Monday, 2 September 2013

2) APA MAKSUDNYA MENGHIDAP HIV+ (DI RUMAH)

Lindungi Diri Anda

Anda perlu mengambil peranan aktif dalam memperlahankan kemaraan HIV dengan melindungi diri anda daripada penyakit atau serangan yang selanjutnya kepada sistem imun anda dengan mengamalkan seks selamat dan mencegah jangkitan oportunis.


Amalkan Seks Selamat

Mengamalkan seks selamat dan terus menggunakan kondom semasa melakukan seks akan melindungi kesihatan anda dan kesihatan pasangan anda, walaupun kedua-dua anda dan pasangan anda adalah positif HIV. Seperti yang kita bincangkan dalam bahagian mengenai ketahanan terhadap drug, terdapat strain atau jenis HIV yang berbeza, sesetengahnya daripadanya menentang ARV tertentu.

Strain HIV yang berbeza boleh dipindahkan di antara dua orang yang dijangkiti HIV, menjadikan rawatan bagi jangkitan malah lebih sukar kerana kini terdapat dua strain untuk dirawat dengan keperluan ubat yang berbeza. Pemindahan satu strain HIV kepada orang yang dijangkiti HIV yang lain dipanggil jangkitan semula dan boleh dielakkan dengan mengamalkan seks selamat dan mendesak untuk menggunakan kondom setiap kali melakukan hubungan seks.

Selain daripada mencegah jangkitan semula dengan strain HIV yang kedua, menggunakan kondom semasa seks akan melindungi anda daripada dijangkiti bersama dengan satu lagi jangkitan yang dipindahkan menerusi seks (STI), seperti sifilis, gonorea, herpes, atau klamidia. STI boleh membawa kepada akibat yang serius jika ia tidak dirawat.

Bagi wanita, kekurangan rawatan boleh menyebabkan kesukaran untuk mempunyai anak atau pemindahan jangkitan kepada anak mereka semasa kelahiran. Sesetengah STI telah dikaitkan dengan jenis barah yang tertentu. 

Anda hendaklah berjumpa doktor jika anda mempunyai mana-mana simptom STI, seperti rasa perit atau sakit semasa kencing, bendalir atau lelehan luar biasa dari zakar atau vagina anda, atau lebam, kemerahan atau kegatalan pada alat kelamin anda. 

Untuk lebih maklumat, sila rujuk kepada peralatan pendidikan HIV/AIDS untuk pekerja di samping sumber pada laman web di http://www.hivaids.levi.com.


Cegah Jangkitan Oportunis

Di samping mendapatkan penjagaan profesional dan mengamalkan seks selamat, terdapat banyak cara yang anda boleh ambil alih mencegah sesetengah penyakit oportunis yang biasa dengan mengikuti garis panduan awasan dalam penyediaan air dan makanan, pengembaraan dan kehidupan dengan binatang kesayangan atau haiwan.


Penyediaan Air dan Makanan

Makanan dan air boleh membawa kuman yang menyebabkan penyakit. Kuman dalam makanan dan air boleh menyebabkan jangkitan serius dalam sesiapa sahaja, tetapi adalah lebih biasa dalam orang dengan HIV kerana pertahanan semula jadi mereka tidak berfungsi pada kapasiti yang sepenuhnya. 

Jika anda positif HIV dan mendapat penyakit daripada kuman bawaan makanan atau air, kemungkinan penyakit akan menyebabkan komplikasi yang membawa maut dan membuatkan lebih sukar untuk merawat dan pulih daripada sebaliknya. Paling baik untuk melindungi diri anda daripada jangkitan jenis ini dengan menyediakan  makanan dan minuman dengan betul.

Jangan minum air terus dari tasik, sungai, anak sungai atau mata air. Kebanyakan air paip yang telah dirawat dengan bahan kimia adalah selamat untuk diminum, tetapi anda boleh menyemak dengan jabatan kesihatan dan kemudahan air tempatan untuk mengetahui jika mereka telah mengeluarkan notis khas untuk orang dengan HIV mengenai air paip anda.

Anda mungkin mahu merebus dan menapis air anda sebelum meminumnya, menggunanya untuk membuat ais atau memasak dengannya. Merebus adalah cara terbaik untuk membunuh kuman dalam air anda. Panaskan air anda sehingga menggelegak selama sekurang-kurangnya 1 minit. Semasa menyimpan air rebus, pastikan untuk menggunakan botol, atau kendi yang telah dibasuh dengan sabun dan air bersih, dan tutupnya dengan penutup untuk mengelakkan serangga dan habuk.

Buah-buahan dan sayur-sayuran mentah selamat untuk dimakan jika anda membasuhnya dengan rapi dahulu dengan air bersih atau kupas kulit buah-buahan yang anda mahu makan mentah. Daging, ayam itik (seperti ayam atau ayam belanda) dan ikan boleh membuatkan anda sakit jika ia mentah, kurang masak atau rosak. Masak semua daging dengan rapi, termasuk ikan. Masak sehingga tidak terdapat daging merah jambu atau merah di bahagian tengah, terutamanya ayam, bakon atau daging lain daripada babi.

Jangan biarkan daging, ayam itik atau ikan yang tidak dimasak atau jusnya menyentuh makanan lain atau sesama makanan tersebut. Selepas mengendalikan daging, ayam itik dan ikan mentah, basuh tangan anda dengan rapi menggunakan sabun sebelum anda menyentuh makanan lain.

Basuh dengan rapi papan pemotong, perkakas memasak, dan atas kaunter dengan sabun dan air panas selepas ia bersentuh dengan daging, ayam itik atau ikan mentah.

Susu atau produk tenusu, seperti yogurt adalah selamat untuk dimakan atau diminum jika ia dipasteurkan. Telur hendaklah direbus dengan baik supaya merah dan putih telur menjadi pejal.
Jangan makan makanan yang disediakan dengan telur mentah, seperti mayonis buatan sendiri, kerana telur mentah atau kurang masak, dan makanan yang mengandunginya telah diketahui menyebabkan penyakit bawaan makanan.


Apa Yang Perlu Dilakukan Ketika Berdekatan Dengan Binatang Kesayangan/Haiwan

Orang yang hidup dengan HIV boleh mendapat manfaat yang banyak daripada memiliki binatang kesayangan, kedua-dua secara psikologi dan fizikal, tetapi langkah berjaga-jaga perlu diambil. Haiwan, walaupun kucing dan anjing, boleh membawa kuman yang mungkin membahayakan anda jika anda positif HIV dan penting untuk mengetahui cara bagaimana melindungi diri anda terhadap jangkitan ini.

Sentiasa basuh tangan anda dengan rapi menggunakan sabun dan air selepas bermain dengan atau menjaga haiwan, terutamanya sebelum makan atau mengendalikan makanan. Jangan kendalikan haiwan yang mengalami cirit-birit. Jika cirit-birit binatang kesayangan berpanjangan lebih daripada 1 atau 2 hari, dapatkan rakan atau saudara yang tidak mempunyai HIV untuk membawa binatang kesayangan anda ke doktor haiwan anda. Jangan sekali-kali menyentuh tahi mana-mana haiwan. 

Ini bermaksud bahawa anda perlu meminta seseorang yang tidak dijangkiti HIV dan tidak hamil (wanita hamil juga tidak terjejas imun) untuk menukar kotak tinja kucing anda. Jika anda terpaksa membersihkan kotak tersebut sendiri, pakai sarung tangan vinil atau pencuci rumah dan dengan segera basuh tangan anda dengan rapi menggunakan sabun dan air sejurus selepas membuang tinja.

Ingat bahawa kuman boleh memasuki menerusi kegagalan dalam pertahanan semula jadi kulit anda. Elakkan daripada digigit atau dicalar dengan tidak menyentuh haiwan terbuang dan dengan kerap memetong kuku kucing anda. Jika anda dicalarkan atau digigit, segera basuh luka dengan teliti menggunakan sabun dan air. Jika anda digigit oleh haiwan terbiar, dapatkan nasihat perubatan. Jangan biarkan binatang kesayangan anda menjilat mulut anda atau sebarang luka yang terdedah yang anda mungkin ada dan jangan cium binatang kesayangan anda.

Anda hendaklah mengelakkan terus binatang kesayangan berikut: reptilia seperti ular, cicak dan penyu, dan binatang kesayangan eksotik seperti monyet dan feret atau binatang liar.
Garis Panduan Pengembaraan

Pengembaraan akan menambah risiko dan pendedahan anda kepada jangkitan oportunis, tetapi anda boleh melindungi diri anda dan kesihatan orang lain dengan memahami risiko sebelum anda memulakan perjalanan. Dalam membuat persediaan untuk pengembaraan anda, bercakap dengan doktor anda atau pakar dalam ubat pengembaraan mengenai rancangan pengembaraan anda. 

Mereka boleh memberitahu anda jika anda perlu membawa sebarang ubat bersama anda, seperti pil antimalaria, rawatan untuk cirit-birit pengembara atau jika anda memerlukan sebarang pemvaksinan khas sebelum anda pergi. Mereka juga boleh membantu anda jika terdapat risiko tertentu kepada orang yang hidup dengan HIV di destinasi pengembaraan anda. 

Sesetangah pemvaksinan mungkin perlu diberikan untuk tempoh beberapa bulan, jadi pastikan anda membuat janji temu untuk mendapatkan nasihat sebaik sahaja anda mula membuat rancangan pengembaraan anda.

Semasa mengembara, ikuti peraturan mudah ini mengenai makan dan minum, sama seperti yang anda lakukan di rumah, untuk menghalang penyakit berkaitan perut:

1) Jangan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak melainkan jika anda boleh mengupasnya. Elakkan mengambil salad.

2) Jangan makan makanan laut atau daging yang tidak dimasak dengan baik, atau produk tenusu yang tidak dipasteurkan, seperti susu atau ais krim.

3) Minum hanya minuman botol yang dibuat dengan air yang direbus. Guna hanya ais yang diperbuat daripada air rebus, atau elakkan ais sama sekali. Jika anda tidak boleh merebus air anda, anda boleh menapis dan merawatnya dengan iodin atau klorin, tetapi ini tidaklah sebaik merebus air.

4) Makan makanan yang dimasak sementara ia masih panas.

5) Untuk melindungi diri anda daripada penyakit bawaan nyamuk seperti malaria semasa mengembara, bawa bekalan penghalau serangga yang mengandungi DEET kimia yang mencukupi dengan anda. Kepekatan DEET dalam produk mungkin berbeza, dari kurang daripada l0% hingga lebih daripada 30%. 

Apabila kepekatan DEET bertambah, tempoh perlindungan terhadap serangga juga bertambah. Kepekatan DEET sebanyak 30% hingga 50% berkesan untuk beberapa jam. Bagimanapun, kepekatan maksimum yang disarankan untuk kegunaan pada kanak-kanak adalah 30%, dan produk dengan DEET tidak seharusnya digunakan pada bayi yang berusia kurang daripada 2 bulan.

Berbincang dengan doktor anda mengenai langkah berjaga-jaga yang anda boleh ambil untuk penyakit bawaan haiwan lain dan rujuk kepada perbincangan mengenai malaria dan tuberkulosis dalam bahagian jangkitan oportunis di atas untuk saranan tambahan.


Lindungi yang Lain

Walaupun melindungi diri anda daripada penyakit yang selanjutnya adalah penting, melindungi orang lain daripada jangkitan anda adalah sama penting, dan mungkin juga lebih penting.


Maklumkan Pasangan Seks Anda

Anda hendaklah memberitahu orang yang anda telah melakukan seks dengannya mengenai status positif HIV anda. Ini mungkin sukar, tetapi mereka perlu tahu supaya mereka boleh diuji dan mendapatkan bantuan jika mereka memerlukannya. Jika mereka menghidap HIV, mereka
boleh mendapatkan penjagaan dan mengelakkan daripada merebakkan HIV kepada yang lain. Anda hendaklah memberitahu orang yang anda bercadang untuk menjalani hubungan seks mengenai status positif HIV anda untuk melindungi kesihatan masa depan mereka.

Jika anda seorang lelaki dan telah melakukan seks dengan wanita yang kemudiannya hamil, anda perlu memberitahunya yang anda menghidap HIV, walaupun anda tidak pasti yang anda adalah bapa kepada kandungan tersebut. Jika beliau telah mendapat HIV, beliau akan perlu mendapatkan penjagaan perubatan awal untuk kesihatannya sendiri dan kesihatan bayinya.


Ibu Hamil

Jika anda seorang wanita dengan HIV dan hamil, berbincang dengan doktor anda segera mengenai penjagaan perubatan untuk anda dan bayi anda. Bercakap dengan doktor anda mengenai cara anda menghalang daripada memberikan HIV kepada bayi anda, dikenali sebagai pencegahan penjangkitan ibu kepada anak (PMTCT). 

Amat penting bagi anda mendapat penjagaan yang baik awal dalam tempoh kehamilan anda. Peluang untuk memindahkan HIV kepada bayi anda sebelum atau semasa kelahiran adalah sekitar 1 dalam 4, atau 25%, tetapi rawatan dengan ubat antiretroviral telah dilihat mengurangkan risiko ini dengan ketara. Doktor anda akan meminta anda untuk mengambil ubat ini demi menambah peluang bayi anda untuk tidak mendapat HIV.

Selepas kelahiran, bayi anda akan perlu diuji untuk HIV, walaupun anda mengambil ubat antiretroviral semasa anda hamil. Bercakap dengan doktor anda mengenai keperluan perubatan khas anda. Terdapat risiko memindahkan jangkitan HIV anda kepada bayi menerusi susu badan anda. Jika anda tinggal di negara yang kaya dengan sumber, anda hendaklah mengelakkan menyusu badan sama sekali kerana risiko penjangkitan HIV jauh melebihi risiko berkaitan dengan menyusu bayi rumusan bayi atau penyusuan penggantian yang lain. 

Walau bagaimanapun, jika anda tinggal di negara di mana risiko jangkitan daripada air atau bendalir penggantian lain adalah sangat tinggi, maka penyusuan badan mungkin disarankan untuk 6 bulan pertama hayat bayi. Anda hendaklah menerima kaunseling untuk menentukan apakah stretagi yang terbaik dengan mengambil kira keadaan peribadi anda.


Profilaksis Selepas Pendedahan

Jika seseorang mengalami kemalangan perubatan yang mungkin telah mendedahkan mereka kepada HIV, seperti mencucuk badan mereka sendiri dengan jarum yang tercemar, mereka boleh mendapatkan bantuan perubatan dalam bentuk profilaksis selepas pendedahan (PEP) dalam masa 72 jam. PEP merupakan langkah pencegahan dan terdiri daripada mengambil ubat ARV dengan harapan mengurangkan peluang mendapat jangkitan HIV daripada pendedahan.

Gabungan ubat yang digunakan bergantung pada tahap dan sumber pendedahan. Sebelum
sebarang ubat dipreskripsikan, pakar perubatan akan perlu menentukan jika PEP ditunjukkan
dan wajar.
  

Amalkan Kesihatan Positif

Menjalani kehidupan yang panjang dengan HIV bermaksud mengamalkan tabiat sihat yang positif dan bermula serta merta. Terdapat banyak pemikiran dan pandangan mengenai cara terbaik untuk melakukan nya dan ia lebih daripada apa yang kita boleh senaraikan di sini, tetapi aktiviti yang berikut biasanya disarankan dan sesetengahnya, seperti lawatan doktor yang tetap, sememangnya diperlukan.


Lawatan Doktor yang Tetap

Amat penting untuk berjumpa doktor secara tetap untuk pemantauan kekuatan sistem imun anda, mendapatkan ubat diselaraskan jika perlu, diperiksa untuk jangkitan oportunis, dan untuk mendapatkan nasihat mengenai cara terbaik untuk kekal sihat dengan mengambil kira situasi kehidupan peribadi anda. Untuk perbincangan yang lebih terperinci mengenai pelbagai cara seorang doktor boleh membantu anda, rujuk kepada bahagian di atas mengenai apa yang dimaksudkan dengan positif HIV.


Harapan Positif, Motivasi untuk Hidup

Satu bahagian penting mengamalkan kesihatan positif adalah dengan menanam sifat keterujaan dan bermotivasi untuk terus hidup. Jika anda rasa hidup anda sudah tidak berguna lagi, maka kemungkinan anda tidak akan mendapatkan bantuan untuk penyakit anda atau mengikut garis panduan rawatan dan penjagaan. Jika anda tetapkan matlamat peribadi untuk masa depan anda dan memberikan diri anda sebab yang kuat dan teguh untuk hidup, anda boleh tambah keazaman anda untuk kekal sihat lebih lama dengan HIV.


Makan Makanan Sihat

Kita telah menyentuh mengenai cara untuk melindungi anda daripada kuman dengan menyediakan makanan dan minuman anda dengan betul. Walau bagaimanapun, apa yang anda makan dan minum dan berapa banyak anda makan adalah sama pentingnya. Anda harus makan diet yang berbeza dan seimbang dengan makanan yang mengandungi protein seperti daging, ikan, produk tenusu, dan kacang. Juga, makan makanan yang penuh dengan vitamin dan mineral, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar.


Tambahan pula, jangan lupa untuk makan makanan yang akan memberikan anda tenaga daripada karbohidrat atau kanji, seperti roti, nasi, sayur-sayuran berakar (ubi keledek, ubi kayu,dll.). Memakan makanan sihat akan membantu anda memastikan badan anda kuat, mengekalkan berat badan anda, dan melawan penyakit.

Sesetengah mineral penting untuk orang yang melawan HIV termasuk, tetapi tidak terhad kepada, selenium, zink dan zat besi, dan vitamin penting yang termasuk A (beta-karotena), B12, dan C1. Anda boleh mendapatkan nasihat daripada doktor anda atau pakar pemakanan tempatan mengenai saranan amaun yang anda perlukan dan mengenai makanan mana tinggi dalam vitamin dan mineral ini dan di mana ia tersedia dengan mudah di kawasan anda. Anda mungkin perlu untuk menambah diet anda dengan vitamin dan mineral tambahan dalam bentuk pil atau dengan memakan makanan yang diperkuat.

Walaupun terdapat banyak jenis makanan yang anda ingin makan lebih, ada juga sesetengah makanan yang anda perlu berhati-hati atau cuba untuk elakkan, seperti makanan bergoreng, yang sukar untuk dihadamkan, gula kilang, yang membolehkan kuman yis (seriawan, kandida) bertumbuh pada lidah, tekak, vagina dan bahagian lain badan anda.


Kekalkan Berat Badan Anda

Memakan makanan sihat yang mencukupi untuk mengekalkan berat badan anda mungkin menjadi sukar untuk anda jika anda positif HIV. Ini boleh berlaku jika anda mendapat jangkitan yang menghalang anda daripada menyerap zat makanan atau jika anda hilang selera makan anda sama ada daripada penyakit atau daripada mengambil ubat.

Jika anda turun berat badan yang banyak secara tidak sengaja – lebih daripada 10% daripada berat biasa anda – maka anda mungkin mempunyai penyakit serius yang dipanggil “sindrom membazir,” di mana badan anda hilang sesetengah lemak, tetapi lebih penting lagi, hilang otot, dan anda hendaklah mendapatkan nasihat doktor secepat mungkin.

Untuk cuba menghalang sindrom membazir, pantau berat anda secara tetap, kekalkan pengambilan makanan sihat dan berzat anda seperti yang dibincangkan di atas, dan dapatkan rawatan daripada doktor anda untuk sebarang jangkitan usus dengan segera. Jika anda tidak rasa hendak makan, cuba untuk makan amaun yang lebih sedikit, lebih kerap, elakkan daripada menyukarkan situasi, atau lakukan beberapa senaman ringkas sebelum makan.


Kurangkan Rokok dan Alkohol

Jika anda merokok, disarankan yang anda berhenti. Jika anda minum alkohol, sama ada kurangkan meminumnya kerana ia boleh melemahkan pertimbangan dan sistem imun anda, atau elakkan sepenuhnya jika anda mengambil ubat ARV kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kepada hati anda. Wain, bir dan campuran alkohol semuanya mengandungi gula, jadi anda hendaklah ingat perkara ini semasa anda memantau pengambilan gula anda

Rehat, Tidur, dan Kurangkan Tekanan Anda

Dalam sebarang keadaan, penting untuk mendapatkan rehat dan tidur yang cukup, lebih kurang 8 jam semalam, dan untuk kekal sihat. Bagi orang yang hidup dengan HIV, ia lebih membantu untuk mengelakkan daripada menjadi penat semasa menangguh kemaraan penyakit. Berasa penat membuatkannya lebih sukar untuk mengendalikan tekanan negatif dalam kehidupan anda.

Tekanan yang disebabkan oleh kerisauan, kesunyian yang berlebihan atau situasi kerja sukar yang teruk boleh membahayakan badan anda dalam jangka masa yang panjang. Sesetengah cara untuk melawan tekanan dibincangkan di bawah, seperti bersenam, meditasi dan/atau sembahyang/doa, memulakan hobi, tetapi juga termasuk mengekalkan sikap positif dan mendapatkan sokongan daripada rakan dan keluarga anda.


Bersenam untuk Kekal Sihat

Sentiasa bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari. Mulakan secara perlahan -lahan dan terus maju ke hadapan. Anda juga boleh melakukan senaman seperti berjalan, joging, menari, berkebun atau meregang otot. Malah senaman sederhana akan membantu menguatkan sistem imun anda dalam perjuangannya melawan HIV dan jangkitan lain.


Meditasi dan/atau Sembahyang/Doa

Sesetengah orang mendapati meditasi atau sembahyang/doa membantu mereka kekal kuat dan untuk menangani tekanan hidup dengan HIV. Bergelak ketawa dan memberikan tumpuan kepada perasaan sayang, hormati diri sendiri, rasa terhutang budi dan kemaafan yang positif juga boleh membantu anda mengekalkan badan anda sihat dengan lebih lama.


Penuhkan Masa Anda: Wujudkan Hobi atau Jadi Sukarelawan

Sentiasa sibuk dengan memulakan hobi baharu atau bersukarela boleh mengelakkan anda daripada berasa bimbang mengenai HIV. Hobi boleh merangkumi beberapa bentuk – daripada sangat terperinci kepada sangat ringkas – dan hendaklah sesuai dengan minat, tabiat berbelanja dan gaya hidup anda. 

Anda berupaya untuk mencari peluang untuk bersukarela dalam kominiti anda, walaupun jika anda rasa yang anda tidak mempunyai sebarang kemahiran tertentu. Banyak organisasi memerlukan orang untuk menjawab telefon, memandu ke pelbagai tempat,  atau hanya untuk membuat kerja pembersihan. Sesetengah daripada aktiviti ini dilakukan di luar rumah, sesetengahnya di dalam rumah. Rujuk kepada pejabat kerajaan tempatan anda atau web untuk mencari peluang yang memenuhi keperluan anda


Bercakap dengan Seseorang

Walaupun anda tidak perlu memberitahu sesiapa selain daripada pasangan seks anda mengenai status anda, ia mungkin membantu untuk bercakap dengan seseorang mengenai apa yang anda sedang alami dan rasa. Terdapat sumber dalam komuniti anda yang boleh menawarkan anda sokongan dalam beberapa cara. Bercakap dengan agensi pakar akan membolehkan anda mendapat nasihat praktis mengenai penjagaan perubatan, memperoleh rujukan, dan menerima kaunseling rahsia, serta akses kepada program yang menyediakan sokongan emosi.

Kumpulan sokongan dengan orang yang juga hidup dengan HIV boleh memberikan anda idea mengenai apakah makanan segar yang berzat yang tersedia di kawasan anda dan apakah rawatan di rumah yang mungkin membantu penyakit biasa. 




Buku Panduan Perkhidmatan HIV Levi Strauss untuk negara anda masing-masing, adalah satu tempat permulaan yang baik untuk mendapatkan perkhidmatan sokongan tempatan. Matlamat Program HIV/AIDS Pekerja Levi Strauss & Co. adalah untuk memastikan bahawa pekerja dan tanggungan mereka di seluruh dunia disediakan akses kepada pencegahan, pendidikan, rawatan menyeluruh dan perkhidmatan sokongan HIV/AIDS.



Jika anda, atau seseorang yang anda sayangi hidup dengan HIV, program kami direka cipta untuk anda. Program ini, khususnya adalah sumber untuk pekerja dan ia sedang berusaha untuk menyediakan Dasar Tempat Kerja HIV/AIDS Seluruh Dunia, pendidikan HIV/AIDS untuk semua pekerja, latihan pengurusan mengenai HIV/AIDS di tempat kerja, dan pembayaran balik pengujian, rawatan dan perkhidmatan penjagaan HIV/AIDS di mana diperlukan.
 


Pentakrifan



AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit): Penyakit disebabkan oleh HIV, yang  melemahkan sistem imun badan sehingga ia tidak boleh lagi melawan jangkitan biasa yang sistem imun kebanyakan orang boleh lawan atau kawal (jangkitan tersebut dipanggil "jangkitan oportunis"). 

Antibodi: Antibodi ditemui dalam darah atau bendalir anggota dan digunakan oleh sistem imun kita untuk mengenal pasti dan menyerang objek asing, seperti bakteria dan virus. 

ART: Singkatan untuk terapi antiretroviral. Terapi antiretroviral merujuk kepada rawatan jangkitan virus seperti HIV dengan ubat antiretroviral (lihat pentakrifan di atas). 

ARV: Singkatan untuk antiretroviral: drug atau ejen yang menghentikan atau menyekat aktiviti retrovirus seperti HIV. 

Beban virus (Virol Load): Ukuran bilangan partikel virus, seperti HIV, yang hadir dalam darah. Pengukuran ini membantu doktor membuat keputusan rawatan dan membolehkan mereka memantau bagaimana baikkah rawatan berfungsi. 

Diskriminasi: Layanan memudaratkan atau mengganggu terhadap pekerja berdasarkan pada status HIV orang itu seperti yang berkuat kuasa di bawah undang-undang tempatan. 

HAART: Singkatan untuk terapi antiretroviral yang teramat aktif: gabungan tiga ubat yang  digunakan untuk rawatan HIV/AIDS, yang  ditadbirkan serentak. 

HIV (Virus ImunodifisiensiManusia): Virus yang boleh menyebabkan AIDS. 

HIV/AIDS: Satu istilah lain untuk menyatakan kontinum keadaan berkaitan HIV. 

Jangkitan oportunis: Kuman yang mengambil kesempatan terhadap sistem imun yang lemah atau yang terjejas, dan menyebabkan jangkitan. 

Pasangan suami/isteri: Isteri atau suami seseorang yang sah. 

Pekerja: Mana-mana orang yang diambil bekerja ikut kehendak atau pihak kepada  kontrak pekerjaan yang mana Levi Strauss adalah pihak majikan. 

Pencegahan penjangkitan ibu kepada anak (PMTCT): Satu siri kaedah pencegahan yang terdiri daripada mengambil ubat ARV, penjagaan ibu semasa kehamilan, penjagaan bayi, dan mengikut nasihat dalam penyusuan badan, untuk mengurangkan peluang memindahkan jangkitan HIV kepada kanak-kanak. 

Pendam: Hadir tetapi dalam peringkat dorman atau tersembunyi, tidak menyebabkan sebarang penyakit aktif. 

PMTCT: Singkatan untuk pencegahan penjangkitan ibu kepada anak (lihat pentakrifan di atas). 

Profilaksis selepas pendedahan (PEP): Kaedah pencegahan yang terdiri daripada mengambil ubat ARV untuk mengurangkan peluang mendapat jangkitan HIV daripada pendedahan tidak sengaja. 

Profilaksis: Inia adalah prosedur perubatan, seperti pemvaksinan, yang bermaksud untuk  menghalang penyakit, daripada menyembuh atau merawatnya. 

Sel CD4 (juga dikenali sebagai sel T pembantu atau sel askar): Sel-sel ini adalah penting  kepada sistem imun kita, dengan membantu badan melawan kuman. Sel CD4 digunakan oleh dan dihapuskan oleh HIV. 

Sindrom membazir: Ini merupakan satu keadaan yang disebabkan oleh kehilangan 10% daripada berat badan biasa anda kedua-dua daripada kehilangan lemak badan dan kehilangan jisim otot. 

STI: Singkatan untuk jangkitan yang direbakkan secara seksual, yang merupakan jangkitan yang direbakkan menerusi aktiviti seks. 

Stigma: Ketaksetujuan ciri-ciri peribadi atau kepercayaan yang bertentangan dengan norma budaya

Tahan drug: Berlaku apabila ubat tidak berkesan ke atas jangkitan. 

Tanggungan: Semua tanggungan sah pekerja Levi Strauss, termasuk suami/isteri, pasangan  yang bersekedudukan, dan anak biologi, anak  angkat atau anak yatim piatu. 

Tempoh jendela (Window Piriod): Ini adalah tempoh 3-6 bulan sejurus selepas pendedahan kepada HIV, yang  mana pada tempoh itu orang yang dijangkiti akan diuji negatif untuk HIV kerana ujian HIV mencari antibodi, yang belum lagi dibentuk. 

Terjejas imun: Berlaku apabila sistem imun anda dilemahkan akibat beberapa keadaan,  seperti jangkitan HIV atau kehamilan. Apabila anda terjejas imun anda berada pada risiko yang lebih besar apabila didedahkan kepada kuman yang menyebabkan penyakit daripada orang yang tidak terjejas. 

Ubat antiretroviral (ARV): Ini adalah ubat yang hanya doleh dipreskripsikan oleh doktor dan  yang mengawal HIV dan memperlahankan kemaraan penyakit


Sumber LEVI STRAUSS & CO



No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST