Wednesday, 4 September 2013

MFZ – PERINGATAN BUAT LELAKI GAY SEBELUM NIAT MENDIRIKAN RUMAHTANGGA

Pandangan dan perkongsian saudara MFZ yang ditinggalkan didalam ruang komen didalam entry “PUAN NIZA – PENGALAMAN BERKAHWIN DENGAN LELAKI GAY”




Dear Ms Niza, Mr Najmi & fellow friends, 

Sebagai salah seorang yang berada dalam komuniti gay, saya sangat tidak bersetuju dengan tindakan gay yang berkahwin bukan atas sebab cinta kepada wanita tersebut apatah lagi berkahwin dan berniat menganiaya. 

Dalam Islam, jelas haram hukumnya mengahwini seorang wanita dengan tujuan menganiayai wanita tersebut. Bagi saya memang jelas tujuan hendak menganiayai wanita yang bakal dikahwini apabila alasan utama perkahwinan tersebut adalah untuk menutup kelemahan sendiri dan dalam masa yang sama mengabaikan nafkah zahir dan batin wanita tersebut. 

Mungkin ada di antara kalangan lelaki gay akan mempersoalkan jika seseorang terus menjadi gay single pun tetap berdosa. Tetapi jawapan saya sebagai bukan di kalangan alim ulama' amat mudah - dosa menjadi gay single itu berat tetapi ia tidak bersangkut paut dengan mana-mana individu (isteri). Jika ingin bertaubat tidak perlulah meminta maaf kepada orang lain. 

Berlainan pula dengan dosa gay yang melakukan aktiviti gay dalam masa yang sama menikahi seorang wanita. Jika dia melukakan hati si isteri atas tingkah laku gaynya, maka wajib untuknya mendapat keampunan daripada si isteri. Taubat tetap diterima tetapi dosa tetap tidak diampunkan selagi si isteri tidak memaafkannya. 

Ada juga perkahwinan berlaku atas desakan keluarga di mana perkahwinan dilakukan atas dasar paksarela oleh pihak ibubapa. Lebih berat lagi jika individu gay tersebut merupakan anak tunggal. Bagi menangani perkara ini, seseorang individu gay harus bijak menangkis desakan daripada pihak keluarga. Lakukan dengan penuh berhemah jika tiada perasaan terhadap wanita yang ingin dijodohkan. Berikan alasan yang munasabah dan tegas tetapi disampaikan dengan penuh adab sopan atau mungkin dalam nada berseloroh. Jangan sesekali memberikan persetujuan atas aturan jodoh yang tidak diinginkan kerana tidak mustahil akan mengundang petaka kepada diri sendiri dan bakal isteri. Cubalah menggembirakan ibubapa dengan cara-cara lain agar kedua ibubapa tidak fokus kepada urusan nikah kahwin. 

Selain daripada itu jika tidak boleh mencintai seseorang insan bergelar wanita, cukuplah sekadar menghormati susuk tubuh yang dijadikan daripada rusuk kiri kaum adam ini. Kerana wanitalah kita lahir ke dunia setelah susah payah dia mengandungkan kita selama 9 bulan. Kerana wanitalah berdiri teguh kebanyakan lelaki (Haip! Bukan lelaki straight aje ye. Kita yang lelaki gay ni pun selalunya tetap dikasihi dan disayangi ibu kita. Ibulah sumber inspirasi). 

Selain itu, kebiasaannya adik beradik perempuanlah lebih mengambil berat tentang diri kita jika dibandingkan adik beradik lelaki. Oleh itu hormatilah insan yang fitrahnya diciptakan lemah tetapi kaya dengan kasih sayang jika dibandingkan dengan kita yang sinonim dengan kuasa dan kekuatan. 

Berbalik kepada perceraian setelah mendirikan rumahtangga. Bagi saya wanita selalunya lebih terkesan atas perceraian tersebut. Kehidupan wanita yang bergelar janda jauh lebih sukar jika dibandingkan dengan seorang lelaki bergelar duda. Itu atas pandangan peribadi saya setelah melihat ragam kehidupan di sekeliling. Mungkin pandangan orang lain berbeza. Antara satu stigma yang begitu akrab dengan janda adalah perampas suami orang... Betul tak Kak Ton, Cik Kiah dan Mak Enon? Kalau saya salah tolong betulkan. 

Selain itu juga wanita janda lebih senang diambil kesempatan oleh lelaki-lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bukan saya memihak kepada janda kerana memang ada janda yang tidak sedar diri tetapi bukan semua. Berlainan pula dengan duda. Jarang sekali stigma yang berlaku pada golongan ini.

Bagi golongan lelaki gay, anda boleh meneruskan hasrat berumahtangga jika anda mampu melakukan perkara di bawah:

1. Menggembirakan pasangan
2. Memberi nafkah kepada pasangan
3. Memuaskan keperluan syahwat walaupun mungkin sebulan sekali
4. Sentiasa bersama dalam apa jua keadaan
5. Sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri
6. Sentiasa ingat mengingati dalam soal agama
7. Cuba memahami konsep sebenar cinta - cari dalam kamus/rujukan dalam internet/library dan sebagainya
 


Selain itu, anda mungkin tidak boleh berhenti melakukan aktiviti songsang anda serta merta. Bukan saya menyokong, tetapi sekadar memberikan pandangan. Maka, bolehlah anda melakukan aktiviti tersebut jika anda benar-benar tidak boleh "tahan". Jika benar-benar tidak boleh tahan ye.... Bukan rasa sikit-sikit aje dah mencari. Elakkan dihidu oleh isteri anda. Haha! Tak guna punya cadangan. Teruskan menjaga hubungan dengan isteri supaya terus mekar dan jangan sesekali menjalinkan hubungan long term relationship dengan pasangan gay anda. One night stand aje.
 
Tentang diri saya?

- Buat masa ini saya tak fokus pada pernikahan.

- Pertama saya ni positif HIV
- Kedua saya ni tak kaya sangat. Cukup untuk belanja seorang-seorang
- Ketiga saya ni masih minat sangat kat lelaki
- Keempat saya ni tak yakin
- Kelima saya ni high taste. Kalau nak kahwin mesti perempuan cantik. Tinggi, kulit cerah dan hidung mancung. Ada karier. Haha! Dillusional!
- Apa pun sentiasa muhasabah diri. Biar diri sendiri susah. Jangan menyusahkan orang lain.
 


Sekian.
Sekadar pandangan dan perkongsian.
Wallahua'lam bissawab.

MFZ












MFZ 

Terima kasih dengan pandangan dan perkongsian saudara, cuma saya nak tambah sikit mengenai "tak guna punya cadangan" saudara itu....pastikan anda pakai sarung getah (lakukan dengan selamat) jika main. Tapi saya memang tidak galakkan dan MFZ juga tidak menyokongnya kan (cuma beri pandangan), sebaiknya berkahwin apabila anda semua sudah yakin yang diri anda sudah dapat meninggalkan terus aktiviti gay itu. Kahwin dan serah kasih sayang hanya pada isteri sahaja - Naj Mi 



Lagi entry mengenai nasihat MFZ mengenai persoalan dalam perkahwinan:









18 comments:

  1. benar apa yg MFZ utarakan... saya salah seorg yg mengalami... sy menerima suami atas dasar sayang dan tidak mahu hidup dikecam masyarakat sekiranya tahu dia seorang HIV positif... tetapi apa yang saya dapat??

    pengorbanan sy di sia-siakan... makin menjadi-jadi perangai dia sementelah kami duduk berlainan negeri (ats tuntutan kerja).... saya cuba merubah beliau dlm tempoh 2 tahun dan sepanjang kami kenal...

    nafkah zahir batin langsung takde... sekadar belanja makan sekali sekala... kisah saya mungkin akan disiarkan oleh abg najmi.....

    saya tak harapkan nafkah batin sebagaimana pasangan normal..tetapi apabila 2tahun asyik beralasan sama.. saya sedar..dia tak mungkin berubah....malah menjadi-jadi....

    bagi lelaki2 gay di sana.... dekatkan diri dgn Allah...manusia tak lari dr kesilapan tp kesilapan bukan utk diulangi...andai ada perempuan yg boleh terima anda seadanya..seikhlasnya...sayangilah dia...hargailah pengorbanan nya... bukan wang ringgit dipinta tapi kasih syg..perhatian..

    berat mata memandang...berat lagi bahu yg memikul..merasai...wallahuallam...

    -bella bubu-

    ReplyDelete
  2. MFZ, respect your opinions. Sgt2 betul tapi adakalanya mereka terpaksa atas desakan sekeliling. Kalau semua gay macam MFZ dan Najmi tak adalah wanita yang menderita tapi kalau ada jodoh mereka (Najmi & MFZ) pasti isteri mereka adalah wanita paling bertuah. Betulkan MFZ, Najmi?

    ReplyDelete
  3. Bella Bubu

    Kisah saudari sudah pun saya siarkan, insyaallah mana2 nasihat pandangan yang baik dari pembaca, boleh lah Bella fikir dan renungkan..insyaallah mudah-mudahan Bella mendapat ilham untuk mngorak langkah seterusnya...:)


    Mak Wardah,

    Saya tak kut selain tegar sudah pun hampir separuh abad tapi MFZ masih muda mungkin lah akan berkahwin suatu hari nanti kelak...:) kita doakan terbaik buat MFZ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najmi, saya doakan anda berdua sama2 mencapai kebahagiaan dunia akhirat. Teruskan usaha anda membantu semua dan kami semua sentiasa bersama kami.

      Delete
  4. MFZ, tq la bg pendapat awk..alangka baiknya jika suami sy tgok ini. Beri dia kesedaran...apa yg sepatutnya mereka perlu buat dgn isteri. Mahu tny pendapat MFZ la...jika suami yg jenis biseksual, adakah mereka akn teruskan minat seks songsang/ minat dgn lelaki walaupun dah tua mgkin umur 50-60 thn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mag lensmac,

      Maaf saya menyampuk sebelum MFZ menjawab pertanyaan saudari, pandangan sayalah jika suami bersifat biseksual mereka ini tetap akan punya naluri atau terangsang apabila melihat atau membayangkan kedua-dua jantina, naluri songsang tersebut tak akan hilang selamanya walaupun usia sudah tua, TETAPI mereka boleh mengawal diri dari tidak lagi terlibat dg kaum sejenis jika itu yang mereka mahu dan inginkan, mereka boleh berusaha tumpukan hanya kepada isteri sahaja.

      Ada kisah dalam blog saya ini mengenai pakcik (tua) tapi masih mengoda lelaki muda disurau (lupa tajuk entri tersebut), dan baru-baru ini seorang rakan dalam facebook saya cerita bagaimana seorang tukang urut lelaki (pakcik tua) dikampungnya yang sudah punya anak besar panjang ketika mengurutnya telah mengambil kesempatan melakukan "oral" terhadap rakan saya itu.

      Bermakna walaupun seorang bisekual atau gay itu sudah tua sekali pun naluri suka kepada kaum sejenis tetap ada. Jika mereka benar-benar mahu berubah insyaallah mereka boleh mengawal diri dari tidak melakukan aktiviti itu lagi, mereka boleh "switch off" keinginan kepada kaum sejenis tetapi dalam masa yang sama mereka tak boleh menghilangkan naluri itu selamanya dalam jiwa mereka...

      Wallahuallam..pandangan saya aje..

      Delete
  5. tq Najmi,pandangan tu..ermm rupanya takkan hilang.Nampaknya, sy mahu hantar suami saya ke dalam hutan biar hidup bsendirian bertahun2 di sana spy dia dpt kawal seks songsangnya...gurau2 je hehehhee! mana mgkin dia nk dgr ckp sy... :)

    Najmi, saya ni pada mulanya x dpt menerima dia sbg biseksual 100%..tp bila fikir2 balik mgkin suda nalurinya...cuma sy x suka seks songsangnya! nafsunya mcm kuda kalau bchatting dgn lelaki, siap2 minta no.hp serta bjanji nk p hotel...walaupun sy x nampak dgn mata sendiri pergi hotel tp sy tahu melalui chating sbb sy bole buka pswordnya.Nasib baik pakai sarung... sy kdg kala sindir pasal pyakit HIV spy dia tahu dan takut pasal pyakit ini.

    jika suami sy melihat nasihat MFZ yg 1-7 perkara tu..mgkin sy bole hidup dgn tenang dan normal wlpun bisek.

    ReplyDelete
  6. Salam nak menyampuk...
    Harapnye gay yg ada diseluruh dunia ni berpikir sejuta kali kalau nak kawin ngan pompuan walau napsu tiada sama gegurl...
    Kesian ba...jgn aniaya kaum pompuan...rata2 si isteri confirm syg sang suami walau da tau hakikat ade hiv + or ade bf...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum pada Ahad yang indah.

    Terima kasih Naj Mi atas perkongsian pendapat saya.

    Terlebih dahulu saya ingin memberi peringatan kepada diri sendiri dan rakan-rakan pembaca, sesungguhnya setiap manusia itu diberikan ujian. Setiap ujian adalah berbeza dan kadang-kadang ada juga yang seakan-akan sama. Meloloskan diri dari masalah dengan penyelesaian yang bijak adalah jauh lebih baik daripada menuding jari menyalahkan orang lain. Muhasabah diri... Masalah/musibah yang datang kepada kita atas kekilafan diri sendiri dipanggil peringatan Allah. Musibah/masalah yang dianugerahkan bukan atas kesalahan diri sendiri lebih tepat digelar ujian Allah. Maka ia diturunkan olehNya kepada kita sebagai penghapus dosa, juga Allah memberikan peluang supaya kita insaf dan ingat kepadaNya. Alhamdulillah patut kita panjatkan kepadaNya atas tanda kasih sayangNya kepada kita. Peringatan dan ujian datang bersilih ganti supaya kita menjadi lebih baik, lebih tabah dan lebih kuat.

    Bagi persoalan tentang lelaki biseksual pada saya perasaan itu adalah kurang berat jika dibandingkan dengan perasaan lelaki homoseksual. Analoginya adalah seperti memilih antara dua minuman. Satu coca cola. Satu lagi carlsberg. Kedua-dua minuman sedap diminum. Bezanya cuma satu halal yang satu lagi haram. Kenapa dipilih carlsberg sedangkan coca cola boleh diminum? Jika memilih carlsberg, maka jelas individu ini bertindak atas desakan nafsu bukan atas keterpaksaan.

    Berlainan pula dengan lelaki homoseksual. Individu ini hanya menggemari minuman carlsberg. Jika diberi minum coca cola maka muntahlah individu ini. Usahkan hendak minum, bau coca cola sahaja sudah meloya. Geli geleman.

    Jika difikirkan, sekiranya lelaki itu biseksual dan memilih untuk curang kepada isteri, maka tiadalah perbezaan dengan lelaki yang hanya meminati perempuan (heteroseksual). Meminati hanya jantina berlawanan tetapi tetap memilih untuk curang kepada isteri. Oleh itu, individu ini tidak memahami konsep cinta dalam alam perkahwinan. Apabila dengan rela kita memilih untuk berkahwin, cinta dan kasih sayang kita hanya untuk isteri kita. Tiada istilah curang melakukan hubungan seks dengan orang luar, tidak kiralah sama ada lelaki atau perempuan Jika memilih untuk melakukan jua perkara itu, maka itu lebih kepada tuntutan nafsu serakah.

    Untuk pengetahuan kaum hawa dan lelaki "tulen" di luar sana, lelaki homoseksual juga mempunyai matlamat yang sama. Mengharapkan pasangan yang jujur dan setia kepadanya. Tetapi sayang seribu kali sayang... Insan yang diharapkan mencintai, jujur dan setia kepadanya adalah kaum sejenis dan bukanlah kaum hawa yang dijadikan fitrah sebagai pasangan hidupnya. Nauzubillah... Berdolah agar perasaan ini tidak diberikan kepada ahli keluarga anda kerana ia bukan perasaan yang dipaksa atau dibuat-buat tetapi kebiasaannya perasaan yang dianugerahkan sejak lahir lagi. Amat sukar membendungnya kecuali insan yang benar-benar kuat dan tabah. Saya berani memberikan statistik peribadi bahawa antara 100 lelaki gay, hendak mencari 10 orang pun amat sukar yang tidak terlibat dalam permasalahan seks songsang ini.

    ReplyDelete
  8. Naj Mi, Mak Wardah, Bella, Meg, anonymous serta pembaca yang lain... Kita tidak dapat mempersoalkan setiap yang berlaku ke atas diri kita kerana semua itu adalah atas kehendak qada' dan qadar Allah. Apatah lagi mempersoalkan tentang kehidupan orang lain... Cuma kita diberikan akal fikiran untuk terus berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. Jika kita susah pada masa ini, bersabarlah. Kuatkan diri dan carilah penyelesaian atas setiap yang berlaku dengan meminimakan atau kalau boleh mengelakkan daripada mengguris hati orang lain. Mungkin kita susah sekarang, tetapi esok berkat sabar, usaha dan doa, kita akan dilapangkan dan diberi kesenangan. Mungkin juga tidak senang di dunia, tapi di alam 'sana' kebahagiaan menunggu kita. Bersangka baik, berfikiran positif dan terus bersabar, berusaha dan berdoa. InsyaAllah hidup kita tenang dan bahagia walaupun kita tidak kaya.

    Walaubagaimana pun, saya bukanlah seorang pakar motivasi jauh sekali seorang cerdik pandai dari segi duniawi dan ukhrawi. Semua ini adalah pendapat peripadi atas pengamatan dunia sekeliling saya.

    Ingatlah berkata-kata adalah jauh lebih mudah daripada melakukan sesuatu. Melaksanakan sentiasa jauh lebih sukar daripada perancangan. Jadilah orang yang menguntungkan diri sendiri dan tidak merugikan orang yang lain.

    Wallahua'lam.
    MFZ

    ReplyDelete
  9. setuju dgn pndpt MFZ utarakan..sy jge mpunyai mslh sprti MFZ..sbnrnya agak sukar utk mmbndung perasaan songsang ni kecuali kita betul2 kuat..byk kali mujahadah melawan perasaan songsang ni, sehingga kadangkala saya letih nmun sy kuat kn jge krn yakin ini ujian dri nya dan saya yakin kmbali kpd Allah dan islam adalh jalan yg trbaik..biar sy story serba ringkas perihal diri sy..sy sbnrnya straight mse skolah ttp disebabkan kenaifan dan kejahilan sy trjebak dgn perasaan songsang ni, cuma sy x prnh trjebak dgn aktiviti seks songsang atau bercouple serious kdgn lelaki, sy pernh couple, tp rasa jijik,janggal, pelik bile brcouple dgn lelaki dan hnya tahan satu hari shj..cme sy rase x prlu lah sy story bgman sy boleh trjebak, biarlah ia mnjadi rahsia antara hamba dan tuhan nya yg sudi mndgr..sy mmpunyai perasaan trhdp lelaki dan jge wanita dan sy jge prnh mimpi basah dgn wanita...malu sbnrnya cerita aib sndiri tp biarlah ia jd pngjaran buat smua..sy ada prasaan ni sjk skolah mngah, dan sejak sy tahu sy ada perasaan songsang ni sy cuba buang, cuba utk kmbali kpd Allah, jge solat 5 waktu dan istigfar..sy harus akui hnya dgn solat sy rasa lebih tenang, dan berupaya mgawal nafsu dan diri, jika tdk sy akn jd totally homosexsual..tp ia satu prjuangan yg pnjg..Alhamdulilah Allah mudhkan byk prkara dan doa nmun hnya satu prkara yg Allah Hijab utk diri sy selagi sy tdk berubh spenuhnya..sy bykkn muhasabah diri dan solat sunnat serta bacaan tambahan lain utk lebih tenang, siapa rasa x gile bile ada 2 nafsu, satu utk wanita, satu utk lelaki..sy yakin kn diri sy bhwe ini adlh ujian Allah trhdp sy sy trime dgn tenang dan positif..prnh beberapa kali rakan2 straight buat keje gila alhamdulillah sy brjaya elakkan..ada satu hari slps slesai solat suboh brjemaah di surau brhmpiran seoranf rakan straight tibe2 keluarkan kemaluan dia dan sy x tahu apa tujuan dia buat keje bodoh tu, sy x endahkan dan sy terus kluar dri bilik dia..sekalipon sy seorg bisex tak brmakna sy akan buat keje bodoh dan serahkan iman dan syahadah sy hnya utk nafsu..sy mmg trkejut dgn sikap rakan tu, dan bila brjumpa dgn rakan tu slps kejadian trsebut seolah mcm tiada apa yg brlaku..dan bkn sng jge utk mgawal 2 nafsu, ia prlukn masa, hnya pd Allah sy himpunkan doa dan kekuatan utk kluar dari jln ni.bila nmpak lelaki dan wanita kadangkala sy hnya mmpu tundukkan wajh muka ke lantai..bergeloranya, tuhan je yg tahu..apa yg pnting skali kita jaga solat 5 waktu, walau di mn kita berada..kadangkala sy malu pd Allah nmun sy yakin jalan kluar pasti ada hnya sedikit masa lg....


    sekian
    TMZ

    ReplyDelete
  10. setuju dgn pndpt MFZ utarakan..sy jge mpunyai mslh sprti MFZ..sbnrnya agak sukar utk mmbndung perasaan songsang ni kecuali kita betul2 kuat..byk kali mujahadah melawan perasaan songsang ni, sehingga kadangkala saya letih nmun sy kuat kn jge krn yakin ini ujian dri nya dan saya yakin kmbali kpd Allah dan islam adalh jalan yg trbaik..biar sy story serba ringkas perihal diri sy..sy sbnrnya straight mse skolah ttp disebabkan kenaifan dan kejahilan sy trjebak dgn perasaan songsang ni, cuma sy x prnh trjebak dgn aktiviti seks songsang atau bercouple serious kdgn lelaki, sy pernh couple, tp rasa jijik,janggal, pelik bile brcouple dgn lelaki dan hnya tahan satu hari shj..cme sy rase x prlu lah sy story bgman sy boleh trjebak, biarlah ia mnjadi rahsia antara hamba dan tuhan nya yg sudi mndgr..sy mmpunyai perasaan trhdp lelaki dan jge wanita dan sy jge prnh mimpi basah dgn wanita...malu sbnrnya cerita aib sndiri tp biarlah ia jd pngjaran buat smua..sy ada prasaan ni sjk skolah mngah, dan sejak sy tahu sy ada perasaan songsang ni sy cuba buang, cuba utk kmbali kpd Allah, jge solat 5 waktu dan istigfar..sy harus akui hnya dgn solat sy rasa lebih tenang, dan berupaya mgawal nafsu dan diri, jika tdk sy akn jd totally homosexsual..tp ia satu prjuangan yg pnjg..Alhamdulilah Allah mudhkan byk prkara dan doa nmun hnya satu prkara yg Allah Hijab utk diri sy selagi sy tdk berubh spenuhnya..sy bykkn muhasabah diri dan solat sunnat serta bacaan tambahan lain utk lebih tenang, siapa rasa x gile bile ada 2 nafsu, satu utk wanita, satu utk lelaki..sy yakin kn diri sy bhwe ini adlh ujian Allah trhdp sy sy trime dgn tenang dan positif..prnh beberapa kali rakan2 straight buat keje gila alhamdulillah sy brjaya elakkan..ada satu hari slps slesai solat suboh brjemaah di surau brhmpiran seoranf rakan straight tibe2 keluarkan kemaluan dia dan sy x tahu apa tujuan dia buat keje bodoh tu, sy x endahkan dan sy terus kluar dri bilik dia..sekalipon sy seorg bisex tak brmakna sy akan buat keje bodoh dan serahkan iman dan syahadah sy hnya utk nafsu..sy mmg trkejut dgn sikap rakan tu, dan bila brjumpa dgn rakan tu slps kejadian trsebut seolah mcm tiada apa yg brlaku..dan bkn sng jge utk mgawal 2 nafsu, ia prlukn masa, hnya pd Allah sy himpunkan doa dan kekuatan utk kluar dari jln ni.bila nmpak lelaki dan wanita kadangkala sy hnya mmpu tundukkan wajh muka ke lantai..bergeloranya, tuhan je yg tahu..apa yg pnting skali kita jaga solat 5 waktu, walau di mn kita berada..kadangkala sy malu pd Allah nmun sy yakin jalan kluar pasti ada hnya sedikit masa lg....


    sekian
    TMZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sama jugak jalan ceritanya, saya sangat bersyukur kerana dianugerah perasaan rasa takut yg amat sangat terhadap HIV/Aids. Saya tidak mencari pasangan, tapi lelaki yg yg memandang mudah sangat jatuh hati, kalu muka cam beruk memang saya x pandang, kalu perempuan cantik memang saya gila, iman saya pun senipis kulit bawang, saya mudah tewas bila digoda lelaki tampan, tapi saya masih selamat kerana rasa takut yg melampau, bab malu bila digoda nafsu hilang begitu ajaaa. tapi dek perasaan takut dan taboo, saya masih selamat. Syukur sangat Allah masih menganugerah perasaan tuh.

      Delete
  11. assalam..saya sdg mngalami apa yg smua bincgkn...sy dpt tau suami seorang gay/ bisex sleps 4 bln kwin...skarang da nk msuk 9 bln kwin..nfkah batin tiada...da byk kali trkantoi die lyan wbsite gay, download pics laki lucah..kami da pernah ke pjabat agama namun tiada hasil..saya byak jmpe ustaz utk mngubatkan suami..saya masih rsau nalurinya masih sama..dia pantang tgk laki2..klu tngok yg hensem, mulalah ckap cutenye, hndsome la..da byak kali uga sy sound, nsihat lagilah banyak...smua yg tau masalah saya ini meminta saya meninggalkannya..sata takut dia makin songsang...pernah saya putus asa dengan keadaannya..yang saya tahu dia tiada partner di luar namun aktif ber-fb dengan gay2 di dalam friend listnya..masa tu saya simpn semua bukti dan tegur perbuatanya..saya dicekik pada malam raya kedua kerana kantoi dalam netbooknya ade koleksi gambar budak laki yang slalu br-chat dengannya...saya betul2 kecewa sampaikan saya cakap jangan sampai saya terkena tempias laknat awk..saya tak sanggup hidup dalam murka..pernah saya beritahu ibunya namun dia tak pernah nak cayakan saya..Allah saja yang tahu setiap hari saya menangis dan tertekan sehingga saya mendapat migrain dan tak boleh tertekan..saya harap suami dapat berubah...orang memandangnya sempurna tapi saya je yang tau..dia sgt pandai mengaji dan menjaga solat..dimanakah silapnya??sehingga sekarang saya tidak disentuh dan masih dara..kalau lah saya boleh mengundurkan masa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cahaya Menawan,

      Bacalah nasihat2 dan komen2 dari para pembaca berkaitan kisah isteri2 (didalam beberapa entri didalam blog ini) yang juga berada dalam delima sama seperti mana yang saudari alami...Saya harap saudari akan mendapat bantuan pertolongan dari Allah dalam menyelesaikan isu ini.

      Saya pasti suami saudari sangat lega apabila dia dapat menutup keaiban diri yang bernafsu songsang setelah berkahwin dg saudari, pandangan masyarakat terhadap dirinya berjaya ditutup.

      Apa yang mampu saya doakan agar saudari dibantu Allah menyelesaikan kemelut ini. Kalau tanya saya sekira suami gay itu tak nampak mahu berubah, tidak ada niat nak cuba memberi nafkah batin, terus menerus mengainaya saudari sebagai isteri...berpisah itu lebih baik.

      Tentu agak sukar, tetapi insyaallah yakin lah yang Allah akan membantu saudari menyelasaikan masaalah ini...Saya doakan yang terbaik buat saudari.

      Delete
    2. maybe suami puan full gay kot, bukan biseksual, kalau biseksual cam saya, kalau pompuan ibarat kucing tgk ikan. pelik betul suami puan.

      Delete
  12. Sabar lah.... prbkn doa dan zikir.... solat lima waktu jgn diabaikn... inshaa Allah..... doa yg makbul adlh doa yg disertakn dgn usaha....

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST