Tuesday, 17 September 2013

DIN - SAYA AKAN BERUBAH MENINGGALKAN SEMUA YANG SONGSANG

Saudara DIN ada tinggalkan komen panjang lebar didalam ruang komen di entri yang bertajuk, "LISA MASIH SABAR DAN SAYANG WALAU SUAMI HIV POSITIF", saya gabungkan kembali komen beliau buat tatapan kita semua. 
Saya akui selalu tewas dengan nafsu - DIN

Salam saya Din,

Cerita ini (kisah dalam entri "LISA MASIH SABAR DAN SAYANG WALAU SUAMI HIV POSITIF") yang seakan-akan hampir sama dengan apa yang bakal saya lalui. Setiap hari saya berdoa kepada Tuhan agar Tuhan tidak memberikan dugaan yang berat ini kepada orang yang saya sayang atas kesilapan lampau saya. Tuhan pernah beri saya peluang untuk berubah tapi masa demi masa saya tak berubah.

Peringkat awal menyesali dan kemudian saya kembali ke jalan songsang. Tapi sudah dua bulan saya betul-betul berubah. Mendekatkan diri pada Allah Tuhan Pencipta. Status saya, saya rahsiakan dari semua orang. Saya baru menjalani ujian HIV dan didapati negatif. Ujian yang saya buat pada 12/3/2013. Saya akan cuba menjalani ujian itu lagi 6 bulan kemudian.

Setiap hari saya gelisah. Kerisauan saya dimana (kemungkinan) saya bakal dijangkiti HIV. Saya takut. Tuhan janganlah menguji saya dengan ujian yang tak mampu saya pikul. Rasa bersalah juga kerana saya mengahwini isteri dan bakal membawa beliau kedunia yang mungkin bakal merubah kehidupan dia dimasa akan datang.

Macam mana yang saudari Lisa bagi tahu tak baik ainaya anak dara orang. Saya rasa bersalah sangat. Tuhan hindarkan isteriku dari ditimpa musibah ini. Jika penyakit ini satu anugerah buat saya, saya terima, tetapi janganlah Engkau duga insan-insan yang ada disekililing aku Ya Allah.

Saya sangat sayangkan isteri saya. Saya tak mahu dia terima dugaan ini. Tapi saya yakin pada Allah adalah Tuhan pencipta saya. Dia maha mengetahui segalanya. Saya dipertemukan jodoh dan berkahwin. Itu semua takdir Tuhan. Seandainya saya yang dipilih untuk menerima dugaan ini Alhamdulillah. Saya akan berubah dengan sungguh-sungguh. Meninggalkan semua yang songsang dan kembali ke pangkal jalan. Tiada istilah terlambat atau terlewat.

Buat isteri yang saya sayangi. Maafkan saya. Ampunkan segala kesalahan saya. Buat Puan Lisa mungkin kisah kita ada persamaan. Isteri ada ajak saya menjalani ujian untuk dapatkan zuriat setelah 1 tahun kami berkahwin dan masih belum dikurniakan zuriat. Pelbagai alasan saya bagi kerana risau akan perkara yang bakal berlaku sama seperti Puan Lisa. Apa pun tindakan Puan Lisa itulah jalan terbaik buat puan. 

Ada atau tanpa HIV kehidupan harus diteruskan. Hidup ini perjuangan dan cabaran serta ujian. Kalau jatuh, kita bangun lagi. Kalau kalah, kita cuba lagi. Kalau kita gagal, kita buat lagi, sehinggalah Allah memanggil pulang ke pangkuan-Nya. Insafi lah diri.. mungkin buat masa ini itulah nasihat yang mampu saya berikan. Doakan juga untuk saya dan isteri agar terhindar dari musibah-musibah yang tidak mampu kami tanggung. 

-Din-




Membaca  kisah Puan Lisa mungkin ramai tersentuh dan mendoakan yang terbaik buat beliau. Mungkin ramai juga menyalahkan En Zali suami kepada Puan Lisa di atas apa yang berlaku. Memang sukar untuk diterima apabila kita telah melakukan kesalahan. Mungkin perlu masa yang lama untuk orang lain memahami dan mengerti dan ada satu peringkat sehingga hembusan nafas terakhir juga belum tentu kesilapan kita mampu dilupakan dan dimaafkan.


Perasaan Encik Zali sama seperti saya (bernaluri songsang). Saya bukan membela atau menegakkan benang yang basah ke atas kesilapan yang telah saya lakukan tetapi meminta sedikit pengertian dan menjelaskan apakah mungkin perasaan yang turut menjadi tamparan hebat buat kami. Memang benar khilaf dan salah kami terlalu besar bukan sahaja antara saya kepada Allah S.W.T tetapi juga kepada diri sendiri, isteri, keluarga, kawan-kawan dan semua orang.

Mungkin ada yang berkata dah kena HIV baru nak menyesal. Apa pun kata-kata yang bakal diluahkan harus kami telan. Itulah salah satu cara juga untuk kami kembali sedar. Dimaki, Dimarah, Dihina, Dicerca... apa pun pada masa dan saat seperti ini segalanya ditelan diterima.

Buat Puan Lisa memang benar mungkin puan perlu banyak masa untuk memahami situasi sebegini tetapi apa yang mungkin dapat saya luahkan bagi pihak suami puan adalah sokongan puan kepadanya pada saat ini sangat diperlukan. Itulah sebenarnya kekuatan yang sangat-sangat diperlukan. Lagi menyakitkan dan terseksa apabila orang yang kita kongsi hidup bersama tidak memarahi, memaki hamun apatahlah lagi dengan ikhlas menerima apa yang terjadi. Itu sebenarnya tamparan yang kuat.

Bila Puan meluahkan kemarahan puan itu menunjukkan puan lepaskan beban yang puan tanggung tapi apabila puan berdiam dan cuba menerima tanpa berkata apa-apa ianya bakal menjadi benda yang paling terkesan dalam hati dan perasaan suami. Apa pun tindakan yang diambil itu adalah diatas kemahuan dan kehendak diri puan.

Jika jalan penceraian adalah terbaik demi menjaga perhubungan sesama manusia dan kemanusian rujuklah kepada pakar kaunseling yang dapat memberi bimbingan dan jalan keluar. Tapi jika redha menerima dan cuba memperbaiki perhubungan maknanya kena terima dengan ikhlas apa yang telah berlaku tanpa persoalan dan rasa dendam serta bakal mengungkit peristiwa itu dikemudian hari. Ianya hanya menyakitkan diri dan pasangan turut mengundang dosa.

Tanyalah hati puan dengan sesungguhnya sama ada puan boleh menerima keadaan ini atau sebaliknya. Rasanya perasaan puan akan lebih terselah bila ujian kali ke2 selepas 6 bulan yang akan datang diketahui. Mungkin pada masa itu puan akan lebih tertekan atau mungkin lebih tenang. Masa yang akan menentukan.

Binalah kekuatan dalam diri. Perbanyakkan zikir kerana itulah cara mencari ketenangan hati. Apa pun buat masa sekarang puan berilah sokongan kepada lelaki yang berstatus suami itu. Kekuatan puan sebenarnya akan memberikan aura yang positif kepada suami. Rasa bersalah kami memang tidak akan pernah terlupakan. Percayalah. Kalau diberi pilihan terlebih dahulu rasanya mungkin kami tidak memilih jalan seperti ini.

Setiap orang ingin hidup normal seperti orang lain tapi tuhan telah kurniakan dugaan yang indah ini untuk kami tempuh. Dan kami gagal mebendung hawa nafsu kami. Dan puan juga terpilih untuk turut diuji. Subahanallah.

Untuk En Zali inilah masanya untuk kembali kepangkal jalan. Takdir yang tertulis tidak pernah boleh dipadamkan biarlah ianya menjadi titik mula kepada kebaikan dimasa akan datang. Sama-sama kita berubah demi kebaikan. Insyallah.


-Din-




Terima kasih saudara Najmi......

Sudah 2 bulan saya mengunjungi blog ini... sebelum ini hanya untuk mencari info tanda-tanda dijangkiti. Sehingga kisah Encik Zali dan Puan Lisa keluar betul-betul satu tamparan buat saya. Kisah ini memang hampir sama dengan kisah saya... saya seolah-olah merasa seperti isteri saya yang bercerita dan mempunyai emosi yang sama. Subhanallah. Maha Besar Tuhan itu.

Mungkin membuka jalan yang sebenar-benarnya untuk menyedarkan saya. Susah sebenarnya hidup dalam keadaan emosi sebegini. Mempunyai dua naluri yang perlu di kawal... ikut hati mati dan ikut rasa binasa. Apa pun saya akui selalu tewas dengan nafsu. Keinginan berkahwin dan mempunyai anak itu sentiasa ada.

Bila dilihat pertemuan isteri dan saya seolah-olah telah tertulis dan dirancang oleh Allah S.W.T, disebalik apa yang berlaku mungkin banyak sangat hikmat yang tersembunyi. Tuhan itu tidak pernah menzalimi hambanya tetapi kita lah yang selalu menzalimi diri kita sendiri. Saya selalu memungkiri janji dengan sumpah yang saya buat. Kali ini saya tidak mahu berjanji tetapi saya akan semat dan tanamkan dlm jiwa saya bahawa saya kena berubah dan harus berubah. Demi masa depan saya dan keluarga saya. Saya sayangkan semua orang yang ada disekiling saya. Pasti hancur hati mereka jika mengetahui siapa saya yang sebenarnya.

Tapi keaiban yang berlaku ke atas saya tidak akan pernah sama sekali saya akan ceritakan. Biarlah ianya tersemat menjadi rahsia. Sepahit mana pun yang bakal berlaku saya akan harungi. Mohon kepada tuhan menyinari jalan hidup saya. Tunjukan jalan yang benar. Matinya saya nanti dalam keadaan diterima dan jangan mati dalam kehinaan Allah s.w.t. diharap Puan Lisa akan terus dapat berkongsi kisah agar ianya menjadi pedoman dan menyedarkan orang seperti saya.

Bagi mereka yang PLHIV bujang yang belum berkahwin seperti Zerofive (antara pembaca yang meninggal komen pendapat) adakalanya dijangkiti (ditanggung hanya pada diri) sendiri tanpa kerisauan pada pasangan itu lebih mudah untuk kita mengawal emosi dan keadaan berbanding rasa bersalah seumur hidup apabila kita menjadi punca kemusnahan kehidupan orang lain. Insyallah pasti akan ada pasangan yang baik buat anda.

Buat Najmi kebaikan anda berkongsi bahan seperti ini hanya Allah yang mampu membalas. Terima kasih atas doa anda. Saya juga mendoakan agar anda beroleh kebahagian dunia dan akhirat serta beroleh kesihatan dan kuat menghadapi segala dugaan. Saya juga doakan kesejahteraan kepada semua pengunjung blog ini.

-Din-





Golongan gay or biseksual juga mampu berubah menjadi normal, bantu lah mereka .... setiap orang boleh berubah (mengawal diri)  termasuk diri anda. Sebenarnya gay, biseks, lesbian hanyalah istilah... itu adalah istilah yang diberikan manusia, hakikat didunia ini hanya ada lelaki, perempuan atau khunsa.

Soal naluri nie sebenarnya kita boleh kawal cuma kekuatan dalam diri dan dorongan orang sekeliling. Berilah kepercayaan itu. Sekiranya org seperti kami tidak diberikan peluang dan terus ditunding jari kami risau iman kami rapuh dan mudah goyah. Terus tersasar.

Berilah peluang untuk kami bekeluarga dan berubah. Dalam dunia ini tidak ada siapa pun yang mahu menganiaya orang. Bila ada keinginan berkahwin bermakna keinginan terhdap wanita ada. Bantulah bina keyakinan kami. Percayakan kami.
 

-Din-





Pembetulan juga soal seks 2-3 kali sebulan terus anda (MGDA - pembaca yang meninggal komen pendapat) katakan orang itu gay rasanya agak tidak betul... terus terang saya beritahu bahawa pasangan yang normal juga ada masa 3 bulan sekali menjalankan hubungan seksual.

Seks dalam perkahwinan memang penting tapi itu bukan diukur dengan kekerapan ianya dilakukan. Sekiranya seks itu dilakukan setiap hari juga itu bukan bermaksud yang dia normal ianya merujuk juga kepada gila seks.

Jika dia gay saya rasa dia langsung tidak boleh melakukan hubungan seks dengan wanita. Tidak ada naluri itu. Tidak langsung terangsang dan berkeinginan bersama wanita apatah lagi berkahwin. Lelaki normal juga belum tentu dapat memuaskan isteri.

Itu adalah pendapat saya. Maaf kalau kenyataan ini tidak benar bagi anda. Terima kasih
 

-Din-





Apa yang anda komen betul. Saja setuju. Sekiranya bagi mereka yang meminati kaum sejenis adalah lebih baik supaya tidak berkahwin sebelum anda betul-betul berubah. Tapi percayalah bahawa jodoh itu ditentukan tuhan. Walau kita cuba menidakkan jika ia datang kita sebagai hambanya akur. Perkahwinan itu tidak salah yang tidak betul adalah kehendak hawa nafsu kita.

Saya akui lemah kerana mengikut hawa nafsu. Tapi percayalah bantulah orang seperti kami untuk berubah bukan menghina apatahlah mencerca kami. Doa kan yang terbaik untuk kami agar kami betul2 berubah. Perkahwinan saya dan En Zali serta mungkin yang sama seperti kami telah ditentukan. Nak berpatah balik mungkin tidak tetapi berubah menyayangi isteri dan membuang nafsu kepada kaum sejenis itu pasti boleh. Insyallah.

Sukar mengakui yang diri ini gay. Apatahlah berterus terang kepada orang sekeliling. Ya Allah besar sangat dosa yang telah aku lakukan. Terasa hina diri ini. Bantulah hambamu ini ke jalan yang benar dan lurus... mampu menjadi ketua keluarga... menyanyangi isteri. Mampu melakukan tanggungjawab melayan isteri zahir dan batin.

Buat pembaca bantulah kami berdoa.

 

-Din-


8 comments:

  1. Din, saya rasa sangat sebak membaca semula komen Din dan saya sentiasa doakan Din dan Isteri mendapat zuriat yang soleh dan solehah, berbahagia sehingga ke jannah. Terima kasih atas perkongsian ini, Syukur Alhamdulillah Din cepat sedar dan menghargai erti perkahwinan. Saya tabik anda.

    ReplyDelete
  2. Abang naj mi macam mana orang yg gay boleh mencari orang yg sama jenis dengannya? Saya banyak jugak bercampur orang..saya x pernah jumpa pun walau seorang..semua nampak normal..kalau cari kat internet itu lain lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Nak cari atau nak kenal golongan gay ni memang sukar bagi orang normal TAPI bagi kalangan gay mereka boleh kesan gay2 yang berkeliaran dimerata2 tempat tu. Payah kalau nak kesan ketika berada ditempat2 awam, hatta suami yang sedang gendung anak di shopping mall pun boleh jadi mereka gay.......

      Delete
    2. Apa kata Abang naj mi buat entry tentang ciri2 golongan gay..apa penyebab mereka jadi gay..

      Delete
    3. Anonymous

      Malas nak fikir mencari ciri2 gay ni dan sebabnya sebab rasanya dah selalu diterangkan mengenai pekara itu dalam entry2 lalu TETAPI insyaallah kalau malas saya dah hilang dan ada idea nak menulis insyaallah saya akan share mengenai ciri2 tersebut nanti...insyaallah

      Delete
  3. Jika sudi, doakanlah untuk saya juga. Doakan saya kuat dan tabah...dan doakanlah suami saya juga kuat dan tabah ..sekurang2nya, untuk melawan/mengekang dari melakukan seks songsang itu dengan mendekatkan diri pada Allah....berkenaan naluri, tiada apa daya saya lagi melainkan terus berdoa kepada Allah.....hanya Allah yg mampu menghilangkannya......Saya sayangkan suami saya :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surya Hanee

      Sebagai manusia kita harus berterusan berdoa kepadaNya..Saya akan berdoa kebahagian buat Surya Hanee dan semoga ada perubahan pada suami nanti Surya Hanee nanti..mudah2an...:)

      Delete
  4. Terima kasih banyak2 Naj Mi kerana sudi berdoa utk saya....

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST