Monday, 2 September 2013

1) APA MAKSUDNYA MENGHIDAP HIV+ (DARI SEGI PERUBATAN)

Sistem Imun yang Sihat

Sistem imun adalah cara badan anda menghalang dan mengubati penyakit. Walaupun kita sering memikirkan mengenai sistem imun hanya dalam darah kita, malah, di bahagian lain badan kita – kulit kita dan asid di dalam perut kita – bertindak sebagai lapisan pertama pertahanan dalam melindungi kita daripada penyakit. Apabila ini dirosakkan dalam sesetengah cara, seperti dengan luka atau cucukan jarum, sistem imun dalam darah kita mengambil alih untuk memerangi penyakit.

Dalam setiap titik darah dalam badan kita terdapat lebih kurang 1,000 CD4 sel (“askar” atau sel T pembantu). Sel-sel ini adalah teras kepada sistem imun kita. Ia membantu melindungi badan dengan melawan kuman, termasuk:

- Bakteria – iaitu pneumonia, tuberkulosis, sesetengah jangkitan kulit

- Virus – iaitu demam selesema, flu, hepatitis, HIV, herpes

- Yis (kulat) – iaitu jangkitan yis vagina, seriawan, kutu air

- Parasit dan protozoa – iaitu cacing usus dan penyakit usus lain, malaria

HIV menyerang sel CD4 dan menggunakannya untuk menghasilkan virus baharu. Sel CD4
dimusnahkan dalam proses ini.



Daripada Negatif kepada Positif

Laluan penjangkitan untuk HIV adalah jelas dan mudah. Virus hanya boleh direbakkan menerusi bendalir anggota yang berikut: darah, semen, bendalir vagina, dan susu badan. Terdapat keperluan untuk cara mendapatkan bendalir anggota daripada orang positif ke dalam bendalir anggota orang negatif. Ini hampir keseluruhannya berlaku menerusi:

- Seks penetrasi – iaitu, seks anus, seks vagina, atau seks oral

- Penjangkitan darah ke darah – iaitu, berkongsi jarum untuk menyuntik dadah, transfusi darah dari darah yang dijangkiti (walaupun kemungkinan ini tidak akan berlaku kerana darah diuji untuk HIV sebelum transfusi)

- Ibu kepada anak (biasanya melalui kelahiran tetapi boleh dipindahkan juga menerusi
penyusuan badan)

Jika HIV mula-mula memasuki badan melalui satu daripada cara ini, ia boleh menjangkiti sel CD4 anda dan menduplikasidirinya sendiri sebelum sistem imun anda mempunyai masa untuk bergerak balas. Anda mungkin berasa simptom seperti flu sepanjang masa ini. Sebaik sahaja dijangkiti, badan anda mula menyerang virus dengan membuat antibodi untuk melawannya. Ini dikenali sebagai tempoh jendela, yang berakhir selama 3-6 bulan, yang mana pada masa itu orang yang dijangkiti akan diuji negatif untuk HIV, kerana ujian HIV mencari antibodi, yang belum lagi dibentuk.

Ujian negatif HIV tunggal tidak dapat memberitahu anda dengan pasti jika anda bebas daripada jangkitan, jadi adalah perlu untuk diuji sebanyak dua kali, sekurang-kurangnya dalam jarak 6 bulan, untuk membuat kepastian, dan sepanjang tempoh 6 bulan tersebut anda tidak boleh melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.
.
Di kebanyakan tapak pengujian, jika ujian anda positif, anda akan ditawarkan ujian pengesahan sejurus selepas itu dan jika ujian pengesahan sekali lagi positif, anda akan dirujuk kepada klinisian pakar.


Kiraan CD4 dan Beban Virus (Viral Load)

Jika anda disahkan positif untuk HIV, anda akan dinasihatkan untuk menghadiri klinik HIV secara tetap untuk memantau kekuatan sistem imun anda (kiraan CD4 atau sel T) lwn. berapa banyak HIV dalam darah anda (beban virus). 

Beban virus adalah satu ukuran bilangan partikel virus, seperti HIV, yang hadir dalam darah. Ukuran ini membantu doktor membuat keputusan rawatan dan membolehkan mereka memantau apakah kemajuan rawatan yang sedang dijalankan. 

Kiraan CD4 biasa dalam sistem imun yang sihat berbeza daripada 500 kepada 1,800 sel setiap milimeter padu darah. Memastikan kiraan sel CD4 anda dalam julat biasa ini adalah penting untuk membantu badan anda melawan kuman. 

Jika anda mengekalkan kiraan CD4 yang tinggi, anda memasuki peringkat yang anda langsung tidak mempunyai simptom jangkitan HIV. Jika bilangan sel CD4 berkurangan, sistem imun anda telah menjadi rosak dan badan anda juga tidak lagi berupaya untuk melawan penyakit dengan begitu baik. 

Walaupun tidak terdapat peringkat yang dipersetujui di mana HIV menjadi AIDS, ini adalah tipikal apabila AIDS didiagnosis. Ia mungkin didiagnosis dengan kiraan yang lebih tinggi jika anda mempunyai gabungan kedua-dua HIV dan penyakit tertentu yang lain seperti tuberkulosis atau Pneumonia akibat Pneumocystis carinii (PCP). 

Sebaik sahaja anda didiagnosis dengan AIDS, anda boleh memulakan rawatan dengan ubat antiHIV. Rawatan akan merangsang sistem imun anda dan membantu mencegah jangkitan lain, dan memastikan anda sihat untuk lebih lama


HIV Lawan AIDS

Untuk memahami perbezaan antara HIV dan AIDS, amat membantu untuk meneliti apa yang
dimaksudkan dengan huruf tersebut:



 
Cara paling mudah berfikir mengenainya adalah dengan memikirkan bahawa HIV adalah virus dan AIDS berkaitan dengan penyakit.


Jangkitan Oportunis

Jika anda positif HIV, maka sistem imun anda sentiasa dalam serangan oleh HIV yang tidak putus-putus sehingga ia menjadi terjejas. Orang lain yang terjejas keimunannya termasuk ibu hamil, kanak-kanak yang masih kecil dan orang tua. Apabila keimunan terjejas, anda mengalami risiko yang lebih besar apabila didedahkan kepada kuman yang menyebabkan penyakit berbanding orang yang tidak terjejas. Kuman yang badan anda mungkin telah melawan dengan mudah pada masa lepas kini menjadi ancaman kepada sistem anda. Ia dipanggil oportunis kerana ia mengambil kesempatan terhadap pertahanan anda yang telah lemah.

Jika anda mendapat penyakit oportunis, sel T pembantu anda akan menarik diri daripada melawan HIV sehingga penyakit lain telah hilang, jadi amat penting untuk anda mendapatkan rawatan dengan kadar segera. Lawatan tetap ke pejabat doktor anda untuk rawatan pencegahan (iaitu, untuk suntikan flu), memantau sistem imun anda, dan pemeriksaan gigi rutin boleh membantu anda mengelakkan jangkitan oportunis atau mengesannya awal. Sesetengah jangkitan oportunis yang lebih serius dibincangkan pada halaman yang berikutnya


TB (Tuberkulosis)

TB merupakan penyakit yang sangat serius. Oleh kerana kemungkinan besar didapati dalam orang yang hidup dengan HIV, anda hendaklah diuji untuk TB sebaik sahaja anda mengetahui yang anda mendapat HIV. TB direbakkan dari orang ke orang menerusi udara, semasa berada dekat dengan orang yang menghidap TB. Anda boleh mengambil ubat untuk menghalang TB daripada menjadi penyakit aktif dan merawat TB jika anda menunjukkan simptom penyakit, tetapi penting untuk mendiagnosis pada peringkat awal.

Simptom klasik TB termasuk batuk teruk yang berpanjangan lebih daripada 3 minggu, sakit dalam dada, dan batuk berdarah atau kahak (mukus pekat dan keruh) dari bahagian dalam paru-paru. Simptom lain mungkin termasuk: lemah atau lesu, turun berat badan, tiada selera makan, dan simptom seperti flu seperti rasa seram sejuk, demam dan berpeluh pada waktu malam.

Anda boleh menghalang TB dengan diuji walaupun anda tidak mempunyai mana-mana simptom di atas. Anda mungkin dijangkiti oleh kuman TB, tetapi ia mungkin ter pendam atau tidak menyebabkan sebarang penyakit aktif. Semasa TB te pendam, lebih mudah untuk merawatnya dan ia tidak boleh direbakkan dari seorang kepada yang lain. Sebaik sahaja aktif, TB amat mudah berjangkit. 

TB boleh dijangkiti hanya dengan batuk, bersin, atau malah dengan menyanyi dalam jarak yang dekat dengan orang lain. Mereka yang paling berisiko mendapat jangkitan dengan TB adalah mereka yang kerap menghampiri individu yang dijangkiti dengan TB, seperti rakan sekerja, atau ahli keluarga. Dengan itu, paling baik diuji untuk TB secepat mungkin jika anda mengetahui yang anda mempunyai HIV.


PCP (Pneumonia akibat Pneumocystis carinii)

PCP adalah jangkitan serius yang biasa dalam kalangan mereka dengan HIV. Ia boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. Jika anda mendapat PCP, kemungkinan anda akan demam, batuk atau sukar untuk bernafas. Dapatkan penjagaan perubatan secepat mungkin jika anda menunjukkan mana-mana simptom ini. Jika kiraan CD4 jatuh kepada kurang daripada 200, doktor anda mungkin menyarankan ubat untuk mencegah PCP.


Malaria

Malaria disebabkan oleh sejenis parasit yang direbakkan dari seorang ke seorang yang lain melalui sejenis nyamuk tertentu. Kebanyakan orang yang mendapat malaria tinggal di negara dengan penjangkitan malaria. Walau bagaimanapun, orang dari negara tanpa malaria boleh mendapat jangkitan semasa mereka mengembara ke negara dengan malaria. Ia merupakan penyakit yang teruk dan boleh membawa maut tetapi boleh dicegah dan dirawat.

Simptom malaria biasanya termasuk gabungan demam, rasa seram sejuk, berpeluh, sakit kepala, loya dan muntah, sakit badan, dan rasa tidak sedap badan yang biasa. Cara terbaik untuk mencegah malaria adalah mencegah daripada digigit oleh nyamuk. Disarankan yang anda menutup anggota, kaki, leher anda dan bahagian lain badan anda yang terdedah dan menggunakan penghalau nyamuk pada kulit anda yang terdedah.

Jika anda mengembara ke kawasan di mana terdapat penjangkitan malaria, bercakap dengan doktor klinik mengembara anda mengenai pengambilan drug antimalaria (lihat Garis Panduan Mengembara untuk maklumat lanjut). Jika anda tinggal di kawasan di mana penjangkitan malaria adalah biasa, anda hendaklah tidur di dalam kelambu yang disembur dengan bahan kimia. Anda juga mungkin mahu bercakap dengan doktor anda mengenai pengambilan ubat antimalaria.


Rawatan dan Penjagaan

Langkah pertama dalam rawatan dan penjagaan HIV adalah dengan memantau kiraan CD4 sistem imun dan beban virus HIV anda. Pada setiap masa, anda hendaklah mendapatkan rawatan untuk jangkitan oportunis jika, dan sebaik sahaja ia muncul. Jika sel T pembantu anda melawan TB, malaria, atau kuman besar yang lain, itu mungkin bermaksud bahawa ia mengabaikan untuk melawan HIV sehingga penyakit lain telah sembuh. Anda hendaklah membantu sistem imun anda melawan balik dengan mengamalkan tabiat sihat yang positif yang dibincangkan dalam panduan ini.

Doktor anda akan menentukan bila masanya untuk anda memulakan ubat antiHIV, atau ubat antiretroviral (ARV) dan jika sebarang ubat tambahan disarankan. Doktor anda hendaklah berpengalaman dalam merawat HIV dan AIDS. Anda mungkin mahu berjumpa dengan pakar penyakit berjangkit. Anda dikehendaki bekerjasama rapat dengan doktor anda untuk membuat keputusan termaklum mengenai rawatan anda, jadi penting untuk mendapatkan doktor yang anda berasa selesa dengannya.


Rawatan dan Penjagaan

HAART

Rawatan yang disarankan pada masa ini untuk HIV/AIDS adalah gabungan atau koktail farmaseutikal tiga atau lebih ubat yang berbeza. Apabila beberapa ubat tersebut diambil secara gabungan, gabungan ini dipanggil terapi antiretroviral yang sangat aktif (HAART). Gabungan tepat akan disesuaikan dengan sewajarnya untuk keadaan pesakit. Ini adalah ubat yang amat kuat dan berkesan yang dipreskripsikan hanya oleh doktor.

Ubat tersebut tidak membunuh virus atau menyembuhkan penyakit; bagaimanapun, ia mengawal virus dan memperlahankan kemaraan penyakit. Sebaik sahaja anda mula mengambil ubat tersebut, amat penting untuk anda mematuhi regimen dan arahan yang doktor anda preskripsikan. Ini amat penting untuk memastikan ubat berfungsi dengan berkesan.


Kesan Sampingan daripada Antiretroviral

Ubat ARV adalah sangat kuat dan boleh memberikan kesan sampingan yang tidak menyenangkan. Pesaki berasa sakit beberapa minggu pertama apabila mereka mula mengambil ARV adalah satu kebiasaan. Jangan berhenti mengambil ubat anda jika anda rasa sakit.

Jika kesan sampingan yang teruk atau tidak terhingga berlaku, bercakap dengan doktor anda dan beritahunya mengenai kesan sampingan atau simptom yang anda alami daripada rawatan anda. Tanya sama ada anda perlu mengambil ubat dengan atau tanpa makanan. Anda diisarankan untuk tidak minum alkohol semasa anda mengambil ARV. Selain itu, jangan ambil ubat lebih daripada amaun yang dipreskripsikan kepada anda kerana ini boleh membuatkan anda sakit dengan teruk.


Ketahanan terhadap Ubat Drug

Masa yang panjang serta pendedahan kepada kepada ubat, HIV boleh berubah dan memutat
dalam strain yang berbeza yang mungkin menentang ubat yang anda pada mulanya dipreskripsikan. Ini dipanggil ke tahan an terhadap drug dan bermaksud bahawa ubat akan dianggap tidak berkesan terhadap jangkitan.

Kemungkinan besar akan berlaku jika ubat ARV tidak diambil secara konsisten setiap hari atau tidak diambil pada masa yang betul. Jika ini berlaku kepada anda, doktor anda akan cuba untuk mencari gabungan baru ubat untuk membantu anda melawan HIV. Oleh sebab itu, amat penting bagi orang yang mengambil ARV mengikut 100% dan patuh kepada regimen rawatan mereka kuat menentang drug yang kini tersedia. Itulah sebabnya ia benar-benar perlu bahawa pesakit yang mengambil ARV adalah 100% mengikut dan mematuhi regimen rawatan mereka.


Hidup dengan HIV/AIDS

Disebabkan oleh terlalu banyak kemajuan dalam terapi drug dan rawatan perubatan lain, anggaran tentang berapa cepat orang yang dijangkiti HIV mendapat AIDS sedang dikaji semula.

Sebilangan faktor, termasuk jangkitan bersama dengan penyakit lain selain daripada HIV, komposisi genetik anda, dan cara bagaimana anda menjaga diri anda boleh mempengaruhi masa di antara bila anda dijangkiti HIV dan bila anda didiagnosis dengan AIDS. 

HIV kini dilihat sebagai keadaan kronik dan jangka panjang kerana tidak terdapat ubat untuk  penyakit tersebut pada masa ini. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh kejayaan rawatan drug, orang yang hidup dengan HIV boleh hidup dengan baik untuk tempoh yang lebih lama.

Purata jangka hayat daripada jangkitan HIV kepada kematian kini lebih kurang 20-30 tahun dan meningkat apabila rawatan diperbaik. Nampak jelas bahawa anda mempunyai sedikit kawalan ke atas memperlahankan kemaraan daripada HIV kepada AIDS dengan mengambil pendekatan yang aktif dan sihat terhadap kehidupan. Lebih cepat anda tahu status HIV anda, lebih cepat anda boleh mula membuat keputusan untuk menguruskan kesihatan anda.



Pentakrifan



AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit): Penyakit disebabkan oleh HIV, yang  melemahkan sistem imun badan sehingga ia tidak boleh lagi melawan jangkitan biasa yang sistem imun kebanyakan orang boleh lawan atau kawal (jangkitan tersebut dipanggil "jangkitan oportunis"). 

Antibodi: Antibodi ditemui dalam darah atau bendalir anggota dan digunakan oleh sistem imun kita untuk mengenal pasti dan menyerang objek asing, seperti bakteria dan virus. 

ART: Singkatan untuk terapi antiretroviral. Terapi antiretroviral merujuk kepada rawatan jangkitan virus seperti HIV dengan ubat antiretroviral (lihat pentakrifan di atas). 

ARV: Singkatan untuk antiretroviral: drug atau ejen yang menghentikan atau menyekat aktiviti retrovirus seperti HIV. 

Beban virus (Virol Load): Ukuran bilangan partikel virus, seperti HIV, yang hadir dalam darah. Pengukuran ini membantu doktor membuat keputusan rawatan dan membolehkan mereka memantau bagaimana baikkah rawatan berfungsi. 

Diskriminasi: Layanan memudaratkan atau mengganggu terhadap pekerja berdasarkan pada status HIV orang itu seperti yang berkuat kuasa di bawah undang-undang tempatan. 

HAART: Singkatan untuk terapi antiretroviral yang teramat aktif: gabungan tiga ubat yang  digunakan untuk rawatan HIV/AIDS, yang  ditadbirkan serentak. 

HIV (Virus ImunodifisiensiManusia): Virus yang boleh menyebabkan AIDS. 

HIV/AIDS: Satu istilah lain untuk menyatakan kontinum keadaan berkaitan HIV. 

Jangkitan oportunis: Kuman yang mengambil kesempatan terhadap sistem imun yang lemah atau yang terjejas, dan menyebabkan jangkitan. 

Pasangan suami/isteri: Isteri atau suami seseorang yang sah. 

Pekerja: Mana-mana orang yang diambil bekerja ikut kehendak atau pihak kepada  kontrak pekerjaan yang mana Levi Strauss adalah pihak majikan. 

Pencegahan penjangkitan ibu kepada anak (PMTCT): Satu siri kaedah pencegahan yang terdiri daripada mengambil ubat ARV, penjagaan ibu semasa kehamilan, penjagaan bayi, dan mengikut nasihat dalam penyusuan badan, untuk mengurangkan peluang memindahkan jangkitan HIV kepada kanak-kanak. 

Pendam: Hadir tetapi dalam peringkat dorman atau tersembunyi, tidak menyebabkan sebarang penyakit aktif. 

PMTCT: Singkatan untuk pencegahan penjangkitan ibu kepada anak (lihat pentakrifan di atas). 

Profilaksis selepas pendedahan (PEP): Kaedah pencegahan yang terdiri daripada mengambil ubat ARV untuk mengurangkan peluang mendapat jangkitan HIV daripada pendedahan tidak sengaja. 

Profilaksis: Inia adalah prosedur perubatan, seperti pemvaksinan, yang bermaksud untuk  menghalang penyakit, daripada menyembuh atau merawatnya. 

Sel CD4 (juga dikenali sebagai sel T pembantu atau sel askar): Sel-sel ini adalah penting  kepada sistem imun kita, dengan membantu badan melawan kuman. Sel CD4 digunakan oleh dan dihapuskan oleh HIV. 

Sindrom membazir: Ini merupakan satu keadaan yang disebabkan oleh kehilangan 10% daripada berat badan biasa anda kedua-dua daripada kehilangan lemak badan dan kehilangan jisim otot. 

STI: Singkatan untuk jangkitan yang direbakkan secara seksual, yang merupakan jangkitan yang direbakkan menerusi aktiviti seks. 

Stigma: Ketaksetujuan ciri-ciri peribadi atau kepercayaan yang bertentangan dengan norma budaya

Tahan drug: Berlaku apabila ubat tidak berkesan ke atas jangkitan. 

Tanggungan: Semua tanggungan sah pekerja Levi Strauss, termasuk suami/isteri, pasangan  yang bersekedudukan, dan anak biologi, anak  angkat atau anak yatim piatu. 

Tempoh jendela (Window Piriod): Ini adalah tempoh 3-6 bulan sejurus selepas pendedahan kepada HIV, yang  mana pada tempoh itu orang yang dijangkiti akan diuji negatif untuk HIV kerana ujian HIV mencari antibodi, yang belum lagi dibentuk. 

Terjejas imun: Berlaku apabila sistem imun anda dilemahkan akibat beberapa keadaan,  seperti jangkitan HIV atau kehamilan. Apabila anda terjejas imun anda berada pada risiko yang lebih besar apabila didedahkan kepada kuman yang menyebabkan penyakit daripada orang yang tidak terjejas. 

Ubat antiretroviral (ARV): Ini adalah ubat yang hanya doleh dipreskripsikan oleh doktor dan  yang mengawal HIV dan memperlahankan kemaraan penyakit


Sumber LEVI STRAUSS & CO
  


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST