Saturday, 14 September 2013

ANITA RAKAN SAYA AKHIRNYA TEWAS

Walaupun Anita (bukan nama sebenar) hanya mengetahui bahawa dirinya telah mendapat kanser payu dara tahap ke 4 lebih 2 tahun yang lalu, Anita masih tetap positif, kehidupannya masih dipenuhi gelak ketawa, itu yang saya ingat apabila kami bertemu pada Hari Raya Aidil Fitri tahun lalu. 

Kisah mengenainya ada saya kongsikan didalam entri "YA ALLAH SIHATKAN KEMBALI RAKANKU ANITA" dan didalam entri "ANITA DAN "BREAST CANCER SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR"

sumber dari: gambarnasihat.wordpress.com

Selepas Hari Raya Aidilfitri yang baru lalu (2013) keadaan Anita semakin tidak stabil sehingga beliau terpaksa keluar  masuk kehospital swasta (specialist) disini untuk mendapatkan  rawatan. Saya diberitahu keadaan badannya semakin kurus, bibir pecah dan adakala batuk berdarah. Keadaannya itu menyebabkan doktor menasihatkan agar Anita berehat sahaja dirumah, kerana sudah tiada sebarang rawatan lagi yang boleh menyembuhkannya. Rebakkan kanser didalam tubuh Anita dikatakan sudah meluas kesegenap pelusuk organ dalaman badannya.

Pada awalnya Anita dijaga oleh ibunya dirumah apabila keadaannya semakin tidak menentu dan semakin teruk, tetapi disebabkan keadaan kesukaran untuk dijaga maka suami Anita memutuskan untuk membawa Anita tinggal dihospital kerana penjagaan lebih terjamin.

Semalam saya berkesempatan menziarahi Anita yang terlantar dikatil hospital setelah hampir 2 minggu berada disana. Keadaan susuk tubuhnya kelihatan kurus, wajahnya cengkung serta warna kulit wajah berubah, sangat pucat dan hampir menyamai warna kuning kunyit. Adik perempuan saya kata tubuh badan yang terselindung disebalik selimut sedikit bengkak. Anita terlantar tidak sedarkan diri, hanya bergantung dengan bantuan pernafasan. Saya lihat anak lelaki Anita sedang membaca Yassin disisi katil, kelihatan ramai kawan sahabat saudara mara berada disitu.

Sebagai kawan saya tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyembuhkan Anita, agar dia boleh hidup kembali sihat. Saya hanya mampu mendoakan hanya yang terbaik sahaja buat Anita. Jika ikut logik dunia pasti Anita tiada harapan lama untuk menikmati hirupan udara dimuka bumi ini lagi TETAPI jika ikut logik disisi Allah, Anita tetap punya harapan untuk kembali sembuh, kerana itu saya tidak henti-henti mendoakan agar Anita kembali sembuh. 


Dalam masa yang sama hati kecil saya juga mengharapkan agar pengakhiran Anita (sekiranya itu berlaku) kelak akan pergi dalam keadaan husnul khatimah, mudah-mudahan iman Anita tidak tergugat diganggu oleh syaitan yang direjam semasa saat jemputan dari Allah itu datang.

Bagaimana sekiranya saya berada ditempat Anita ketika itu? Dalam keadaan tiada kudrat dan lemah? Tiada siapa boleh membantu diri kita, sama ada ibu bapa, adik beradik malah kawan-kawan yang paling rapat hatta dengan wang berjuta ringgit jugak sukar membantu menyembuhkan sakit kita (seperti keadaan Anita) pada ketika itu. Kita hanya bersendirian terlantar tanpa boleh berbuat apa-apa. Segala kudrat kekuatan semuanya diambil oleh Allah kembali. 

Kita akan dijemput bersendirian semuanya akan ditinggalkan yang akan dibawa bersama hanyalah amalan kebaikan yang telah kita lakukan semasa didunia sahaja.

Anita berada dibarisan hadapan semasa pelancaran Proton Saga 1985 ini, saya boleh nampak wajahnya yang jelas didalam photo ini.


Hari ini, saya menerima SMS, mengkhabarkan bahawa Anita telah selamat kembali ke rahmatullah, dijemput Allah pada kira-kira pada pukul 9 pagi tadi. Saya tidak terkejut, saya sudah menganggak pekara ini akan berlaku bila-bila masa tetapi sudah pasti saya berasa sedih. 

Anita meninggal dihadapan mata ibunya. 

Ada kala sungguh indah susun atur takdir yang Allah tetapkan buat Anita, bagaimana kedua belah mata ibunya itulah yang menjadi saksi, melihat serta menyambut kelahiran Anita ke muka bumi ini, kemudian bersusah payah menjaga Anita sejak bayi lagi. Takdir juga menentukan bahawa kedua belah mata ibunya itu jugalah yang menjadi saksi bersusah payahnya menjaga Anita ketika sakit dan akhirnya melihat sendiri pemergian Anita buat selama-lamanya, seolah-oleh si ibu menyerahkan kembali anugerah yang diterimanya, yang dipinjamkan oleh Allah kepadanya selama hampir lebih 45 tahun lalu.

Teringat saya akan kata-kata gurauan Anita pada Hari Raya tahun lalu (2012), 

"Nanti aku mati masuk dalam kubur kat sana tu," 

Ya, itu setahun lalu tapi pada hari ini kata-kata gurauan Anita itu telah pun menjadi kenyatan. Anita meninggalkan 2 orang anak yang sudah besar. Saya lihat wajah anak dan suaminya ketika ziarah dirumah Anita tengah hari ini, nampak kelihatan sedikit tenang kerana saya pasti mereka telah lama bersedia untuk menghadapi dugaan yang sangat pasti, akan kehilangan orang yang mereka sayangi itu.

Sedih kerana saya tidak dapat mengiringi jenazah rakan saya ini ketanah perkuburan kerana jenazah Anita akan dikebumikan ditempat yang agak jauh.

Al Fatihah buat Anita semoga arwah bersama dengan mereka yang beriman disana.



3 comments:

  1. Al-Fatihah, moga arwah Anita damai dalam peliharaan Allah. Najmi, jaga diri baik2 ya, sampaikan salam saya pada Nurunn.

    ReplyDelete
  2. Saya yakin mesti ada Najmi sekali dalam gambar di atas. Hehehehe, naluri saya mengatakannya....

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST