Monday, 12 August 2013

RYAN TAN - MOHON PANDANGAN PERIBADI, SAYA MAHU BERUBAH

Seorang hamba Allah mengirim email…........MOHON PANDANGAN PERIBADI dari saya,


Salam,

Saya ada masalah personaliti. Saya banyak search di internet tapi masih tidak puas hati dengan jawapan daripada kes-kes yang diberikan. Saya malu untuk bertanya rakan atau bersemuka dengan kaunselor tentang masalah ni. Rakan-rakan menganggap saya seorang yang baik dan berpengetahuan lebih tentang agama. Setelah search internet, saya temukan alamat email ini dan berharap dapat nasihat terus daripada pihak tuan/ puan.

Saya seorang lelaki melayu berumur akhir 20an. Saya terpaksa menggunakan email dengan nama palsu unutk menyembunyikan identiti saya. Saya masih bujang dilahirkan dari keluarga yang sederhana dan bapa saya seorang yang agak warak dalam agama. Saya juga tidak terkecuali terkena tempias beliau.

Masalahnya ialah saya lebih tertarik kepada lelaki berbanding wanita. Sekali pandang saya kelihatan/saya perasan seperti seorang lelaki normal - berjalan dan berpewatakan biasa seperti lelaki-lelaki lain. Namun saya tahu pergerakan saya agak lembut & gaya cakap saya agak manja yang tak keterlaluan (saya sedar ini dalam video record). 

Ramai juga perempuan yang menganggap saya berpewatakan menarik dan cuba memikat saya, namun saya tak layan. Mungkin beberapa orang rakan tahu yang saya tertarik kepada lelaki tetapi saya berjaya simpan perasaan terhadap lelaki yang saya suka dan berpura-pura normal sehinggalah saya berjumpa dengan seorang rakan sekerja Joe (bukan nama sebenar). Saya selalunya akan bersikap malu atau nervous dengan lelaki kacak.

Dipendekkan cerita saya jatuh hati dengan Joe seorang lelaki yang kacak dimata saya. Saya sangat sayang pada Joe, dan dalam masa yang sama saya tahu Joe mempunyai seorang kekasih wanita. Saya anggap Joe sebagai adik dan tak berkira tentang soal duit. Agak lama kami berkawan dan banyak suka duka dilalui bersama.


Saya agak malu dan menafikan. Satu hari, Joe memutuskan hubungan dengan kekasihnya atas alasan memeningkan kepala. Saya tak anggap dia buat demikian kerana saya walaupun kami amat rapat. Saya cuba kawal perasaan. Saya selalu melayan Joe dengan baik dan berlebihan. Kadangkala saya memegang tangan dia, memeluk dia dan pernah beberapa kali tidur bersama dengan memeluk Joe tanpa melakukan hubungan seks.

Kami sangat rapat, Joe pula kadang-kadang melayan baik saya dan kadang-kadang tak begitu pedulikan saya seperti tarik tali. Saya banyak bersabar dan berkorban untuk Joe. Dan saya tahu mungkin Joe sedar yang kami adalah sama-sama lelaki dan tak mahu dipandang seperti pasangan gay.

Dipendekkan lagi kisah, akhirnya Joe memutuskan untuk bertunang dengan kekasihnya dan seterusnya akan berkahwin. Saya sangat sedih kerana rasa terlalu singkat masa berkawan dengan Joe. Kadangkala saya berfikiran negatif minta supaya jodoh Joe dengan kekasihnya tidak panjang, dan selalu berprasangka buruk terhadap Joe. Dalam masa yang sama, saya tak boleh lupakan Joe dan segala kenangan bersamanya. 

Pada mula saya dapat tahu yang Joe kembali kepada kekasihnya, saya selalu menangis seperti seorang perempuan kehilangan cinta. Saya sangat malu kepada diri dan kepada Allah.

Dalam masa yang sama, pihak keluarga ada bertanya tentang jodoh saya. Mereka sibuk kenalkan saya dengan beberapa wanita. Saya belum bersemuka tapi hanya melihat gambar wanita itu sahaja. Kalau mengikut sunnah, saya dah tak fikir panjang dan terus putuskan untuk berkahwin dengan tujuan mengelak maksiat dan melupakan Joe. Tapi persoalannya jika saya berkahwin, apakah isteri akan bahagia jika saya tak tahu macamana untuk menyukai seorang wanita. Banyak saya terbaca isteri tak bahagia kerana suami tiada nafsu terhadap isteri.



Dalam dua link di atas, panel Jakim menasihatkan agar berpisah kerana berpendapat lelaki tersebut tidak wajib kahwin. Tapi kes saya dah wajib kahwin kerana saya kerap melayari laman web lucah gay. Dalam seminggu mesti sekali sudah menjadi tabiat. Saya juga ada ke pusat urut gay, tapi tak selalu hanya jika ada duit lebih dan teringin dibelai. Mungkin dalam 2 bulan sekali average. Tapi saya tak pernah mengadakan hubungan seks dengan mana-mana lelaki atau wanita. Malah saya sangat menjaga hubungan dengan wanita walau bersentuh kulit dengan bukan muhrim.


Link di atas ini ialah masalah yang hampir sama dengan saya. Cuma pengadu sudah bertunang, saya pula dalam dilema untuk memutuskan samada untuk berkahwin atau tidak. Panel jakim menasihatkan berjumpa dengan kaunselor.


Manakala masalah pengadu dalam link di atas ini pula sangat hampir dengan saya. Bezanya, rakan pengadu menjadi pembimbing. Dalam kes saya, saya yang selalu menasihati Joe. Pengadu kelihatan lebih normal berbanding saya yang banyak terlibat dengan aktiviti gay.

Setelah bertaubat, saya akan melakukan maksiat semula, kemudian bertaubat lagi tapi kemudian masih tetap buat maksiat lagi. Saya tak tahu apakah taubat saya diterima Allah. Saya selalu melakukan solat istiharah tetapi masih tidak temu jawapan. Saya ingat sepanjang hidup saya, mimpi basah pertama saya sahaja tentang wanita yang seterusnya semuanya dengan lelaki.

Saya ingin berubah. Tolong nasihatkan tentang beberapa perkara:
1) Bagaimana untuk meninggalkan aktiviti songsang tersebut.
2) Bagaimana untuk melupakan Joe.
3) Perlukah saya berkahwin untuk selesaikan semua ini? Walaupun saya tak pasti akan bahagia atau tidak.

Saya sangat sedih akan takdir diri saya.

Ryan Tan 
(bukan nama sebenar)




Salam saudara Ryan Tan,

Kisah yang saudara alami sama seperti yang saya sendiri pernah alami suatu ketika dulu dan mungkin pengalaman yang hampir sama dengan pengalaman ramai golongan yang berjiwa songsang diluar sana. Saudara jatuh hati kepada seorang rakan sekerja bernama Joe, manakala saya juga pernah jatuh hati terhadap rakan sekerja dan merupakan rakan baik bernama Azlan.

Menariknya kebanyakan mereka yang mungkin bersifat sedikit lembut ini biasanya akan menyangka gerak geri tingkah laku serta pegerakan diri mereka sama seperti seorang lelaki sejati tetapi, ya seperti saudara, saya juga perasan diri saya sedikit lembut bila melihat rakaman video pegerakan diri kita sendiri, malah suara yang kita tuturkan selama ini yang kita sangka seperti lelaki sejati rupanya lembut apabila melihat dan mendengarnya melalui rakaman video, itu memang saya tidak nafikan. 


Bermakna selama ini mereka yang bergaul, berkawan dengan kita sememangnya mereka sedar bahawa diri kita ini sebenarnya sedikit lembut, seperti saudara kata gaya percakapan yang agak manja  tapi tidak keterlaluan.

Pertama sekali saudara Ryan Tan boleh rujuk entry yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman yang saya jadikan entry ini disini “KETAGIHAN NAFSU SEKS MELAMPAU – BAGAIMANA MENANGANINYA?”

Sedikit sebanyak ada manafaatnya buat saudara dan kita semua memahami dan cuba menangani masaalah seperti yang saudara alami berpandukan nasihat dalam entry tersebut. 

Saya cuba beri pendapat mengikut pandangan peribadi saya mengenai persoalan yang saudara tanyakan itu.

1) Bagaimana untuk meninggalkan aktiviti songsang tersebut.

Jika kita mempunyai keinginan untuk meninggalkan aktiviti tersebut, maka kita akan lakukannya dengan bersungguh-sungguh, bermakna aktiviti seperti menonton web lucah pasti kita cuba elakkan, sebab menonton video lucah ini lah yang jadi penyebab utama diri kita kembali terjebak dan akan sentiasa terangsang, bergelora selalu. 

Apabila terangsang, maka kepala kita mula berangan-angan melakukannya. Syaitan memang suka bila kita dalam keadaan begini, masa tu lah syaitan tu akan cucuk jarum, masa tu lah juga jalan menuju kearah melakukan aktiviti tersebut sentiasa mudah dan terbuka luas didepan mata. 

Elakkan dari menonton video lucah, pastikan jika melayan facebook, kita hanya mempunyai friends yang tidak share photo atau video lucah ini. Block atau unfriends saja rakan yang selalu share photo atau klip video lucah ini. Jangan sesekali mencuba "join secret group songsang" dalam facebook atau masuk kemana-mana laman web yang berunsurkan "gay" jika hati benar-benar rapuh. 

Saya pernah membaca mengenai larangan supaya kita mengelakkan mata kita dari melihat kemaluan sendiri, kalau mandi jangan berbogel, amalkan penggunakan kain basah bagi mengelak nampak kemaluan sendiri, apa tah lagi kalau kerap melihat kemaluan orang lain (dalam photo atau video lucah), tentulah ada sebabnya dan saya pasti larangan mengelak melihat kemaluan sendiri itu bagi mengelakkan diri kita dari asyik memikirkan mengenai seks sahaja.

Paling penting, dan sangat penting Ryan Tan kena pertingkatkan amalan beribadah. Saudara seorang yang berpendidikan agama dan pastinya saudara tahu mengenai amalan-amalan baik seperti solat sunat yang boleh diamalkan selain hanya solat istikarah.

Jangan sesekali lupa solat 5 waktu, jangan ditinggal, diabaikan atau melengah-lengah dari mendirikannya, sebaiknya didirikan diawal dan dalam waktu. Untuk pertingkatkan kekuatan iman dalam diri, cuba saudara paksa diri agar bangun melakukan solat malam, sekurang-kurangnya sekadar 2 rakaat solat tahajud pada setiap malam. Jika saudara bekerja cuba biasakan diri dengan bangun kira-kira setengah jam sebelum masuk waktu solat suboh, mandi segarkan diri dan buat lah solat sunat tahajud. Biar sedikit tapi berterusan kerana saya percaya impak kesan dari solat malam yang kita lakukan berterusan boleh menguatkan iman, dan boleh permudahkan diri mengawal nafsu songsang kita. 


Kalau mampu rajin-rajinlah berjemaah di masjid, walaupun terpaksa bangun lebih awal diwaktu pagi, kerana jika kita bersungguh hendak meninggalkan aktiviti songsang tersebut, pasti kita akan bersungguh melangkah kaki ke masjid untuk berjemaah walaupun pada waktu solat suboh dimasjid berdekatan dengan rumah kita. 

Biasakan diri berjemaah setiap waktu solat, cari waktu sesuai untuk selalu ke masjid. Kena rajin berzikir setiap masa tidak kira dimana kita berada, hanya sebut nama Allah setiap waktu walau sekadar hanya didalam hati.

Susah nak saya bantu saudara meninggalkan aktiviti songsang ini, saya hanya mampu beri pandangan sahaja, yang hanya boleh mengubahnya ialah diri saudara sendiri. Percayalah bila kita kerap berdoa minta pertolongan dari Nya agar membantu kita, pasti Allah makbulkan, insyaallah. Bila kita sentiaasa meningatiNya dan semakin dekat denganNya serta melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang, hidup kita pasti dipermudahkan. Masa itu pastinya keinginan kita melakukan aktiviti yang dilarang akan semakin pudar.

Kesimpulannya, kita kena kembali dekatkan diri kepada Allah. Walaupun saya percaya godaan syaitan pasti semakin kuat mengoda diri kita apabila kita berusaha mengubah diri untuk menjadi baik, tetapi dalam masa sama saya percaya Allah pasti akan membantu kita, Allah tahu akan niat dalam hati kita dan kita kena ikhlas bersungguh melakukannya (mengubah diri)
 

2) Bagaimana untuk melupakan Joe.

Itu namanya cinta (angau), saya juga pernah alaminya seperti mana yang saudara Ryan Tan alami. Menyukai rakan karib saya sendiri, bayangkan selama hampir 5 tahun bekerja dalam sebuah bilik bersama. Peliknya ia seorang lelaki strg8 guy, saya jatuh cinta padanya dalam diam. Kami sememangnya kawan baik kemana sahaja pasti berdua, bekerja bersama melancung beberapa kali ke Tioman, malah ke Singapore dan ke Phuket jika saya pergi bersama rakan-rakan lain dia akan tetap ada bersama. 

Sampai ke satu tahap saya tidak dapat mengawal diri saya dari mengawal dirinya agar tidak terlalu rapat berkawan dengan orang lain terutama rakan lelaki lain sehinggalah sampai satu peringkat dia tidak tahan dengan sikap saya dan bertanya kepada saya kenapa saya melakukan itu semua (mengawal dirinya). Saya masih ingat betapa gugupnya saya untuk berterus terang memberitahu bahawa saya ini gay dan sangat menyukai dirinya.

Saya malu apabila berterus terang dengannya mengenai naluri saya, tapi dalam masa yang sama saya lega dan berharap dia boleh menerima saya, tapi rupa-rupanya dia semakin menjauhkan dirinya dari saya. Dia mahu berhenti kerja, untuk mengelak diri dari saya.

Tiada jalan lain saya pula yang cuba mengalah dan mahu berhenti kerja, biar dia sahaja yang kekal bekerja disitu. Berhenti kerja ketika itu bukan pilihan utama saya, sebenarnya alasan saya hendak berhenti kerja lebih kepada cuba menguji dia agar memujuk saya supaya jangan berhenti, berharap agaar kami berdua tidak berhenti. Ya ia ada minta agar saya tidak berhenti sebaliknya biar dia sahaja yang berhenti tetapi saya bekeras, akhirnya saya yang berhenti. Ya saya berhenti kerja dengan rasa berat hati.

Percaya tak? hampir setahun saya duk bersedih bila berjauhan dari dia, adalah sekali sekali cuba call dia di ofis cuba melepaskan rindu pada dia (kononnya lah) tapi sia-sia aje.

Hanya masa sahaja yang boleh membuatkan saya melupakannya. Saya pasti saudara Ryan Tan boleh melupakan Joe sedikit masa lagi. Hidup mesti diteruskan dan elakkan diri dari berhubungan dengan dia walau pun hanya melalui facebook atau phone. Ryan Tan perlu melibatkan diri dengan aktiviti lain, sibukkan diri dengan melakukan kerja. Kalau sebelum ini tidak pernah berjongging, saudara Ryan Tan aktifkan diri dengan berjogging diwaktu petang dan rajinkan diri berjemaah di masjid serta biasakan diri hadir mendengar kuliah agama (bukan kuliah politik heee).

Kesimpulannya, lama kelamaan saya pasti saudara Ryan Tan boleh melupakan
Joe. Teringat dan rasa rindu itu sesuatu yang normal apabila seseorang itu merasakan diri mereka telah dipinggirkan dan tidak disayangi lagi oleh orang yang mereka sayangi. Orang normal lelaki dan wanita juga akan mengalami keadaan sebegini. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya.


3) Perlukah saya berkahwin untuk selesaikan semua ini? Walaupun saya tak pasti akan bahagia atau tidak.

Berkahwin bukan jalan penyelesaian kepada masaalah ini, sekiranya saudara masih tidak yakin diri boleh mengawal diri dalam aktiviti songsang ini, maka jangan berkahwin. Saudara kena ada persediaan diri sebelum berkahwin. Sekiranya saudara mampu mengawal diri selama lebih setahun dengan tidak terjebak dalam aktiviti songsang lagi, tiada keinginan atau keinginan melakukan aktiviti ini semakin pudar, saya percaya ketika ini saudara sudah hampir diperingkat mampu berkahwin, cuma saudara perlu "OFF" kan terus keinginan pada lelaki, 'ON" keinginan pada bakal isteri. Itu pun sekiranya saudara lebih bersifat seorang biseksual yang masih ada keinginan pada seorang wanita.

Tapi kalau saudara Ryan Tan seorang yang bersifat "PURE GAY" tiada nafsu langsung pada wanita, maka nasihat saya jangan lah berkahwin sebab pasti si isteri akan merana dambakan nafkah batin kelak.

Bila tidak berkahwin bukan bermakna kehidupan kita boleh berterusan bergelumang dengan aktiviti songsang ini, tidak berkahwin bermakna kita "berjihad melawan nafsu" pasti ada hikmah sekiranya saudara tidak berkahwin. Allah mengetahui apa yang terbaik buat diri kita semua.


Kesimpulannya, berkahwinlah bila diri kita benar-benar bersedia, bukan berkahwin kerana hendak menutup kelemahan diri atau mengikut kata orang lain. Pastinya saudara Ryan Tan tahu akan kemampuan diri, jangan memaksa diri sehingga kelak akan mengecewakan hati isteri malah akan buat hati saudara Ryan Tan tidak tenteram dan tidak bahagia. 

Pada saya biarlah ibubapa sedikit kecewa, berilah apa sahaja alasan yang baik-baik kepada ibubapa agar mereka faham kenapa kita tidak bersedia untuk berkahwin. Dan yang penting berterusan lah berdoa agar Allah mempermudahkan kehidupan saudara Ryan Tan.


Wallahuallam, ini hanyalah pandangan saya dan saya sebenarnya bukan seorang pakar dalam hal sebegini, pandangan saya hanya berpandukan pengalaman saya sendiri, insyaallah mungkin ada pandangan lain dari pembaca blog ini kelak. - Naj Mi


12 comments:

  1. berat jgk ye masalah ryan ni.....bg sy die kene stop la layan website lucah & pergi tpt urut tu....maybe agak berat pd awal nye tp kalu da lame2 tu mesti terbiasa...

    lg satu aritu sy tgk rancangan ustaz don...die ckp kene slalu selawat ke atas nabi coz sekali kite selawat , 10 kali allah n malaikat selawat utk kite....yg ni sy yg normal pon jarang wat....tp cube la dlm setiap jam kite selawat


    and cube la dtkan support dr mane2 group ngo


    akhir kate jgn putus asa....

    ReplyDelete
  2. xde bezany kesah ryan tan dgn org len..same jer..penyelesaianny pon lbh kurg same aje..nk seribu daya,xnk seribu dalih..tp,klo ikut secara praktikny..cara2 penyelesaiain tu pon xmmpu nk ubah 100 %..org normal boleh la stop lyn vid lucah or onani dsbgny sb dorg leh kawen..leh lyn nafsu dgn cara halal..
    tp utk golongan PLU meninggalkn vid lucah or onani,beerti: memutuskn sepenuh2ny jln utk memuaskn nafsu..sdgkn klo org normal,dorg cume skdr m'hentikn satu jln ke arah memuaskn nafsu sambil m'cari jln utk memuaskn nafsu scr halal..erti kata lain,org normal sgt b'untung..

    ak s'diri x mmpu nk buang tgk vid2 lucah ni..dlu pnah buat segala mcm cara utk kekang nafsu ni..tp,xsume berhasil..in fact,makin di tegah makin batak (m'jadi2)..setiap keputusan,kte yg wat..kte yg pilih..selagi sedara Ryan mmpu utk kurgkn aktiviti PLU tu,pon dh cukup bgus sbg p'mulaan..dan p'ahirannya hany Allah yg tau..

    ReplyDelete
  3. sorry nak tanya mmg gol plu ni nafsu sex yg tinggi dr org biase ke????ntah le mmg tu je la penyelesaian yg ade....lain org lain masalah nafsu yg dihadapi...macam sy ni nafsu sy suke tdo memanjang...rase cam byk wasted time utk tdo walhal masa tu boleh diguna untuk amal ibadat....sy yg normal ni pon iman naik turun...susah zaman sekarang ni mmg zaman mencabar keimanan & akidah....

    ape pon kalau da ade niat nak berubah tu da kire bagus....but kene la ade action plan jg ape yg kene buat..just dont give up & sentiasa berpikiran positif....cyayok2 saudara seislam ku....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sedari..skdr nk share,

      laki1 ad satu je nafsu b'banding pempuan..dan nafsu laki2 tu hany lah pd sex..aptah lg klo 2 laki2 b'temu..cume mslhny adlh apbila PLU2 yg xnk sgt t'jebak jaoh ni, akn rse sgt ssh utk elakkn bnda ni..krn: kt mne2 akn ade laki2..kt msjid pon ade,kt luar umah pon ade..kt kdai mkn pon ade..mne leh elak jmpe laki2..btul x?tp,nk elak jmpe pmpuan,sgt senang..ade skolah asrama pnuh yg xde pmpuan..ad skolah agama yg asingkn laki pmpuan..tp, at d end,kami2 ni lbh t'dedah jmpe dgn laki2..tu je kot my explanation..

      Delete
  4. terima kasih pada najmi atas panduan yang dikongsikan tu. memang org mcm kita ni nafsu sentiasa membuak2 24 jam. makin dilayan makin menjadi-jadi. nak kawal diri memang susah. saya sendiripun tang tgk blue tu mmg susah nak kawal. yg sauna n urut tu sedang cuba dijarakkan. dulu sebulan 2-3 kali. sekarang 2-3 bulan sekali. Still saya tetap tertewas bila datang nafsu gila tu. kadang-kadang rasa kecewa dengan diri sendiri. Rasa sangat hina diri ni. Bukannya kita tak tau benda tu salah tapi kita terus tersungkur berkali-kali. Saya harap dpt gunakan tips najmi dan berusaha sekali lagi. Mudah-mudahan tak tertewas lagi. Perjuangan ni memang xde noktahnya sampai kita mati. Saya terima takdir diri saya. Tuhan yang anugerahkan saya dengan nafsu begini. Tuhan tak akan duga kita dengan dugaan yang kita tak mampu tanggung. Pasti ada hikmah menanti asalkan kita tak berputus asa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Alhamdulillah, benar tang nafsu tu memang membuak2 24 jam, yang penting kesungguhan kita mengawal diri..saya pun masih berusaha dan terus berusaha mengawal nafsu ni. Selalu saya kata saya pun tak baik mana pun...hari ni saya kata ok tapi masa depan esok lusa wallahualam, saya pun tak tahu macam mana dugaan syaitan pada saya esok, saya pun mungkin boleh tersungkur dan mungkin boleh terlajak kembali nauzubillah....huhuhu.....:(

      Delete
  5. Patutla kisah nabi luth itu tersimpan didalam AlQuran,rupanya nafsu sejenis ni dahsyatla,saya turut simpati.moga saudara semua berjaya mengawal nafsu tersebut.benar kata diatas,org normal boleh kahwin melalui cara yang halal.org gay tiada pilihan melainkan kena berjihad hingga akhir hayat mengawal nafsu sejenis.saya turut simpati,jika dulu saya memandang serong,hari ini saya rasa simpati atas penderitaan golongan ini.agak2 mcmmana nak bagi jadi normal semula.takda cara ka abg najmi????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Entah lah..kalau tanya pandangan saya memang tak ada cara lain..terpaksalah berjihad melawan nafsu ni sehingga akhir hayat. Tapi bagi lelaki yang bersifat bisekual, mereka ni sedikit beruntung sebab kalau mereka bijak bersungguh mengawal diri mereka boleh "off" kan terus nafsu pada lelaki sebaliknya "on" sahaja naluri pada wanita (isteri), mereka ni yang boleh berubah, kalau yang gay tegar tu rasanya susah nak paksa diri utk wujudkan nafsu pada wanita.....wallahuallam

      Delete
  6. Sblm ni sy mmg lyn jek naluri gay ni & bpendpt ini adlh semula jadi ditakdirkn Allah. Apabila kecewa dgn lelaki sy mula ber fikir smpi bila utk terus begini. Lantaran kekecewaan dgn org yg sy syg malah beliau ingin bertunang, sy jg ingin mempunyai teman sggh akhir hayat. Sy mula sedikit sbnyk search tntg gay. Apa yg sy baca ia bukan naluri semula jadi. Ia adlh pengaruh sekitar samada kurang kasih syg sms kecil atau faktor2 sosial lain. Maka dinamakan sbg penyakit sosial. Krn apa? Krn apa yg tjd pd kaum Nabi Luth xtjd pd kaum2 lain shgg stlh zmn kejatuhan empire uthmaniah di mana glngn liberalism cuba utk mengetengahkn hak2 tertentu. Ia adlh seperti ketagihan candu/ dadah. Stp penyakit ada ubat nya kecuali maut. Maka apa yg perlu dilakukan oleh golongan gay ini ialah spt apa yg dilakukan oleh penagih dadah. Ini dikira mujahadah samada kita mampu terus meninggalkannya, atau tidak atau mungkin sesekali tersungkur. Jk sesekali tewas, perlu mohon taubat. Bagi yg xdijangkiti HIV lg, cuma perlu berazam utk berkahwin & sedikit2 perbaiki diri dr keazaman yg kuat. Jgn risau psl yg lain krn selangkah kita kpd Allah seribu langkah Dia kpd kita. Pasti dia akan tolong. Cepat2 buat anak dgn isteri. Dgn kehadiran anak yg comel, insyaallah rasa mudah utk kita syg isteri & keluarga. Jk dgn usaha kita meniggalkn dosa2 ini, rumahtangga masih xbahagia & akhirnya berpisah, anggap lah jodohnya sampai di situ. Cuma jgn blk kpd gay semula. Jk ada peluang & kemampuan, cr isteri baru spt lelaki normal. Semua yg terjadi adalah takdir Allah. Tiada kebetulan. Naluri sukakan lelaki adalah ujian Allah.

    ReplyDelete
  7. Masalahnya golongan gay ini mengatakan mereka tak bernafsu kepada wanita,malah tak berminat langsung kerana tiada perasaan seperti kita.habistu macammana nak kahwin dan buat anak.inilah yg dikatakan ujian,moga golongan ni sbr dan berjuang untuk mempertahankan kebenaran agama.saya ingin memahami tp saya tetap tak mampu menyelami golongan ini.saya hanya turut simpati atas ujian yg mereka alami.maaf klu ada slh slp komen saya ini.

    ReplyDelete
  8. http://pelumencaricahaya.blogspot.com/2013/01/plu-dilema-kahwin.html?m=1

    ReplyDelete
  9. bagi saye, segala permasalahan adelah dlm agama...ini terbukti apabile kite sibuk dalam mengerjakan ibadah, hati rasa kuat dan mampu lawan nafsu...tapi bile iman lemah jer, terus segala kemaksiatan datang...saye pun mcm tu...
    maybe cara menyibukkan diri adelah salah satu cara...sibukkan diri dgn hal2 kerja/study di siang hari dan buat amal2 u=ibadah extra dimalam hari...insyaAllah akan ada progression...
    lagi satu, perbanyakkan rakan2 yg slalu share hadis2 atau quote2 agama dlm facebook...
    berkumpul/sentiasa berada dikalangan org2 soleh...
    insyaAllah, saye juga menuju kearah yg sama. umatnabi89@gmail.com

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST