Thursday, 1 August 2013

SOAL JAWAB - HIV/AIDS ADA AKU KISAH?!??

Rasanya ramai antara kita yang dok dengar pasal HIV/AIDS ni dari kecik. Kat sekolah kita dengar, kat TV kita tengok iklan-iklan, dalam majalah ngan suratkhabar... kiranya kalau saya tanya mana-mana orang secara rawak samada diorang tahu pasal HIV AIDS ke tak, chances are semua akan kata tahu. Tapi tahu apa? 
Saya anggapkan kebanyakan orang kita masih seperti penduduk US di awal dan pertengahan 90an. Mereka sudah mula sedar yang HIV/AIDS itu bahaya, tak boleh diambil ringan, tapi tak tahu apa-apa fakta dan lebih banyak percaya cerita karut-marut yang didengar secara gosip. 
Contoh paling mudah, siapa ada dapat sms / FB status / twitter update semalam yang kata jangan minum Coke & Pepsi sebab ada pekerja kat kilang yang HIV+ dah tumpahkan darah dia dalam container air kat situ? Ramai gila. Saya dapat 3 FB statuses macam tu, dan malu nak mengaku, adik saya sendiri pun sms benda tu pada saya. I think she spammed it to a lot of other people as well. Sigh... 
Sib baik la dia hantar kat saya. So after explaining to her, she posted my debunking facts on her FB wall. At least ramai orang akan baca dan faham. 
Tapi apa cer orang-orang yang takde sape nak tolong explainkan? Nak pegi google sendiri fakta HIV/AIDS? Haarraaammmmmmm. 
So takpe adik-adik, akak-akak, abang-abang, meh lemme answer some of your questions about HIV/AIDS. Now these questions dulu diajukan pada saya oleh remaja hinggalah orang dewasa ok. Ada antara soalan ni yang berbunyi bengong gile tapi pada saya macam ni lah ek, bila cakap pasal kes hidup mati kita, takde soalan yang bodoh. 
Read on......

1) HIV/AIDS boleh berjangkit kalau kissing tak? 
Tak boleh, 
Kecuali kamu gigit lidah masing-masing dan minum darah tu bergelen-gelen. HIV hanya berjangkit melalui 4 benda ni: 
1) Darah, 
2) Air mani (semen), 
3) Air mazi (precum), 
4) Bendalir faraj (vaginal fluid). 
Air liur, peluh, sentuhan, batuk ke semua tak boleh. 

2) Eh, ade je orang tak buat sex tapi dapat HIV/ AIDS... 
Memang ada, sebab ada aktiviti lain yang boleh pindahkan HIV from one person to another. Ada 3 cara jangkitan yang utama iaitu 
1) Seks tak selamat (samada anal or vaginal), 
2) Perkongsian jarum atau 
3) Dari ibu kepada anak. 
So kalau orang tu ambik dadah, pastu jarum suntikan tu dikongsi beramai-ramai, maka tinggilah peluang HIV merebak. 

3) Aku bukan gay, apasal nak kena HIV pulak? 
Ok, jom tengok statistik di Malaysia. 
Pada tahun 2010, 
47% dari kes HIV yang dilaporkan adalah dari perkongsian jarum, 
40% dari heteroseksual (straight lah maknanya),
1% dari ibu kepada anak dan hanya 
8% dari golongan homoseksual.  
Now tell me, masih fikir HIV/AIDS masalah orang gay? HIV tak pilih mangsa. Kita hitam ke, putih ke, melayu ke cina ke india ke, gemuk ke, keding ke, sama je. 
Kalau korang buat seks pakai langgar je, korang kongsi jarum ambik dadah, korang bertukar-tukar pasangan tanpa mengambil langkah penjagaan yang baik, kebarangkalian kena HIV tu tinggi gila. 

4) Wei, jangan minum air tin cap Peksis tu! Ada emel kata pekerja dia dah tumpahkan darah HIV dalam container! Mampus ah kita weiiiii 
Relaks beb. 
Hal makan minum ni memang mencuakkan, tapi meh nak story sikit: HIV adalah virus yang hanya boleh hidup di dalam badan manusia. Jadi kalau la darah HIV tumpah dalam makanan ke, atas meja ke, kat baju ke, tepi jalan ke, virus tu tak boleh merebak kat kita kecuali 
1) darah tu masih fresh (baru dua tiga saat lepas tertumpah DAN 
2) kawasan yang tersentuh tu ada luka. 

5) Tapi kalau termakan, cemana?!! 
Kebarangkalian memang ada, tapi tipiiisssssss gila. Korang cuma boleh dijangkiti kalau 
1) Darah tu fresh, 
2) korang kena ada luka di mulut atau tekak, dan 
3) korang minum bergelen-gelen darah tu. 

6) Nyamuk pun hisap darah. Sama je ngan kongsi jarum
Seperti yang dikongsikan tadi, HIV cuma boleh hidup dalam darah manusia. Bila nyamuk isap darah seseorang, dia tak menolak balik darah orang sebelumnya ke dalam badan kita. lagipun virus HIV tak boleh hidup lama dalam nyamuk sebab nyamuk bukan manusia. Sekian. 

7) I tau boyfriend I bukan HIV+ sebab dia sihat gila 
Ada orang yang hanya menunjukkan simptom HIV dalam badan selepas 10 tahun menghidapnya. Ada beb. 

HIV duduk dalam badan dan attack sistem immune badan, iaitu sistem yang mengeluarkan antibodi (antibodi adalah askar2 yang lawan penyakit dan bakteria). Keje HIV adalah lemahkan sistem immune. Orang akan terus sihat kalau takde jangkitan dari penyakit-penyakit lain. 
Tapi bila ada penyakit lain, macam bakteria, atau demam atau masalah kulit ke, atau luka, haaaa masa ni sistem immune dah tak boleh tolong hantar askar gi baiki balik kerosakan tu. Maka time tu baru badan mula jadi lemah dan takde perisai nak lindung badan dari terus dijangkiti oleh virus / jangkitan lain. 
Time tu baru orang tu akan kena AIDS. 

8) Pakai kondom, main tak best lah. 
Kena HIV, best tak? 

Sekarang ni ada macam-macam jenis kondom, untuk macam-macam saiz dan keperluan / keinginan. Jangan risau, mesti ada yang sesuai untuk korang. Yang penting, tengok expiry date. Jangan beli yang dah luput sebab kondom mudah pecah atau koyak lepas tarikh luput.

9) So awak ni menggalakkan saya buat seks???? 
Ehhhhhh sabar beb, sabar. Amboi marahnya. 

Camni eh, dalam kes HIV/AIDS ni, tak ada yang lebih baik dari menahan diri dari melakukan perkara berisiko tinggi dan ya, seks memang berisiko tinggi. Cuba hidup dengan ABC ni: 
Abstinence : Jangan buat. Tak kira la seks ke, ambik dadah ke, jangan buat. Tahan diri dari buat semua ni. Ingat agama, paling tak pun ingat lah mak bapak dan hazab kalau korang kena HIV / AIDS nanti. 
Be faithful: Kalau dah tak boleh nak tahan diri dari buat, setiakan diri dengan hanya satu pasangan mahupun jarum. 
Correct use of condoms & needles: kalau dah menggelijat sangat dan dah tak boleh nak tahaaannnnnnn sangat nak jugak nak jugak kalau tak I mati, make sure korang guna kondom. Kalau ambik jugak dadah, jangan kongsi jarum! 

10) Orang HIV takleh kawen. So cemana kalau lepas buat test HIV untuk kawen, tetiba pasangan aku HIV+? 
Okay, ini isu yang agak sensitif dan sebenarnya penyelesaian terletak pada individu tu sendiri. Saya kenal seorang lelaki awal 30an yang baru saja berkahwin, dan ya, dia HIV+. Saya juga kenal seorang wanita HIV+ yang putus tunang sebab dia tak nak risikokan bakal suami dia. 
Thing is, kesanggupan kita. Benda utama adalah untuk tau fakta berkenaan HIV/AIDS dulu. Cemana merebak, kalau dah HIV+ cemana nak contain, cara pencegahan dari terus merebak, risiko-risiko... bila dah tahu benda-benda macam tu, baru lah boleh duduk bincang dan decide nak kahwin atau tidak.
Memang akan rasa kecewa, ragu, sedih dan sebagainya. Tapi perasaan tu mungkin memuncak sekejap je. Cuba plak fikir, apa reason korang nak kawen? Berapa lama dah korang sama-sama, sedalam mana cinta tu (yang konon apa jadi pun I tetap sayang you. Ha skang dah jadi, amacam?). Dan pastu, fikir juga kesanggupan dan keupayaan untuk hidup dengan HIV+. 
 It's really up to you. 

11) Apa guna saya kawen dengan dia kalau pastu dia sakit, mati. 
Semua orang pun mati, beb. Takyah kena AIDS pun boleh esoknya mati kena gelek lori (naudzubillah). 

Sekarang ni macam-macam rawatan ada untuk HIV/AIDS. Kerajaan turut bagi bantuan ubat-ubatan percuma. 10 tahun lepas, memang kos ubat HIV boleh cecah sampai RM1500 sebulan, tapi sekarang tak lagi. 
Dengan penjagaan yang betul dan kadar kesihatan yang optimum, seseorang Yang Hidup Dengan HIV boleh hidup sehingga 20 tahun. That's a long time
Harap korang dah faham sedikit sebanyak tentang soalan-soalan penting dalam kepala hotak korang pasal HIV/AIDS. Tapi kalau ada yang memusykilkan, tinggal soalan korang kat ruang comments and I'll try to answer them ok :) 

Sumber AZYZE


52 comments:

  1. good info. biasa kita dengar tiga cara berkemungkinan risiko dapat hiv, iaitu seks tidak selamat, berkongsi jarum penagih, dari ibu ke anak

    tapi yang pasal darah ni, it's still quite confusing dan tak diceritakan dengan detail. Pernah tak baca cerita cara2 penyebaran hiv, yang konon2 ada jarum tertanam dalam pasir la, so siapa yang terpijak terkena dah tersuntik darah hiv la. is this have some kind of truth in that?

    I think penyebaran hiv melalui darah harus diberi penjelasan menyeluruh oleh pihak2 yang berkenaan.

    p/s teringat citer csi, seorang killer ditangkap di sebabkan dijangkiti hiv, sebab bila dia membunuh mangsa yang juga adalah hiv person, darah dia memercik masuk ke dalam mata. is this also possible?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Mengenai jarum tertanam dalam pasir, saya ada baca mengenai pekara itu, tapi logiknya virus HIV akan cepat mati kalau terdedah pada udara, kalau dalam jarum tu ada darah sekali pun tentu dah beku dan pastinya kuman pun dah lama kojol kan heee

      Stigma masyarakat masih kuat terhadap apa sahaja mengenai HIV, apabila ramai yang tidak memahami mengenai HIV mereka pasti akan percaya sesuatu berita walaupun sebenarnya ianya tidak lojik. Masih ada pembaca yang bertanya saya boleh berjangkit ke bila bersalaman dg PLHIV, jadi saya pasti ramai lagi orang yang tidak memahami mengenai HIV ni.

      Mengenai kisah CSI, saya tak tonton pun. Darah terpercik masuk kedalam mata, saya tak pasti mengenai ini TETAPI kalau sekitar mata pembunuh tu ada luka berdarah dan terkena darah mangsa dan berlaku dengan pantas, tidak mustahil boleh berjangkit bila darah baru terkena pada luka dimata, risikonya masih ada kut. Wallahuallam saya beri pandangan mengikut lojik akal saya, maybe salah wallahuallam.

      Tapi semestinya kisah seperti CSI mereka pasti akan merujuk mengenai pekara itu terlebih dulu dengan mereka yang pakarkan.

      Delete
  2. Salam. Entry baik najmi and kredit utk AZYZE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Ya terima kasih pada AZYZE yang mengulas mengenai HIV ni dg sempoi kan...

      Delete
  3. Info terbaek... Saya faham... Dan saya akan gunakan kondom... * wink wink abg naj...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg naj... Saya nak balik ipoh sambut hari raya... Jadi ker jumpa minum kopi sama2?

      Delete
    2. shahrir nordin

      ....heeeee...tak tahu lah lagi...:)

      Delete
    3. Selamat hari raya aidilfitri abg naj dan semua pembaca blog abg naj...
      Kalau abg naj brubah fikiran nak minum kopi ngan saya, roger jer saya...
      Kalau free kita kuar sama2...

      Delete
    4. shahrir nordin

      Terima kasih sebab sudi nak jumpa dg abg..tapi kena lah kenal2 lebih rapat dulu, bila ada konfident insyaallah kita jumpa...tapi kena rajin2 lah hubungi abg sama ada melalui email atau melalui ruang komen ni..biar konfident tu datang sendiri..alhamdulillah sebab sudi nak jumpa...insyaallah satu hari nanti....:)

      SELAMAT HARI RAYA...:)

      Delete
  4. macam mana naj mi boleh dapat HIV ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ED

      ED boleh mula baca entry pertama abang "PENGENALAN MENGENAI DIRI SAYA" dan label dibawah "SAYA"

      Delete
  5. Bagusnya info ni...utk yg kurang faham ttg HIV,mmg makin mudah difahami

    ReplyDelete
  6. Salam Najmi..
    Info terbaik ni...Najmi sememangnya sentiasa tak jemu- jemu memberi segala info dan pendedahan dari masa kesemasa tentang pemahaman org ramai dgn status HIV ni..
    Tabik kat Najmi..ini info yg terbaik lagi..

    Selamat berpuasa Najmi..MW dan rakan2 yg lain..moga.di akhir2 Ramadhan ini segala doa kita diperkenankan Allah..Ameen Ya Rabb

    syukran.jazillan

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran jazillan

      Mudah-mudahan maklumat ini dapat memberi manafaat pada semua pembaca.
      Selamat Berpuasa juga...

      Delete
  7. Kalau jari or tangan kita xluka,tapi kita tersentuh darah orang hiv,kemungkinan kita akan dijangkiti x?risau jugak...

    ReplyDelete
  8. saya tersentuh darah orang hiv...tapi jari saya tiada luka langsung...adakah kemungkinan saya dijangkiti?saya agak risau n takot...mintak nasihat...:(

    ReplyDelete
  9. Anonymous

    Jari tangan tiada luka dan sentuh darah orang HIV tak mengapa, TIDAK AKAN BERLAKU jangkitan...usah risau. Lagi satu kuman HIV akan cepat mati apabila terdedah kat ruang udara..

    JANGAN RISAU

    ReplyDelete
  10. Abang najmi..sekadar nk tahu...sy pernah melakukan perkare berisiko dulu lh.sebelum test hiv utk kahwin sy ade buat test sendiri di klinik swasta..result 4 hari baru kuo dan negatif....lps tu br sy check hiv utk kahwin di hospital kerajaan...result keluo serte sekejap je dh sample darah hanya sedikit je diambil.....persoalannye...ujian yg manekah lebih tepat....atau kedua2nye tpt......

    bdk jb.

    ReplyDelete
  11. Salam bdk JB,

    Untuk ujian HIV tidak memerlukan darah yang banyak, setahu abang setitik dua pun memadai utk dpt keputusan yang tepat. Yang penting ujian dilakukan setelah 3-4 minggu dari tarikh aktiviti berisiko (ada kata lepas 2 minggu) Sebab kalau buat ujian dalam waktu window period itu besar kemungkinan ujian tidak dapat mengesan virus HIV jika kita telah dijangkiti.

    Ujian HIV tidak memerlukan waktu yang lama untuk dpt result..biasanya lebih kurang 25 mint result dah boleh kita dapat. Pandangan abang kedua2 ujian diklinik swasta dan hospital itu tepat. Maybe ada prosedur2 tertentu di klinik swasta tu sehingga memerlukan 4 hari baru result diperolehi.

    Wallauallam

    ReplyDelete
  12. Abg naj mi..saya memerlukan pandangan dan pendapat. Saya sudah bertunang. Dan didalam tempoh bertunang,baru2 ni baru saya dapat tau saya hiv positive sbb masuk hospital (asek demam je). Saya dapat hiv ni dari bekas teman lelaki saya yang lama.saya pun tak pasti dah berapa lame saya hiv positive ni.dan jujur saya katakan yang saya juga dah berhubungan (sex) dengan tunang saya sepanjang tempoh 2tahun setengah ni. Bila saya da dapat tahu saya hiv positive,saya terus suruh tunang saya melakukan ujian.dan didapati keputusan dia adalah negetive. Adakah saya perlu menganggap keputusan itu betol negetive atau sebalik nya. Saya takut pada jangka masa panjang,dia sudah dijangkiti...sebab saya nak memutuskan tunang jika dia bebas dari hiv dan meneruskan kehidupannya seperti biasa.saya akan berasa bersalah.dan saya juga sudah bertaubat. Dan untuk pengetahuan juga,kami pernah melakukan hubungan ketika dalam haid. Saya betul2 memerlukan pendapat dalam masa terdekat ini. Harap naj mi dpt membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Biasanya simptom demam yang tidak sembuh2 akibat telah dijangkiti HIV akan dialami selepas lebih kurang lebih 3 minggu selepas dijangkiti HIV, bermakna saudari baru sahaja dijangkiti HIV.

      Setiap orang berbeza, ada orang dalam masa 2 minggu sudah dapat dikesan kuman HIV dalam badan, malah ada orang lain (mungkin tunang saudari) yang akan mengambil masa berbulan2 untuk dapat dikesan kehadiran virus HIV dibadan.

      Jika benar saudari hanya melakukan seks dg tunang dan jika benar saudari sah positif abg percaya saudari dapat melalui tunang saudari (mungkin tunang ada melakukan aktiviti dg wanita lain wallauallam)

      Jangkitan baru sahaja berlaku walaupun saudari dan tunang telah melakukan aktiviti itu selama lebih 2 tahun.

      Sebaiknya ikut arahan doktor, mungkin saudari perlu melakukan beberapa kali ujian HIV, dan jika tunang saudari seorang yang bertanggungjawab, dia juga perlu melakukan ujian HIV beberapakali sehingga adakala berlanjutan sehingga setahun bagi mendapt keputusan yang tepat. (perlu elak melakukan seks dalam masa setahun itu bagi mendapat result yang tepat)

      Sama ada hendak memutuskan pertunangan tersebut terpulang kepada saudari dengan tunang, berbincanglah dg baik. Jika kedua2 anda positif HIV pada abg teruskan lah bernikah dg segera. Jika benar tunang saudari tidak ada HIV tentu ada yang tidak kena dalam kehidupan saudari sebelum ini, mungkin saudari dapat melalui cara lain wallahuallam.

      Kalau boleh anda berdua perlu berterus terang dengan doktor supaya doktor boleh fikir punca sebab dijangkiti dan supaya doktor boleh membantu saudara berdua.

      Delete
    2. Saya yakin yang saya dah mendapat virus ni lebih dari 3 tahun(dr bekas teman lelaki) kerana saya dah ada simptom2 pada 3 tahun lepas.pada sept 2011 saya demam kelenjar di leher dekat 1 bulan. Pada oct 2012 pun saya ada masuk wad sebab demam. Dan pada awal januari 2013 saya kena cacar air di bahagian tepi badan. Dan sepanjang tahun 2013 saya selalu demam,badan lesu2 tak bermaya,selesema dan seringkali ada masalah ketumbuhan di mata (mcm ketumbit).dan pada nov2013 lah saya masud wad dan dapat tahu yg saya hiv positive.dan dokter ada bagitahu yg sebenarnya saya dah didapati hiv positive dari tahun 2012(masuk wad jugak) tapi mereka tak beritahu saya(sampai hati dorang kan)..

      Saya tak tau macammana nak yakinkan tunang saya untuk jangan percaya dengan ujian darah dia yang Kali pertama. Sebab dia tak banyak didedahkan tentang penyakit ni. Orang diluar sana kebanyakannya dengar je tentang penyakit ni,terus dah pandang negetive. Bila saya dapat tahu saya hiv positive,baru la saya banyak mengkaji,mencari2 dan mendalami tentang penyakit ni.

      Pada pendapat abg naj mi la,tunang saya ni ada risiko telah dijangkiti tak (walaupun dia dilihat seperti biasa dan sihat) haishhh pening kepala saya untuk yakinkan dia supaya perlu melakukan ujian beberapa kali.. Kerana dia ingat keputusan darah yang dia lakukan sekali tu negetive dan dia percaya yg dia adalah bebas.

      Delete
    3. Salam,

      Risiko tunang saudari sangat tinggi dijangkiti HIV, jika melakukan tanpa perlindungan dalamkeadaan tidak tahu bahawa saudari telah positif HIV. Pembawa HIV majoritinya memang kelihatan sihat, mereka hisup seperti orang sihat yang lain so sukar dikesan sama ada tunang saudari positif atau tak. Tiada cara lain bagi mengesahkan status beliau cuma dg hanya menjalani ujian HIV.

      Macam saya terangkan risiko dia dijangkiti HIV adalah tinggi so dia perlu jalani ujian HIV berperingkat2..Ujian kali pertama, ujian kali ke 2 (selepas 3 bulan) ujian kali ke 3 (selepas 6 bulan). Kena ikut panduan arahan dari pakar...:)

      Mungkin dia bimbang atau takut disahkan positif apabila tahu yang saudari positif HIV...Itu adalah normal, cuma dia perlu digalakkan agar tidak takut melakukan ujian seterusnya bagi kepentingan dirinya dan kepentingan saudari atau orang lain...:)

      Delete
    4. Terima kasih abg naj mi :)

      Delete
  13. Abg naj mi. Perlukah keluarga tunang saya tahu akan status saya yg sbnrnya. Terasa berat bila memikirkan maruah keluarga saya. Tapi tunang saya memerlukan pendapat dari keluarga nya juga bila da masuk tentang hal masa depan,kahwin ataupun memutuskan tunang. Dari pndngan saya tunang saya mungkin takut dan x boleh menerima kot. Jadi saya pun taknak memaksa. Mungkin bukan jodoh untuk saya.

    Cuma sekarang mcm mna nak berhadapan dgn keluarga dia bg memahami akan masalah ini. Saya juga memikirkan tentang maruah keluarga saya. Memandangkan ayah saya dan ayah tunang saya adalah berkawan baik dan mereka 1 tmpt kerja. Saya x nak masalah saya ni jadi tempias kepada seluruh keluarga saya. Cukup lah jika saya seorang dipandang serong,di cemuh..saya sanggup dan saya terima dgn ikhlas.saya redha. Ni sume balasan saya di dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Perlu atau tidak semua tu bergantung kepada keyakinan saudari dan bakal suami untuk memberitahunya. Yang penting saudari dan bakal suami perlu berbincang habis-habisan mengenai pekara ini.

      Tapi nasihat abang sebaiknya tidak perlu beritahu kepada sesiapa pun buat masa ini, itu pun jika suami bersetuju nak merahsiakannya.

      Tapi jika bakal suami nak juga beritahu kepada keluarganya, pada abang keputusan terletak ditangan saudari sama ada mahu menerima dia atau lepaskan ia.

      Jika bakal suami bekeras nak beritahu dalam masa yang sama dia tidak memikirkan perasaan saudari yang positif HIV, pada abang sebaiknya saudari lupakan sahaja dia. Mungkin Allah telah sediakan jodoh yang lebih baik buat saudari dimasa hadapan.

      Pandangan abang jika bakal suami sayangkan saudari dan sanggup hidup senang susah dimasa hadapan bersama pasti dia akan memikirkan perasaan saudari dan pasti dia akan merahsiakan status saudari dari pengetahuan sesiapa pun.

      Kalau abang ditempat saudari, abang akan rahsiakan status diri buat masa ini dengan persetujuan pasangan kita, sebab stigma masyarakat terhadap PLHIV masih kuat, mereka masih takut dan pastinya nanti diri saudari akan jadi bahan gossip.

      Delete
  14. Assalamualaikum sy nak tanya, jangkitan hiv boleh dijangkiti kalau kita bersetubuh ketika haid atau hanya jika Pasangan kita tu hiv +ve? Saya pnh melakukan seks ketika haid dgn Pasangan sy yg Bebas hiv. Sekali seumur hdup.. Adakah sy berpotensi hiv +ve kerana tlh melakukan seks ketika haid? Atau peratusan nya Amat rendah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      HIV hanya berjangkit sekiranya pasangan kita itu ada HIV, kalau dia TIDAK ADA HIV maka tak akan berlaku jangkitan walaupun melakukannya ketika haid, sebab tak ada HIV disitu.

      Tetapi ingat perbuatan melakukan seks ketika dalam keadaan haid tentu ada risiko lain sebab kita tahu ianya salah disisi agama kan. Wallahuallam.

      Delete
  15. Alhamdulillah terima kasih atas information.. Apa2 pun sy mmg nak prg buat test utk memastikan. Boleh ke kalau buat test kt hospital kerajaan tetapi bukan dgn alasan utk nikah? Saja2 nak test. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous,

      Sudah tentu boleh buat di hospital kerajaan walaupun bukan kerana nak bernikah, pergilah mana-mana klinik luar dihospital kerajaan, beritahu hendak buat ujian HIV TANPA NAMA, identiti saudara dirahsiakan.

      Delete
    2. Salam oh tq sangat2 wkt ujian tu hny boleh dibuat antara pkl 2 - 4 ptg je ke?

      Delete
    3. Ya, kalau tak silap itu waktunya, tapi tutup setiap sabtu dan ahad kalau tak silap bagi klinik luar hospital kerajaan lah. Wallahuallam

      Delete
  16. Pada bulan Mac 2013 saya ada melakukan seks dgn pekerja seks tanpa kondom. selepas itu saya tak pernah mengulangi lgi perbuatan tersebut. itulah yg pertama & terakhir. Pada bulan April 2014, saya menderma darah ditabung darah hospital. semenjak seminggu dua ni, saya menghidap gatal-gatal yg banyak dibelakang badan, siku serta kaki. bukan semua bahagian tpi setompok setompok. bila digaru,kawasan yg digaru itu bengkak seperti terkena ulat bulu. sehingga kini masih belum sembuh.saya tidak pernah mendapat panggilan dpd pihak hospital berkenan darah yg saya dermakan itu.saya juga tak pernah menjalani ujian hiv. Adakah saya masih berisiko positif hiv? Tolonglah, saya semakin tertekan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ARY

      Mungkin masaalah yang saudara alami itu berkaitan denagn alegik kepada makanan, pada bulu binatang dan sebagainya. Jika pernah derma darah dan tak dipanggil kebiasaanya darah saudara dalam keadaan baik.

      Mengenai seks tanpa pelindungan, perlu diingat semua seks tanpa pelindungan sangat berisiko dijangkiti HIV dan penyakit kelamin..Pada abg tak salah jika saudara buat ujian HIV jika masih was2, sebab mungkin saudara tidak ada HIV sebab tiada panggilan dari pihak hospital pun kan, so jangan risau, sebab jika stress boleh menyebabkan naik gatal2, jerawat, lemah lesu sakit tengkuk dan sebagainya. Wallahuallam

      Delete
  17. Salam...

    Abg naj mie...lau berat badan org tu tiap2 bulan timbang makin naik adakah dia cnderung mendapat penyakit hiv atau tidak..nk tau sgt2

    ReplyDelete
  18. semoga abg naj mie sihat selalu

    ReplyDelete
  19. semoga abg naj mie sihat selalu

    ReplyDelete
  20. salam..abg naj mie..jika seseorang itu dijangkiti hiv selama setahun tnpa disedari adakah berat badan dia akn meningkat naik tiap2 bulan ataupon sebaliknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Berat badan naik setiap bulan?? abg rasa tidak ada kaitan dengan jangkitan HIV..Walllahuallam
      Kalau turun pun setelah dia mendapat AIDS, apa bila mengalami penyakit seperti pneumonia Tibi, itu pun berlaku selepas 4-6 tahun selepas dijangkiti HIV...Wallahuallam

      Delete
  21. Assalam. Saya nak tanya.. Ada tak kebarangkalian kalau pernah terlanjur melakukan hubungan antara perempuan dan perempuan boleh dijangkiti hiv? Kalau boleh, mcm mana ia berlaku? Adakah sekiranya hanya jari saya dimasukkan ke dlm faraj pasangan shgga keluarnya air mani atau air mazi pasangan, maka ia berisiko tinggi untuk dijangkiti hiv? Tolong jawab... :(

    ReplyDelete
  22. salam,

    Bagaimana pule dengan keadaan kalu seorang gadis yang menghidapi virus hiv berkongsi menggunakan jarum memicit jerawat dan jarum yg same telah digunakan serta merta untuk memicit jerawat di muke kawan yang lain? adekah boleh dijangkiti melalui darah jerawat tersebut?

    ReplyDelete
  23. salam en..sy mnta pndpt..kalau sample air kncing psakit hiv trprcik di mata..adkh sy blh di jgkiti?

    ReplyDelete
  24. salam..sy nk brtanya dlu sy pnah melalukakan seks dgn ramai org tnpa memakai kondom..tp sy dh lme mninggalkan benda trlarang tu..sy ade jmpe doktor check hasil nye negatif..sy nk tau kena selalu pegi check?wlaupun dlu dh check mmang xde hiv. sy takot klau trkena hiv tnpa sedar..sy xde maslah kesihatan sy sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      dah lama tinggalkan aktiviti tu alhamdulillah, abg pasti amanina buat ujian selepas 3 bulan dr tarikh aktiviti yg akhir, atau lebih 3 bulan. Jika keputusan negatig maknanya ianya dah tepat.

      Delete
  25. Hiv,jika nak dibanding kan dgn kanser lgi teruk penyakit kanser.rawatan menyakitkan,kos mahal,jangkahayat x lama.dlu sya penah supply brg hospital.masalah pesakit hiv ni stigma masyarakat je lah yg teruk.jdi buat pesakit hiv byk sabar ye.janji allah syg kite.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum saya nak tanya satu soalan klau kita ada luka kita duduk sebelah orang yng ada hiv tinggi ke risiko kena hiv

    ReplyDelete
  27. Aslkm abg man nak tanye kalau kita terkena air mani atau air mazi pesakit hiv adakah ia akan bejangkit pada kita...lagi satu kalau beluh pesakit hiv kita tertelan adakah akan berjangkit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena atau pegang air mani atau mazi pesakit hiv pada tangan yang tak ada luka terbuka tidak akan jangkit hiv. Hiv tak jangkit melalui peluh, itu yg abg tahulah...

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST