Monday, 12 August 2013

MALAYSIA CATAT 95,000 KES HIV

AIDS SASAR WANITA - Golongaan lelaki mewakili majoriti iaitu 90 peratus daripada kes HIV yang terkumpul di Malaysia. Walaupun kes dikalangan mereka menunjukkan penurunan sejak 2003, jangkitan HIV dan AIDS terhadap wanita menunjukan peningkatan 21 peratus pada 2011 berbanding 5 peratus 10 tahun lalu.


Sejak kes pertama mula dikesan pada 1986, bilangan jangkitan HIV terkumpul yang dilaporkan di negara kita sehingga 2011 ialah mencecah 95,000 serta hampir 15,000 kematian akibat AIDS.

Golongan lelaki terus mewakili majoriti iaitu 90 peratus daripada kes HIV yang terkumpul di Malaysia. Walaupun jangkitan dalam kalangan mereka menunjukkan penurunan ketara sejak 2003, kadar jangkitan dalam kalangan wanita menunjukkan trend berbeza.

Wanita dan gadis semakin dijangkiti HIV dan 21 peratus daripada mereka mula dijangkiti di seluruh negara pada 2011 berbanding hanya lima peratus 10 tahun lalu.

 Selepas 30 tahun pemerhatian klinikal HIV yang pertama, penyelidik dan doktor perubatan berkumpul pada Persidangan Persatuan AIDS Antarabangsa ketujuh di ibu negara bagi membincangkan perkembangan dan kemajuan terkini.

Agenda utama ialah meningkatkan peranan yang dimainkan oleh diagnosis untuk menguruskan rawatan bagi mereka yang menghidap HIV. 

Pengarah Unit HIV, Imunologi dan Penyakit Berjangkit Hospital St Vincent, Sydney, Australia, Prof Andrew Carr berkata, apabila seseorang dijangkiti HIV, tidak bermakna mereka akan mati.

“Apabila dirawat, mereka yang menghidap HIV boleh hidup mencapai umur yang biasa jika tidak dihinggapi penyakit itu. Oleh kerana prognosis ini serta sifat virus itu berubah, cara kita menguruskan pesakit juga perlu berubah.

“Ketika rawatan mula dijalankan dulu, memang tiada pemantauan langsung. Hari ini kita mengetahui lebih banyak mengenai virus yang memerlukan peralatan diagnosis menjadi lebih sofistikated.

“Ini bukan bertujuan untuk tinjauan diagnosis saja, tetapi pemantauan serta pengurusan penyakit yang berterusan,” katanya di ibu kota, baru-baru ini.

Antara cabaran terbesar dalam pengurusan pesakit HIV ialah kadar mutasi yang tinggi. HIV bertambah dengan pantas dan sering berubah bentuk, terutama bagi pesakit yang menerima rawatan antiretrovirus.

Bagi mengukur keberkesanan rawatan ini, penting untuk pesakit dipantau sekerap mungkin, secara ideal dua kali setahun dengan ujian beban viral. Ini membantu doktor mengukur jumlah virus dalam darah serta menentukan keberkesanan rawatan.

Satu cabaran ujian beban viral ialah bergantung kepada mengenal pasti sesetengah bahagian genom virus. Mengikut sejarah, ujian ini hanya mensasarkan satu kawasan virus.

Ada kalanya ia turut disasarkan oleh ubat dan boleh memberi kesan terhadap ketepatan keputusan dalam menghadapi mutasi.

 Perkembangan terkini dalam ujian beban viral ialah ujian yang bukan hanya mensasarkan dua bahagian genom virus yang bebas, malah kawasan yang tidak disasarkan oleh ubat.

 Adalah penting bagi ujian pemantauan beban viral untuk menyatakan kuantiti virus tahap tinggi dan rendah bagi membolehkan doktor membuat keputusan berkaitan keperluan untuk rawatan yang lebih atau kurang agresif.

 Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan (Penyakit Berjangkit) Jabatan Perubatan Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr Christopher KC Lee berkata, HIV masih menjadi isu yang mencabar di Malaysia.

“Keupayaan HIV untuk bermutasi bukan saja membawa kepada kegagalan rawatan, malah penyebaran strain virus yang memiliki ciri ketahanan.

“Peralatan baru dalam sistem pertahanan doktor yang berupaya memberi keyakinan ketika pemantauan beban viral pada pesakit ialah sesuatu yang dialu-alukan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Roche Diagnostik Asia Pasifik, Lance Little berkata, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan ahli klinikal dan makmal untuk mencapai kemajuan dalam ujian.

“Ujian automatik sepenuhnya yang inovatif ini akan menyediakan keputusan yang boleh dipercayai supaya ahli klinikal boleh merawat pesakit HIV yang menjalani ujian terapi dengan lebih yakin serta cekap,” katanya.

Di Malaysia ada 81,000 penghidap HIV (anggaran 0.5 peratus populasi). Pada 2011, sebanyak 3,479 kes baru HIV dilaporkan iaitu anggaran separuh daripada jumlah kes ketika kemuncak epidemik pada 2002.

Hari ini, HIV di Malaysia berubah wajah. Pada peringkat awal epidemik, penagih dadah suntikan (IDU) adalah pesakit utama. Walaupun mereka jumlah besar penghidap HIV, hari ini IDU cumalah 38.7 peratus daripada jangkitan baru.

Sebaliknya, wanita yang hanya sejumlah kecil peratusan jangkitan baru 20 tahun dulu, kini mencapai 21 peratus daripada bilangan pesakit yang baru dijangkiti.

Mengenai HIV/AIDS

·  AIDS disebabkan oleh Virus Kurang Daya Tahun Manusia (Human Immunodeficiency Virus atau HIV). Jika seseorang dijangkiti HIV, tubuh akan menghasilkan antibodi untuk cuba melawan jangkitan. 

·  Ujian darah untuk HIV mencari antibodi ini. Jika seseorang itu mempunyai antibodi ini dalam darah mereka, bermakna orang itu dijangkiti HIV. Mereka yang mempunyai antibodi HIV dipanggil ‘HIV Positif’. 

·  HIV membabitkan pelbagai jenis dan terbukti mampu bermutasi dalam tubuh individu ketika jangkitan. Aids wujud dalam individu HIV positif selepas beberapa tahun dijangkiti kerana HIV akan melemahkan sistem imun tubuh sedikit demi sedikit, selain menyebabkan tubuh mudah terdedah kepada pelbagai penyakit.

Ketahanan ubat HIV

Keupayaan HIV untuk bermutasi dan mengubah semula virus dengan kehadiran ubat antiretrovirus dipanggil ketahanan ubat HIV.

Mutasi ini mengakibatkan kegagalan rawatan, kenaikan kos langsung dan tidak langsung berkaitan dengan keperluan untuk memulakan rawatan barisan kedua yang lebih mahal untuk pesakit, penyebaran strain HIV yang tahan dan keperluan membangunkan ubat anti-HIV yang baru.

Ujian beban viral HIV

Ujian beban viral HIV mengukur jumlah HIV di dalam darah pesakit. Ia membantu memantau penyakit, mengawasi terapi dan prognosis penyakit.

Ujian beban viral HIV dwi sasaran Roche mensasarkan dua kawasan bebas genom HIV, dan mengelak potensi kurang pengkuantitian beban viral virus dalam pesakit yang dijangkiti.

Ia memastikan keutuhan keputusan yang dipertingkatkan dan peningkatan keyakinan dalam menilai beban viral walaupun dalam menghadapi kepelbagaian genetik HIV-1 yang semakin meningkat.

 INFO TERAPI HIV 

·  HIV tiada penawar tetapi pelbagai jenis ubat boleh digunakan secara gabungan untuk mengekang virus. 

·  Terapi antiretrovirus mengekalkan jumlah HIV dalam tubuh pada tahap rendah. Ini mengurangkan kelemahan sistem imun dan membolehkannya pulih daripada kerosakan yang mungkin disebabkan oleh HIV. 

·  Terapi antiretrovirus standard membabitkan kombinasi sekurang-kurangnya tiga ubat antiretrovirus untuk melawan virus HIV dan mencegah penyakit HIV daripada merebak. 


Sumber : myMetro 
Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD 
Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/11

 

7 comments:

  1. thanks for sharing abg Najmi. Salam Aidilfitri.
    ;-)

    ReplyDelete
  2. Chenta Saya

    Alhamdulillah. Salam Aidilfitri juga dari saya buat Chenta Saya...:)

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya buat Najmi dan keluarga..
    semoga segala amalan dan kebaikan Najmi di balas Allah dengan sebaik- baik tempat di JannahNya...

    Terima kasih dgn info yg sentiasa baik dan jelas ini..Najmi...dari maklumat ini jelas kan...bhw golongan wanita sgt2 terdedah dgn risiko jangkitan ini..
    Maklumat ini hanya di Malaysia shj..rasanya keadaan yg sama jugakan dgn negara2 lain kan..?

    wallahualam

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  4. syukran jazillan

    Alhamdulillah..Selamat Hari Raya juga...Maaf Zahir Batin...:)

    ReplyDelete
  5. Hanya untuk pertanyaan..

    Jika seorang lelaki menerima seks oral dari wanita yang tidak di ketahui status kesihatannya.. adakah lelaki itu berisiko untuk dijangkiti, jika wanita itu hiv+

    ReplyDelete
  6. Anonymous

    Risiko tetap ada terutama sekiranya terdapat luka berdarah di zakar lelaki tersebut TETAPI peratus dijangkiti sangat rendah, kemungkinan zero %. Pandangan saya jangkitan agak sukar melalui aktiviti oral, selain zakar yang tidak ada sebarang luka, virus HIV juga sangat2 kurang bilangannya didalam air liur pembawa HIV.

    Wallahuallam

    ReplyDelete
  7. Salam sejahtera,

    Saya dan para sahabat pernah melakukan kesilapan dengan mendapatkan sex oral di negara jiran. Daripada 5 orang yang terlibat, empat orang telah disahkan HIV positif. Semoga menjadi panduan untuk semua insan.

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST