Tuesday, 17 September 2013

MAISARA - SUSAHNYA BERSUAMIKAN GAY

BAGI Maisara (bukan nama sebenar) sudah tiga tahun dia cuba menahan diri dan bersabar untuk menyelamatkan perkahwinannya daripada runtuh kerana cinta yang terlalu mendalam terhadap Hafiz (juga bukan nama sebenar).


Sepanjang tiga tahun itu jugalah dia melalui pelbagai cabaran dalam perkahwinan. Selain sentiasa ditinggalkan suami, dia juga terpaksa menjadi insan yang pandai berbohong kepada ibu dan ayahnya dengan memberi pelbagai alasan demi menyelamatkan air muka dan maruah Hafiz, yang kini bekas suaminya.

Apa yang paling mengejutkan, sepanjang perkahwinan tersebut dia tidak pernah 'disentuh' oleh Hafiz menyebabkan dia kekal dengan statusnya sebagai anak dara sejak berkahwin sehinggalah dia diceraikan baru-baru ini.

Perkenalannya dengan Hafiz, yang ketika itu bergelar duda, hanya berlangsung selama enam bulan sebelum lelaki itu bertindak menghantar pinangan.

Ternyata Maisara yang sedang kemaruk cinta dan asyik mahsyuk dengan Hafiz yang bertubuh sasa dan agak tampan, cepat sahaja melontar persetujuan biarpun mengetahui perkenalan mereka cukup singkat.

"Hafiz cinta pertama saya. Walaupun dia pernah berkahwin dan bercerai kerana dakwanya sudah tiada persefahaman, semuanya tidak menjadi hal bagi saya. 

"Rombongan peminangan pun dihantar di kampung saya di Johor. Peliknya dari sebelah pihak lelaki dia hanya mewakilkan dua orang sahabat tanpa ada saudara-mara yang rapat.

"Dia menyatakan ibu dan bapanya tidak boleh hadir kerana mereka tidak sihat. Alasan itu tetap saya terima seadanya kerana ingin bersama dengan dia sehidup dan semati," ujar Maisara lembut. 

Tiba hari perkahwinan, sekali lagi hanya Hafiz dan dua tiga orang rakan rapatnya menghantar pengantin.

Apabila ditanya baharu dia mengaku perkahwinan itu tidak mendapat restu daripada orang tuanya. 

Namun dia meyakinkan Maisara, semua itu hanya sementara kerana selepas ini mereka akan cuba berbaik dengan orang tuanya.

"Pernikahan dan persandingan pun diteruskan dan saya telah sah menjadi isterinya. Pada malam pertama kami, Hafiz tidak tidur bersama saya tetapi memberi alasan terpaksa balik ke Kuala Lumpur petang itu juga kerana ada hal penting berlaku di pejabat. 

"Memandangkan enggan berprasangka buruk terhadap suami sendiri saya bersetuju apatah lagi masa kami sebagai suami isteri masih panjang, biarpun ibu, ayah dan adik-beradik mempersoalkan tindakan Hafiz.

"Sehari selepas majlis pernikahan dia mengarahkan saya balik ke Kuala Lumpur dengan segera dan dia hanya menunggu di stesen bas di Puduraya," jelasnya. 

Bulan pertama perkahwinan, rumah tangganya berjalan seperti biasa. Hafiz melayannya dengan baik dan segala keperluan rumah semua disediakan.

Cuma seperkara yang menjadi kemusykilan Maisara iaitu Hafiz masih enggan mendekatinya secara intim. 

Ada sahaja alasan yang diberi. Paling tidak pun dia akan balik kerja lewat malam selepas Maisara tidur.

Pada hujung minggu pula dia sering ditinggalkan kerana Hafiz sering memberi alasan perlu balik ke kampung untuk mengambil hati ibunya yang masih menentang perkahwinan mereka. 

"Apabila saya memohon izin untuk ikut balik kampung bertemu dengan keluarganya dia melarang dengan alasan ibunya tidak boleh menerima saya sebagai menantunya."

"Selepas bercerai baru saya tahu bukan itu sebabnya. Memang dia balik kampung tetapi bukan bertemu ibubapanya tetapi melepak bersama rakan-rakan lelakinya," jelas Maisara panjang lebar. 

Bulan membawa ke tahun, kehidupan Maisara begitu juga tanpa ada tanda-tanda perubahan. Begitu pun dia cuba mengawal kesabaran dan kerap kali juga berbohong kepada keluarganya di Johor apabila Hafiz seringkali tidak balik ke kampung mertuanya.

Puas Maisara berfikir apa sebenarnya yang menjadi masalah bekas suaminya dan apa punca kepada keadaan rumah tangganya yang tidak menentu. 

Hendak mengadu kepada rakan atau ibu bapa, Maisara terasa malu kerana rumah tangganya tidak sampai setahun sudah mempunyai masalah sedangkan majlis persandingan tempoh hari dibuat secara besar-besaran.

"Saya pernah cuba bertanya pada suami kemungkinan dia ada masalah kesihatan dan menyarankan berjumpa doktor. Tapi akhirnya saya pula dimarahi dan dituduh cuba mereka-reka cerita. 

"Selepas daripada itu, hubungan kami makin dingin. Dia semakin jarang menegur saya dan tabiatnya balik lambat semakin menjadi-jadi hingga kadang kala langsung tidak pulang ke rumah.

"Apabila ditanya, seperti biasa dia akan memberi alasan, lepak di rumah kawan-kawan bujangnya." 

Buntu dengan keadaan tersebut, Maisara akhirnya nekad untuk mencari jawapan sendiri.

Dia berusaha menjejaki bekas isteri Hafiz, Ila (bukan nama sebenar) dan berjaya memperoleh nombor telefon wanita tersebut. 

"Akhirnya kami bersetuju berjumpa di satu tempat yang telah dirancangkan. Saya cerita segala masalah yang saya lalui dan apa yang mengejutkan saya, dia juga melalui pengalaman yang sama," jelasnya.

Menurut Ila, mereka hanya sempat menjalani kehidupan berumahtangga selama setahun dan setelah dirisik pada rakan-rakan Hafiz barulah diketahui lelaki itu merupakan seorang gay. 

"Berita yang disampaikan Ila amat mengejutkan saya. Saya pulang ke rumah dan berdepan dengan Hafiz tentang perkara yang sebenarnya. Pada mulanya dia cuba menafikan, namun akhirnya dia mengaku.

"Dia mengamuk dan mula memarahi saya dengan melemparkan kata-kata nista dan penghinaan. Dia cuba halau saya dari rumah tetapi saya tidak berganjak sehingga akhirnya dia sendiri yang keluar," kata Maisara. 

Biarpun sudah mengetahui kecenderungan Hafiz, Maisara tetap setia menunggu dan berdoa agar sikap suaminya itu berubah serta kembali ke pangkal jalan dengan meninggalkan rakan-rakan lelakinya.

Kesabaran Maisara akhirnya menemui titik noktah. Biarpun rasa cintanya masih menebal, akhirnya dia nekad memohon fasakh daripada mahkamah. 

"Sebelum Ramadan tahun ini saya dengan rasminya telah dijatuhi talak hidup bersendirian tanpa lelaki bergelar suami di sisi," kata Maisara.

Persoalannya sekarang kata Maisara, mengapa Hafiz terdesak menikahi dirinya sedangkan dia tahu nafsunya terarah kepada lelaki. 

"Untuk apa pernikahan demi pernikahan kalau sekadar untuk melukakan hati dan perasaan seorang wanita yang juga isterinya yang sah," kata Maisara bungkam.
 

Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd
ARKIB : 11/09/2013




4 comments:

  1. Untuk lelaki gay, jgn bertindak berkahwin hanya untuk menutup naluri anda tetapi berfikirlah yang terbaik supaya sikap dan tindakan anda tidak menyusahkan dan merugikan oleh lain dan dapat menguntungkan diri sendiri. Baca dan fahami kata2 dan nasihat sahabat2 kita iaitu MFZ dan Najmi kerana wanita adalah anugerah Allah yang sangat berharga, tanpa wanita anda tidak lahir ke dunia. Anda tidak kenal bulan dan bintang dan bagi saya tindakan Maisara adalah yang terbaik. Semoga Maisarah bertemu jodoh yang lebih baik di masa hadapan.

    ReplyDelete
  2. Sgt agree dgn statement .. 'untuk apa pernikahan demi pernikahan kalau sekadar untuk melukakan perasaan dan hati seorang wanita yang juga isterinya yg sah'..:~(

    -Niza-

    ReplyDelete
  3. Bila membaca cerita macam ni membuatkan sy insaf. Sy ade isteri. Ade perasaan pada lelaki. Tetapi takkan sy nk menzalimi isteri sendiri. Sy yg pilih utk berkahwin, jadi kenapa hendak rosakkan perkahwinan tersebut! Buat hubungan ngn bf mmg la syok, tapi sampai bila? nanti kat akhirat tk terjawab dgn Allah. Wake up iskandar

    ReplyDelete
    Replies
    1. iskandar hariz

      Ya sebaiknya sebagai seorang suami kena berhati2 dan beringat selalu, silap langkah boleh rosak segalanya, boleh runtuh rumah tangga yang dibina..

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST