Monday, 19 August 2013

GREAT MCJ - KERANA SONGSANG USTAZ LABELKAN SAYA SEBAGAI PENGHUNI NERAKA

Seorang pembaca meninggalkan komen didalam ruang komen didalam entry "SUAMI GAY CUBA BERUBAH RIMAS DENGAN PRASANGKA ISTERI"



Assalamualaikum...

Saya mempunyai naluri yang menyukai kaum sejenis. 

Untuk makluman saudara Naj Mi. Pada zaman persekolahan di tingkatan satu lagi saya telah terdedah dengan aktiviti ini.. Dimana pada masa itu saya telah diliwat oleh senior saya. Terus terang saya katakan. Pada masa tu saya tak tahu perkara yang berlaku itu adalah salah. Kemungkinan pada masa itu ibubapa saya tidak menduga perkara sedemikian akan berlaku. Pengetahuan asas seks tidak diberikan. Almaklumlah. Sekolah agama katakan. Tapi itulah hakikat yang berlaku. 

Aktiviti berterusan sehingga beberapa bulan lagi nak menduduki peperiksaan SPM, pada masa tu sekolah ada program 'mentor mentee'. Saya dan beberapa orang kawan telah diletakkan dibawah pengawasan seorang cikgu lelaki. Saya dan cikgu semakin rapat. Perhubungan diantara saya semakin rapat. Keluarga saya mengenali beliau sebagai 'abang angkat' saya. Keluarga mempercayai beliau akan membimbing saya. Tapi anggapan itu meleset. 

3 minggu sebelum SPM, saya telah diliwat oleh Cikgu saya. Dia menyatakan dia sayang dan suka kat saya. Pada masa tu saya terbuai dengan kata-kata berkenaan. Perhubungan saya dengan cikgu berterusan sehinggalah saya final year kat universiti. Sepanjang saya berada di universiti, cikgu lah yang belikan saya HP serta baju. Sentiasa berikan saya duit belanja walaupun ibu bapa saya telah bekalkan belanja yang sangat mencukupi.

Pada hari konvokesyen saya, cikgu kata nak kahwin, pada mulanya saya marah sangat, saya marah dan kecewa. Tapi cikgu sentiasa pujuk dan selalu kata 'kita bertaubat sama2.' Alhamdulillah,  saya dapat membendung perasaan tersebut, tapi hanya kekal untuk 2 tahun sahaja.

Setiap hari godaan datang semakin saya tepis semakin hebat yang mendatang. Saya tersungkur, saya berjinak semula dengan 'aktiviti songsang', tapi hanya secara ONS (one night stand). Dan adakalanya student kat IPTA/S akan jadi pasangan hujung minggu saya.

Pada 16-09-2009 saya berkenalan dengan seorang exec kat private sector, hubungan kami terlalu intim, sehingga panggilan telah berubah kepada 'papa' dan 'bubu'. Family dia kenal saya sebagai adik angkat kepada beliau dan begitu juga sebaliknya. 

Pada awal 2013, keluarga saya dan dia mula mendesak untuk saya mencari pasangan.. memandangkan umur saya semakin meningkat begitu juga dengan dia.

Kami cuba kurangkan kekerapan untuk berjumpa, call, sms dan sebagai nyerr.. dengan andaian, cara berkenaan boleh membantu kami, tapi sebenar nyerr ianya tak membantu sangat.. 

Saya pernah berjumpa seorang kaunselor dan menceritakan masalah kepada beliau tapi apa yang saya dapat, saya diherdik. dan di hina,  malah cerita saya disebarkan di jabatan saya berkhidmat. Saya terpaksa ambil langkah dengan berpindah jauh ke Sarawak. Usaha untuk berhenti tidak putus di situ sahaja. 

Saya berjumpa dengan seorang ustaz tapi ianya tidak seperti yang saya jangkakan saya diejek dan dihina malah ustaz itu siap melabelkan saya sebagai 'penghuni neraka'. Saya kecewa.

Kemudian saya dikejutkan bahawa pasangan saya sudah bertemu dengan individu yang bersesuaian dengan dia. Saya cuba redha dengan apa yang berlaku. Lately nie dia sering menyatakan pada saya,

"Jangan risau, walaupun saya dah kahwin, saya akan sentiasa sayang awak, setiap kali anniversary kita, saya akan spend masa dengan awak, tapi tolong jangan pergi dari hidup saya, sebab saya tak tahu nak cakap apa dengan family saya sekiranya awak hilang dari pandangan diorang".

Saya bingung adakalanya saya iri hati dengan kehidupan normal orang lain, adakalnya saya menyalahkan kedua ibu bapa kerana tidak memberikan pengetahuan yang cukup bagi saya untuk menjalani kehidupan di asrama dan adakalanya saya benci dengan keluarga yang banyak melayan saya seperti budak perempuan pada waktu kecil disebabkan saya anak tunggal lelaki dari 10 orang adik beradik. 

Saya pernah terfikir untuk bunuh diri sebab saya malu dengan keadaan diri saya, walaupun pada luaran nya fizikal dan kerjaya yang saya miliki adalah hebat. Saya buntu. 

Pernah merancang untuk duduk di Tanah Suci bagi tempoh yang lama, tapi ustaz tue pernah kata saya 'penghuni neraka'.

Tolonglah saya.. saya perlukan nasihat atau apa sahaja yang dapat bantu saya keluar dari 'kehidupan songsang' ini..

 
GREAT MCJ



Salam MCJ
 

Terus terang bukan saudara sahaja yang mengalami masalah sedemikian, ada ramai lagi diluar sana yang mengalami masaalah seperti yang saudara alami. Saya juga sebahagian dari pada anda semua.

Masing-masing ada kisah silam yang tersendiri, tetapi jalan penyelesaian dalam permasaalahan ini pada pandangan saya adalah sama - kita kena kembali kepada Allah, kembali dalam erti kata sepenuh hati dan ikhlas serta bersungguh-sungguh untuk mengawal diri. Ada yang berkata kita terpaksa berjihad sepanjang hayat, jika berjaya syurga tempatnya.

Sepekara lagi pandangan saya tidak semua kaunselor yang akan bersikap seperti yang saudara temui itu, benar saya rasa sikap dia kepada saudara itu salah dan tak sewajarnya dia dilantik menjadi kaunselor tetapi jangan disebabkan kerana perangai kaunselor seorang itu menyebabkan saudara enggan bertemu dengan kaunselor lain atau berputus asa.

Ustaz itu tidak layak dan tidak boleh menentukan siapa yang sebenarnya yang menjadi penghuni neraka dan pada saya dia lah yang tidak layak untuk bergelar ustaz. Usah saudara ambil hati sangat dengan kata-kata ustaz itu, jadikanlah kata-kata ustaz itu sebagai perangsang untuk saudara perbaiki diri. 

Segalanya telah pun berlaku dan sudah ditakdirkan, sebaiknya janganlah kita salahkan didikan yang diberikan oleh kedua ibu bapa kita, maybe mereka ada buat kesilapan dan kesannya berlaku keatas diri saudara tetapi alhamdulillah saudara telah sedar lebih awal dan insyaallah saudara kena bersungguh untuk terus berubah.

Segalanya bergantung kepada diri kita sendiri untuk berubah, dan perlu diingat sekiranya saudara rasa amat terseksa kerana mempunyai naluri ini sudah pasti ada orang lain yang lebih terseksa lagi derita daripada saudara. Saudara mungkin hanya bergelut dengan masaalah berdepan dengan naluri itu sahaja, bagaimana dengan songsang yang lain? ada yang diduga Allah dengan penyakit HIV lagi, malah ada yang dibuang keluarga dan ada yang diherdik dibenci oleh ibu kandung kerana mempunyai tingkah laku lembut, contoh kisah ADIK MS

Saya dapat rasai akan niat dan kesungguhan saudara untuk berubah, dan sekiranya saudara mempunyai sedikit keinginan naluri kepada wanita, sama seperti kata-kata saudara RON yang pernah meluahkannya dalam entry mengenainya dulu (klik disini untuk kisah RON),

"Demi Allah sekiranya saya diberikan Allah rasa cintan dan nafsu walau hanya sebanyak 1% untuk saya mencintai (suka) kepada seorang wanita, saya pasti akan cuba mengasahnya bersungguh-sungguh dan pastinya akan berkahwin, berkeluarga dan tidak akan berfikir banyak lagi ketika itu. 

Saya langsung tidak boleh dan pernah mencintai seorang insan bernama wanita, selalu saya cuba melawan segalanya dengan melihat porn straight agar kemungkinan saya boleh tertarik kepada wanita tetapi saya tidak mampu untuk ghairah walaupun sedikit terhadap mereka dan demi Allah bukanlah perasaan itu sengaja  dibuat buat." - RON

Alhamdulillah saya pasti saudara boleh mengasah naluri itu setajam mungkin dan insyaallah tak akan jadi masaalah untuk saudara berkahwin kelak, kembali kepada suruhan Allah dan lakukan bersungguh-sungguh untuk berubah TETAPI sekiranya saudara tidak ada langsung keinginan terhadap wanita - susah lah sikit. Pada pandangan saya naluri gay ini tak boleh dihapuskan tetapi ianya hanya boleh dikawal.

Antara jalan keluar selain menjaga solat 5 waktu kita kena kerap berdoa kepadaNya. Kita ada Allah tempat untuk kita minta pertolongan. Dan ingat bunuh diri bukan jalan penyelesaian..silap hari bulan kita membenarkan kata-kata yang di herdik oleh ustaz tu pulak...

Saya sebenarnya tak bijak memberi nasihat tapi saudara boleh cuba teliti apa yang dituilis oleh ustaz Hanafiah di dalam entry ini, SONGSANG - SOAL JAWAB 2 - NAJ MI


15 comments:

  1. Ustaz tersebut tidak layak digelar ustaz,buat saudara hidup ini ujian,moga saudara berjaya dalam perjuangan kerana kesudahannya kita akan kembali mengadap pencipta dihari pengadilan kelak.rajin2 lah baca cerita2 hari kiamat.suasana dipadang mahsyar,moga setiap kali dibaca memberi keinsafan buat kita.

    ReplyDelete
  2. kejam nye ustaz tu....ulamak yg baik takkan berkata macam tu malah sepatut nya membantu & memberi kata2 semangat....kalau iman tak kuat silap2 yg diherdik tu boleh ambil keputusan murtad....

    tak silap sy jakim ada program yg membantu gol plu ni kan???ust hanafi yg on charge rase nye...

    lg satu sy tak setuju tindakan pasangan saudara mcj yg still nak meneruskan hubungan setelah kahwin...kesian la kat bakal isteri nyaaa...jgn la kahwin kalau just sebab nak puas kan hati parent tp last2 bini yg terseksa

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudari..sy stuju stetmen sedari..tp yg psl kawen tu,sedari xrse...betapa ssh ny ktorg nk bg alasan klo x kawen2..klo leh pun,sy xmo sshkn atau libat2kn mne pempuan..tp,klo dh dipksa2 dan dicemuh2 masyarakat..ap lg option yg leh dibuat?..sy xslhkn psgn MCJ 100%..dan sy pun xsokong berkawen utk elakkn hbgn PLU 'kononny'..tp,ap lg yg leh dibuat??

      dlm idup ni,kondem org mmg mudah..tp,nk bg solution sgt ssh...huhu

      Delete
    2. minta maaf if ape yg sy tulis ade membuat pembaca lain terasa terutama sekali saudara wk....kalau lepas kawin pon terus kan hubungan tu da kira curang la bg sy....kalau suami normal curang ngan perempuan lain isteri tak bleh terima, sama la hal nya kalau ade hub ngan laki (if terkantoi) .hanya org yg ada tahap kesabaran tinggi je boleh tahan ( spt saudari surya hanee)

      sy paham presurre kene suruh kawin ni sebab sy pon mengalami nya( tp sy straight)...tp sy buat dunno je...maybe awk rase pressure coz awk rase guilty disebab kan keabnormalan..





      Delete
  3. Replies
    1. Irfa

      Selamat Hari Raya...tak terlambat lagikan nak ucapkan...:)

      Delete
  4. Menang hidup kite sebagai plu penuh bergelumang dengan dosa.
    Tapi tuhan tu *AR-RAHMAN AL-RAHIM.
    Seburuk2 kite sebagai gay. Kite tahu tempat kite dan berusehe untuk berubah. Walaupun dah diriwatyatkan tempat golongan songsang ni dinerake. Siapekah ustat tu untuk menghukum. Dia pasti sangat ke tempat dia tu disyurga?

    ReplyDelete
  5. Seorang yg berfikir waras dan tahu hukum hakam seharusnya memberi nasihat secara baik dan berhemah bukan mencaci, menghina dan merendahkan orang lain. Jangan risau dek, yang menentukan rezeki, ajal maut,syurga neraka dan jodoh kita hanya ALLAH. Berbaik dgn NYA dari berbaik dgn manusia yg tahu ilmu agama tapi tak pandai mempraktikkannya. All the best

    ReplyDelete
  6. bersabarlah dengan setiap dugaan yang dihadapi.insyaallah, cuba untuk melawan nafsu tersebut.yang pasti,kuatkanlah iman didada setiap hari.

    ReplyDelete
  7. salam abg najmi, selamat hari raya. semoga abg najmi bertambah sihat selalu. alhamdulilah pg syawal haritu, daimi sempat menziarahi kubur arwah. tak tahu macamana nak cakap, tp mmg sebak sgt dihati. dibibir saya ukirkan senyuman, dihati saya menangis berseorangan. sebenarnya, setiap hari saya teringatkan arwah. he is my best friend until jannah.
    daimi dainial

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daimi dainial

      Alhamdulillah, arwah ada seorang rakan yang sangat baik..Daimi tak boleh buat apa-apa sebab arwah dah berada disana selain berdoa bersedekah Alfatihah buat arwah...jangan lupa arwah sampai bila2.......SELAMAT HARI RAYA DAIMI...



      *Kisah Daimi Dainial didalam entri "GURU GAY HIV POSITIF, UGUT, LIWAT SEBARKAN HIV KEPADA RAKAN SAYA"
      http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2013/03/guru-gay-hiv-positif-ugut-liwat.html?utm_source=BP_recen

      Delete
  8. Terima kasih atas nasihat, pandangan dan perkongsian pengalaman hidup saudara/i.. Sekurang2 nyerr saya tahu bukan saya seorang sahaja yang mengalami masalah seperti ini..

    ReplyDelete
  9. Saya Aaron, Abg Najmi ada post tntg sebuah entry luahan perasaan saya. Saya pun dilemma sbb family saya background agama. Abg saya pernah kata, jika ko jd gay, ko bkan adik aku. Sakit ati, tpi nak wat cmna, jgn mngadu pd manusia tmbh2 yg straight. Bkan semua bleh terima, jika mereka trima, mereka tetap ada prasangka pd kita. Hiduplah gembira, mungkin ada hikmahnya.Tapi, kadang2 air mata ni xtertahan, dlm 5 orang adik-beradik lelaki. Kenape aku seorang yg gay. Air mata memang senang tumpah bila fikir mungkinkah aku mati berseorangan nanti. Ingatlah, ini adalah ujian utk kita semua. :)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST