Sunday, 18 August 2013

UJIAN HIV WANITA HAMIL


SOALAN

Doktor satu hari saya ke klinik. Jururawat ada mengambil darah, katanya untuk ujian HIV. Bolehkah doktor berikan penerangan berkenaan HIV dan AIDS. 
1) Bagaimana bayi dalam kandungan boleh terjejas jika ibunya mempunyai HIV? 
2) Perlukah saya membuat ujian HIV? Bagaimanakah ujian HIV dijalankan? 

Terima kasih.

SITI
KELANTAN


JAWAPAN

HIV merujuk kepada virus human immunodeficiency. Virus ini dijangkiti daripada seorang individu kepada individu yang lain semasa hubungan seks dan melalui cecair badan seperti darah dan susu ibu dan boleh dijangkiti daripada seorang wanita kepada bayi dalam kandungannya sewaktu hamil dan semasa bersalin.

Bagaimana bayi dalam kandungan boleh terjejas jika ibunya mempunyai HIV?
Bayi dalam kandungan mempunyai kira-kira satu dalam empat kemungkinan memperolehi HIV jika ibunya HIV positif dan tidak menerima sebarang rawatan atau intervensi untuk menghentikannya. Virus ini boleh dijangkitkan kepada bayi semasa hamil melalui plasenta (uri), semasa bersalin melalui sentuhan dengan cecair badan dan semasa menyusu badan melalui susu badan.

Di Malaysia, wanita hamil yang membuat pemeriksaan di klinik-klinik kerajaan akan menjalani ujian HIV dan mereka yang didapati positif akan diberi kaunseling dan rawatan anti-retroviral (ARV) sepanjang kehamilan mereka. Si ibu pula akan menerima rawatan ARV sepanjang hayatnya. Bayi yang baru dilahirkan juga akan diberi rawatan dan ujian HIV secara berkala. Wanita hamil yang memilih untuk membuat pemeriksaan di klinik dan di hospital swasta pula akan diuji untuk HIV sebagi sebahagian daripada rutin penjagaan pranatal, namun anda boleh memilih untuk tidak melakukannya.

Setiap bayi yang ibunya HIV positif akan dilahirkan dengan antibodi terhadap virus tersebut dalam badannya. Lama kelamaan antibodi ini akan hilang jika bayi tersebut tidak mempunyai HIV. Kadang kala mengambil masa sehingga 18 bulan untuk ini berlaku. Jadi anda tidak dapat memastikan samaada bayi ini bebas daripada HIV sehinggalah dia menjangkau usia setahun setengah.

Perlukah saya membuat ujian HIV?
Keputusan sama ada mahu membuaat ujian HIV semasa hamil atau pun tidak adalah satu keputusan yang besar. Anda perlu mengambil masa untuk memikirkan mengenai implikasinya sebelum anda memberi keputusan. Cubalah cari seseorang yang anda boleh berbincang contohnya doktor ataupun seorang teman rapat yang anda boleh percayai, yang boleh memastikan perbincangan anda ini adalah sulit.

Sebelum anda mengambil ujian ini, doktor anda akan menerangkan secara terperinci bagaimana ujian ini akan dijalankan dan apa yang akan berlaku jika keputusannya didapati positif atau negatif. Kemudian beliau akan bertanya sama ada anda memberikan persetujuan supaya ujian ini dijalankan. Jika anda mengubah fikiran pada ketika ini, anda tidak harus rasa terpaksa atau diberi tekanan untu meneruskannya.

Sumber 
Soal Jawab Doktor  Profesor Dr.Nik Hazlina Nik Hussain
Panca Warna 
Mingguan Malaysia 18-8-2013


1 comment:

  1. hmm tp kalau first booking utk wanita pregnant kat hosp or kk kerajaan mmg wajib buat hiv & vdrl

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST