Thursday, 22 August 2013

FIRDAUS - SUKA DUKA KEHIDUPAN REMAJA POSITIF HIV

FIRDAUS (bukan nama sebenar) seorang penuntut sebuah pusat pengajian tanah air, berkongsi kisah mengenai dirinya. Akibat terlanjur dalam hubungan seks sejenis Firdaus disahkan positif HIV diawal usia yang masih muda.


Salam sejahtera abang Naj Mi,

Sebelum meneruskan hasrat saya memperkenalkan diri terlebih dahulu, nama saya Firdaus (bukan nama sebenar) saya mula membaca blog abang setelah beberapa bulan setelah disahkan +ve HIV itu pun apabila salah seorang rakan "mukabuku" saya memberi link untuk membaca blog abang. Saya runsing, keliru dengan segala tindakan saya.

Saya merupakan penuntut di sebuah IPTA di Kedah (bukan tempat sebenar). Saya disahkan +ve HIV pada bulan November 2012 yang lalu, almost setahun sudah saya menanggung sakit ini. Semua ini berlaku kerana tiada langkah berjaga-jaga ketika melakukan hubungan sejenis dengan boy friend saya dulu, ingatkan nak stay dengan satu pasangan sahaja, tapi saya telah di perdayakan dan pasangan saya sememangnya telah mempunyai HIV dan mungkin niat dia untuk balas dendam dengan apa yang dia ada iaitu +ve HIV

Walaupun saya telah di sahkan +ve HIV, saya masih tetap aktif melakukan sex luar tabii ini. Saya ingin sangat nak berubah tapi apabila ada lelaki yang mengajak melakukan hubungan seks, maka saya ON, but now protected sex. Saya takut orang lain akan dapat pulak penyakit ini, saya keliru dengan segala tindakan dan takut dengan keluarga.

Saya boleh dikatakan berasal dari keluarga yang berpendidikan tinggi dalam kalangan masyarakat di tempat saya tinggal sekarag ini. Hampir semua adik beradik saya sudah pun menjejakkan kaki di menara gading termasuklah saya sendiri. Saya hanya tinggal beberapa tahun masa pengajian saya. Pointer setiap semester kian kecundang, dengan pelbagai masalah yang timbul di universiti menyebabkan saya kurang fokus untuk belajar ditambah dengan bebanan masaalah kesihatan. 

Semenjak saya di sahkan +ve HIV saya sudah 2 kali dimasukkn ke hospital. Kali pertama akibat alergik dengan ubat bactrium yang di bekalkan oleh doktor di Kedah. Mulut saya menjadi bengkak manakala suhu badan saya meningkat mencecah 42 darjah celcius sehingga mata menjadi merah. 

Pada kali pertama di masukkan ke dalam wad, saya terpaksa memulakan rawatan HAART. Jenis ubatan yang pada permulaan dibekalkan oleh doktor di Kedah pada mulanya ialah Isonizax, Peridoxin dan Bactrium. Akibat masaalah aleergic yang berlaku doktor bagi arahan agar pengambilan ubatan jenis itu dihentikan dan terpaksa bertukar kepada ubatan Conbiver dan Nevirapine.

Dugaan demi dugaan

Allah terus menduga saya, mungkin kerana saya masih lupa diri. Bagi menghilangkan stress saya ambil keputusan untuk melancong dengan menggunakan wang PTPTN. Saya membeli tiket pada satu semester yang lalu untuk pergi ke luar jauh dari semenanjung Malaysia dan menjadi seorang backpacker. 

Seminggu sebelum tarikh penerbangan Allah masih menduga saya apabila pusat saya bernanah dan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat. Saya mengmbil keputusan untuk pergi ke hospital dengan menaiki motosikal pada pukul 1.00 pagi. Semasa di hospital saya terlena kerana menahan kesakitan yang teramat sangat. Doktor check dan beri ubat tahan sakit serta antiboitik. 

Alhamdulillah dua hari sebelum penerbangan, saya sembuh dari sakit, saya gembira dan bersyukur kerana Allah mempermudahkan urusan. Selepas seminggu berjimba di negeri dan negara orang saya pulang terus ke kampung halaman kerana kakak saya akan bernikah. Saya pula diberi tugas untuk menyediakan masakan untuk pengantin.

Seawal 4.00 pagi pada hari berkenaan saya sudah bangun untuk menyedikan segala yang diperlukan untuk jamuan raja sehari. Saya tahu saya penghidap HIV +ve, namun untuk mengelak dari keluarga mencurigai, saya cuba melakukan segala kerja dengan penuh berhati-hati. Segala cara pengendalian pisau saya guna dengan penuh berhati-hati. Dan pada ketika itu fizikal badan saya masih sihat, tiada luka atau yang mencurigakan. Saya memasak sehingga tengah hari, alhamdulillah pada jam 12 tengah hari makanan dapat dihidangkan untuk raja sehari pada hari itu.

Allah terus menduga keatas manusia yang tidak sedar diri ini

Pada petang hari perkahwinan kakak saya, saya telah mengalami demam panas, keluarga menganggap mungkin saya makan terlalu banyak tembikai, air berais dan mungkin akibat penat travel. Selepas solat maghrib saya tertidur sehingga ke subuh, dan ketika itu demam panas saya masih tidak kebah-kebah. Keadaan saya sangat-sangat tidak bermaya. Saya cuba gagahkan diri untuk kembali pulang ke Kedah bersama abang ipar yang pada waktu itu juga bekerja di Kedah. Walaupun emak melarang tetapi saya berkeras untuk balik, saya dapat rasakan kemungkinan besar saya mungkin akan masuk ke wad dihospital kelak dan disepanjang perjalanan kembali ke Kedah saya banyak tidur.

Empat jam kemudian tiba di Kedah, badan saya masih tidak kuat tetapi saya "bajet" kuat, saya pura-pura buat ceria. Tetapi pada malam itu Allah memberi ujian lagi, saya mengalami sakit perut di bahagian usus besar, sehingga saya boleh terlela di dalam tandas rumah sewa, pegi ke toilet dengan tidak pasang lampu sebab takut akan mengganggu teman serumah (Azak adalah teman serumah saya dan ia tahu punca saya dapat HIV kerana seminggu selepas saya mendapat tahu saya positif HIV, saya menjadi terlalu strees sehingga menyebabkan saya perlu meluahkan perasaan ini kepada seseorang) 

Keesokan hari saya ambil keputusan untuk pergi ke klinik IPTA tempat saya belajar, darah diambil dan keputusan sel darah putih saya terlalu rendah bacaan sehingga 0.05 something2 bacaannya (bacaan bagi orang normal antara 4-11 rangenya). Time itu lah saya ambil keputusan untuk beritahu perkara sebenar yang saya HIV +ve kepada doktor. Saya keletihan, lesu dan memang betul-betul lemah tak bermaya dalam masa sama masih mengerang kesakitan yang teramat sangat. Doktor diklinik IPTA ambil keputusan untuk bawa saya ke general hospital Kedah (bukan hospital sebenar)

Kali ke dua saya masuk wad

Saya dimasukkan sekali lagi di hospital untuk kali kedua semenjak disahkan positif HIV. Saya redha dan ketika itu tubuh badan saya dicucuk jarum sana sini, wayar penuh dilekatkan dibadan. Saya dimasukkn diwad ICU Isolation Room. Saya tidak kuatir tentang bayaran bil hospital sebab saya pernah terbaca mengenai perkongsian abang dalam blog abang suatu ketika dulu bahawa bil untuk PLHIV adalah percuma di semua hospital kerajaan di Malaysia. 

Jarum cucuk di tangan saya penuh sehingga sukar untuk saya bergerak, saya terpaksa diberi pakai pampers dan terpaksa kencing melalui saluran wayar. Mula--mula memang tak biasa tapi lama-lama ok. Dua hari saya tidak di beri makan dan minum, waktu itu memang lah dahaga yang teramat sangat hanya Allah saja yang tahu penderitaan yang saya alami ketika itu. Housemate saya ada datang jenguk dan memberi kata-kata semangat, they're really supportive friend ever

Emak saya memang tidak tahu lagi time tu sebab memang saya melarang keras supaya doktor tidak memberitahu mengenai keadaan saya kepada family, namun atas dasar tanggung jawab yang terpaksa doktor pikul, doktor diklinik IPTA telah call ketua pusat pengajian serta pengarah dan emak saya di kampung.

Semasa di ICU saya seperti orang yang tidak sedarkan diri, siap saya bermimpi nak pergi travel lagi, saya juga memjerit macam orang gila, sampai nurse datang marah. Oleh kerana "mamai" kot, saya boleh tidur dari pagi hingga ke maghrib. 

Ibu mana yang tidak sayangkan anak, emak cuba datang ke Kedah malam tu dan pada pukul 2.00 pagi saya tersedar apabila nampak emak sudah pun ada duduk di kerusi roda di hujung kaki saya. Emak menangis, saya pun menangis sebab rasa bersalah, menyesal, tekilan dan terharu dengan apa yang telah saya lakukan kepada emak. Saya ingat dengan perpindahan kampus yang dilakukan lebih mudah untuk saya berulang alik balik kekampung untuk menjenguk emak tapi lain jadinya. NAFSU bermaharajalela dalam diri saya, saya hanyut di badai ombak kemaksiatan. 

Selama 9 hari saya terlantar di hospital, 4 hari di ICU dan 5 hari di ward biasa, walaupun perut masih sakit namun saya buat-buat tidak sakit sebab keinginan nak balik punya pasal. Saya diarah agar tidak makan makanan keras selama 2 minggu sehingga appoitment saya seterusnya.
 
Pada hari ini dapatlah saya sediakan satu diari kecil untuk diri, yang akan saya bawa kemana sahaja in case emergency...book for HIV patient, everything detail. Semua saya catatkan, sehingga bagaimana saya boleh dapat penyakit tu pun ada saya tulis. 

Di sebabkan pengambilan ubatan bactrium dihentikan doktor telah bekalkan ubat yang lain bagi menggantikan Bactrium iaitu Dapsone. Dan sekarang saya makan 3 jenis ubat Conbiver, Nevirapine dan Dapsone, memang bosan sangat makan ubat ni.

Minggu exam on dah nak dekat time tu, manakala assignment memang banyak, ada masalah dengan kawan-kawan and lecturer pun timbul time tu lah  jugak. Saya sering tidur lewat sampai pernah telajak lewat 3 jam untuk makan ubat HAART.

Pada appoitment kedua saya menipu lagi, saya cakap memang saya pernah terlewat makan ubat HAART tetapi paling lambat hanya sejam sahaja, tapi sebenarnya 3 jam. Sewaktu nak ambil ubat kat farmasi saya ada tanya soalan, ubat tu boleh atau tidak diambil sekiranya perut kosong? dan dia cakap boleh yang penting punctual, tepati waktu makan. Start from that saya jarang ambil breakfast tapi saya terus aje telan ubat, melainkan kalau ada kelas diawal pagi, so masa tu bangun awal and beli makanan, makan barulah makan ubat. Ubat saya ambil setiap pukul 8 pagi dan 8 malam. Orang lain pergi kelas jalan kaki tapi saya naik motor.

Ramadhan (1434H) is coming, my second last paper kena pada hari first Ramadhan, housemate memang sudah sedia maklum yang saya tidak boleh berpuasa, mereka faham. Bibir saya mula mengering pada hari kedua bulan puasa, terpaksalah saya pusing-pusing ke Jusco dan pergi Watsons untuk beli la lipbalm, ingat nak melembabkn bibir yang kering ni, memang nampak ok after few weeks pakai.

Masa nak praktikal sudah datang, saya kena kerjalah sekarang ni. Praktikal ni tension pun ada senang hati pun ada, penat mestilah tapi relek aje. Dalam bulan puasa memang tidak banyak kerje sangat sebab company ni banyak buat pakej umrah (terbaca niat abang yang teringin nak ke umrah..jika ada rezeki boleh lah datang ke travel agent ni sebab umrah kat sini rasanya lagi murah di area Pahang..just rm4990 je @ XXXXXXX travel & tour, Pahang) 

Saya terpaksa curi-curi makan ubat dalam sebuah bilik sebab takut kakak tahu yang saya tak berpuasa. Alhamdulillah biasanya tak ada masaalah semasa curi telan ubat ni. Famili saya pernah juga bertanya ubat apa yang saya makan, saya hanya jawab ubat untuk hati sebab hati saya kurang baik semasa diperiksa ketika dimasukkan dua kali kehospital dulu, hati bengkak. Ada ubatan lain jugak yang dibekalkan untuk saya bagi menambahkan darah macam iron tablet, vitamin B complex and few more, tak ingat sebab saya simpan je sebab tak suka nak makan. 

Next appointment next week, gementar memang ada sebab bacaan CD4 akan di beritahu untuk kali kedua. Kali pertama dulu CD4 saya 249 (kalu tak silap), harap kali ni akan ada peningkatan. Tapi tak sure lah sebab waktu darah saya diambil hari tu, memang tak makan ubat dan saya pun tak ikut masa sangat. Kadang-kadang lewat 5 minit paling lewat 3 jam.

Terlanjur lagi

Hari Raya Aidil Fitri (2013) ke 5 hari tu saya telah terlanjur melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki yang bakal mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini. Saya runsing dengan apa yang saya sudah lakukan, tapi saya pakai kondom dari awal sampai habis main dengan dia, saya memang tidak membenarkan setitis pun precum or sperm mengalir. 

Saya sangat-sangat ingin berubah keluar dari dunia songsang ini, tapi saya masih tidak dapat nak mengawal diri ini. Mohon bantuan nasihat supaya saya lebih sedar. 

Sekarang ini mulut, kulit badan saya rasa mengering begitu juga di kemaluan saya yang terasa kering, adakah ini punca sakit HIV atau kerana kurangnya saya minum air? Air kencing saya pun berubah jadi keruh setiap kali menbuang air kencing, harap abang Naj Mi dapat bantu adik dalam mengatasi kebuntuan ini.

Salam Aidilfitri...

- FIRDAUS -





Salam Lebaran,

Terima kasih kerana sudi melaungkan masa untuk membaca dan membalas email saya kepada abang tempoh hari, sangat-sangat saya hargai. Apa yang dikatakan abang betul, saya sekarang ni sangat-sangat keliru dengan segala tindak tanduk perbuatan saya dalam kehidupan ni, saya masih solat tapi larangan Allah tu susah sangat nak di tinggalkan.

Paling saya risaukan sekarang ni masa depan saya. Saya tiada apa-apa simpanan, hutang pelajaran PTPTN belum di jelaskan selagi saya belum habis belajar yang berbaki setahun lagi ni, risau untuk beritahu mak dan keluarga tentang kondisi saya sekarang ni, paling genting apabila masuk ke wad ICU tempoh hari.

Abang saya merupakan seorang guru di Kelantan dan sangat-sangat hebat tentang biologi sebab dia sangat suka membaca dan merupakan bekas pelajar MRSM. Dia antara ahli keluarga yang agak bijak dalam keluarga. Saya jugak mempunyai kakak merupakan seorang lecturer. Paling takut bila doktor terpaksa menipu mereka hari tu. Memang sukar doktor yang merawat saya untuk menipu mereka berdua kerana ilmu yang mereka ada sangat tinggi. Doktor sarankan supaya saya beritahu keluarga kerana saya ketika itu masih di bawah umur (belum mencecah 21 tahun ketika itu). Tapi saya berdegil untuk tidak memberitahu keluarga tentang keadaan saya.

Serius saya katakan saya dipandang seperti anak yang sangat baik bila bersama keluarga. Saya takut apabila beritahu mereka dan mereka akan sisihkan saya nanti. Saya akan hilang tempat bergantung, macam-macam perancangan dibuat sepanjang masa belajar ini untuk masa depan sebenarnya, tapi takut segala perancangan tidak menjadi. Saya paling takut apabila masaalah kulit timbul semasa habis belajar dan sukar untuk saya dapatkan pekerjaan.

Too much saya fikirkan dan kadang kala buat diri saya stress. Cuba paksa diri untuk tidak berfikir perkara ini namun apakan daya otak tetap memikirkan, sehingga satu tahap rasa seperti nak larikan diri sejauh mungkin tapi saya takut tidak dapat benefit seperti di Malaysia yang membantu PLHIV dengan memberi bekalan ubatan secara percuma.

Ada berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat master tahun hadapan setelah tamat belajar tapi bila melihat kondisi kesihatan yang kurang menentu membuatkan saya runsing.

Teringat kata-kata kakak yang lecturer tu di hari raya yang lepas. saya budak baik mana boleh mati cepat, banyak yang perlu dilakukan untuk membantu mak and adik beradik. Mendengar kata-kata itu saya terus masuk ke dalam bilik air dan menangis, lama tidak alirkan air mata ini semenjak disahkan PLHIV, dalam hati ni terus berdoa supaya ada kesembuhan di berikan Allah satu hari nanti.

Pernah terbaca satu blog yang menawarkan ubat penawar HIV tapi saya masih menangguhkan niat untuk membeli. Adakah ubat tersebut betul-betul di iktiraf?

Saya tak kisah if abang nak publish cerita ni kat blog abang, do as you can but keep secret of my privacy. Saya akan berkongsi dari masa ke masa tentang kehidupan ini, insyaAllah semoga abang Naj Mi sihat selalu..amin.

- FIRDAUS -




Salam Firdaus

Terima kasih kerana berkongsi pengalaman hidup Firdaus sejak disahkan positif HIV, setiap PLHIV pasti akan mengalami tempuh kesukaran masing-masing begitu juga dengan Firdaus. Sama lah kita ada ramai adik beradik, tapi adik beradik abang tak sebijak adik beradik Firdaus heee.

Pada abang semua ni dugaan, Allah beri dugaan pada Firdaus diwaktu usia muda, jangan Firdaus risau sangat sebab ramai remaja kat luar sana yang juga mengalami seperti mana yang Firdaus alami. Abang ada cerita dalam blog mengenai seorang remaja lelaki dijangkiti HIV sejak berada ditingkatan 3 lagi, dia pun masih terus berahsiakan diri dia dari keluarga, maknanya bukan Firdaus aje yang dalam kesusahan ketika ini.

Yang penting Firdaus jangan stress, Firdaus kena pandang kehadapan, semua sudah berlaku Firdaus kena hadapi kehidupan masa depan dengan fikiran positif.

Firdaus tak boleh risau memanjang, Firdaus kena kembali bersemangat. Macam abang ni dulu memang lah down buat apa pun semua tak kena, ada masa tu abang ingat mati aje. Tapi insyaallah abang yakin Firdaus boleh bangkit semula, akan kembali bersemangat yang penting jangan fikir sangat mengenai diri kita ada HIV, kalau difikirkan selalu memang lah sedih tapi Firdaus kena kembali ceria semula.

Yang penting Firdaus jaga kesihatan, tidak stress dan buat lah excersice sikit-sikit  secara berterusan untuk kuatkan kesihatan tubuh badan. Macam abang cakap ada ramai yang seusia Firdaus yang ada HIV, masing-masing melalui dugaan ini dengan cara berbeza sebab kehidupan kita tak sama kan. 

Kalau nak berubah secara mendadak selalunya sukar, sebab abang pun pernah alami masaalah seperti ini, tapi berubah lah pelahan-lahan dan berdoa selalu kepada Allah ya 

Dugaan mengawal nafsu seks ni agak sukar terutama Firdaus masih mudah, darah muda, mudah terangsang jika digoda cepat mengalah. Tapi alhamdulillah sebab Firdaus masih mempunyai niat nak berubah mengawal diri dari terus terlajak dalam aktiviti seks bebas ini. Bila niat tu ada, pasti Firdaus akan berusaha, tapi kalau tersungkur Firdaus jangan lengah mohon ampun dari Allah, dan terus lah berusaha memperbaiki diri.

Mengawal diri agar kita tidak terlajak adakala sukar, apabila kita nak berubah jadi baik lagi kuatlah dugaan syaitankan. Seperti nasihat abang pada mereka yang lain yang menghadapi masaalah sama seperti Firdaus (sama seperti yang abang alami), caranya sama, kita kena kembali kepada melakukan segala apa yang disuruh Allah. Pertama sekali jangan lengah atau tinggalkan solat 5 waktu.

Dibawah ini abang share pandangan Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek bagaimana cara hendak berubah atau sekurang-kurangnya kita boleh mengawal diri:

Untuk berubah perlu amalkan 5H:
  1. Kena ada HATI yang kuat. Berubahlah kerana Allah, bukan kerana manusia. Jika berubah kerana Allah, pasti bantuan Allah akan tiba dan Allah akan memudahkan jalan untuknya.
  2. HAMPIRI orang-orang yang berjaya, yang alim, yang faham agama. Jika seorang berilmu mencemuh anda, jangan berputus asa dan carilah orang alim lain. InsyaAllah akan ada orang alim yang sanggup membimbing anda. Ingatlah kisah seorang yang telah membunuh 99 orang dan ingin berubah. Dia bertemu dengan seorang alim, tetapi orang alim itu mengatakan yang dosanya terlalu banyak lalu dia pun membunuh orang alim itu dan menjadikan jumlah orang yang dibunuhnya ialah 100 orang. Kemudian dia bertemu seorang alim lagi, tetapi orang alim ini menyatakan yang dia masih boleh bertaubat dan Allah itu Maha Pengampun, tetapi dia perlu berpindah ke kawasan lain yang lebih baik untuknya. Dia meninggal dalam perjalanan bertaubat kepada Allah dan akhirnya dimasukkan ke dalam syurga. Jadi orang alim perlulah berhikmah dalam berdakwah. Carilah orang sebegini dan belajarlah cara solat, cara bertaubat daripada mereka.
  3. HINDARI kawan-kawan lama yang mendorong kepada perbuatan ini atau yang mengetahui perlakuan kita. Pindah ke tempat lain, tukar tempat kerja. Kita ini manusia yang lemah, jadi keraplah mohon keampunan daripada Allah. Nabi SAW sendiri memohon keampunan kepada Allah
  4. Kena ada HAJAT untuk berubah dan berbuat kebaikan. Sibukkan diri dengan amalan kebajikan. Sebagai contoh, ada seorang yang saya kenal telah berubah dan membuka rumah anak yatim di Indonesia. Jadi dengan melakukan kerja amal, InsyaAllah imannya akan terpelihara.
  5. HIJRAH agar datang bantuan Allah. Selangkah kita menuju Allah, seribu langkah Allah menghampiri kita. Jika kita berjalan menuju Allah, Allah akan berlari mendatangi kita. Inilah perumpamaan sebagai motivatisi kepada mereka yang ingin berubah. Kuatkan hati dalam beristiqmah dan berubahlah kerana Allah.
Saya juga ingin berpesan kepada masyarakat pula jangan cepat menghukum orang. Jangan cepat mencemuh atau mengata orang. Jaga mulut dan jaga hati kita. Kita boleh benci pada perbuatan mungkar tetapi bukan pada orangnya. Doakan mereka yang berbuat maksiat agar mereka boleh berubah.

Saya nak ajar teknik berdoa bagi mereka yang mempunyai keluarga yang terlibat dengan masalah ini: Banyakkan berzikir 'Alhamdulillah, Ya Allah. Alhamdulillah, Ya Rahman. Alhamdulillah, Ya Rahim'. Jika kita ada banyak masalah, sebut 'Alhamdulillah' berulang kali. Sebut “Terima kasih Ya Allah atas ujian ini.” 

Banyakkan juga selawat, kerana Allah akan menggandakan selawat pada kita. Jika Allah sudah selawat pada kita, tentulah kita takkan kecewa pada hari itu. Bacalah juga 'La ila ha ila anta. Subhanaka inna kuntuminazzolimin'.

Jangan lambat-lambatkan masa makan ubat HAART, kalau ada ubatan tambahan seperti vitamen, B complex, iron dan sebagainya makan jangan tak makan ya. Penting sekali lagi abang ingatkan agar Firdaus jangan stress, kena hapi-hapi selalu, buat lah sikit-sikit excersice.

Mengenai masaalah mulut, kulit badan dan kemaluan mengering tu cubalah minum banyak air, biar kencing banyak sebab kalau tanya abang itu lah amalan abang minum air banyak sampai berulang-ulang kali keluar masuk toilet. Lagi satu adalah normal apabila kita makan apa saja ubat kadang-kadang walau hanya sekadar pil vitamen sahaja pun jika kita kurang minum air kosong, air kencing pasti jadi keruh. Firdaus minum air kosong banyak ya...insyaallah tak da apa-apa tu. Tapi kalau kering tu masih ada walaupun dah minum air banyak, Firdaus kena tanya doktor  bila appoitment akan datang, abang rasa Firdaus akan dirujuk kepada klinik Dermatologist

Mengenai hutang PTPTN itu pun pada pandangan abang jangan difikir sangat buat masa ini, yang penting Firdaus tumpukan pada pelajaran, belajar besungguh-sungguh sehingga berjaya dan dapat pekerjaan yang baik kelak, bila dah kerja baru fikirkan mengenainya, insyaallah abang dokan kehidupan Firdaus dipermudahkan sentiasa olehNya.

Suka travel ya maybe satu hari nanti kalau ada rezeki kita boleh travel mula dari Kuching ke Brunei hingga ke Sabah naik bas, di Sabah boleh jumpa kawan senasib kita di Tawan nanti kan...insyaallah..

Sepekara lagi Firdaus memang perlu berkawan berhubung dengan rakan-rakan senasib lain, kalau
Firdaus tak keberatan Firdaus boleh hubungi saudara Luka Rafieka sebab dia boleh hubungkan Firdaus dengan rakan senasib lain melalui beberapa group PLHIV dalam facebook, Luka ada ramai kawan.



Luka Rafieqa Officially Page
http://www.facebook.com/lukarafieqa 

Beliau pernah berkhidmat di Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan PT Foundation.
Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Amal
Firdausi (PAFI) Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM),
Fasilitator, dan HIV/AIDS Educator. 

Phone 017-311 0306
Email  lukarafieqa@gmail.com
Facebook Luka Rafieqa
Website http://lukarafieqa.blogspot.com 

Saudara Luka mempunyai ramai kenalan yang mungkin boleh menghubungkan Firdaus dengan rakan-rakan seusia dan senasib yang lain.

Mengenai ubat penawar HIV, walllahuallam setahu abang banyak ubat yang dikatakan boleh mempertingkatkan kesihatan PLHIV ada di luar sana, macam-macam ada tapi kalau ubat yang menyembuhkan pesakit HIV tak ada lagi.

Firdaus tak digalakkan makan atau minum ubatan yang ada pengawet atau yang dicampur dengan macam-macam bahan sebab Firdaus dah mula makan HAART sebab takut makanan tambahan tu akan memberi kesan buruk terhadap kesan ubatan HAART pada tubuh Firdaus nanti. 

Firdaus boleh amalkan makan makanan sunnah seperti madu, habbatus sauda dan beberapa makanan lain, insyaallah dengan izinNya ianya boleh membantu pertingkatkan tahap kesihatan Firdaus dan cari yang originallah bukan yang dah dicampur dengan bahan2 lain - Naj Mi




# Perkembangan Firdaus pada Isnin 19-8-2013,

Salam abang Naj Mi, 

Gembira sebab dapat berkongsi pengalaman dan mengambil sedikit sebanyak nasihat dari abang, berita gembira sangat semalam, saya dapat result bilangan CD4 saya meningkat semenjak saya memulakan HAART pada Februari lalu.

Kali pertama bacaan adalah 249 (15%) dengan bacaan viral load yang sangat tinggi iaitu 180,000. Dan hari ini bacaan CD4 saya sudah meningkat ke 763 (29%) yang diambil pada bulan Jun 2013 namun bacaan bagi viral load masih tidak di perolehi oleh pihak hospital. Pihak hospital akan hubungi saya untuk bacaan tersebut.

Dan salah satu ubatan iaitu depsone (gantian bagi bactrium) akan dihentikan untuk diambil bersama dengan ubat Conbiver yang saya ambil tu.

Penyebab kepada kekeringan yang saya alami, saya di nasihatkan oleh doktor untuk minum air lebih banyak dah kerap sama seperti yang abang nasihatkan. Doktor kata mungkin akibat saya bekerja terlalu lama didalam air cond, dan mereka membekalkan aquarious cream untuk dijadikan sabun ketika mandi dan menjadi salah satu agen pelembab untuk kulit. Saya akan cuba ikut semua nasihat itu demi untuk kebaikan diri saya jugak kan.

Bacaan bagi darah merah ada sedikit menurun sebab memang saya tak makan langsung acid folic, vit b complex serta iron tablet yang dibekalkan dulu (selain HAART). Maybe sebab berat badan saya naik secara mendadak sebab terlalu berselera makan, memang bagus tapi masalah lain pulak timbul bila semua seluar saya jadi ketat, sebut tentang berat ni, berat badan memang meningkat.

Berat badan since first time jumpa doktor di GH Kedah. Berat asal saya sebelum pergi bercuti ialah 57.6kg. 

Pada May 20 :  Berat ketika lepas keluar dari ICU ialah 51.3kg 

Pada June 17 : Ada lah naik sedikit peningkatan kepada 52.4kg 

Pada Aug 19 : Berat semakin meningkat kepada 55.4kg 

Alhamdulillah...



- FIRDAUS -



20 comments:

  1. Wow he can gain weight easily.. Happy for you dear friend. Keep it up. Am so envy..
    Btw untuk Firdaus, nafsu ni memang ada kat dalam diri cuma kita sahaja yang dapat membendungnya. Allah tetap akan terus mencoba dan terus mencoba sekuat mana iman seorang hamba nya.

    ReplyDelete
  2. Kita manusia memang ada kelemahannya, perlahan2 cuba ubah tapi bangga dengan pencapaian Firdaus...InsyaAllah usahakan yang terbaik untuk kesihatan,pelajaran dan kehidupan. segala2nya ditangan anda tetapi anda never be alone because we would never let you walk alone.

    ReplyDelete
  3. betul tu firdausss..segalanya ditgn kita untuk berubah...jika ada perasaan untuk melalukan hubungan tu, firdaus bykkan istifar..dan cepat2 sibukkan diri kita dengan benda lain...hope u get well soon...from me...yg ada hiv+ jgk hehehhe....dun worry..Allah sentiasa ada dengan kita...

    ReplyDelete
  4. Bagus. Kerapkan makan ubat, makan yg berkhasiat , senaman senaman. Anda masih ada kawan kawan di sekeliling

    ReplyDelete
  5. Buat saudara firdaus anggap la apa yg berlaku ini sebagai hidayah allah yg nak kembali kan awak dekat kepada Nya....bertuah bg org yg dipilih untuk diberi hidayah sedang kan ada setengah org yg terpaksa utk mencari hidayah itu......

    ambil la peluang ini untuk muhasabah diri, perbaiki balik hub dgn allah....tanya diri bila kali terakhir kita membaca & memahami ayat2 alquran & menangis tatkala tersentuh dgn ayat2 cinta dr allah itu....sempurnakah solat yg didiri kan????byk2 kan berzikir mengingati allah untuk mendapat ketenangan....disamping itu boleh amal kan tips yg abg najmi bg...insyallah dgn usaha, doa & tawakal saudara dpt mengawal aktiviti seks itu...

    and sy nak recomend buku yg ditulis hilal asyraf tajuk nya buat para pendosa...bagus buku ni , sesuai untuk awk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. opps.... tajuk buku tu untuk kita pendosa harapan selalu ada

      Delete
  6. teringin nk tanya.. camne yer penerimaan keluarga? dr ape yg sy baca, nmpk mcm keluarga firdaus tau.. ke sy salah? heheheh

    ReplyDelete
  7. ak xpnah ad komen2 menarik nk share,sbb nti dia muak nk bce..sume org akn bg nasehat yg same..tp ak sgt kagum dgn dia..huhu..in fact,klo bce blog abg najmi ni,nk nangis jer..haih..npe la ak xleh buang nafsu ni?huhu..btw,leh ke org yg xde HIV jd volunteer PT foundation?cmne nk jd ek?hmm..

    ReplyDelete
  8. warkah kembara

    Rasanya boleh kut kalau nak jadi volunteer di PT Foundation..cuba warkah call bertanya...phone no warkaah google lah ya...

    ReplyDelete
  9. Dah lama saya bace blog abang Naj Mi ni. Baru kali ni terase nak komen, saya pun gay jugak dan tak pernah terlanjur lagi...saya Pernah praktikal di makmal Pathology hospital, dan ramai PLHIV yang saya telah jumpa. Kadang-kadang diaorang bercerita saya pun terasa sebak.Kalau jumpa pesakit AIDS lagi saya sedih, ada saja penyakit baru yang mreka hidapi. Saya pun memang tak tahu nak menzahirkan perasaan yang sememangnya berat mata memandang lagi berat bahu memikul. All the best to all PLHIV and Abg Naj Mi..

    ReplyDelete
  10. Ariff Zayn

    Alhamdulillah terima kasih, sedikit sebanyak saudara juga perihatin ambil berat ambil tahu mengenai masaalah PLHIV ini......:)

    ReplyDelete
  11. salam... boleh kah sy ingin berjumpa dgn saudara firdaus dengan niat cuma nk kongsi pengalaman... kebetulan sy masih berada di kedah selama 2 mgu..
    sy amat berharap dpat berjumpa saudara firdaus....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Saudara Firdaus sebenarnya bukan berada di Kedah, tempat tersebut hanya samaran sebab saya tidak boleh memberitahu kedudukan sebenar negeri dimana Firdaus berada..jika saudara ingin hubungi Firdaus boleh tak saudara tinggalkan email contact saudara di ruang komen ini supaya mudah Firdaus hubungi saudara, atau send email kepada saya dan saya akan beritahu Firdaus email saudara agar dia boleh hubungi saudara...:)

      Delete
  12. aku br disahkan menghidap hiv semalam,menyesal mmg ada,tp kejap ja sbb sy sedar mmg kesilapan sendiri..sy nak positif sj skrg..x mau nangis2,x mau stres2,nanti cd4 jatuh..sy br 21 dan mengamalkan hubungan songsang sblum ni.skrg sy da taubat dan alhamdulillah perasaan sy pd laki da xda.sy nak hidup lama jd sy kena kuat..firdaus harap kamu kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Alhamdulillah hidup mesti diteruskan, selalu berfikiran positif dan penting kena buat rawatan susulan di hospital ya...jaga kesihatan dan elakkan drp stress, saya pasti saudara sentiasa tenang...insyaallah saya harap saudara kuat semangat untuk meneruskan kehidupan mendatang....:)

      Delete
  13. aku br disahkan menghidap hiv semalam,menyesal mmg ada,tp kejap ja sbb sy sedar mmg kesilapan sendiri..sy nak positif sj skrg..x mau nangis2,x mau stres2,nanti cd4 jatuh..sy br 21 dan mengamalkan hubungan songsang sblum ni.skrg sy da taubat dan alhamdulillah perasaan sy pd laki da xda.sy nak hidup lama jd sy kena kuat..firdaus harap kamu kuat

    ReplyDelete
  14. ya allah begitu sekali ujianmu adik..subhanallah begitu kuat semangatmu..insha allah allah akan melindungi dan memudahan segala urusanmu..tiada apa yang ingin dikongsi..sebab saudara najmi lebih arif..

    ReplyDelete
  15. As salam,Tak tahu nak kata apa bila nafsu dah melonjak tengok lelaki hensem...apa kata jauhkan liwat....romen2 je dahla..cium , jilat , ramas apa apa yg patut...pas tu lancap..puas jugakkan?

    ReplyDelete
  16. sedih juga kalau dengar pengalaman semua rakan kita..kalau sesiapa nk share..boleh email saya..wanshah24@gmail.com

    ReplyDelete
  17. susah nak avoid sex. macam dadah, sekali dah buat, sentiasa buat lagi, lagi, lagi.... lepas tu depress....
    bukan kau sorang je firdaus yang jadi macam tu. segala gay kat dunia ni pun macam tu. yang paling bestnyer, kalau dua-dua poz, bila cakap aku poz, yng poz sorang lagi tu pun tak nak buat sex dgn poz yang lagi satu ni. bukannya nak simpati, keji lagi ada. apa la nak jadi dengan gay hiv+ sekarang ni. ingatkan boleh harapkan dikasihani oleh kaum senasib... hmmm... dikeji pulak.... terasa gampang sungguh!!!

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST