Friday, 13 September 2013

INSYIRAH – YAKIN DAN PASTI SUAMINYA TIDAK LAGI TERLIBAT DENGAN AKTIVITI SONGSANG



Saya jua diuji dengan suami yang mempunyai nafsu songsang, cuma seperkara yang saya perlu syukuri suami saya tak terlibat dengan aktiviti songsang. 

Saya yakin dia tidak terjebak dengan hubungan sonsang kerana masanya banyak dihabiskan dengan tuntutan kerja dan kerja-kerja kemasyarakatan dan selain dari itu jika tidak mempunyai aktiviti, dia akan duduk di rumah menolong saya membuat kerja rumah, menjaga dan melayan anak atau berehat di rumah (suami saya kuat tidor jugak :P).

Saya jarang mendapat belaian mesra dan nafkah batin dari suami. Mula-mula dapat tahu (suami songsang) tu hati saya rasa sangat hancur, setiap hari bertemankan air mata, dalam solat mengadu pada Allah tentang perasaan saya yang hancur itu, tapi saya telah berjanji dengan diri sendiri dan suami, takkan menghebohkan berita ini pada orang lain hatta untuk mengadu kesedihan hati maka saya membuat keputusan untuk berbincang dari hati ke hati dengan suami.

Alhamdulillah, suami memberi kerjasama. Untuk pengetahuan, saya memilih suami atas dasar agama dan akhlaknya, dengan perwatakan soleh yang ada pada dirinya membuatkan saya yakin untuk memilih dia sebagai suami. Tak pernah terlintas di dalam fikiran yang suami saya ini tidak bernafsu kepada perempuan.

Dan setelah tahu berita ini selepas hampir setahun berkahwin, saya mengakui hati ini sangat sedih dan kecewa. Jika saya tahu berita ini sebelum kahwin, pasti saya akan berfikir berpuluh-puluh kali sebelum membuat keputusan berkahwin dengannya, tapi saya mengetahuinya selepas sah bergelar isteri. Maka saya katakan kepada diri, inilah takdir yang telah ditetapkan kepada saya, maka saya harus terima dengan lapang hati dan redha atas takdir ini. tiada apa yang perlu disesalkan… kerana apa yang terjadi pada diri kita itu, pasti ada hikmah di sebaliknya. 

Saya juga tidak mengatakan suami saya hipokrit, saya pasti suami saya berjuang melawan nafsu dalam dirinya dan kerana pegangan agama yang ada pada dirinya itulah sedikit sebanyak dapat mencegah dirinya dari aktiviti songsang. Tiada apa yang perlu disesalkan, kerana setiap manusia itu pasti akan diuji.

Cubalah kita tanya pada setiap orang, adakah hidup dia sentiasa menggembirakan dan tak pernah dilanda ujian? Kalau kita diuji dengan suami yang bernafsu songsang mereka-mereka diluar sana tu (juga) diuji dengan pelbagai masalah. Yang belum berkahwin dan sudah lanjut usia (juga) diuji dengan persoalan jodoh dan pertanyaan orang-orang. Jika sudah berkahwin, ada yang diuji dengan ketiadaan zuriat dan diasak dengan soalan-soalan bila nak dapat anak? 

Ada yang diuji dengan penyakit berat, (mereka) yang mempunyai suami yang straight pula diuji dengan suami yang curang dengan perempuan lain, ada yang dilanda dengan masalah kewangan, masalah keluarga dan macam-macam ujian lagi. 

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar” (QS. 2:155)

Kita ini hanya hamba, dan kepadaNya jualah kita kembali dan menyerah diri. Saya merawat hati yang kecewa ini dengan mengira-gira nikmat-nikmat lain yang diberi Allah kepada saya. Walaupun suami saya ini tidak bernafsu kepada isterinya sendiri, sekurang-kurangnya dia masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah dan dia tak pernah memukul tubuh saya apatah lagi menengking dan bercakap kasar. 

Selain itu saya juga bersyukur kerana tubuh badan yang masih sihat. saya juga dikurniakan seorang zuriat yang comel dari benih suami sendiri. Alhamdulillah, banyak lagi nikmat lain yang perlu difokuskan berbanding melayan kesedihan hati.

Kepada puan-puan yang diuji dengan nafsu bersuami songsang, semoga tabah dengan ujian yang dihadapi, selalulah mohon pertolongan dariNya, untuk buat apa jua keputusan, minta Allah berikan petunjuk. Moga Allah berikan ketabahan, kekuatan, kesabaran yang menggunung..... Insya Allah


-Insyirah







Lagi kisah Insyirah klik DISINI


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST