Monday, 2 September 2013

3) APA MAKSUDNYA MENGHIDAP HIV+ (DITEMPAT KERJA)

Dasar Tempat Kerja HIV/AIDS Seluruh Dunia

Levi Strauss mempunyai Dasar Tempat Kerja HIV/AIDS yang progresif yang bertujuan untuk melindungi anda dan menyokong anda, sama ada anda dijangkiti dengan HIV atau tinggal dengan seseorang yang dijangkiti. Dasar ini merangkumi empat prinsip: persekitaran, pekerjaan, kerahsiaan dan perbezaan tempatan.




1) Persekitaran

Menjadi matlamat kami untuk menyediakan persekitaran yang menyokong, tidak bermusuhan, bebas daripada diskriminasi untuk anda bekerja di dalamnya. Ia bertentangan Menyebarkan khabar angin, menjadikan mangsa atau mendiskriminasi rakan sekerja yang positif HIV bertentangan dengan dasar syarikat. Jika ini berlaku ia akan ditangani mengikut dasar tersebut. 

Anda hendaklah melaporkan gangguan atau diskriminasi dengan segera kepada pengurus anda atau wakil HR anda, atau menghubungi Talian Laporan Etika dan Pematuhan Levi Strauss & Co. untuk negara anda masing-masing, kerana diskriminasi adalah bertentangan dengan Tataniaga Seluruh Dunia Kami.


2) Pekerjaan

Mengekalkan amalan tempat kerja yang adil dan wajar, dan mengguna pakainya secara adil dan saksama adalah penting. Disebabkan oleh kejayaan rawatan, pesakit yang menghidap HIV boleh kekal sihat selama beberapa tahun, dan mereka mempunyai keupayaan dan hak untuk bekerja. Anda digalakkan untuk terus bekerja selama mana yang boleh asalkan anda berupaya.

Status HIV anda tidak akan menjejaskan pekerjaan ikut kehendak, syarat pekerjaan, amalan pengambilan bekerja, atau sebarang aspek pekerjaan lain seperti yang diperlukan oleh undang-undang tempatan. Satu-satunya kriteria perubatan untuk semua pekerja Levi Strauss adalah kecergasan, kapasiti untuk bekerja, dan keupayaan untuk menjalankan fungsi penting pekerjaan.


3) Kerahsiaan

Dasar Tempat Kerja HIV/AIDS Seluruh dunia Levi & Strauss & Co. menyatakan bahawa “Levi Strauss & Co. komited untuk untuk memastikan kerahsiaan mutlak semua maklumat kesihatan pekerja. Sebarang pelanggaran kerahsiaan akan dianggap sebagai serius dan Tataniaga Seluruh Dunia kami akan digunakan dalam keadaan HIV/AIDS.”

Anda tidak perlu memberitahu pengurus atau penyelia anda mengenai status HIV anda, atau malah orang lain. Bagaimanapun, anda mungkin mendapatinya membantu, untuk memberitahu mereka jika anda memerlukan masa pelepasan daripada kerja untuk janji temu klinik atau tidak sihat.


4) Perbezaan Tempatan

Kami akan mematuhi garis panduan, statut, amalan kebangsaan dan antarabangsa yang berkaitan yang khusus bagi konteks tempatan anda. Kami akan mematuhi Tataniaga Seluruh Dunia Levi Strauss sambil memanfaatkan komuniti tempatan.


Pendidikan HIV/AIDS untuk Semua Pekerja

Semua pekerja Levi Strauss (sepenuh masa, sambilan, mengikut jam, dll.) layak untuk meraih manfaat daripada program pendidikan HIV/AIDS yang tawarkan, tanpa mengira penyertaan dalam program faedah pekerja yang lain. Peralatan Pekerja untuk Pendidikan Pencegahan HIV/AIDS boleh dimuat turun dari Teamspace kami di http://lsportal/sites/hiv/ep/default.aspx atau melalui laman web pendidikan HIV/AIDS di http://www.hivaids.levi.com.


Buku Panduan Maklumat Perkhidmatan HIV/AIDS

Buku direktori pembekal penyedia yang menawarkan maklumat HIV/AIDS, termasuk pengujian
dan kaunseling, rawatan dan perkhidmatan penjagaan, disediakan untuk setiap negara supaya
anda boleh mengetahui di manakah tempat untuk mendapatkan perkhidmatan berkaitan HIV/AIDS (lihat Teamspace kami untuk maklumat lanjut atau untuk memuat turun buku panduan di http://lsportal/sites/hiv/ep/default.aspx). 

Perhatian: Perkhidmatan yang ditunjukkan dalam mana-mana negara tidak bererti Levi Strauss mengiktirafnya dan dimasukkan secara meluas tanpa mengira pembayar. Pembayaran perkhidmatan mungkin adalah sebahagian daripada pelan faedah sedia ada atau dirangkumi oleh program penjagaan kesihatan kebangsaan, atau dibayar secara terus oleh pekerja. 

Buku Panduan Perkhidmatan HIV/AIDS hanyalah wadah bagi kemungkinan penyedia perkhidmatan.


Latihan Pengurusan mengenai HIV/AIDS di Tempat Kerja

Panduan Pengurusan HIV/AIDS dan latihan pengurus telah dibangunkan untuk memperkukuhkan dasar dan komitmen Levi Strauss, dan untuk membantu pengurus menangani dengan berkesan isu sumber manusia yang berkaitan dengan HIV/AIDS, terutamanya mengenai stigma dan diskriminasi. Panduan pengurusan boleh didapati dari Teamspace kami di http://lsportal/sites/hiv/ep/default.aspx

.
Pembayaran Balik Pengujian, Rawatan dan Perkhidmatan Penjagaan HIV/AIDS

Program menawarkan pembayaran balik perkhidmatan berkaitan HIV/AIDS dalam negara di mana perkhidmatan tidak disediakan dengan mencukupi oleh faedah insurans Levi Strauss atau program kerajaan. Anda dan tanggungan sah anda mungkin layak untuk menerima pembayaran balik rawatan menerusi program jika anda berada dalam senarai gaji Levi Strauss, sedang bekerja dengan aktif, dan telah bekerja untuk Levi Strauss selama minimum enam bulan berturut-turut.

Untuk maklumat mengenai perlindungan atau pembayaran balik Pelan Faedah HIV/AIDS pekerja, pergi ke Teamspace HIV/AIDS Levi Strauss & Co. di http://lsportal/sites/hiv/ep/default.aspx.

Untuk sumber tambahan, sila rujuk Buku Panduan Perkhidmatan HIV/AIDS Levi Strauss & Co. untuk negara individu anda yang boleh ditemui pada Teamspace Program HIV/AIDS Pekerja Levi Strauss & Co. http://lsportal/sites/hiv/ep/default.aspx atau hubungi pentadbir pihak ketiga kami, GMC Services di ibu pejabat Paris mereka di talian +33 1 49 70 27 43, tinggalkan mesej dan mereka akan membalas panggilan anda, hantar surat permintaan untuk maklumat melalui faks kepada +33 1 40 82 43 85.

Anda boleh hubungi pengurus HR untuk mendapatkan salinan polisi insurans perubatan sedia
ada yang Levi Strauss sediakan untuk pekerja atau untuk bertanyakan mengenai sebarang sekatan atau pengecualian yang wujud dalam polisi-polisi ini. Sumber luaran juga tersedia untuk maklumat tambahan sama ada dalam talian ataupun menerusi telefon dan disenaraikan pada laman web kami di bawah Sumber, atau dalam Buku Panduan Perkhidmatan HIV/AIDS setiap negara, kerana ini telah pun tersedia.


HIV dan Prosedur Kesihatan dan Keselamatan di Tempat Kerja

Kemungkinan besar tidak ada sesiapapun yang akan dijangkiti dengan HIV di tempat kerja. Virus bawaan darah lain, seperti hepatitis, adalah lebih mudah untuk dijangkiti, jadi menjadi satu amalan yang baik untuk menggunakan kawalan jangkitan yang kuat apabila mengendalikan sebarang tumpahan darah. 

Setiap lokasi Levi Strauss mempunyai dasar patogen bawaan darah dan penyakit yang mudah berjangkit dalam keadaan yang teratur. Biasakan diri anda dengan prosedur kesihatan dan keselamatan kemudahan anda dan hubungi pengurus loji atau pejabat jika anda tidak pasti di mana untuk mendapatkan prosedur itu.

Secara amnya, sila ambil perhatian:

- Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan persekitaran kerja yang selamat.

- Anggap SEMUA darah macam ia positif HIV.

- Pegerak balas pertolongan cemas kemudahan dilatih dalam prosedur dan teknik kesihatan
dan keselamatan yang betul.

Jika terdapat insiden percampuran darah, pegerak balas pertolongan cemas di setiap lokasi akan mempunyai pengetahuan mengenai kemudahan penjagaan kesihatan tempatan di mana pekerja yang terlibat boleh mendapatkan profilaksis selepas pendedahan (PEP). Ini mesti dilakukan dengan segera selepas pendedahan untuk menghalang pekerja daripada dijangkiti, dan mesti dimulakan dalam masa 72 jam.




Pentakrifan



AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit): Penyakit disebabkan oleh HIV, yang  melemahkan sistem imun badan sehingga ia tidak boleh lagi melawan jangkitan biasa yang sistem imun kebanyakan orang boleh lawan atau kawal (jangkitan tersebut dipanggil "jangkitan oportunis"). 

Antibodi: Antibodi ditemui dalam darah atau bendalir anggota dan digunakan oleh sistem imun kita untuk mengenal pasti dan menyerang objek asing, seperti bakteria dan virus. 

ART: Singkatan untuk terapi antiretroviral. Terapi antiretroviral merujuk kepada rawatan jangkitan virus seperti HIV dengan ubat antiretroviral (lihat pentakrifan di atas). 

ARV: Singkatan untuk antiretroviral: drug atau ejen yang menghentikan atau menyekat aktiviti retrovirus seperti HIV. 

Beban virus (Virol Load): Ukuran bilangan partikel virus, seperti HIV, yang hadir dalam darah. Pengukuran ini membantu doktor membuat keputusan rawatan dan membolehkan mereka memantau bagaimana baikkah rawatan berfungsi. 

Diskriminasi: Layanan memudaratkan atau mengganggu terhadap pekerja berdasarkan pada status HIV orang itu seperti yang berkuat kuasa di bawah undang-undang tempatan. 

HAART: Singkatan untuk terapi antiretroviral yang teramat aktif: gabungan tiga ubat yang  digunakan untuk rawatan HIV/AIDS, yang  ditadbirkan serentak. 

HIV (Virus ImunodifisiensiManusia): Virus yang boleh menyebabkan AIDS. 

HIV/AIDS: Satu istilah lain untuk menyatakan kontinum keadaan berkaitan HIV. 

Jangkitan oportunis: Kuman yang mengambil kesempatan terhadap sistem imun yang lemah atau yang terjejas, dan menyebabkan jangkitan. 

Pasangan suami/isteri: Isteri atau suami seseorang yang sah. 

Pekerja: Mana-mana orang yang diambil bekerja ikut kehendak atau pihak kepada  kontrak pekerjaan yang mana Levi Strauss adalah pihak majikan. 

Pencegahan penjangkitan ibu kepada anak (PMTCT): Satu siri kaedah pencegahan yang terdiri daripada mengambil ubat ARV, penjagaan ibu semasa kehamilan, penjagaan bayi, dan mengikut nasihat dalam penyusuan badan, untuk mengurangkan peluang memindahkan jangkitan HIV kepada kanak-kanak. 

Pendam: Hadir tetapi dalam peringkat dorman atau tersembunyi, tidak menyebabkan sebarang penyakit aktif. 

PMTCT: Singkatan untuk pencegahan penjangkitan ibu kepada anak (lihat pentakrifan di atas). 

Profilaksis selepas pendedahan (PEP): Kaedah pencegahan yang terdiri daripada mengambil ubat ARV untuk mengurangkan peluang mendapat jangkitan HIV daripada pendedahan tidak sengaja. 

Profilaksis: Inia adalah prosedur perubatan, seperti pemvaksinan, yang bermaksud untuk  menghalang penyakit, daripada menyembuh atau merawatnya. 

Sel CD4 (juga dikenali sebagai sel T pembantu atau sel askar): Sel-sel ini adalah penting  kepada sistem imun kita, dengan membantu badan melawan kuman. Sel CD4 digunakan oleh dan dihapuskan oleh HIV. 

Sindrom membazir: Ini merupakan satu keadaan yang disebabkan oleh kehilangan 10% daripada berat badan biasa anda kedua-dua daripada kehilangan lemak badan dan kehilangan jisim otot. 

STI: Singkatan untuk jangkitan yang direbakkan secara seksual, yang merupakan jangkitan yang direbakkan menerusi aktiviti seks. 

Stigma: Ketaksetujuan ciri-ciri peribadi atau kepercayaan yang bertentangan dengan norma budaya

Tahan drug: Berlaku apabila ubat tidak berkesan ke atas jangkitan. 

Tanggungan: Semua tanggungan sah pekerja Levi Strauss, termasuk suami/isteri, pasangan  yang bersekedudukan, dan anak biologi, anak  angkat atau anak yatim piatu. 

Tempoh jendela (Window Piriod): Ini adalah tempoh 3-6 bulan sejurus selepas pendedahan kepada HIV, yang  mana pada tempoh itu orang yang dijangkiti akan diuji negatif untuk HIV kerana ujian HIV mencari antibodi, yang belum lagi dibentuk. 

Terjejas imun: Berlaku apabila sistem imun anda dilemahkan akibat beberapa keadaan,  seperti jangkitan HIV atau kehamilan. Apabila anda terjejas imun anda berada pada risiko yang lebih besar apabila didedahkan kepada kuman yang menyebabkan penyakit daripada orang yang tidak terjejas. 

Ubat antiretroviral (ARV): Ini adalah ubat yang hanya doleh dipreskripsikan oleh doktor dan  yang mengawal HIV dan memperlahankan kemaraan penyakit


Sumber LEVI STRAUSS & CO


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST