Tuesday, 13 August 2013

ROZITA - SUAMI SAYA LARI IKUT JANTAN, CINTA SONGSANG PENGAPIT PENGANTIN

Rahsia airmata pengapit lelaki



Kuala Lumpur: Percintaan lebih 10 tahun seorang wanita dengan lelaki dikasihi yang diakhiri dengan perkahwinan bertukar mimpi ngeri apabila lelaki terbabit menghilangkan diri sebelum dikesan mengikut seorang lelaki dipercayai ‘kekasih misteri’ sejak awal tahun lalu. 

Dia kini seolah-olah digantung tidak bertali apabila hanya dapat berkomunikasi dengan suami melalui SMS yang ada ketikanya mengambil masa beberapa hari untuk dijawab.

Rozita, 30-an, eksekutif swasta, tidak menyangka perkahwinan dua tahun lalu berakhir begini sedangkan mereka bercinta sudah 10 tahun.

“Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini. Hasrat untuk menjadi isteri yang taat kepada suami serta membina rumah tangga bahagia tidak kesampaian. Selama kenal dia, saya tidak pernah sedar dia cenderung kepada perhubungan sejenis.

“Semuanya bermula pada hari pernikahan kami apabila dikunjungi seorang pemuda berusia awal 30-an yang menjadi pengapit pengantin lelaki tiba-tiba menangis dan meminta saya menjaga suami dengan baik.


"Tidak lama selepas itu dia kerap menghubungi suami sehingga suami keluar rumah  dan tidak pulang sehingga sekarang biarpun pelbagai ikhtiar sudah dilakukan," katanya ketika ditemui disini semalam.

Rozita berkata pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa kerana sudah lama mengenali suami dan tindak tanduknya sama seperti lelaki normal lain.

Sebelum bernikah dia tidak pernah mengenali lelaki mesteri itu dan hanya dimaklumkan sebagai kenalan suami ketika melakukan persiapan perkahwinan mereka.

"Sebab itu saya mula syak ada yang tidak kena apabila dia menangis teresak-esak meminta saya menjaga suami dengan baik. Selepas itu setiap hari berkali-kali telefon suami menyebabkan perilaku berubah.

"Bukan sehari dua saya mengenalinya. Dia berubah selepas kami bernikah. Setiap hari ada sahaja SMS daripada lelaki itu sehinggakan saya terjumpa SMS yang tidak sepatutnya dihantar daripada seorang lelaki kepada lelaki lain," katanya.

Rozita berkata suaminya hanya mendiamkan diri ketika diajukan soalan berkaitan kawan lelakinya itu.

"Sampai satu tahap suami saya mempunyai pendapatan lumayan terpaksa membuat pinjaman along berjumlah lebih RM100,000 tanpa tujuan. Keluarga hanya tahu sebaik didatangi along terbabit," katanya yang merujuk kes itu kepada Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Shahrom Maarop.

ROZITA menceritakan masalahnya kepada wartawan Harian Metro.

Rozita berkata sebagai langkah keselamatan, dia dan keluarga mentua meminta pertolongan Ketua Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Shaharudin Bakar bagi melangsaikan semua hutang along dan ia sudah selesai.

Katanya, dia tidak berputus asa untuk mengubati suaminya kerana terlalu sayangkan lelaki itu.

"Saya berdoa suami berubah dan kembali kepangkal jalan. Selagi boleh berusaha, saya akan lakukan apa saja asalkan dia kembali seperti sedia kala,' katanya. 


Sumber Akhbar Harian Metro

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad dan Yusmizal Dolah Aling

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/13



4 comments:

  1. bagus betol pn rozita ni...kalu sy mintak cerai da...

    ReplyDelete
  2. Syaz Wani

    Kalau dah sayang macam tu lah....mudah-mudahan sisuami kembali semula kepada si isteri...dalam keadaan sihat lah tak bawa penyakit huhu

    ReplyDelete
  3. as salam dan selamat hari raya abang naj mi...boelh x saya nk tanya soalan...maaf kaalu soalan saya x kena dengan entry...demam berpanjangan tu salah satu simptom jangkitan HIV kn?...adalah demam tu x kebah2 jugak walaupun lepas kita makan paracetamol dan antibiotik?

    ReplyDelete
  4. Anonymous

    Ya antara simptomnya ialah demam berpanjangan yang tak kebah2, sakit kepala, muntah, macam abg dulu, makan lah panadol, ubat tabib cina tak sembuh2 jugak..berlaku lebih seminggu. Tapi lain org lain simptom kesannya..ada orang langsung tak alami simptom2 walaupun sudah dijangkiti.

    Dan kena ingat demam tak kebah2 tak semestinya sudah dijangkiti HIV, maybe sebab lain. Tapi kalau kita tahu diri kita berisiko sebab buat aktiviti berisiko kalau demam tak kebah2 tu tak ada cara lain kena buat ujian HIV lah bagi mengesahkan status diri kita.....Wallahuallam

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST