya atau dia backing anak dia?

    nasihat saya...bukti2 tu bawak terus ke pejabat agama... failkan utk kaunseling.. dan terus amek borang utk berpisah. at least itu yg Lisa lakukan dulu dan waktu tu baru suami lisa terdiam sebab x sangka lisa berani. waktu tu baru dpt tau bersungguh atau tidak dia nk hidup dgn kita..

    solat la..istikharah la mohon petunjuk mana yg terbaik utk bella... bella harus bersyukur even 2 tahun berkahwin, bella masih lagi tidak disentuh... muda lagi kan.. percaya la.. gay yg tegar sgt susah utk berubah..lagi2..kalian duduk berjauhan.. cukup dah segala bukti tu.... xperlu tanya.mmg susah utk dia mengaku.... dan susah utk diri kita sendiri sebagai isteri utk menghadapinya..setan mmf berbisik je.. setabah mana kita..sesabar kita..ada hadnya. dan kadangkala..kita akan sendirinya menitik airmata kenangkan nasib x seperti org lain..

    lisa doakan yg terbaik utk bella dan semua isteri2 yg senasib dgn kami..

    PERINGATAN KERAS BUAT LELAKI GAY ATAU BISEKS...JGN ANIAYA ANAK DARA ORG JIKA DIRI X MAMPU DAN X MAU UTK BERUBAH..

    abg naji bileh beri email lisa pada bella if bella nak ctc. kita boleh sama2 tlg each other..

    LISA

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak lisa, boleh email bella tak kak? hehehe...abg najmi mcm dh confuse dengan list of email yg dia ada.... akak mintak dengan abg najmi ye email bella..... terima kasih byk kak....

      Delete
  16. kak lisa,

    huhuhuhu...... tak mampu nak cakap kak.....kadang2 rasa diri sangat tabah... kadang2 rasa seperti melayang-layang.... kadang2 rs beban yang tak mampu dipikul.....Allah je tahu perasaan saya.....

    nanti saya mintak email akak dgn abg najmi.....terima kasih kak....mmg..perit mcm mana sekali pun..tetap kena hadapi.....

    ReplyDelete
  17. terbaik la isteri2 diatas... begitu tabah untuk kebahgian walaupun tahu sang suami itu HIV p+.. sy kagum ngan kalian tp trdetik gak di pikiran sy,kenapa tak mintak cerai bila usaha kalian tidak berhasil? bukan nak meruntuhkan rumah tangga kalian tp selalu kita degar.."suami yg baik untuk isteri yg baik" like pn BELLA. sanggup lakukan apa saja utk kebahgian bersama isteri tersayang...bagi sy biarlah isteri2 sekelian letakan satu tarikh n andai tiada perubahan undur lah diri untuk kebahgian kalian....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mr/miss anon,

      mcm bella cakap... apabila kita telah menerima dengan rela hati dan redha suami mempunyai HIV..kita sanggup sehidup semati tetapi dengan syarat, berubahlah.... insaf...setia... mcm bella....terima suami seadanya tetapi jangan khianati... apabila kantoi, Tuhan je la tahu..

      itu la yang bella cuba buat..memberi tarikh... dan ketetapan.... cuma, apabila melibatkan keluarga... memikirkn baik buruk dan lain2... melihat kesihatan mak mertua,..ayah bonda... rasa itu berubah....perit bella tanggung sendiri.. biar bella sakit .derita tapi melukakan hati ayah bonda, bella belum mampu...masih teringat airmata ayah bonda menitik semasa majlis akad nikah....

      insya Allah......semoga Allah beri kekuatan suatu hari nanti pada bella

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST