Friday, 27 September 2013

ISKANDAR REMAJA HIV – BACAAN CD4 SAYA MENINGKAT NAIK DARI 48 SEHINGGA 1181


Assalam.....

Mulanya aku saja-saja nak jengah blog encik Naj Mi ni, tapi bila lama-lama aku tengok best pulak blog nya, penuh dengan info dan panduan untuk pesakit PLHIV secara khususnya dan pada orang awam amnya. Aku bukan bermaksud hendak buka pekung di dada tetapi aku sekadar ingin berkongsi pengalaman mengenai kehidupan aku sebagai seorang PLHIV.

Nama aku Iskandar (bukan nama sebenar) aku berumur 26 tahun (1987), aku seorang PLU tegar, kehidupan aku memang dikelilingi lelaki, aku meminati golongan sejenis ni sejak dari kecil lagi itu adalah sifat natural aku. Aku ni agak memilih jugak tapi siapa sangka aku akhirnya dijangkit jugak dengan penyakit ini.  

Tapi aku redha.

Aku disahkan mendapat HIV selepas aku diarahkan untuk ke pusat darah Negara selepas aku menderma darah di salah sebuah university swasta di Selangor. Masa tu aku sudah “in relationship” dengan seorang laki ni, dia seorang student kat situ jugak. Kami berdua bersama ke pusat darah tu dan ternyata memang betul aku disahkan telah dijangkiti. Tapi masa tu aku memang tak tahu nak buat apa, tindakkan apa yang perlu akau ambil. So aku memang tidak pergi check doctor sampai lah kesihatan aku merosot. Berat badan aku juga susut teruk, kelas pun selalu skip.

Aku masih ingat kejadian pengalaman yang aku tidak boleh lupa, masa tu bulan puasa tahun 2008. Then masa tu dah dekat nak cuti raya, keadaan aku sangat teruk. Aku kat hostel masa tu, aku gagahkan diri drive dari Selangor ke Johor sebab nak cuti raya. Sampai aje kat rumah, aku collapse, bapak aku bawak aku pergi hospital. Aku kena masuk wad, kesihatan aku semakin teruk.

Pada malam hari  raya aidilfitri tahun itu, aku masuk CCU, doktor kata peluang aku hidup 50-50 sahaja masa itu. Aku kena pakai topeng oksigen dan topeng oksigen tu tak pernah aku bukak. SPO2 >95% (buku rawatan depan mata). Semasa tu doktor dah siapkan mesin bantuan pernafasan (yang masukkan tiub dalam mulut tu and buat aku koma). Doktor siap cakap kat mak aku kalau nak suruh saudara datang dah boleh.

Air masuk kat tangan pun dah berlambak-lambak, bengkak aje tangan kiri, pindah pulak ke tangan kanan. Puas kedua-dua tangan, pindah kekaki pulak. Memang sengsara sangat, bapak aku nangis aje. Adik angkat aku pun datang melawat.

Alhamdulillah semakin lama aku semakin pulih. Pada 16/10/2008 aku masuk wad biasa dengan topeng oksigen masih tidak ditanggalkan, still  >95%.

Masa tu bapak aku and mak aku hentikan aku belajar, habis impian aku untuk jadi pendidik. Alhamdulillah aku semakin sehat and discharge dari hospital dalam keadaan yang kurus tanpa boleh berjalan sebab kesan kerana terlalu lama terlantar dikatil. Doktor suruh jumpa fisioterapi tapi aku tak pergi.

Semasa di rumah pun aku baring sahaja terlantar, nak berak kencing pun pakai pampers. Kesian mak aku yang jaga aku, sedih sebenarnya sebab benda ni berlaku atas kesilapan aku sendiri tapi aku redha. 

Catatan Perkembangan Diri Aku

1st appointment doctor, berat aku ketika itu hanya 43kg manakala CD4 – 48. Ubat yang aku makan masa tu Stavudine, Lamivudine & Efavirenz.

Next appointment, berat 66kg dan CD4 – 180 manakala Viral Load (VL) – 794. Masa tu aku makan ubat pada pukul 10am & 10pm, memang tak boleh  berpuasa dan terpaksa bayar fidyah je. 

07/09/2009 Next appointment aku, CD4 – 438, Virol Load (VL) – 194. Ubat still sama.

17/05/2010 Next lagi appointment, CD4 – 629, Virol Load – ND (Not Detected) 
02/09/2010 Next appointment, CD4 – 775, Virol Load – 21
08/11/2010 Next appointment, CD4 – 842, Virol Load – (not done) – berat aku naik jadi 70kg 

14/03/2011 Next appointment, CD4 – 911, Virol Load – ND (Not Detected) –  berat aku turun sikit jadi 65kg 
10/11/2011 Then next appointment aku nak tukar ubat, makan Tenvir-em & Stocrin sahaja, alhamdulillah aku dapat berpuasa sebab aku makan ubat pukul 9.50 pm aje setiap hari. Berat kurang 63kg aje (doktor tak tulis pulak CD4 semua tu).

12/01/2012 Next appointment CD4 – 1181, ubat memang dah bertukar, alhamdulillah.. 
04/04/2012 Next appointment CD4 – 1120, Virol Load - pending
10/05/2012 Next appointment CD4 – 1170, Virol Load – 43 

22/08/2013 Terbaru appointment CD4 – 964, Virol Load – Not Detected

Doctor cakap kesihatan aku amat-amat baik bagi PLHIV ni. Aku makan ubat ikut tepat waktu pada pukul 9.50 pm setiap hari. Set jam kat HP, kalau bunyi aje and aku tak perasan, family aku akan ingatkan aku. Kadang kala aku dah makan ubat pun mak aku still tanya lagi aku dah makan ubat ke belum. 

Alhamdulillah family aku support aku malah kawan-kawan baik aku pun terima aku. Boyfriend aku pun terima aku sebab dia pun sakit sama macam aku.

Abang Naj Mi ada tanya apa amalan petua yang menyebabkan CD4 aku naik tinggi, sebenarnya aku tak ada mengamalkan apa-apa amalan petua, aku hanya jalani kehidupan macam biasa tapi sejak setahun lalu aku kerap makan ubat bersama dengan susu kambing "Higoat" tu.

Dan aku rasa, PLHIV ni tidak boleh hidup tertekan tidak boleh stress, kena happy selalu, tapi kadang-kadang aku tensen jugak sebab family aku agak mengawal pegerakan aku. Payah untuk aku keluar bertemu dengan kawan-kawan, banyak soalan yang akan ditanya mereka nanti. Tapi aku tidak mahu jadikan alasan itu untuk aku stress memanjang. Apa yang mereka buat itu aku pasti kerana mereka sayangkan aku dan semuanya demi kebaikan untuk aku juga.

Buat masa ini aku pun bekerja disebuah kilang, dibahagian office and still sambung study kat OUM. Semua ni pun demi untuk masa depan aku juga kan.

Pada PLHIV baru dan lama diluar sana, janganlah anggap penyakit ni sebagai penutup masa depan, sebab masih ada lagi penyakit yang lebih teruk dari HIV ni. Yang penting kita semua kena selalu berfikiran positif, elakkan stress, jaga kesihatan, pemakanan, dapatkan tidur yang cukup, makan ubat tepat waktu dan buatlah excersice sekali sekala secara berterusan. Carilah kawan yang ada sakit sama seperti kita berkongsi lah pengalaman sambil sokong menyokong, nasihat menasihati antara satu sama lain, stay happy dan safe seks.


~ISKANDAR~


18 comments:

  1. betul iskandar... bila keluarga mengawal pergerakan...pergaulan iskandar...bukan utk suka-suka.... mereka sayangkan iskandar....tak mahu iskandar terjebak balik dalam kegiatan lama....

    setengah orang tak boleh terima bila dikawal....kawan-kawan perli...sound... padahal untuk kebaikan sendiri...tapi kadang2 manusia ni buta...nampak salah orang je..salah sendiri tak nampak....

    alhamdulillah kalau iskandar memikirkan masa depan..... cuba la berubah slow-slow...

    -bella bubu-

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....suka sangat saya baca kisah plhiv yang menjalani kehidupan positf mcm iskandar...walaupun sy bukan plhiv...tp saya sangat concern dengan mereka semua...maklumlah sbb sy keje kat farmasi hospital kerajaan...da familiar sangat dengan ubat-ubatan HIV...hehe...kan bagus kisah2 mcm ni dipaparkan kat tv...dalam drama2 ke...ni tak...kalau ada citer pasal HIV je...sikit2 nk kaitkan dengan AIDS la,pelacur la,seks la...pastu mesti pelakon dia nk berkudis2,kurus kering dan bau busuk la....adui...mcm mana la persepsi masyarakat kita nk berubah...kita dah berada dlm tahun 2013...x lama lg nk masuk tahun 2014....rawatan hiv sekarang da maju...buang la pemikiran kolot tu semua...HIV mmg x boleh sembuh(kecuali dengan izinNya) tp ianya masih boleh dirawat sama macm penyakit diabetes,HPT,HF dn penyakit kronik lain..jd kenapa nk diskriminasikan mereka?...nanti abg naj mi tlg upload lg kisah2 positif mcm nih...bagus unutk semua...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Abang setuju dengan pandangan saudara...Insyaallah kalau ada yang sudi nak berkongsi kisah akan abg siarkan nanti....:)

      Delete
    2. KK pon setuju sangat..

      Delete
    3. Mohon pihak Kementerian yang berkaitan dapat memberi gambaran yang benar kerana ada juga doctor, ceo dan mereka2 yang terhormat ada HIV dan Berjaya, positifkan minda umum tentang apa sebenarnya HIV.

      Delete
  3. Kite punye pengalaman yg sama....yg penting kite memang kena happy selalu....kesihatan semakin baik..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. semoga tabah jalani hidup ini..agar adik berjaya dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  5. Allahmdulillah moga perkongsian in dapat kita bagi kekuatan dan semangat dkt rakan2 yg senasib..Apa yg baik kita ambil,mane yg buruk kita jadikan panduan Moga Allah merahmati kita.. Ya Rahman Ya Rahim.. Yg Maha Pengasih & Maha Penyayang...Jazakallah..

    BY : KK

    ReplyDelete
  6. saya terlalu stress baca blog ni...

    saya menghidap barah otak dan SLE, terlalu lemah untuk hidup. anggaran doktor 5-6 bulan untuk hidup. (waive dari masa saya komen ni, sedangkan PLHIV boleh hidup lebih sihat dan gembira.ada ubat yang jelas dan membantu. namun saya, hanya jangka masa dan ubatan yang tidak pasti.

    PHIV, anda sewajarnya bersyukur.hanya HIV. pandangan masyarakat pun dah semakin boleh menerima... masih boleh bina masa hadapan.saya.... hanya persiapkan diri untuk di kafankan....sangat sedih dan cemburu....

    maaf. ter emo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous

      Abang selalu kata pada diri abang kalau abg rasa teruk diduga dengan HIV ini pasti ada insan lain yang lebih merana diuji dengan ujian oleh Allah. Setiap manusia pasti akan diuji Allah, dan abgang harap saudara juga kena terus berfikiran positif dan kena ingat sekiranya saudara saudara sedang teruk diuji oleh Allah pasti ada insan lain yang lebih teruk lagi diuji Allah pada ketika ini.

      Doktor hanya tahu menganggarkan sahaja jangka waktu hayat seseorang yangdikatakan mengidap sesuatu penyakit yang tidak boleh sembuh TETAPI ajal maut ditangan ALLAH. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, abang cuba letakkan diri abang ditempat saudara.

      Nasihat abang saudara/i jangan putus asa dengan ramalan doktor tersebut, saudara/i fikir positif, jangan terlalu stress fikirkan mengenai ramalan itu. Hati kena tenang dan gembira, cuba anggap yang diri saudara/i sihat. Walau dimana sahaja saudara/i berada jangan duduk sahaja didalam bilik ya, keluarlah jalan-jalan sekitar kawasan tempat tinggal, renung langit dan renung segala ciptaan Allah disekeliling, tarik nafas panjang-panjang dan sentiasa cuba tenangkan hati.

      Ajal ditangan Allah, usah percaya ramalan yang doktor berikan itu, sebab jika saudara/i percaya ianya akan membuatkan saudara/i menjadi lemah dan tak bersemangat. Saudara/i kena kuat dan abang percaya semangat dan kekuatan dalam diri saudara/i boleh membuatkan kesihatan saudara/i kembali sihat.

      Email lah pada abang maybe kita boleh berkongsi cerita....sokong menyokong antara satu sama lain...Ingat ya jangan tertekan sentiasa cuba tenangkan diri, insyaallah segalanya baik-baik aje..

      Abang doakan saudara/i kembali kuat bersemangat

      Delete
  7. Jom makan Habbatus Sauda!! Rasulallah amalkan tau. Dan baginda SAW jamin boleh jadi penawar beribu penyakit. Yakin dengan rahmat Allah ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AkuBudakBlogger

      Jommm..insyaallah yakin lah yang makanan sunnah antara yang terbaik untuk kita amalkan

      Delete
  8. baru terbaca kisah ni.. terima kasih atas perkongsian.. untung juga sbb famili saudara boleh menerima. famili saya tak tahu lagi status saya dan saya pasti mereka tidak boleh menerima perkara ini memandangkan mereka memberikan komen2 yang agak TIDAK BERILMU jika dorang dapat tahu seseorang meninggal kerana AIDS (biasanya dorg ni penagih dadah)

    walaupun tidak terlibat dengan kancah yang mengundang virus ni masuk kedalam badan, namun saya redha.. mungkin itu ujian yang di berikan dan saya percaya ada hikmah di satu hari nanti.. ingin juga saya nyatakan, bukan kerana saya sudah ada HIV baru fikiran saya terbuka untuk menerima PLU tetapi dari dulu lagi saya menghormati mereka asalkan mereka ini tidak mengganggu batas2nya.. tu je

    semoga saudara terus sihat, terus memberikan inspirasi kepada yang lain2

    Amran Musa

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...
    cerita ni lebih kurang mcm cerita yg saya alami...

    Hurmmm...nanti saya kongsikan...insyaAllah

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST