Friday, 13 September 2013

NIA ANA - MENYAMAR JADI GAY UNTUK KOREK RAHSIA KECENDERUNGAN NALURI TEMAN LELAKI

Ada beberapa kisah mengenai isteri-isteri selepas berkahwin baru sedar diri mereka telah bernikah dengan lelaki gay, antaranya Puan Arita, Bella Bubu, Puan Niza, Norelyna, Rozita, Puan Wanna B Wise dan Insyirah ……… serta Mag lensmac (salah seorang pembaca blog ini).

Entri kali ini pula (setelah saya mendapat keizinan darinya untuk dikongsikan bersama) ialah perkongsian kisah seorang rakan facebook saya bernama Nia Ana (bukan nama sebenar) yang baru sahaja mengetahui mengenai naluri sebenar rakan lelakinya yang telah dikenalinya selama 5 tahun. 

Kisah Nia Ana lebih kurang sama seperti kisah Sakinah serta kisah dientri "pengakuan dua gadis teman lelaki kami songsang".


Salam abang Naj Mi,

Saya ada boy friend yang saya kenal sudah 5 tahun, tapi dia berperwatakan lembut sebelum ni saya memang tidak syak yang dia tu gay TETAPI pada minggu lepas hati Nia rasa lain macam,  sebab kami akan bernikah tidak lama lagi.

Nia kemudian cari maklumat tentang gay,  sampai lah Nia jumpa blog abang Naj Mi. Boyfriend Nia tu tak akan add Facebook Nia sebab itu Nia tak tahu sangat mengenai diri dia.

Nia dapat idea nak korek rahsia dia, so Nia cipta Facebook baru Nia pura-pura jadi lelaki gay, itu pun Nia dah survey seminggu macam mana nak berlakon jadi gay betol. Nia buka Facebook pura-pura Nia ni minat kat dia, hari tu kita orang ada chat, dia memang tak tahu itu Nia. Nia letak gmbar lelaki, kemudian Nia message ala-ala gay lah tapi Nia tengok dia layan aje, so  tak syak lah kan, sampai lah Nia dapat korek semua rahsianya.

Nia tengok friends dia kebanyakan dari orang macam dia jugak. Akhirnya dia mengaku dia gay, Nia tekejut, sedih sangat hati Nia bila dapat tahu dia songsang. Semasa Nia menyamar jadi lelaki gay kat facebook, dia ada kata yang dia tak nak buat kerja tu lagi disebabkan dia nak berkahwin, dia kata dia nak berubah.
 
Tapi dia memang pernah terlanjur dan pernah buat hubungan seks dengan kawan dia. Dia dah buat hubungan seks tu semasa dia umur 13 tahun lagi. Dia kata bila dia tengok kawan dia tu sudah berkahwin dia pun nak jugak kahwin.

Selama ni dia nasihat kan Nia supaya selalu buat kebaikan, selalu solat dan jaga adab semua. Nia buat yang mana Nia rasa itu baik, tapi bila tahu dia gay luluh hati Nia. Abang, kita orang merancang nak kawin tahun depan, tapi Allah nak tunjuk pada Nia, apa yang Nia perlu buat?


Salam abang Naj Mi, 

Malam semalam Nia call dia, Nia suruh dia mengaku, memang dia mengaku dia ada perasaan macam tu. Kemudian dia menangis dan dia kata last dia buat perkara tu (seks sejenis) pada akhir tahun 2012. Dan disebabkan kawan dia tu sudah berkahwin dan berpindah ke Sarawak, dia kata dia dah bertekad untuk berubah dia kata dia bersungguh-sungguh. Dia selalu berdoa supaya Allah bantu dia untuk bagi kekuatan untuk berubah.

Nia serba salah, sekarang berada ditengah-tengah sama ada nak percaya pada dia atau tidak. Abang dia kata dia masih ada perasaan pada perempuan lagi dan masih bernafsu pada perempuan. Nia kata agak-agak berapa percent dia kata 50-50. Nia buntu abang Naj Mi, yang perlu sekarang Nia kena solat istikharah dan hajat, macam mana ya abang Naj Mi?


Salam Nia 

Pada pandangan abang sekarang terserah pada Nia, ikut gerak hati. Ya masa ni lah Nia perlu mohon kerap berdoa pada Allah minta bantuan dariNya, sebab kalau benar dia nak berubah alhamdulillah tapi bagaimana kalau ia kata sekarang nak berubah tapi akan datang ia buat lagi, Nia juga yang terseksa nanti.

Kalau boleh memang abang setuju Nia kahwin dengan dia, insyaallah Nia boleh bantu dia untuk dia kawal diri dan kawal nafsu, sebab ada juga dikalangan songsang yang benar-benar nak berubah, ada yang pernah terlajak sekali dua aje sebab nak "try" kan. Kesian kalau benar dia sememangnya  berniat hendak berubah dan nak berkahwin tapi niat dia tergendala pulak kan.

Nia kena kerap mohon pertolongan Allah, Allah pasti akan gerakkan hati Nia nanti, selepas selalu buat solat sunat insyaallah, Nia ikut gerak hati dalam buat keputusan nanti.- NAJ MI




Salam abang Naj Mi,

Malam ahad hari tu kami berbincang bersama lagi sekali, hampir pukul 4 pagi kami berbincang bagi menyelesaikan masalah kami. Nia buat keputusan untuk berkahwin juga dengan dia insyaallah, bagi Nia selepas Nia tahu pemasalahan dia mempunyai naluri songsang tu, ianya memudah kan Nia. Nia berniat untuk membantu dia sebab Nia risau jika Nia tiada dengan dia, fikiran dia akan kearah itu.

Melihat dia memang bersungguh untuk berubah, dia ada mengatakan hasrat untuk mempunyai sebuah keluarga dan anak-anak. Dia juga tidak tahan dan penat nak hadapi pemasalahan naluri songsang itu. Dia juga sudah meninggalkan tabiat berhubungan dengan lelaki akhir tahun 2012, cuma dia masih lagi ada rasa keinginan pada lelaki tetapi dia cuba bertahan dengan mengingat Allah dan berzikir.

Abang Naj Mi, dia pun ada mengatakan yang dia perlukan sokongan, dia tak nak kehilangan Nia, dia mahukan Nia bagi sokongan selalu dan insyaAllah abang Naj Mi, jika Nia masih ada jodoh dengan dia Nia akan berkahwin dengan nya. Bagi Nia dia masih ada peluang untuk berubah, dia belum lagi dalam keadaan gay yang tegar, bagi Nia ada hikmah Nia mengetahui mengenai naluri dia dari awal supaya Nia tahu pemasalahan dia dan Nia akan cuba untuk membantu dia supaya dapat membawa dia ke arah lumrah manusia yang sebenar. 

Terima kasih atas nasihat abang Naj Mi dan sekiranya ada sebarang berita lagi Nia akan berkongsi pada abang ya, wassalam....



Salam abang Naj Mi,

Dalam situasi boy friend Nia tu abang Naj Mi rasa macam mana ye? dia ada kata dia masih mempunyai perasaan pada lelaki pada yang sama dia mempunyai perasaan pada wanita, abang Naj Mi rasa ada peluang ke untuk dia berubah? Nia tahu perkara ini perlukan masa yang panjang, dia sendiri mengaku supaya Nia bersabar, dan dia mahukan Nia sentiasa bagi support moral pada dia. Melalui pembacaan Nia adakah dia dikira sebagai biseksual?



Salam Abang Naj Mi,
 
Terima kasih sebab abang tolong Nia menyelesaikan masalah Nia. insyaAllah abang, Nia mohon pada Allah juga agar kami terpelihara dari godaan syaitan dan Nia berdoa agar dia berubah sikit demi sikit walau mengambil masa yang lama asalkan ia dapat berkurangan. Nia doakan abang Naj Mi sentiasa dalam keberkatan dan keredhaan dari Allah taala. 

Abang Naj Mi banyak memberi dorongan dan sokongan pada mereka yang mempunyai masalah peribadi, besar pahala nya jika sesiapa yang membaca aritkel abang didalam blog itu, sebab ia memberi kesedaran dan keinsafan selain itu pahala abang tidak akan terputus walau kita bertemu Allah dengan meninggalkan pembacaan yang mendorong manusia berbuat kebaikan. Semoga abang Naj Mi diberi ketabahan, walau bukan di dunia insyaAllah ramai bidadari yang akan menanti abang Naj Mi. 

Terima kasih abang Naj Mi, Nia faham orang seperti ini memerlukan sokongan orang disekeliling.


-NIA ANA- 





Terbaru Nia Ana mengirim berita;


As Salam abang Najmi,

Nia sudah buat keputusan untuk tidak meneruskan perkahwinan niNia dah buat istikharah dan Nia fikir masak-masak abang Najmi, sedih apabila kita meninggalkan seseorang yang selama ini kita setia tunggu bertahun lamanya. Nia rasakan sia-sia saja sedangkan dia tiada perasaan cinta pada Nia, susah abang Najmi untuk Nia buat keputusan ni, sebab dah terlibat dengan keluarga. Nia malu. 

Tapi dia dalam proses perubahan, walau macam mana pun Nia tetap jadi kawan dia dan akan terus memberi sokongan pada dia. Nia fikir semua ni sebab libatkan kehidupan Nia masa akan datang.

Nia selalu kunjung blog abang supaya dapat Nia buat keputusan tepat, ada artikal yang Nia dah baca tapi Nia baca semula. Nia tak nak jadi kakak-kakak yang berpengalaman berkahwin dengan suami bernafsukan lelaki. Nia faham,  semalam dia ceritakan semua nya pada Nia punca dia jadi begitu. Nia rasa kasihan dengan dia, tapi Nia perlu kasihan kan diri Nia dulu kadang-kadang nasihat yang abang Najmi beri pada Nia banyak sebenarnya tersirat, tapi Nia faham abang Najmi tak nak sedih kan Nia jika nak teruskan perkahwinan ini, hanya Allah yang tahu dan mungkin ini hikmah dan ujian untuk Nia, insyaAllah semoga Nia dapat melalui hari-hari yang akan datang :) 

Terima kasih ye abang Najmi, Nia sokong niat murni abang Najmi membantu mereka yang bermasalah semoga Allah memberkati kehidupan abang Najmi. Amin.. 

wassalam.
 

-NIA ANA-





Salam Nia,

Keputusan sebenarnya terletak ditangan Nia, Nia kena berani dalam membuat keputusan sama ada menerima atau menolak dan abang rasa Nia sudah dapat sedikit keberanian dan petunjuk dalam membuat keputusan dan abang harap ianya tepat dan semoga Nia dirahmati Allah.

Mudah-mudahan BF Nia benar-benar boleh berubah, insyaallah kalau anda berdua ada jodoh ianya tak akan kemana. Sama ada masih bersama atau bertemu jodoh dengan pasangan lain dimasa depan, serah sahaja kepada Allah.

Semoga kehidupan anda berdua akan terus diberkati Allah insyaallah. - NAJ MI










12 comments:

  1. assalamualaikum....

    nia, saya tidak tahu adakah saya layak menasihati nia atau tidak..tetapi sy ambil drpd pengalaman dan pengamatan saya sendiri...mohon maaf kalau semua ini tidak membantu atau ada yg terasa...

    pada pengamatan saya, lelaki gay ini terlalu susah nk berubah unless dia kuat semangat dan menjauhkan diri drpd kawan2 yg mcm tuh...bukan beerti tinggalkan terus kawan2 tetapi kena menjauhkan diri..suami sy, fb mmg penuh dgn lelaki2 gay.... sy tahu mereka gay... dan sehingga ke saat ini..sy tgk dia add lagi lelaki yg terang2 mengaku gay...

    nia, suami sy sendiri... kata ingin berubah....mintak masa...tetapi semua itu tiada guna....especially bila pernah buat sex...kalau dia tak pernah buat, mungkin tinggi harapan....tetapi, saya tak kata tidak boleh berubah....

    check HIV dulu nia.... maaf, sy bukan nak memburukkan kekasih nia tetapi ini semua penting...mcm saya, terima juga suami walau tahu dia ada HIV... tetapi kesudahan nya, kembali pada asal....

    sebelum ada ikatan sebagai suami isteri... fikir la balik nia....macam kami yg telah menjadi isteri2 nih.... terlalu banyak yg nak difikirkan... terlalu berat utk ditanggung....sebab status isteri bagi saya adalah sgt mulia..begitu juga suami... lafaz akad adalah sgt suci...

    tny kekasih nia.... adakah dia mampu utk berubah..meninggalkan semua kisah2 lalu.... jgn sebab kekasih dia berkahwin, maka dia nak kahwin jugak.... saya perasan, lelaki gay ni... sgt pandai berpura-pura (maaf pd yg terasa).... ntah la nia... tapi, fikir la sedalam-dalamnya.... perkahwinan bukan utk sehari....

    andai kita rasa kita kuat.... ada masa nya kita akn terduduk memikirkan masalah ini... bella harap, nia dpt berfikir sedalam-dalamnya.... jgn jadi macam bella.... mcm2 nk fikir bila dah jd isteri pada lelaki gay...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah nia..... good for you.... walau bella tak kenal nia tetapi bagusla.... nia dpt petunjuk awal....

    kita tak mampu melawan takdir ...macam bella dan yg lain2... ini adalah ujian Allah pada kami..satu nikmat di tarik tetapi ada nikmat lain Allah bagi....

    insya Allah...nia akan berjumpa yg lain.... doakan kami juga ye nia.. =)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    To be a gay guy is so complicated...

    Banyak juga kes seperti ini.
    Bila bf kepada seseorang gay bernikah, maka gay tersebut turut ingin bernikah.

    Tepuk dada
    Soal hati dan akal
    Jawab dengan iman

    Kenapakah mahu berkahwin?
    Sebab kecewa?
    Sebab ingin membuktikan pada ex-bf anda juga ikut jejak langkahnya?
    Sebab apa?

    Jangan tepuk dada
    Tanya nafsu
    Jawab dengan ego & perasaan...

    Kepada wanita di luar sana,
    Buatlah keputusan yang betul
    Jangan gadaikan masa hadapan dek kerana bercinta mengikut hati &perasaan...

    Kalau seseorang lelaki gay itu benar-benar mahu berubah...
    Handphone dia, dia x lock
    Guna satu handphone sahaja
    Kongsi FB dgn wife
    Satu akaun FB sahaja
    Tidak selalu keluar rumah sendirian tanpa alasan yang logik dan munasabah

    Jangan buat alasan mahu berkahwin sebab ingin berubah sedangkan perkara-perkara asas tidak langsung diubah terlebih dahulu
    Tolong diri sendiri dahulu sebelum meminta pertolongan daripada orang lain...

    Fikir-fikirkan ya, wanita-wanita di luar sana
    Saya sayang pada kamu wahai orang perempuan
    Perhiasan dunia yang paling berharga dan indah

    Salam ukhwah,
    MFZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong apa MFZ tulis, bangganya dengan anda MFZ, moga anda dan Najmi sentiasa berada dalam peliharaan ALLAH. InsyaAllah satu hari nanti dapat berjumpa anda berdua.

      Delete
    2. saya sokong apa yang MFZ tulis...yup,berubah lah dahulu baru ambil keputusan untuk berkahwin.jgn aniaya kehidupan orang lain.... ikatan perkahwinan itu suci jgnla dicemari

      Delete
    3. sangat sokong apa MFZ bagitahu....alangkah indahnya kalau suami sy baca...

      Delete
  4. wah, mantap cadangan MFZ, saya setuju 100%

    - insyirah

    ReplyDelete
  5. Asssalamualaikum...

    Terima kasih pada Bella Bubu dan MFZ atas nasihat dan pandangan. Nia berasa bertambah kuat dengan dorongan dari kalian. Alhamdulillah, Nia betambah tenang dan cuba menerima dugaan ini secara perlahan-lahan. Nia bersyukur kerana Allah membuka mata Nia untuk mengetahui siapa sebenar teman lelaki Nia sebelum perkahwinan kami tiba. Kepada Bella Bubu, teruskan perjuangan anda kerana apa yang berlaku ada hikmah yang akan Allah berikan pada insan yang bersabar. InsyaAllah Bella Bubu adalah seorang wanita dan isteri yang soleh. Janji Allah adalah pasti, dan ganjarannya pilihlah syurga bagi mana-mana pintu yang dikehendaki. Nia doakan Bella Bubu mempunyai hati yang tetap dan bersabar mengharungi hidup dan sentiasa mendapat barakah dari Allah Taala.

    Kepada MFZ, terima kasih dan memahami wanita. Nia berdoa agar MFZ sentiasa dalam keredhaan dan keberkatan dari Allah..

    Wassalam..

    Nia Ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nia buat keputusan yang bijak dan matang, InsyaAllah pasti ada jodoh yang baik buat Nia dan kami doakan hubungan Nia dan ex akan kekal sebagai sahabat.

      Delete
    2. terima kasih nia atas doa2 nia.... syukur nia buat keputusan mcm tuh... sebab bila dh jadi suami isteri mcm saya..terlalu byk nk difikirkn.... byk hati nak kena jga...kadang2 tak tertanggung rs di hati... insya Allah.... akan ada penyelesaian nya nanti...

      saya doakan nia juga akan bertemu dengan seseorang yg betol2 menyayangi dan setia serta "lelaki" sejati.... insya Allah..... Tuhan menciptakan umatNya berpasang-pasangan.... =)

      Delete
  6. Moga nia akan bertemu dgn suami yg akan memimpin nia dgn iman dan taqwa.bahagia dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  7. hello nia, sy bersetuju pendapat mereka di atas..fikir jgn ikut perasaan tp fkr jgka pjg..apa2 keputusan..kena kuatkan semangat dan tabah. knp sy katakan begitu? sy juga bkwin dgn suami bisek tp dia x mampu memberi 100% nafsu batin, selain itu kena kesabaran tinggi kerana bkn cemburu suami dgn ppuan ttp lelaki sbb layan dorg istimewa bbdg isteri, sy nk kongsi pgalamn baru2 ini, sy bertengkar dgn suami gara2 mahu ank..dia x mo bkerjsama. tiba2 sy terlanjur kata mgatakan "adakah, xda nafsu dgn sy?', x mo check perubatan utk dptkan ank..pa lg, dgn ringan tangannya memukul sy hingga lebam.Dia masi tidak tahu yg sy dah tahu diri sebenar tetap menafikan ttg nafsunya. Kekuatan cinta itu buat sy bertahan hbgn rumahtangga ini wlpun ada juga niat yg cerai tp kenangan bsama suami dulu2 masi kuat. jadi , Nia kena fkr dalam jgka masa pjg apa yg berlaku...

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST