Monday, 9 September 2013

NASRINA SHAKIR - PENGALAMAN MENGURUS PESAKIT HIV

Pesakit HIV? Tanggungjawab kita? Pengalaman Rina (ketika praktikal) mengurus pesakit HIV di Hospital Besar Melaka.

Salam,

Hari ni pagi-pagi lagi Rina dah terlebih rajin nak tulih blog..hmm..betui ka penggunaan bahasa 'tulih' tu..asal boleh je la Cik Kiah..hehe. Sementara Rina tidak ada pesakit ni, Rina nak story sikit kat korang..ni pasai pengalaman Rina sebagai seorang jururawat pelatih.

Tersebut lah kisah..(baca dalam intonasi syair ye..) hehe..wokey masa tu tak salah Rina tahun 2009 masa tu..haa tarikh jangan tanya naa..tobat tak ingat. Rina dihantar untuk praktikal di Hospital Melaka, Batu Berendam. Rina ditugaskan untuk menjaga isolation ward lelaki untuk pesakit tibi/batuk kering. 

Masa kat ward ni kami dimestikan untuk memakai face mask sebelum nak enter isolation ward ni sebagai protection dari jangkitan tibi yang boleh merebak melalui udara.


Wokey hari pertama berjalan lancar tidak ada apa-apa yang menarik. Keesokan hari Rina masuk keja masa tu dah masuk pukul 10 pagi. Rina perasan seorang pesakit ni dengan susuk tubuh yang kurus kering macam pesakit anorexia, tidak berdaya and hanya terlantar di katilnya, rambut and jambang yang penuh di muka seakan wajah Osama Bin Laden.

Tidak ada sesiapa di sisi pesakit tu. Jururawat pelatih pun tiada yang mendekati dia, cuma dekat apabila hendak mengambil vital sign (amik tekanan darah,suhu and kadar pernafasan je). Rina rasa diorang takut untuk mendekati dia.

Rina pun cuba memberanikan diri untuk mendekati pesakit tersebut. Rina sangkakan dia tua, tapi apabila Rina tengok maklumat pesakit tersebut rupanya dia masih muda. Umur dia seingat Rina 37 tahun masa tu and dia bukan saja ada penyakit tibi, malah HIV. Kesian wei.....so Rina pun gelarkan dia sebagai abang takkan nak panggil pakcik pulak kan??

Abang tu senyum je apabila Rina merapati dia, tapi senyuman dia kelat sahaja. Rina balas balik senyuman abang tu..tapi dia tak nampak, tau tak kenapa? kan Rina pakai face mask?? apa lah korang ni, kan awal tadi dah bagitau..hehe. Mulut abang tu terkumat-kamit seolah-olah ada sesuatu dia nak cakap kat Rina, Rina dekatkan telinga dekat mulut dia. Abang tu cakap dia nak mandi, sudah banyak hari dia tak mandi.

Rina pun terus buat muka hairan. Rina tanya kenapa abg banyak hari tidak mandi?? Dia cakap dia tak berdaya nak mandi sendiri. And staff nurse pun tidak datang tengok, kesian la pulak. Makanan dia pun masih belum dijamah. Rina suapkan dia makanan and ubat.

Rina tanya abang nak tak kalau Rina mandikan, dia angguk-angguk perlahan. Rina pun bingkas pergi ke bilik air and ambil besen untuk isi air. Rina bantu abang tu untuk duduk dan Rina minta izin untuk tanggalkan baju dia. Rina pun mula mandikan abang tu, siap sabun lagi tue. Semasa nak lap di bahagian jari jemari dia tu Rina tengok kuku dia pun dah panjang. Rina saja tawarkan diri untuk memotong kuku dia. Abang tu angguk lagi. So Rina pun potong kuku dia sampai pendek and kemas. Hmm bila sudah potong kuku Rina tengok muka abang tu yang penuh dengan jambang terus Rina offer dia untuk cukur jambang dia. Abang tu angguk lagi. Sambil-sambil Rina cukur tu Rina sembang lah dengan abang tu, dia cakap family dia jauh nun kat Kedah, mak ayah dah lama tak ada, yang datang jenguk pun abang dia, itu pun kadang kala sebab abang dia tu dah berkeluarga, tidak sempat nak datang selalu.

Rina tanya dia macamana abang boleh dapat HIV ni. Dia cakap abang dulu jahat selalu pergi Siam langgan perempuan disana. Rina tanya lagi abang dulu kerja apa? Dia cakap dia arkitek. Ya Allah pandai rupanya abang ni, kerja pun hebat, tapi apakan daya manusia ni selalu leka dengan nikmat yang Allah beri. Bila nikmat tu ditarik dah terlambat untuk dapatkan kembali, walaupun banyak duit sekalipun. Hmm abang tu dah hensem sikit lepas dia dah siap mandi and cukur jambang, siap Rina taruk bedak lagi..huhu..

Photo Hiasan

Hari ke-3 Rina di tugaskan untuk jaga medical ward di sebelah ward isolation je. Rina terus dah terlupa pasal abang tu, sebab ramai patient kan? Hari ke-3 tak ada apa-apa yang istimewa pun, hari berlalu seperti biasa. Hari ke-4 pun sama. Then hari ke-5 tiba-tiba kawan baik Rina yang di tugaskan menjaga isolation ward menghampiri Rina and bagitahu yang abang tu cari Rina.

Rina pun pelik..terus Rina tergopoh-gapah pergi cari abang tu, dalam hati Rina mengagak yang dia perlukan pertolongan Rina.

Letih lah pulak menaip panjang ni..hihi..tapi kena habiskan jugak cerita ni. Semasa sampai kat katil abang tu dia tengok Rina and senyum. Rina pun tanya ada apa abang? Dia cakap dia lapar, terus Rina tengok jam, dah pukul 2 petang.

Rina tanya "eh dah pukul 2 petang ni abang tak makan ke pagi tadi?"

Hari ni dia geleng kepala pulak, hari tu angguk je. Rina atnya la kenapa tak makan? Dia cakap selalu penjaga katil sebelah yang akan belikan makanan untuk dia, tapi hari nie orang tu tak datang. Rina tanya dia abang nak makan apa? Dia cakap nak susu strawberry Dutch Lady. Rina tengok susu kotak bersaiz besar atas meja dia. Rina ambil kotak susu tu and goncang, sudah habis.

Abang tu cakap doktor suruh dia minum susu sebab dia sangat kurus and kurang nutrisi. Abang tu pulak tekak dia just boleh telan susu strawberry aje, perisa coklat pun tak boleh nak telan. Rina kata kat abang tu supaya tunggu sekejap. Rina terus melurur turun ke tingkat bawah ke kedai koperasi yang di uruskan oleh pesakit Down Syndrome nak belikan susu strawberry, tapi sudah habis hanya perisa coklat sahaja yang ada. Rina sedih sangat..macamana lah nak cari ni. Terus Rina teringat mini market hospital tapi agak jauh jugak sebab Hospital Melaka ni sangat besar.

Memang salah jugak kalau Rina keluar waktu bekerja tapi gagahkan jugak sebab kesiankan abang tu. Rina dah sampai mini market tu, Rina tanya tokey kedai tu, dia cakap kotak besar tak ada hanya tingga kotak kecik aje. Hmm kalau kotak kecil mana cukup. Terus aje Rina minta tokey tu keluarkan 1 bundle air kotak kecik tu, ada 24 susu kotak tak salah Rina. Lega rasa bila dah dapat apa yang dicari. Rina berlari anak jugak masa nak balik ke ward, bukan apa takut nanti sister cari ke apa mampus. Sampai je ke katil abang tu truih dia terbeliak mata tengok macam tu punya banyak susu kotak. Dia hulurkan duit, tapi Rina tolak sebab anggap sebagai sedekah..hoho.. tak perasan bagas okay?? Tak sampai hati nak amik duit dia.

Terus abang tu menangis dia cakap hanya Allah yang boleh balas budi Rina. Dia doakan Rina senang, Rina pun da mula bergenang air mata. Rina pujuk abang tu supaya jangan menangis, dia tak henti-henti cakap terima kasih. Rina pun minta izin untuk beredar sebab ada kerja yang perlu dibuat. Hari yang penuh kenangan tu pun berlalu.

Lebih kurang camni la keadaan abg tu..:-(

Kami jururawat pelatih pun cuti Sabtu dan Ahad. Masuk minggu baru kumpulan Rina di tukarkan untuk menjaga haematology ward bangunan sebelah. So hadap pesakit yang baru pula, setelah seminggu bekerja di ward tersebut semasa pulang dari kerja, kawan Rina dari kumpulan lain yang bekerja di isolation ward lelaki di mana abang tu ditempatkan bagitahu yang abang tersebut sudah meninggal dunia. Rina terkedu. Ya Allah Kau ampunilah abang tu. Kau tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang soleh, Amin In Shaa Allah. 

Itu lah salah satu kenangan yang tak dapat di lupakan semasa menjadi jururawat pelatih, kesimpulannya kat sini kita yang sihat and perasan sangt baik ni, janganlah kita pandang serong kepada pesakit HIV ni, walaupun dia dapat penyakit tu disebabkan kesalahan lampau atau pun tidak kita tidak mempunyai hak untuk melayan mereka sebegitu, bayangkan kalau kita di tempat mereka, walhal penyakit HIV tu kita dapat bukan dari kesalahan kita, tapi orang melayan kita seolah-olah kita yang bersalah..sedih bukan??

Bantulah mereka setakat yang mampu. HIV tidak berjangkit melalui sentuhan okay??

Sampai sini je la okay letih dah ni menaip, In Shaa Allah next time Rina kongsi cerita lagi k?? bubbye..Wasalam..


Nasrina Shakir



12 comments:

  1. Ya Allah, sampaikan pada Rina Najmi betapa saya hormat gadis muda seperti dia, Al-fatihah untuk pesakit tersebut tapi saya doakan Rina terus berjaya dalam karier jururawatnya....Rina, Allah akan selalu pelihara awak di mana saja awak berada, InsyaAllah akan dianugerahkan rezeki yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Ya macam tu lah yang kita harapkan dr mereka yang memilih karier jururawat ni, paling penting bila mereka faham mengenai HIV AIDS ni insyaallah mereka akan mempunyai sikap seperti Rina...kita perlukan lebih ramai pelatih jururawat yang bersikap seperti Rina, atau sekurang-kurangnya tidak memandang serong atau jijik kepada pesakit HIV.

      Saya sendiri ada pengalaman bila seorang jururawat (pelatih) yang berbual dg rakan ia mengenai betapa "ngeri" nya dia apabila dia tersentuh dengan pesakit HIV...(itu sebab dia memang tak faham mengenai HIV AIDSkan)

      Wallahuallam

      Delete
  2. mulianya rina.

    semoga rina mendapat keberkatan.amin

    ReplyDelete
  3. Sy pun jururawat pelatih.. Pernah jugak attend patient dgn HIV.. Tp kdg2 nk tanya2 psl sjrh diorg dpt HIV tkut jugak.. Sbb dorg pun diam, mcm xnak brbual.. Tp Ada stgh okay.. Lancar je ckp.. Kdg2 stigma masyarakat yg dorg duk crita psl PLHIV yg kcewa sbb dpt HIV yg cucuk org lain dgn jarum yg dorg dh guna tu mmg mnakutkan sy.. Kdg2 pun Staff nurse x bg kitaorg attend patient HIV.. Dorg kata tkt jgkit.. Pdahal dh bljr psl cara rebakan HIV ni..

    ~Wan

    ReplyDelete
  4. tersentuh hati baca kebaikan rina..
    semoga rina terus menulis & bg kesedaran pada masyarakat..

    ReplyDelete
  5. Abang naj mi kalau urut batin boleh kena hiv x? Urut batin yg selalu ada kat pusat urut tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      HIV memerlukan saluran luka berdarah untuk masuk dan berjangkit. Kalau hanya urut tak kan berjangkit.....:)

      Delete
  6. memang puji dengan kesungguhan rina ni bersimpati dengan pesakit hiv ni..tp setahu aku... sewaktu aku jadi JP(jururawat pelatih) dulu.. kitorg mmg xdibenarkan merawat pesakit HIV ni ..sekadar mengambil observation blh tp sampai nak bagi mandi bagai berseorangan tanpa pengawasan dari Jururawat Terlatih ni mmg salah dari segi peraturan2 dlm pembelajaran separa perubatan ni...sbb kite xkan expect benda2 xbaik berlaku spt needle prick injury n sbgainya..

    ReplyDelete
  7. Nabil Baifern

    Terima kasih dengan penerangan Nabil tu, tapi sebagai manusia kita kena lah ada rasa sempati bila melihat pesakit terutama pesakit HIV yang duk sorang-sorang kurus tak bermaya terpencil, sekurang2nya berbual dg mereka dan beri semangat..jangan lah hanya menjeling sebelah mata aje..

    Ya maybe tindakan Rina tu salah, tapi kalau jumpa pesakit HIV yang terbiar sendirian terutamanya ,pergi lah bertanya khabar bantu dia kalau tak boleh buat sendirian, ajak lah kawan lain bersama dan kalau salah tindakan tu minta lah kebenaran dr jururawat terlatih untuk kita dekati membantu apa yang mampu bagi mengembirakan mereka tu, besar pahala membantu mereka dengan ikhlas bukan membantu sekadar hanya memenuhi tanggungjawab semasa bekerja aje..yang penting ikhlas..

    Pengalaman saya dulu selama 10 hari memang tiada seorang pun jururawat yang ikhlas dtg bertanya khabar, semua hanya buat kerja aje bagi memenuhi waktu kerja. Tindakan Rina tu sangat baik sekurang2nya sebelum abg tu meninggal masih ada insan yang sudi ambil berat kat ia..Bayangkan kalau abg tu meninggal dlm keadaan tak mandi beberapa hari dalam keadaan kuku yang panjang tak berjaga serta jambang yang tak terurus. Bayang kan kalau abg tu abg kita???

    Semoga ada lebih ramai insan seperti Rina diluar sana ...:)

    ReplyDelete
  8. Nabil Baifern
    Saya Rina..ye memang salah kalo ikut mcm yg nabil kata tu.
    kan wad yg tu open..ada kawan yg baru berani nak datang tolong sikit2 masa Rina mandikan..tentang jururawat terlatih tu of course saya dah minta izin..diaorang just angguk walhal xpernah jengah cubical pun..cuma cerita saya xterlalu details di situ..dan needle prick injury xmungkin jadi..sbb xguna pun..anyway thanks..:)

    ReplyDelete
  9. Salam kak rina sy de interview hari khamis nie... bole kongsi tips... cuak la plk

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST