Thursday, 22 August 2013

WHO ARAH PESAKIT AIDS HENTI GUNA STAVUDINE

Ini adalah keratan akhbar lama saya sharekan kembali buat tatapan kita semua mengenai kesan ubatan HAART dipanggil "Stavudine" yang boleh menyebabkan kehilangan lemak badan yang dipanggil "lipoatrophy". Saya pernah kongsikan artikel ini dalam entri disini.

Saya pernah menelan ubatan stuvadine ini satu ketika dulu selama hampir 2 tahun sebelum ditukarkan kepada ubatan Tenvir EM dan Stocrin. Stavudine juga boleh didapati didalam ubatan HAART yang dipanggil SLN30.
 
Sila rujuk dalam entri mengenai "lipodystrophy" dalam blog ini...



GENEVA 1 Dis. - Semua negara perlu menghentikan penggunaan stavudine, sejenis ubat anti-AIDS kerana ia memberikan kesan sampingan 'jangka panjang dan sukar dipulihkan' terhadap pesakit HIV termasuk gangguan saraf dan badan menjadi susut, menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) semalam.

Dalam perubahan besar pada garis panduan itu, WHO turut menyarankan supaya mereka yang menghidap HIV, termasuk wanita mengandung, agar mengambil ubat anti-AIDS lebih awal untuk hidup lebih lama dan lebih sihat.

Buat pertama kalinya, WHO menasihatkan wanita yang positif HIV dan bayi mereka untuk mengambil ubat tersebut semasa menyusu badan bagi menghindar kedua-dua ibu dan anak terdedah kepada virus yang boleh menyebabkan AIDS.

Stavudine, yang turut dikenali sebagai d4T, dipasarkan sebagai Zerit oleh pembuat ubatan, syarikat Bristol-Myers Squibb Co. di Amerika Syarikat (AS) dengan versi generik dibuat oleh syarikat Cipla Ltd, Aurobindo Pharma Ltd dan Strides Arcolab Ltd, yang berpusat di India.

Stavudine boleh didapati secara meluas di semua negara membangun sebagai terapi peringkat pertama, yang sangat murah dan mudah untuk digunakan, menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Menurutnya, ia bagaimanapun menyebabkan gangguan saraf yang mengakibatkan rasa kebas dan kesakitan yang amat sangat di bahagian tangan dan kaki termasuk boleh mengurangkan lemak badan yang dikenali sebagai lipoatrophy atau badan menjadi susut, sehingga kurang bermaya dan mencacatkan.

WHO menyarankan 'kesemua negara perlu menghentikan penggunaan stavudine sebagai pilihan terapi peringkat pertama dan beralih kepada alternatif lain yang kurang bertoksik seperti zidovudine (AZT) atau tenofovir (TDF).

"Kedua-dua bahan ini merupakan alternatif ubat yang kesannya adalah sama," katanya.

Zidovudine mula dikilangkan oleh syarikat GlaxoSmithKline Plc yang mana patennya tamat tempoh pada tahun 2005.

Aurobindo dan Ranbaxy Laboratories, juga merupakan pembuat ubat versi generik itu di India manakala Tenofovir pula dipasarkan oleh Gilead Sciences di bawah label Viread. - Reuters

Sumber © Utusan Melayu (M) Bhd


No comments:

Post a Comment

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST