Friday, 2 August 2013

ADIK MS - SETAHUN SUDAH BERLALU, INGATAN SAYA MASIH KEPADANYA

Hampir setahun kisah ini berlalu, saya masih tetap teringatkan pada Adik MS yang ketika itu berusia 16 tahun, apabila jari saya mula menaip mengenangkan kisah Adik MS ini air mata saya mula mengalir. Walaupun saya tidak pernah bersua muka dengan beliau, malah sehingga kini saya masih tidak pernah melihat wajah beliau, tetapi saya rasa seperti sangat rapat sangat dengannya. 

Adik MS pergi meninggalkan kita dan tidak akan kembali lagi

Kisah bermula apabila seorang rakan saya Puan S, fowardkan email Adik MS kepada saya pada sekitar dalam bulan Ramadhan tahun lalu. Adik MS meluahkan kisah keadaan dirinya ketika itu kepada Puan S. Malah Adik MS mengakui dirinya seorang yang lembut dan tertarik kepada kaum sejenis, dan mengakui dirinya ada terlibat dalam aktiviti berisiko seks sejenis.

Adik MS mengirim email  kepada Puan S,

"Saya rasa ada HIV sebab sudah sebulan demam batuk tidak baik-baik…sebulan saya tidak kesekolah. Mak saya diam sahaja, tapi akak cakaplah apa saya nak buat…Saya nak nafas pun tak boleh. Akak tolonglah jawab email saya. Akak saya sangat takut. Kalau saya hiv, mati saya kalau mak ayah tau.

Selepas 5 hari Adik MS membalas email Puan S,

Salam, Akak, saya di Lot ****, Jalan sek 3, Jalan *******. Rumah saya rumah apa pun warna kuning dekat sek agama & tadika *******. Akak, tolong cari saya…saya tak nak mati..saya nak baju raya warna ungu akak…datang sini… 

Alhamdulillah dengan usaha Puan S dan rakannya seorang doktor telah mengesan kedudukan rumah Adik MS, berusaha membawa Adik MS yang pada ketika itu sudah lemah sendirian duduk didalam bilik yang hampir dikatakan "kedap udara"

Kedatangan ambulan dirumah untuk membawa Adik MS kehospital sedikit terhalang kerana sikap ibu Adik MS sendiri, malah mak ayah dia telah maki hamun nurse yang datang kerana hendak membawa anak mereka itu ke hospital. Malah ibunya juga menyerahkan segalanya kepada doktor dan kata ibunya, kalau boleh pendekkan nyawa anak dia, dia redha sebab anaknya itu membawa bala kepadanya. 

Alhamdulillah dengan keperihatian Puan S bersama rakannya telah membantu Adik MS mendapatkan rawatan di hospital, malah Puan S berusaha mengembirakaan Adik MS ketika dia terlantar dikatil hospital dengan memenuhi janji permintaan Adik MS yang teringinkan baju melayu berwarna ungu untuk disarungkan di pagi Syawal 1433- 2012 yang lalu. Malangnya keadaan Adik MS semakin teruk sehingga tidak sedarkan diri.

Cerita Puan S kepada saya,   

"Pagi tadi saya sudah hantarkan barang-barang (baju melayu ungu serta kueh mueh) kepada adik MS.  Dia sudah dipindahkan ke CCU sebab tekanan darahnya semakin rendah. Kidney kiri failure, now dah tebuk untuk buang air, warna muka kuning sikit dan suspected hati impacted dari TB. "

"Nurse kata tidak ada ibubapa serta ahli keluarga yang datang tengok dia…mereka tengah masukkan darah untuk adik MS, harap darah baru boleh "generate" lebih banyak oxygen ke otak adik MS."

"Saya boleh tengok dari tingkap aje, memang nampak muka dia kuning. Ya Allah pada pagi Syawal nanti saya harap adik MS terjaga (bermakna adik MS masih tidak sedarkan diri sehingga kini) dan boleh beraya seperti biasa. Saya sudah pesan pada nurse, kalau di pagi Raya nanti tolong mandikan @ lap tubuh badan dia serta pakaikan baju raya."

Bagi diri saya yang tinggal jauh dari hospital tersebut, saya hanya mampu berdoa terutama ketika berqiamullail di masjid pada 10 akhir Ramadhan tahun lalu agar adik MS sembuh dengan segera, ketika itu dihati saya punya keyakinan bahawa Adik MS pasti akan sembuh. Dan disebabkan saya sibuk menyambut 1 Syawal saya lupa seketika mengenai Adik MS, pada sangkaan saya pastinya Adik MS sudah semakin sembuh dan telah dapat memakai baju melayu berwarna ungu yang dibelikan oleh Puan S kepadanya.

Sangkaan saya meleset, Puan S mengirim email kepada saya memberitahu bahawa Adik MS telah kembali kerahmatullah pada Syawal ke 3 (tahun lalu). Ya Allah saya rasa terkejut dan sememangnya saya tidak sangka, tapi saya terpaksa redha dengan ketentuan Allah.

Adik MS meninggal dunia akibat komplikasi AIDS diusia 16 tahun. Al Fatihah buat arwah, sudah tentu saya tidak akan lupa akan arwah, semoga arwah akan ditempatkan bersama dengan orang yang beriman disana, semoga segala keterlanjuran tingkah laku arwah yang  lalu telah diampunNya. Mudah-mudahan kedua ibu bapa arwah telah memaafkan segala kesalahan yang pernah dilakukan arwah terhadap mereka.. 

Arwah selamat dikebumikan diselatan tanah air, malah Puan S sempat mengunjungi kubur arwah selepas beberapa hari arwah dikebumikan. Terima kasih Puan S dan terima kasih rakan doktor Puan S serta mereka yang membantu Adik MS ketika dihospital.

Saya terharu kerana sebelum arwah pergi, Puan S beritahu saya yang arwah ada meninggalkan nukilan kepada saya yang ditulis sendiri oleh arwah, 


Antara nukilan arwah (yang sudah saya edit);

Aku jumpa blog dia...katanye namanya Najmi...
Terimakasih Najmi

Aku g CC (Cyber Cafe)
Aku baca hari2...
Dia pun cam aku ....
Tapi dia gagah...
Aku Boyak....
Aku suka baca blog tu

Dia Gay 
Aku pun Gay 
Tapi aku Gay Bodoh...

Agaknya dia dah tua...
Jauh tua dari aku, 
Baya-baya abah aku,
Aku nak tanya dia, 
Tak berani....

Aku nak ******* macam orang lain, 
Aku tak nak Mama aku,
Mama aku panggil aku bapok!!!

Aku tahu dia (Puan S) duduk dekat ngan (tempat tinggal) aku, Takut nak contact (Puan S)

Aku takut baca blog Najmi...
Takut...
Makin Takut...
Sangat Takut...
HIV memang aku.

Aku ingat nak tanya tapi takut..
Nak email kat Najmi dia layan ke lembek cam aku.... 
Tapi aku rasa Najmi dgn ******** tu ok kut....

Aku takut.

Kalau contact Najmi dia layan ke aku..
Entah layan entah tak
Entah lah bapok bodoh...

Kau mati ler.
Abah Mama kau buat kenduri kesyukuran.

Batuk aku kering...
Pedih dada aku.

Aku nak cari ******* anak ******* tu, kat ********* 
Tapi nak ke ****** tu kawan aku..

Kau kan bapok....

Berani kau suruh ******** bawa mak dia jumpa kau bapok....
Biol kau....

Kau ingat nak Najmi tu layan bapok tolol cam kau???

Siot nyer bapok...
Takut mati....
Takut malu rasa macam babi...

Makin aku tengok blog Najmi makin aku rasa aku HIV...
Aku Takut!!!

Bodohnya kau HIV,
Babinya kau HIV,
Bangangnya kau HIV.....

Najmi tu dah dewasa, 
Aku ni budak bodoh lagi, 
Aku HIV....

Abah Mama bunuh aku, 
Bakar aku, 
Buang abu mayat aku kat kandang babi...

Aku sakit....


Al Fatihah, semoga adik bahagia disana, semoga segala kesilapan adik selama ini telah diampunkan oleh Allah. Abang doakan agar adik ditempatkan bersama mereka yang beriman disana. 

Abang anggap adik seolah-olah seperti adik kandung abang sendiri. Semampu mana, selama mana yang boleh abang akan terus mengingati adik. 

Telah lama dan kerap bermain dikepala abang sekiranya abang diberi rezeki insyaallah abang akan meng "haji" kan adik suatu hari nanti, insyaallah.....telah lama abang fikirkan mengenai pekara ini, mudah-mudahan Allah makbulkan harapan impian abang ini.

Apabila abang hampir selesai menulis entry ini, air mata abang sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi, itu tandanya sayang dan terharunya abang setiap kali apabila terkenangkan adik, walaupun kita tidak pernah berhubung terus melalui email atau melalui FB.

Bacalah walau berkali-kali entry mengenai Adik MS ini, pasti hati saya akan kembali sebak dan mengalir. 

Detail kisah mengenai Adik MS bermula dari entry 1, 2 dan 3, semoga anda yang membaca sedekahkan lah bacaan Al Fatihah buat Adik MS.



14 comments:

  1. sy penah bce dlu..mmg sdeh n mmg sian gler kt dia...untung dia ad org ingt kt dia..lum tau lg klo sy dh xde...pe nk ingt n doakn utk sy..maybe mak ayah akn doakn...hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. warkah kembara

      Masing-masing ada takdir sendiri yang telah ditentukan, begitulah yang telah ditakdirkan pengakhiran hidup arwah, takdir kita dimasa depan wallahuallam, kita tak pasti lagi. Semoga pengakhiran kita nanti, pengakhiran yang baik...insyaallah..

      Delete
  2. Moga arwah damai di sana, bertemankan bidadari syurga dan sentiasa dirahmati Allah. Menangis saya baca entry ni Najmi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Macam ni lah saya, diulang2 baca kembali apa yang saya tulis dalam entry ini, saya masih tetap sebak, setiap kali membaca pasti terbayangkan keadaan, ketakutan, kerisauan, kesakitan, kesunyian bersendirian yang arwah alami ketika itu.

      Yang hanya kita mampu buat apabila teringat sedekah lah sekurang-kurangnya Al Fatihah buat arwah.......:(

      Delete
  3. salam..saya jugak penghidap HIV.. kesiannya..syukur mak abah saya terima dgn seadaanya...

    http://nibusaku.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau Ada

      Alhamdulillah..moga kehidupan awak dipermudahkan...:)

      Delete
  4. Sedihnya....didoakan adik MS ditempatkan dikalangan org2 beriman.dan sy doakan Najmi dpt menunaikan haji utk adik MS. Amin...

    ReplyDelete
  5. Surya Hanee

    Alhamdulillah mudah-mudahan...:)

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum Najmi...
    Memang sedih bila teringatkan adik MS tu apatah lagi entry ni ttg adik MS sentiasa Najmi sebut2 bila kita beremail...semoga arwah dicucuri rahmat dan tenang damai disana...
    Pengakhiran hidup kita tak siapa tahu bagaimana cara fan gayanya kan Najmi...semoga kita demua dimatikan dlm Husnul Khatimah...
    Doa banyak2 utk dlm solat sujud buat Najmi..MW.serta kenalan sahabat yg lain..dan utk arwah Adik MS juga..semoga kita ditemukan semula di Jannah nanti..Amin Ya Rabb!
    ;( ;(

    Wallahuallam
    syukran jazillan

    ReplyDelete
  7. Subhanallah..mulianya niat dan hasrat Najmi.itu..
    Insyaallah moga Najmi.diberi kekuatan..kemudahan utk menghajikan utk adik MS satu masa nanti..sy turut doakan juga moga hasrat Najmi selama ini utk ke Mekah...dipermudahkan Allah...
    Sy tahu Najmi memang sentiasa sering mengingati.adik bila adakalanya email.Najmi menyentuh HIV dikalanganremaja..dan memang setiap.email Najmi sentiasa menceritakan ttg kerinduan pd Adik MS..
    Semoga kita semua juga dijemput Allah nanti dlm redha dan semoga dlm Husnul.Khatimah juga nnt..Ameen Ya Rabb

    Semoga arwah tenang bersemadi.disana...;(
    Alfatihah...

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  8. syukran jazillan

    Itu lah yang selalu saya fikir apabila ternampak poster yang direntang mengiklan upah haji ni, insyaallah kalau ada rezeki mudah2an Allah mekbulkan impiaan abg ni...insyaallah

    ReplyDelete
  9. Salam, kalau umur 16 dia dah sampai tahap aids, umur brp dia kena hiv? Astaghfirullah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Bergantung pada seseorang PLHIV itu, tetapi biasanya dari HIV ke AIDS akan mengambil masa antara 4 - 5 tahun malah ada yang lebih cepat mrndapat AIDS maybe setahun selepas dia dijangkiti..bergantung kepada cara kehidupan sesorang individu itu, tahap kesihatan ketika dijangkiti, pemakanan dan sebagainya.

      Wallahuallam

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST