Monday, 2 September 2013

NAZRI - REMAJA GAY YANG TIDAK TAHAN DENGAN BEBELAN IBUNYA

Nazri mengirim email kepada saya mengadu mengenai masaalah yang dihadapinya, kisah Nazri pernah saya share kan suatu ketika dulu dalam entry bertajuk "NAZRI - ABANG TOLONGLAH SAYA APA YANG SAYA PATUT BUAT"


Assalamualaikum Abang Najmi, 

Maaf lambat bagi respond. Saya agak busy dengan assignment. Saya pernah ceritakan kisah saya dahulu. Alhamdulillah, banyak nasihat yang telah diberikan kepada saya dan saya amat menghargai semua itu. Biasalah hidup sebagai seorang gay ini tidak lari dari sebarang masalah. Makin banyak cabaran yang saya tempuh saban hari. 

Seperti abang maklum pada cerita saya yang lepas saya sudah memberi tahu bahwa parents saya sudah tahu tentang siapa diri saya yang sebenar. Cuma sekarang ini, saya tidak tahan dengan bebelan ibu yang agak kasar bunyinya. Hampir semua benda nak dikaitkan dengan gay. 

Kadang-kadang dia marah pasal benda lain, tapi tiba-tiba keluar topic gay. Saya terasa amat terhina, rasa tak guna. Mak saya ada cakap, saya anak yang suka bagi masalah kat dia. Terguris hati saya bang, betul saya cakap. Saya ni sensitive sangat. Bukan tak nak berubah tetapi hanya orang yang memiliki naluri songsang sahaja paham akan situasi kita. Nafsu itu mengatasi segala-galanya. 

Paling saya tidak suka apabila mak saya marah saya tentang gay di hadapan adik beradik saya yang lain, saya rasa itu satu tindakan yang sangat kejam. Apa salah saya bang? Hina sangatkah saya. Ada masa saya mahu saja bunuh diri, mungkin selepas itu baru mak saya puas hati. 

Saya ada juga menonton  cerita PRAYERS FOR BOBBY. Cerita ini tentang seorang yang keliru tentang identitinya dan akhirnya mengaku yang dia seorang gay. Tetapi mak nya tidak dapat menerima dirinya sebegitu lalu dia membunuh diri. Saya sarankan abg tengok cerita tu. Search sahaja di Youtube.

Abang mesti faham perasaan kita yang terpaksa menipu diri sendiri dan menjadi hipokrit. Saya ingin bertanyakan kepada abang, patut kah saya memberitahu tentang seksualiti saya kepada rakan-rakan di university? Mereka semua tidak tahu tentang saya. Dan saya rasa saya patut beritahu mereka. Tetapi saya tidak berani untuk berbuat sedemikian, saya takut mereka tidak boleh terima saya dan juga mereka pasti akan memandang serong terhadap saya. Saya seperti berlawan dengan diri sendiri, hanya ALLAH yang tahu betapa susahnya hidup sebagai seorang gay. 

Saya tidak berani kerana melihat cara mereka yang pernah mengutuk-ngutuk perbuatan gay dihadapan saya dan saya hanya mampu berdiam. Saya selalu rasa down bila mereka mentertawakan perbuatan seorang gay. Saya hanya berdiam dan bertahan. Apa nasihat abang tentang ini.

Dan terakhir, parents saya bercadang hendak melakukan Umrah pada tahun hadapan, tetapi saya takut bang. Saya takut apa apa yang akan jadi kepada saya jikalau saya kesana. Abang faham kan maksud saya. Ada orang pergi kesana tidak nampak Kaabah, ada yang tidak nampak pintu masuk masjid. Tetapi sesungguhnya saya teringin kesana, dan berdoa di depan Kaabah supaya ALLAH boleh pulihkan perasaan saya. 

Saya mahu berdoa agar saya boleh hidup deperti lelaki biasa. Supaya saya lebih dekat dengan agama. Ada kawan saya kata kepada saya, ‘ Kalau kau dah sampai sana, maknanya memang ALLAH nak kau jadi tetamu dia’. Saya pun tersedar, mungkin ALLAH nak bagi saya petunjuk, mudah-mudahan.

 Insyallah. Amin.


NAZRI.........
entry lalu mengenai Nazri














Wsalam Nazri,

Susah nak abang kata, bila ianya berkaitan dengan mak Nazri, apa pun abang nasihatkan sebaiknya elakkan diri dari melakukan sesuatu yang boleh buat mak
Nazri terasa sehingga mengungkit mengenai gay, sebaiknya Nazri buat hal sendiri, jangan bercakap kalau tak penting, sebab kalau silap cakap nanti Nazri  kena kata. Dalam hal ini Nazri juga kena cuba ambil hati mak, buat sesuatu yang tidak menimbulkan kemarahaannya. Contohnya, kalau Nazri suka balik larut malam, sehingga mak selalu marah maka Nazri elak lah dari balik lewat lagi.

Nazri perbanyakkan diri melakukan amal ibadat, kalau selama ni Nazri tak pernah buat solat sunat, maka sekarang Nazri kena lakukan, abang tahu agak susah sebab abang pun agak susah nak melakukan solat-solat sunat ni tapi lakukan lah sikit-sikit dulu. Dan yang penting Nazri kena berdoa pada Allah lah, minta bantuan dariNya.

Nazri masih belajarkan, belajar sungguh-sungguh, nanti cari kerja yang baik dan boleh tunjukkan pada mak Nazri yang Nazri pun boleh berjaya dan berguna.

Mengenai nak beritahu rakan di Universiti mengenai naluri
Nazri, abang rasa tak perlu nak kita war-warkan pada semua orang nanti silap hari bulan Nazri yang merana kerana kena kutuk. Sebaiknya diamkan aje, abang rasa memang tak perlu dan kalau mereka tahu atau syak, Nazri buat bodoh aje.

Umrah? nasihat abg
Nazri pergi lah kat sana tempat mustajab untuk berdoa, so mulai hari ini Nazri cuba kawal diri, lakukan amalan yang baik semampu mungkin minta ampun pada Allah kalau pernah buat salah sebelum ini. Nazri perlu persiapkan diri ke Mekah, insyaallah perjalanan Nazri ke sana akan dipermudahkan. Pergi kalau ada peluang jangan sia-siakannya, mana tahu bila balik aje dari umrah tiba-tiba naluri Nazri berubah, tak mustahilkan.

Abang ada dengar kata-kata ustaz mengenai segala kisah buruk seperti tak nampak kaabah dan sebagainya itu, mungkin ianya peristiwa terpencil, sebaiknya kita baca kisah yang menyeronokkan apabila orang lain ke sana, abang pasti kalau Nazri buat persediaan mulai sekarang, pasti perjalanan Nazri ke sana tahun depan itu akan dipermudahkan. Abang tengok ada gay-gay (dikalangan orang-orang terkenal) yang ke Mekah elok aje perjalanan mereka.

PRAYERS FOR BOBBY? kita boleh tonton tapi jangan kita ikut cara mereka, jangan beremosi dan terpengaruh dengan perbuatan mereka, kita ada agama, kita ada Allah kita tak sama dengan mereka. Bunuh diri bukan jalan penyelesaian, silap hari bulan kita kena seksa bagai nak rak dalam kubur nanti sebab bunuh diri tu kan perbuatan yang di laknat Allah. Bayangkan kalau kita sudah mati, mak
Nazri sebulan aje sedih lepas itu mereka akan lupa Nazri sedikit demi sedikit, tidak ada sesiapa nak bersedih pada mereka yang sudah mati seumur hidup mereka, kalau sesekali teringat tu maybe tapi bukan selama-lama nya mereka nak ingat kita yang dah mati. Silap hari bulan bila kita bunuh diri, mereka yang hidup akan kata "Padan muka mati cepat, hidup pun menysahkan aku aje"...Macam mana tu?

Percaya lah lepas sebulan kita mati kawan-kawan, adik beradik dah mula biasa dan akan lupa kan kita....jangan Nazri terfikir nak bunuh diri, neraka tempatnya nanti. Mati tu bukan senang tau, masa nak mati tu azab sangat dan  sakit teramat, bayangkan masa nyawa nak dicabut seolah-olah kulit kita disiat-siat hidup-hidup, orang tak nampak, tapi kita yang nak mati ni yang tanggung siksa. Sebaiknya Nazri perbaiki diri sebaik semampu mungkin, perdi lah ke Mekah, kalau tak nak bagi tiket tu kat abang heeeee...:)

Abang harap,
Nazri jangan terlalu ambil hati sangat dengan teguran mak Nazri tu..kalau bebelannya menyakitkan hati, Nazri usah layan atau jawab, elakkan diri dari bersemuka, berbual bila perlu, bukan apa sebab takut kita ter "kurang" ajar pulakkan, so lebih baik kita jauhkan diri, buat aje kerja Nazri dalam bilik, keluar bila perlu aje. Belajar rajin-rajin, tunjukkan yang Nazri boleh berjaya. 

Tapi sebaik-baiknya Nazri kena lah ambil hati mak Nazri tu, kalau kelakuan perbuatan kita baik sedap mata bila dia pandang, abang rasa pasti mak Nazri tak akan bebel bukan-bukan - NAJ MI



9 comments:

  1. Pada pandangan saya, apa yg mak kita beleter dia risau tentang kita. Sebagai anak kita cuma mampu mendengar dan meminta dgn cara yg baik agar ibu sentiasa mendoakan kebaikan kita. Tentang mengerjakan umrah, jika nazri memang berasa ingin berubah situ la tempat yg sesuai utk kita mulakan penghijrahan hidup kita. Bersih diri dan niat pada awal perubahan kita, isnyallah Allah Maha Mengetahui apa yg baik dan buruk utk hambaNya. Nazri banyak besabar, bunuh diri bukan amalan yg baik. Jangan kita kesal, di dunia kita mampu berubah dan bertaubat tp alam kematian tiada uturn.

    ReplyDelete
  2. Saye setuju sangat dengan Abg Naj Mi pasal dekat U tu! Saya dulu pun duduk U jugak. Buat bodoh je. Masa dekat U ramai jugak perempuan tackle dan mintak kapel , tapi saya tolak semuanye. Sebab tu, kawan-kawan semuanya sibuk tanya saya gay ke tak.Yelah dari tahun satu sampai tahun akhir x pernah kapel. Orang lain makwe pakwe macam salin baju. Biasalah orang straight mana ada gaydar mestilah curious. Encik Nazri kene ingat,kat U pun ade assignment berkumpulan kan? takut-takut kawan-kawan Encik Nazri semuanye lari bile tahu Encik Nazri ni Gay. Susah pulak nanti nak buat assignment. Kalau fakulti seni open sikit kot, sebab banyak student and pensyarah PLU. Kalau kawan2 suke kutuk2 golongan PLU ni , saye selalu cakap balik "Ko ni x baik tau, Kau nak anak kau lahir macam tu?? Dahtu xyahlah kutuk2 diaorang nanti tuhan balas balik korang dapat anak macamtu baru tau". Haha, seronok hidup kat universiti~~

    ReplyDelete
  3. nazri mungkin boleh amalkan zikir ya latif ya kahfi sambil niat dalam hati untun lembutkan hati ibu...surah taha ayat 1-5 pon boleh lembutkan hati ( umar al khattab terbuka hati masuk islam lepas dgr ayat nih)...cuba lah ye...moga ibu awk dpt terima & support awk

    ReplyDelete
  4. Ibu Nazri mungkin risaukan Nazri, walaupon pada pendapat sy cara beliau cuba untuk 'mengubah' aNazri kembali tu mungkin agak kasar dan menjatuhan maruah. Jangan pula salahkan ibu awk, pandang saja niat ibu awk dengan cara yang baik iaitu untuk awak berubah.

    Bab Umrah pulak, pergi je untuk menunaikan Umrah.Itu peluang keemasan untuk awk berdoa kpd Allah bersungguh sungguh. Jangan risaukan pasal perkara2 tk nmpk kaabah sbgnya, itu kuasa Allah. Yang pntg kita manusia berusaha menyucikan diri sebelum jumpa menghadap Allah.

    Pasal bagitahu kawan-kawan pulak, rakyat Malaysia kbnyakan masih konservatif. Tak semua orang dapat menerima awk seadanya. Sebaiknya diam2 kan sahaja teruskan aktiviti harian seperti biasa. Sy rasa, kalau awk mendedahkan siapa awk sebenarnya, lebih bnyk keburukn dr kebaikan.

    Apa2 pun semuanya terpulang kepada diri sendiri. Saya harap Nazri tk berputus asa melembutkan hati ibu dan banyakkanlah bersabar. :)

    ReplyDelete
  5. Putra Daniel Banyak bersabar dik...mak buat gitu sebab mak terlalu sayang pada adik nazri..mak mana yang tak sayang anak dia yang mengandung 9 bulan dan bertarung nyawa masa melahirkan nazri.

    Nak ke tak nak ke..adik nazri mesti kena ubah cara hidup.. Mak nazri nak tengok nazri medirikan rumahtangga suatu hari nanti..hidup aman damai dengan family nazri.. Hidup sebagai gay ni memeng hina di sisi masyarakat dan di larang dalam agama.

    Nabi kita Muhammad SAW tak mengaku umat selagi hidup dalam keadaan songsang (gay). Dekat lah diri dengan agama. Insyallah nazri pasti dapat kemenangan tu...Amin

    ReplyDelete
  6. adik.....ibu adik sebenarnya... terguris hati.kecewa..dan hakikatnya...dia cuba utk menidakkan kenyataan....menidakkan kenyataan yg anaknya seorang gay....dan menidakkan kenyataan bahawa anak yg dikandung dan dilahirkan telah tersesat.... percayalah cakap akak...jauh di lubuk hati..dia sygkan adik... kata2 yg dikeluarkan adalah suara2 kecewa ... bermaksud...di ingtan sentiasa berfikir pasal adik...sebab tu bila marahkan benda lain...akan keluar pasal adik...

    dia sangat kecewa dik....begitulah perasaan ibu mertua akak bila dia tahu anak nya gay... dia cakap... didikan agama semua bagi...kasih syg semua cukup...nampk normal tp tidak sebenarnya..tambah dgn malu pada menantu...bezanya, akak belum berpisah dgn suami.... hati ibu sgt kecewa.. pergilah dik buat umrah... mohon ampun pada Allah.... adik belum terlmbt utk berubah...akak sarankan...jgn bgthu kawan2... nanti adik akan tertekan dgn keadaan sekeliling adik...pergi la memohon ampun pada Allah..adik nak menangis di depan Kaabah sekalipun...takpe... kasih syg Allah tidak terbatas,..andai Allah jemput adik sebagai tetamu nya.... adik sgt beruntung.....

    ini sekadar pandangan dan pengalaman akak.....

    -bella bubu-

    ReplyDelete
  7. buat saudara nazri....saya Zed...mungkin ada abg najmi buat 2/3 entri tentang saya

    saranan daripada ZED
    hurm..masyaALLAH satu peluang yang sangat indah dan sangat tidak tergambar untuk mempunyai peluang dipilih oleh ALLAH untuk pergi ke tanah suci...saya juga diuji seperti Nazri...saya juga telah dipilih oleh ALLAh untuk menunaikan umrah pada bulan 6 yang lalu....

    Zed mengalir air mata kerana antara banyak manusia dan rakan rakan sekeliling yang normal...ALLAH pilih Zed yang dah lah jahil songsang plak tu....jejak je kaki depan pintu kaabah...Zed tak dapat mengambarkan kepada sesiapa betapa terharu n perasaan kita kerana berada di depan kaabah..sangaaaaaaaat terharu sehingga tidak semena mena menangis...

    pergilah..mintalah pada Dia..menangislah sepuasnya...tiapkali tawaf sunat dan tawaf wajib...niatkan lah semoga ALLAH bantu Nazri dan semua shbt seujian kita untuk diberi kekuatan melawan naluri ini....insyaALLAH...

    satu pengalaman yang sangat tidak tergambar..manisnya hanya kita yang tahu..syukur dik...jangan takut pasal benda tu semua..tak nampak lah apalah..sesatlah..andai benar itu semua berlaku..itu tarbiyah Dia tuk kita....

    walaupun Zed tidak lah berubah sepenuhnya tatkala pulang dpd mekah..tapi sekurang kurangnya...Zed tahu mana nak u turn apabila berlaku sesuatu atau tersungkur kerana mengikut hawa nafsu ini..nauzubillah...

    terus kuat Zed...terus kuat Nazrii...terus kuat semua sahbat

    selamat bermujahadah
    la tahzan..innallaha ma'ana

    ReplyDelete
  8. Semua ibu akan sedih apabila tahu anaknya gay...tapi adek sebagai anak cuba memahami kasih sayang seorang ibu yang disebalik leterannya ada kasih sayang yang tidak terhingga, benar cakap abang Najmi cuba lakukan yang terbaik dan elakkan yang tidak disenangi ibu. Kuatkan semangat adek untuk menjauhi perbuatan songsang yang tidak baik itu dan yakinlah pada pertolongan Allah. Pergilah ke tanah suci, mohon perlindunganNYA, luahkan segalanya kepada Allah dan pasti adek dapat kelapangan fikiran, nasihat ZED sangat baik.
    Ya Allah, peliharalah Nazri dan kurniakanlah kepadanya kebahagiaan dalam kehidupan, kesihatan yang terbaik dan pemikiran yang sentiasa tenang dalam menghadapi semua dugaan dan cabaran dari MU. Ameen

    ReplyDelete
  9. erm.. sokong dengan Mak Wardah.. acctualy yuz pown seorang gay.. yg sedang ingin berubah, Insyaallah AMIN..mmc yuz, family yuz mungkin tau yang yuz gay, sbb dulu pernah terjadi kes yuz kena culik dengan orang yg baru kenal dekat yahoo massenger. Hurm niat mula2 nak noty2 la... tp rupanya orangtu mmg sengaja mengambil kesempatan dekat golongan gay yg senang diperdaya.. sampaikan dia mintak wang tebusan dekat family yuz kalau nak yuz selamat.. hurm... nak tau detail boleh pm yuz dekat fb yuz. kupohonsinar_darimu31@yahoo.com. yuz boleh cerita detail dekat sana..To Nazri, jgn takut o.k.. sbb selagi niat kita betul dan mahu berubah, insyaALLAH ALLAH akan permudahkan.. yuz pown mcm tu jgak.. tengah memerlukan bimbingan dr rakan2 yg boleh dijadikan teman Akhirat,dan bukannya teman2 utuk bersuka ria didunia sahaja...Bg yuz sekarng nie cukup la dengan keseronokkan sesama kaum gay ni, lepas apa yg terjadi pada kawan yuz sendiri yg merupakan seorang PLU BOTTOM..yg takut dan lewat untuk mendapatkan rawatan... sekarang ni terlantar dekat icu... YA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA.. AMIN... sekurang2nya Nazri berpeluang menjejakkan kaki di Tanah suci .. kalau yuz jd NAZRI pown yuz akan pergi. walaupon diri ni penuh dengan dosa.. Yuz tetap akan memohon keampunan DariNYA.. ALLAH MAHA PENGAMPUN, MAHA PEMURAH, MAHA MENGASIHANI... insyaALLAH NAZRI akan makin dekat Dengan ALLAH lepas nie... sama2 lah kita memohon keberkatan dan keredhaanNYA.. AMIN...

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST