Friday, 27 September 2013

ISKANDAR REMAJA HIV – BACAAN CD4 SAYA MENINGKAT NAIK DARI 48 SEHINGGA 1181


Assalam.....

Mulanya aku saja-saja nak jengah blog encik Naj Mi ni, tapi bila lama-lama aku tengok best pulak blog nya, penuh dengan info dan panduan untuk pesakit PLHIV secara khususnya dan pada orang awam amnya. Aku bukan bermaksud hendak buka pekung di dada tetapi aku sekadar ingin berkongsi pengalaman mengenai kehidupan aku sebagai seorang PLHIV.

Nama aku Iskandar (bukan nama sebenar) aku berumur 26 tahun (1987), aku seorang PLU tegar, kehidupan aku memang dikelilingi lelaki, aku meminati golongan sejenis ni sejak dari kecil lagi itu adalah sifat natural aku. Aku ni agak memilih jugak tapi siapa sangka aku akhirnya dijangkit jugak dengan penyakit ini.  

Tapi aku redha.

Aku disahkan mendapat HIV selepas aku diarahkan untuk ke pusat darah Negara selepas aku menderma darah di salah sebuah university swasta di Selangor. Masa tu aku sudah “in relationship” dengan seorang laki ni, dia seorang student kat situ jugak. Kami berdua bersama ke pusat darah tu dan ternyata memang betul aku disahkan telah dijangkiti. Tapi masa tu aku memang tak tahu nak buat apa, tindakkan apa yang perlu akau ambil. So aku memang tidak pergi check doctor sampai lah kesihatan aku merosot. Berat badan aku juga susut teruk, kelas pun selalu skip.

Aku masih ingat kejadian pengalaman yang aku tidak boleh lupa, masa tu bulan puasa tahun 2008. Then masa tu dah dekat nak cuti raya, keadaan aku sangat teruk. Aku kat hostel masa tu, aku gagahkan diri drive dari Selangor ke Johor sebab nak cuti raya. Sampai aje kat rumah, aku collapse, bapak aku bawak aku pergi hospital. Aku kena masuk wad, kesihatan aku semakin teruk.

Pada malam hari  raya aidilfitri tahun itu, aku masuk CCU, doktor kata peluang aku hidup 50-50 sahaja masa itu. Aku kena pakai topeng oksigen dan topeng oksigen tu tak pernah aku bukak. SPO2 >95% (buku rawatan depan mata). Semasa tu doktor dah siapkan mesin bantuan pernafasan (yang masukkan tiub dalam mulut tu and buat aku koma). Doktor siap cakap kat mak aku kalau nak suruh saudara datang dah boleh.

Air masuk kat tangan pun dah berlambak-lambak, bengkak aje tangan kiri, pindah pulak ke tangan kanan. Puas kedua-dua tangan, pindah kekaki pulak. Memang sengsara sangat, bapak aku nangis aje. Adik angkat aku pun datang melawat.

Alhamdulillah semakin lama aku semakin pulih. Pada 16/10/2008 aku masuk wad biasa dengan topeng oksigen masih tidak ditanggalkan, still  >95%.

Masa tu bapak aku and mak aku hentikan aku belajar, habis impian aku untuk jadi pendidik. Alhamdulillah aku semakin sehat and discharge dari hospital dalam keadaan yang kurus tanpa boleh berjalan sebab kesan kerana terlalu lama terlantar dikatil. Doktor suruh jumpa fisioterapi tapi aku tak pergi.

Semasa di rumah pun aku baring sahaja terlantar, nak berak kencing pun pakai pampers. Kesian mak aku yang jaga aku, sedih sebenarnya sebab benda ni berlaku atas kesilapan aku sendiri tapi aku redha. 

Catatan Perkembangan Diri Aku

1st appointment doctor, berat aku ketika itu hanya 43kg manakala CD4 – 48. Ubat yang aku makan masa tu Stavudine, Lamivudine & Efavirenz.

Next appointment, berat 66kg dan CD4 – 180 manakala Viral Load (VL) – 794. Masa tu aku makan ubat pada pukul 10am & 10pm, memang tak boleh  berpuasa dan terpaksa bayar fidyah je. 

07/09/2009 Next appointment aku, CD4 – 438, Virol Load (VL) – 194. Ubat still sama.

17/05/2010 Next lagi appointment, CD4 – 629, Virol Load – ND (Not Detected) 
02/09/2010 Next appointment, CD4 – 775, Virol Load – 21
08/11/2010 Next appointment, CD4 – 842, Virol Load – (not done) – berat aku naik jadi 70kg 

14/03/2011 Next appointment, CD4 – 911, Virol Load – ND (Not Detected) –  berat aku turun sikit jadi 65kg 
10/11/2011 Then next appointment aku nak tukar ubat, makan Tenvir-em & Stocrin sahaja, alhamdulillah aku dapat berpuasa sebab aku makan ubat pukul 9.50 pm aje setiap hari. Berat kurang 63kg aje (doktor tak tulis pulak CD4 semua tu).

12/01/2012 Next appointment CD4 – 1181, ubat memang dah bertukar, alhamdulillah.. 
04/04/2012 Next appointment CD4 – 1120, Virol Load - pending
10/05/2012 Next appointment CD4 – 1170, Virol Load – 43 

22/08/2013 Terbaru appointment CD4 – 964, Virol Load – Not Detected

Doctor cakap kesihatan aku amat-amat baik bagi PLHIV ni. Aku makan ubat ikut tepat waktu pada pukul 9.50 pm setiap hari. Set jam kat HP, kalau bunyi aje and aku tak perasan, family aku akan ingatkan aku. Kadang kala aku dah makan ubat pun mak aku still tanya lagi aku dah makan ubat ke belum. 

Alhamdulillah family aku support aku malah kawan-kawan baik aku pun terima aku. Boyfriend aku pun terima aku sebab dia pun sakit sama macam aku.

Abang Naj Mi ada tanya apa amalan petua yang menyebabkan CD4 aku naik tinggi, sebenarnya aku tak ada mengamalkan apa-apa amalan petua, aku hanya jalani kehidupan macam biasa tapi sejak setahun lalu aku kerap makan ubat bersama dengan susu kambing "Higoat" tu.

Dan aku rasa, PLHIV ni tidak boleh hidup tertekan tidak boleh stress, kena happy selalu, tapi kadang-kadang aku tensen jugak sebab family aku agak mengawal pegerakan aku. Payah untuk aku keluar bertemu dengan kawan-kawan, banyak soalan yang akan ditanya mereka nanti. Tapi aku tidak mahu jadikan alasan itu untuk aku stress memanjang. Apa yang mereka buat itu aku pasti kerana mereka sayangkan aku dan semuanya demi kebaikan untuk aku juga.

Buat masa ini aku pun bekerja disebuah kilang, dibahagian office and still sambung study kat OUM. Semua ni pun demi untuk masa depan aku juga kan.

Pada PLHIV baru dan lama diluar sana, janganlah anggap penyakit ni sebagai penutup masa depan, sebab masih ada lagi penyakit yang lebih teruk dari HIV ni. Yang penting kita semua kena selalu berfikiran positif, elakkan stress, jaga kesihatan, pemakanan, dapatkan tidur yang cukup, makan ubat tepat waktu dan buatlah excersice sekali sekala secara berterusan. Carilah kawan yang ada sakit sama seperti kita berkongsi lah pengalaman sambil sokong menyokong, nasihat menasihati antara satu sama lain, stay happy dan safe seks.


~ISKANDAR~


BAHAYA PENAGIH ONANI

ONANI masalah lazim yang dibangkitkan kepada pakar sakit tuan. Di dalam bidang perubatan sendiri, banyak pertikaian mengenai amalan ini dengan kebanyakan pakar psikologi berpendapat ia satu cara untuk mengenali diri secara mendalam, terutama mengenai tindak balas perasaan syahwat dan kemuncak rangsangan seksual.


Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan apa perlu dilakukan apabila amalan itu bertukar kepada ketagihan kerana saya menerima begitu banyak soalan daripada mereka yang mengaku sebagai ‘penagih onani’.

Perlu diingatkan yang mereka membabitkan semua peringkat usia dengan sebahagian besarnya remaja dan bujang, tetapi golongan sudah berkahwin turut tidak ketinggalan dengan amalan ini, malah ada yang menyifatkan berasa lebih puas dengan beronani. Anda boleh bayangkan tekanan yang anda berikan kepada anggota sulit dan sistem syahwat anda dengan beronani.

Jika anda lakukan onani secara luar biasa seperti melakukan rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda akan mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani. Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome’. Yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.

Selain itu, jika agak ganas dengan cara merangsang anggota sulit anda sehingga mengakibatkan anggota itu sakit dan bengkak, kemungkinan satu hari anda akan mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya. Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh diurut atau dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj perempuan. Berkaitan dengan benih dan kesuburan bukan dalam pengaruh onani. Sehubungan itu, bagi anda yang sihat dan mempunyai buah zakar yang berfungsi dengan baik, ia pasti mampu menghasilkan sperma.

Namun, saya ingin mengingatkan yang kerosakan buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani, dan jika ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, sudah tentu anda akan mandul kerana sperma tidak lagi dihasilkan ‘kilang’. Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda teragut buah zakar atau mencederakan buah zakar.

Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda akan menjadi mandul. Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar untuk dihentikan, kecuali berlaku sesuatu perkara yang memudaratkan seperti keradangan buah zakar, kecederaan zakar seperti kebengkakan zakar.

Bagaimanapun, ia sudah terlewat jika tiada cara perawatannya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih. Namun, jika kilang sudah rosak dan buah zakar mengecil, tiada penawarnya. Jadi cuba kurangkan amalan onani, terutama secara kasar. Anda perlu ingat, anda hanya ada satu zakar, bukan sepasang. Jika zakar itu tidak berguna, hidup anda merana selama-lamanya! 


Sumber Harian Metro


Monday, 23 September 2013

ROY GH - HOUSEMATE DAN RAKAN BAIK SAYA JADI ANAK IKAN


ROY GH (bukan nama sebenar) seorang pelajar disebuah pusat pengajian, berkongsi kisah mengenai kegiatan rakan-rakannya yang rela menjadi "anak ikan" semata-mata inginkan kehidupan bermegah-megah. 



Saya jumpa dan terbaca link-link yang Encik Naj Mi pos kan dalam group gay & it is a good effort. Blog Encik Naj Mi seriously buat saya insaf dan tak terjebak atau terlanjur lebih jauh, kisah yang paling dekat dengan saya pasal si Firdaus (klik disini) bukan nama sebenar, based on his story saya rasa dia budak UITM Merbok Kedah kot. His story almost macam saya tapi agak malang untuk dia sebab first partner dia dah ada HIV kan. 

Encik Naj Mi, housemate saya dan kawan baik saya jadi "anak ikan" for money sebab nak hidup senang, lebih-lebih lagi as a student nak harapkan duit PTPTN mana cukup hidup kalau nak bergaya kan. Saya pernah suruh mereka baca blog Encik Naj Mi tapi mereka takut and ignore aje.

Kebanyakan kawan-kawan saya yang jadi anak ikan atau ditaja ni semuanya sebab nak hidup senang lenang penuh bergaya tambah-tambah lagi hidup kat kampus dekat dengan bandar besar, macam-macam ada. Saya sendiri pun hampir terpengaruh juga dengan kegiatan kawan-kawan ni. Biasanya medium untuk benda-benda macam ni adalah through social networking, based on my experience group-group dalam facebook dan juga laman-laman web tertentu sangat lah senang untuk mencari partner dan sugar daddy, kita just perlu pos kan gambar-gambar kita yang attractive atau photo tubuh badan yang sexy ke, dalam erti kata lain macam jual diri juga lah and then datang lah mereka-mereka ini yang berminat untuk berjumpa dan membuat tawaran. 

Macam saya sendiri, saya pernah juga nak test market juga lah kan ada diantara sugar daddy ni pernah offer saya seperti kereta, apartment dan percutian ke luar negara. Duit tu sudah semestinya lah kan, seks tu lagi wajib kan, bila dah buat seks dengan penaja tentu kena ikut kata-kata penaja kan sebab dia dah taja kita, bagaimana kalau penaja tu tak nak guna kondom semasa buat seks, bagaimana kalau penaja tu ada HIV atau penyakit kelamin?

Berkenaan dengan kisah kawan-kawan baik saya pulak jujur saya kata mereka memang sudah lebih lama dalam bidang ni dan mereka hidup senang lenang lah sebab kena taja. Pakai pakaian semua dari barangan berjenama, gadjet-gadjet semuanya mahal dan canggih semua tu biasa la bagi mereka. Kawan-kawan saya ni bukannya datang dari keluarga miskin dan kebanyakan mereka dari golongan pertengahan juga kan. Through benda-benda macam ni la mereka nak hidup lebih mewah dan sebab itu mereka sanggup buat apa saja. Even macam tu pun akademik mereka still meletop jugak and ada certain tu pointer cantik dekan dan pegang jawatan tinggi dalam university. 

Golongan yang menaja ni pula antara pekerjaan mereka macam doctor, lawyer, ahli perniagaan, engineer, pendek kata golongan professional lah. Kawan baik saya sendiri punya sugar daddy seorang lawyer, dia hidup memang mewah lah tapi at the same time dia curang dan tamak main dengan orang lain juga sebab nak dapatkan duit lebih banyak. Ada kawan saya yang lain pula tu sugar daddy dia foreigner, dia pun lumayan jugak dan sebagainya.

Saya tak berani nak nasihat mereka sebab diri sendiri pun tak baik sangat. Abang Naj Mi seriously saya bersyukur terjumpa dengan blog abang ni dan saya amat simpati dengan mereka yang terkena penyakit ni, banyak yang dapat saya belajar dan saya rasa insaf jugak la. Saya sangat support effort abang dalam meningkatkan kesedaran terhadap penyakit ini, semoga usaha abang dirahmati Allah di dunia dan akhirat! Sorry tunggang-langgang cerita saya.


-ROY GH-



GURU AGAMA DITAHAN LIWAT MURID

Aikk... dua tiga hari ni ada aje kisah liwat meliwat ni, kalau antara PLU dengan PLU suka sama suka rasanya itu dah biasa dengar tapi bila ianya membabitkan seorang guru dengan anak murid, guru agama pulak tu bagi orang kebanyakan normal diluar sana pasti terperanjat jugak lahkan.

Tapi biasalah kalau bab nafsu ni tidak kira siapa, kalau bijak mengawal diri insyaallah selamat kalau tak boleh kawal diri habislah....
 
photo hiasan


KUALA LUMPUR 22 Sept. 2013 - Polis menahan seorang guru agama di sebuah rumah di Jalan Sungai Tua, Selayang dekat sini semalam bagi membantu siasatan kes liwat seorang murid lelaki berusia lapan tahun. 

Suspek yang berusia 28 tahun ditangkap pada pukul 10 pagi selepas bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Selayang. 

Menurutnya, mangsa sebelum itu menceritakan kejadian tersebut kepada bapanya ketika ditanya alasannya tidak lagi mahu mengikuti kelas tuisyen guru agama berkenaan. 

Kejadian itu katanya, terbongkar apabila mangsa tiba-tiba menangis selepas dikejutkan bapanya untuk ke kelas tuisyen pagi semalam. 

"Mangsa menceritakan apa yang berlaku kepadanya setiap kali dia ke kelas tuisyen di rumah guru berkenaan kepada bapanya. 

"Hasil laporan pemeriksaan ke atas mangsa di Hospital Selayang turut mengesahkan terdapat kesan koyakan pada dubur murid lelaki itu," katanya hari ini. 

Tambah sumber itu lagi, polis turut merampas cadar dan sarung bantal milik suspek di rumahnya bagi membantu siasatan. 

"Suspek direman bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan," katanya.


Sumber Disini





Saturday, 21 September 2013

BUDAK LELAKI DIPAKSA SEKS ORAL OLEH GURU DISPILIN

KUALA LUMPUR 18 Sept. 2013 - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun membuat laporan polis setelah menjadi mangsa apabila dipaksa guru disiplinnya melakukan seks oral bersamanya di sebuah sekolah, baru-baru ini.

Suspek yang berusia 35 tahun merupakan seorang guru disiplin di sebuah sekolah rendah terletak di kawasan Bandar Baru Sentul dan telah berkahwin serta mempunyai dua orang anak.

Kejadian luar tabii ini dikatakan sering berlaku di antara mangsa dan suspek sejak tahun 2012 dan dilakukan di kawasan sekolah berkenaan sebelum mangsa akhirnya membuat laporan polis pada 13 September.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, sebelum kejadian baru-baru ini, suspek sering membantu mangsa menyemak buku-buku mangsa serta meminta bantuan mangsa untuk menyemak kertas kerjanya dan mengisi borang laporan guru.

"Selain menjadi guru disiplin, suspek merupakan seorang yang rapat dan amat dipercayai mangsa sehingga mangsa terperangkap dengan godaan suspek apabila dirangsang dengan gambar-gambar lucah sebelum dipaksa melakukan seks oral.

"Menurut laporan mangsa, sewaktu mereka berada di bilik warisan sekolah berkenaan, suspek secara mengejut membuka butang baju dan zip seluar mangsa lalu memaksa mangsa untuk melakukan seks oral terhadapnya," katanya dalam sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau memberitahu kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 377E dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan (klik disini) kerana selain memaksa mangsa melakukan seks oral, suspek juga bertindak meraba badan mangsa.

"Kertas siasatan mungkin akan disiapkan dalam minggu ini dan kita akan rujuk kes bagi mendapatkan arahan terkini daripada Timbalan Pendakwa Raya sama ada hendak menuduh ataupun tidak," ujarnya.

Khairi Ahrasa mengesahkan suspek telah ditangkap di kediamannya di kawasan Bandar Baru Sentul sehari selepas laporan dibuat dan masih ditahan bagi tujuan soal siasat.

Tambah beliau, perbuatan liwat tidak berlaku di antara mangsa dan suspek kerana setakat ini mangsa hanya diraba oleh suspek dan dipaksa melakukan seks oral sahaja. 



Sumber Disini




HUKUMAN JENAYAH SEKSUAL LUAR TABII BERBEZA

Seksual luar tabii
 

Sementara itu, Pegawai Siasatan Seksual/Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ASP Suraini Hussain berkata jenayah seksual luar tabii, terus meningkat sejak 2006.
 

Katanya,walaupun kes yang dilaporkan tidak mencapai angka ribuan seperti kes rogol, namun ia dianggap serius kerana yang menjadi mangsa majoritinya adalah remaja bawah 18 tahun.
 

Dalam tempoh 2006 hingga April tahun ini, 716 kes dilaporkan dan 411 daripada mangsa adalah pelajar sekolah dan penuntut kolej. Lebih membimbangkan, katanya, dalam tempoh yang sama, terdapat dua kes yang membabitkan jenayah seksual luar tabii terhadap binatang.
 

Beliau memberitahu Bernama bahawa peningkatan setiap tahun kes membabitkan jenayah seksual luar tabii adalah serius dan terdapat kes seperti itu yang tidak dilaporkan kerana mangsa merasa malu selain bimbang identiti diketahui.
 

"Kita takut statistik ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun jika tidak dibendung," katanya.
 

Pada tahun 2006, sebanyak 180 kes jenayah seksual luar tabii dilaporkan, meningkat 51 kes pada 2007 menjadikannya 231 kes, dan bertambah 12 kes lagi pada 2008 menjadikan 243 kes.
 


Hukuman berbeza

Hukuman berbeza bagi jenayah seksual luar tabii dipecahkan kepada beberapa seksyen dengan hukuman berbeza.
 

Bagi keselahan mengikut Seksyen 377 Kanun keseksaan, iaitu persetubuhan luar tabii dengan haiwan, hukumannya ialah penjara sehingga 20 tahun penjara dan denda atau sebatan.
 

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377A iaitu persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii sama ada melalui mulut atau dubur, hukuman ialah penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.
 

Seksyen 377C merujuk kepada persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan manakala Seksyen 377 CA iaitu perhubungan seks dengan objek sama ada melalui dubur atau kemaluan, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
 

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 377D iaitu melanggar kesopanan dengan melakukan kelucahan melampau, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara sehingga dua tahun manakala kesalahan mengikut Seksyen 377E iaitu merangsang seorang kanak-kanak (di bawah 14 tahun) untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau, membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.
 

Suraini berkata bahawa dalam kebanyakan kes mangsa kenal suspek. "Contohnya, mereka keluar bersama dan kemudiannya mangsa dipaksa melakukan hubungan seksual luar tabii," katanya.

Pengalaman hitam

 

Prof Madya Dr Mariani Md Nor dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, berkata gejala seksual luar tabii dilakukan untuk mendapat lebih keseronokan dan kepuasan terutama apabila perlakuan seks itu menyakitkan orang lain.
 

Katanya dari kajian yang dilakukan, kebanyakan pelaku seksual luar tabii mempunyai pengalaman hitam dalam hidup seperti pernah melalui kesakitan atau diperlakukan dengan kejam sehingga menjadikannya seorang pendendam. 

"Sebab lain ialah tidak mencapai kepuasan dalam hubungan seks biasa seperti dalam perkahwinan, jadi apabila ada ruang dan peluang di depan mata, mereka menggunakannya untuk mencapai kepuasan tersebut," katanya.
 

Dr Mariani berkata beliau pernah diberitahu oleh seorang wanita yang mengakui mencapai nikmat melalui seks luar tabii dengan memasukkan sesuatu melalui duburnya.
Katanya dalam perlakuan seks luar tabii seperti liwat melibatkan sesama lelaki tidak banyak menimbulkan syak wasangka.

 

"Contonya jika lelaki membawa perempuan ke hotel, pastinya akan menimbulkan syak tetapi kalau lelaki dengan lelaki, siapa yang sangka?" katanya.
 

Dr Mariani berkata paparan melalui media selain filem dan drama mengenai kisah hubungan luar tabii turut memberi rangsangan kepada golongan berkenaan.


Sumber Disini


LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (15) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (58) najmi jumpa doktor (10) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (90) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST