Saturday, 21 September 2013

BUDAK LELAKI DIPAKSA SEKS ORAL OLEH GURU DISPILIN

KUALA LUMPUR 18 Sept. 2013 - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun membuat laporan polis setelah menjadi mangsa apabila dipaksa guru disiplinnya melakukan seks oral bersamanya di sebuah sekolah, baru-baru ini.

Suspek yang berusia 35 tahun merupakan seorang guru disiplin di sebuah sekolah rendah terletak di kawasan Bandar Baru Sentul dan telah berkahwin serta mempunyai dua orang anak.

Kejadian luar tabii ini dikatakan sering berlaku di antara mangsa dan suspek sejak tahun 2012 dan dilakukan di kawasan sekolah berkenaan sebelum mangsa akhirnya membuat laporan polis pada 13 September.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, sebelum kejadian baru-baru ini, suspek sering membantu mangsa menyemak buku-buku mangsa serta meminta bantuan mangsa untuk menyemak kertas kerjanya dan mengisi borang laporan guru.

"Selain menjadi guru disiplin, suspek merupakan seorang yang rapat dan amat dipercayai mangsa sehingga mangsa terperangkap dengan godaan suspek apabila dirangsang dengan gambar-gambar lucah sebelum dipaksa melakukan seks oral.

"Menurut laporan mangsa, sewaktu mereka berada di bilik warisan sekolah berkenaan, suspek secara mengejut membuka butang baju dan zip seluar mangsa lalu memaksa mangsa untuk melakukan seks oral terhadapnya," katanya dalam sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau memberitahu kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 377E dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan (klik disini) kerana selain memaksa mangsa melakukan seks oral, suspek juga bertindak meraba badan mangsa.

"Kertas siasatan mungkin akan disiapkan dalam minggu ini dan kita akan rujuk kes bagi mendapatkan arahan terkini daripada Timbalan Pendakwa Raya sama ada hendak menuduh ataupun tidak," ujarnya.

Khairi Ahrasa mengesahkan suspek telah ditangkap di kediamannya di kawasan Bandar Baru Sentul sehari selepas laporan dibuat dan masih ditahan bagi tujuan soal siasat.

Tambah beliau, perbuatan liwat tidak berlaku di antara mangsa dan suspek kerana setakat ini mangsa hanya diraba oleh suspek dan dipaksa melakukan seks oral sahaja. 



Sumber Disini




3 comments:

  1. Jatuhnya darjat seorang guru, setitik nila rosak susu sebelanga

    ReplyDelete
  2. Kena hati2 dgn cikgu sekarang.. Ibu bapa perlu pantau n selalu ambil tahu hal2 anak di sekolah bg mengelak kejadian spt ini terjadi.. Hmm kes2 mcm ni akn terus menjatuhkn maruah cikgu2.. Cikgu dulu2 lain, cikgu sekarang lg "lain"..

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST