Sunday, 18 August 2013

MIMI - TEMAN LELAKI SAYA ALAMI SIMPTOM MIRIP DENGAN SIMPTOM HIV

Mimi bertanya di ruang komen dalam entry bertajuk "10 SIMPTOM HIV YANG ANDA HARUS AWASI"

photo hiasan

Salam abang Najmi,

Saya ada teman lelaki dan kami merancang untuk berkahwin, tetapi ada perkara yang tidak dijangka berlaku dan kami terpaksa menangguhkan perkahwinan kami.

Pada bulan Oktober 2012, teman lelaki saya ada mengalami demam, muntah pening, loya, cirit birit. Simptom ini amat mirip dengan simptom yang abang nyatakan di atas (disini). Pada waktu itu dia tidak mengesyaki apa-apa lantas berjumpa doktor pada pertengahan Oktober 2012. 

Selepas mendengar semua simptom yang teman lelaki saya alami doktor terus mengarahkan dia menjalani HIV test. Tetapi doktor tersilap memasukkan darah beliau ke dalam test tube dan resultnya seakan positif.dan beliau mengulangi semula ujian itu seminggu kemudian di klinik swasta dan resultnya negatif.

Semenjak daripada berjumpa doktor untuk pertama kalinya, beliau berasa amat tertekan sehingga sering mengadu pada saya tentang kemunculan pelbagai tanda dan simptom HIV pada badannya. Tidak kiralah ruam, cirit birit dan demam sehingga sekarang. Untuk pengetahuan abang Najmi, beliau mengalami cirit birit dan demam secara on and off, saya selalu menyuruh beliau untuk buat blood test tetapi beliau enggan, dengan alasan beliau takut. Dia sering membelek dirinya dan berasa sangat tertekan dan saya selalu memberi kata semangat supaya dia tidak mengalah, tetapi amat susah untuk dia bertenang.

Untuk pengetahuan abang Najmi, dia yang saya kenal tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan lain dan tidak pernah melakukan aktiviti berisiko. Kami juga tidak pernah melakukan aktiviti berisiko dan tidak pernah terlanjur. Tetapi beliau pernah menolong orang eksiden pada hari raya tahun lepas dan juga pernah bersalaman dengan kawannya yang pengidap HIV.

Entahlah abang Najmi, sekarang saya buntu, saya sudah tidak tahu bagaimana nak yakinkan dia untuk buat test Hiv ni lagi. Dia seolah-olah berputus asa dengan apa yang terjadi. Harap abang Najmi boleh bagi nasihat.

Terima kasih


MIMI




W Salam Mimi,

Kalau abang baca apa yang Mimi cuba perjelaskan, abang rasa teman lelaki Mimi tu hanya berperasangka buruk sahaja, dia hanya berasa bimbang tidak tentu hala. Abang tak tahu kenapa teman lelaki Mimi begitu takut, pada pandangan abang apa yang teman lelaki Mimi lakukan selama ini tidak ada risiko untuk dijangkiti HIV.

Mimi dah beritahu ujian darah HIV teman lelaki Mimi adalah negatif maka berpegang lah kepada keputusan itu, abang yakin ianya negatif, sebab macam Mimi katakan yang teman lelaki Mimi memang tidak pernah melakukan aktiviti berisiko selama ini, so jangan risau sebab jangkitan HIV hanya boleh berlaku melalui beberapa cara sahaja antaranya seks tidak selamat, permindahan darah contohnya semasa pembedahan dan ketika menyusu dari ibu kepada anak.

Maka kalau teman lelaki Mimi tidak pernah melakukan aktiviti berisiko seperti seks bebas dengan berbagai pasangan tanpa perlindungan, kenapa nak takut? Pandangan abang yang teman lelaki Mimi sebenarnya tidak cuba mahu memahami maklumat yang betul mengenai HIV AIDS, dia main agak-agak sahaja.

Tetapi kalau teman lelaki Mimi sememangnya pernah melakukan aktiviti berisiko sebelum ini tanpa perlindungan dan cuba berselindungi dari berkata benar, maka dia sewajarnya akan berasa bimbang tentang status dirinya. Macam abang cakap kalau dia tidak buat semua itu dia tak perlu risau.

Untuk pengetahuan Mimi dan teman lelaki Mimi, bersalaman dengan pembawa HIV, malah berpelukan, bersentuhan, makan guna sudu garfu yang sama, tinggal bersama dengan pesakit HIV, mengunakan tandas yang sama, tidak menyebabkan berlakunya jangkitan HIV.

Menolong orang accident, kalau lah orang itu sememangnya ada virus HIV dan berdarah sekali pun, teman lelaki Mimi masih boleh menyentuh darah orang yang mengalami kemalangan itu dengan syarat tangan teman lelaki Mimi tidak ada lah luka berdarah, sebab virus HIV memerlukan saluran darah untuk masuk kedalam badan kita. Kalau ada luka kecil pun pandangan saya risiko dapat jangkitan HIV masih rendah sebabnya kuman HIV akan cepat mati apabila darah terdedah pada ruang udara, so kalau sentuh darah pembawa HIV yang sudah lama terdedah pada udara tidak akan menyebabkan berlakunya jangkitan. Bagaimana kalau orang accident tu tidak ada HIV? Tidak semuanya orang accident ada HIV, so elakkan dari syak wasangka.

Penting bagi teman lelaki Mimi memahami cara terutama asas mengenai HIV AIDS.

Nasihat abang jangan fikir yang bukan-bukan, kalau kita tidak pernah melakukan aktiviti berisiko buat apa nak takut. Sekiranya teman lelaki Mimi masih berperasangka buruk yang dirinya kemungkinan ada HIV, tidak ada cara lain laku lah ujian HIV sekali lagi pada 3 bulan dari tarikh ujian pertama itu. Kalau resultnya negatif maka negatiflah, sekiranya masih was-was buat lagi ujian pada 6 bulan seterusnya.

Ramai orang apabila mengesyaki diri mereka ada HIV, mereka akan mula fikir yang bukan-bukan, sehingga kalau naik jerawat dibelakang badan pun mereka ini mengesyaki itu petanda ada HIV. Segala simptom yang teman lelaki Mimi alami itu tidak semestinya sebab jangkitan HIV, kemungkinan juga disebabkan simptom penyakit lain, sebab itu kita kena rujuk pada doktor, kita tak boleh main syak-syak sahaja.

Entry "10 SIMPTOM HIV YANG ANDA HARUS AWASI" ini sebenarnya sekadar membandingkan kemungkinan simptom ini ada pada diri kita (terutama dikalangan mereka yang tahu diri berisiko), sekiranya ada persamaan ketara maka nasihat saya JALANI UJIAN HIV DI KLINIK, sekiranya keputusannya negatif...maka negatif lah bermakna simptom yang kita alami maybe sebab lain.
Teruskan kehidupan jangan rosakan kegembiraan hidup dengan syak wasangka yang dicipta sendiri....Sekali lagi abang nak tekankan kalau abang baca apa yang diberitahu ini, abang yakin teman lelaki Mimi sememangnya tidak ada HIV.

Wallahuallam.

Sekiranya teman lelaki Mimi bertanya apa-apa suruh dia hubungi abang melalui email insyaallah mana yang abang akan abang perjelaskan - NAJ MI



5 comments:

  1. symptoms semua general sgt le...doc tu patot dig history lg detail & singkir kan kemungkinan lain dulu....anyway kalau bf die takde high risk behavior kemungkinan hiv tu sgt la rendah , so payah la takot sgt nak ulang lg test hiv bg nak dptkan kepastian

    ReplyDelete
  2. Mimi,teman awak tak perlu takut jika beliau tidak melakukan perkara yg boleh menular hiv,salam dengan odha atau tolong pesakit hiv waktu kmlgn tidak boleh berjangkt selagi darah tidak memasuki tubuh teman awak.saya hiv dah 11tahun.tidur dgn isteri berpelukan dan intim.isteri masih bebas hiv.(negative).nasihat saya jalani semula ujian.rugi hidup dlm dilema ketakutan kerana kalau negatif boleh rancang perkahwinan dan yang penting kalau positif boleh dirawat,jgn dah kritikal baru nak menyesal.pada abg jika dia tidakterlibat dlm aktiviti tersebut dia tak perlu takut seperti mimi cerita.malah ujian klinik swasta negatif,yakinja. Akhir kata jika tak buat ujian yang rugi adlh teman mimi sendiri.hidup ini inginkan kebahagiaan keceriaan.bukan setiap hari dlm ketakutan dan dilema seperti yg mimi cerita.rugi hidup mcmtu...hr21

    ReplyDelete
  3. Mimi, dia hanya berprasangka tapi baiklah dia berhubung dgn Najmi utk mendapat pemahaman yg lebih baik....

    ReplyDelete
  4. mimi

    Alhamdulillah, maaf tanpa kebenaran mimi abg jadikan pertanyaan mimi dlm ruang komen hari tu jadi entri..insyaallah mudah2an pembaca lain boleh mendapat manafaat dari pertanyaan mimi tu kan...:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST