Thursday, 1 August 2013

10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN 1434 (2013)

Alhamdulillah kita sudah pun masuk ke dalam fasa terakhir dalam bulan Ramadhan, iaitu 10 malam terakhir. Bagaimana kita menempuhi hari-hari akhir Ramadhan ini? Seperti tahun-tahun lalu selepas saya disahkan HIV positif sejak 2005, kebiasannya 10 malam terakhir Ramadhan saya akan habiskan waktu malam berqiamulail di masjid terdekat. Adalah beberapa ketika dulu, saya terpaksa ponteng berqiamulail disebabkan masaalah kesihatan. 


Teringat saya suatu ketika beberapa tahun lalu, sewaktu diri saya sudah mula mengalami simptom-simptom AIDS (ketika itu saya tidak sedari yang CD4 saya sudah mulai jatuh kerana tidak buat rawatan dihospital) Saya paksakan diri untuk berikhtikaf dimasjid yang terletak sekitar 3km dari rumah. Sebaik sahaja saya duduk didalam masjid selepas solat tahiyatul masjid pada kira-kira pukul 1 pagi, badan saya tiba-tiba mengalami kesejukan yang melampau sehingga mengigil satu badan, badan tiba-tiba lemah mengeletar. Saya cuba paksakan diri untuk terus berada didalam masjid ketika itu sehingga selesai waktu solat suboh kerana banyak amalan yang perlu saya buat tetapi saya benar-benar tidak berdaya. Akhirnya terpaksa memaksa diri mengayuh pulang ke rumah.

Alhamdulillah pada tahun-tahun lainnya saya mampu menghabiskan masa bermalam (beriktikaf) di masjid pada 10 malam terakhir Ramadhan. Tahun lalu qiamulail saya sedikit terganggu akibat kesan "ting tong" ubatan stocrin dan Tenvir yang saya baru telan diawal Ramadhan. Tahun ini kesan "ting tong" yang saya alami ada kalanya masih terasa tetapi ianya tidak seteruk seperti tahun lalu.

Tahun ini saya dapat rasai bahawa amalan disepanjang dalam bulan Ramadhan yang saya lakukan tidak sebaik tahun-tahun lalu. Saya tahu saya tidak beramal sebaik mungkin, saya hanya lakukan hanya ala kadar, beberapa hari saya tidak menghadiri solat tarawih berjemaah dimasjid tetapi hanya melakukannya didalam bilik sendirian sahaja dengan alasan remeh yang saya sendiri berikan.
Kalau dulu solat Tasbih awal-awal lagi saya pasti sudah melakukannya TETAPI pada tahun ini walaupun sudah masuk fasa terakhir Ramadhan solat ini masih belum saya lakukan walaupun sekali. 

Seorang rakan mengirim email :

Dulu kehadiran virus ini seperti musibah yang menggelapkan masa depan. Rupanya ia satu ujian yang banyak hikmahnya, malah banyak nikmatnya. Ketakutan dari suara hati menjelma jua kerana dulu saya hidup dalam kegelapan apabila ada virus ni, dari berkerja jadi mengganggur, tiada teman, hidup susah, tapi apabila sabar dan redha dengan ujian ini maka Allah akan beri nikmat yang tidak terlintas di fikiran.
 
Tawakal pada Allah, dikurniakan nikmat yang tidak mampu dijawab kelak. 

Mula sekali Allah kurniakan saya seorang gadis yang baik yang akhirnya menjadi isteri saya, berkerjaya, berduit. Malah dengan bantuannya serta kawan-kawan, saya dapat pula pekerjaan yang baik sikit. Bermulalah rezeki yang turun melimpah ruah melebihi dari ketika saya tidak sakit dulu. Jika dulu tiada apa sangat, sekarang rumah 100K dalam pembinaan, kenderaan dah dua. Pendapatan tidak putus. Yang akhirnya hidup saya menghabiskan duit dengan membazir.
 
Jika orang lain ada tanggungjawab, saya zuriat tidak ada, tidak ada tanggungan, isteri pun berduit, akhirnya hidup kembali leka, lupa akan sakit yang dihadapi dengan membazirkan duit tak tentu arah. Namun suara hati tetap berkata kerana nikmat selepas menjadi ODHA (PLHIV) akan dipertanggung jawabkan nanti di akhirat kelak.

Entahlah apa yang nak dijawab apabila melalui soal jawab didalam kubur nanti dengan nikmat yang dikurniakan selepas menjadi ODHA. Sedangkan banyak yang susah saya tidak fikir langsung. Benarlah disebalik bala ada hikmahnya, hikmah itu nikmatnya. Namun nikmat itu akan dipertanggung jawab kelak diakhirat nanti. 

Jika dulu saya menangis kerana HIV, tetapi kini sudah lupa nak menangis lagi kerana leka dengan nikmat yang diberi selepas menjadi ODHA.

WallahuAlam


Kisah seperti ini boleh juga berlaku kepada anda semua malah boleh berlaku keatas diri saya. Mungkin juga sudah berlaku keatas diri saya sebab seperti yang saya katakan bahawa amalan saya disepanjang Ramadhan tahun ini semakin berkurangan, saya tidak seghairah seperti tahun-tahun lalu. Walaupun ada HIV tetapi apabila saya leka dengan kesihatan yang berterusan baik maka saya juga akan leka untuk beramal akan segala suruhanNya, saya leka tidak cuba merebut anugerah yang tersedia terutama didalam bulan yang mulia ini.

Jika tahun lalu sebaik melangkah masuk ke masjid (qiamulail 10 malam terakhir) solat sunat saya akan lakukan berterusan, berzikir dan berdoa TETAPI tahun ini sebaik masuk ke dalam masjid sebaik selesai solat tahiyatul masjid, saya tumbang terlelap bersama bersama remaja yang lain dibelakang ruang yang sejuk didalam masjid yang samar disimbah cahaya malap itu, dan hanya terjaga apabila dikejutkan oleh petugas masjid kira-kira pukul 3 pagi bagi mempersiapkan diri untuk berjemaah melakukan solat Tahajud sebanyak 10 rakaat.

Selesai berjemaah, saya lakukan beberapa solat sunat lain dan pastinya solat Hajat yang pasti kerap saya lakukan sementara menunggu waktu sahur diruang bawah masjid ini. Setiap kali sujud, saya akan berdoa kebaikan buat diri sendiri, ibubapa, adik beradik serta saudara masa semua juga kepada rakan yang saya kenali melalui email mahu pun facebook. Dan pastinya doa agar saya dipanjangkan umur diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Alhamdulillah, rezeki saya masih ada walaupun hanya melalui pemberian adik perempuan saya pada setiap bulan, sedikit tetapi memadai. Ada 3 insan yang perihatin yang saya tidak pernah bersua muka juga tidak pernah melihat wajah mereka, ada yang saya kenal hanya melalui beberapa utusan email sahaja malah tidak pernah mengenali rapat antara satu sama lain dan mereka sudi bersedekah kepada saya.

Pertama seorang wanita bersusah payah mengirim minuman kesihatan serta buku-buku kepada saya, disebabkan saya enggan memberitahu alamat rumah dan mendedahkan identiti saya, beliau sanggup membungkus segala barangan dan ditinggalkan disebuah balai polis berhampiran rumah saya. Alhamdulillah. Terima kasih.

Kedua seorang lelaki yang tahu akan keinginan saya untuk memiliki sebuah tablet sudi memberi tablet miliknya yang tidak digunakannya lagi. Beliau berjanji akan mengirim tablet tersebut ke alamat rumah saya tetapi akhirnya dibatalkan sebab bimbang tablet tersebut akan mengalami kerosakan. Sebaliknya beliau sudi mengirim wang masuk kedalam akaun bank yang baru saya buka. Dikirimnya kepada saya satu jumlah yang besar. Alhamdulillah. Terima Kasih.

Ketiga diawal Ramadhan bulan, ini seorang hamba Allah mengirim email menulis, mahu bersedekah dan dimintanya no akaun bank semasa mengirim email pertamanya kepada saya. Sudah tentu saya tidak berikannya sebab saya sememangnya tidak mengenali siapa insan ini. Timbul juga syak wasangka kenapa tiba-tiba hendakkan akaun no saya, kenapa nak beri saya duit, siapa yang hendak suka-suka beri duit pada orang yang mereka tak kenali. Tetapi setelah dia terangkan akan niat ikhlasnya itu dan bercerita sedikit sebanyak mengenai dirinya, saya yakin. Alhamdulillah, beliau telah mengirim sejumlah wang yang besar buat diri saya. Saya malu apabila melihat jumlah tersebut, tetapi sebagai mana yang beliau kata, beliau ikhlas dengan pemberian tersebut. Alhamdulillah. Terima Kasih.

Ketiga-tiga mereka tidak berada senegeri dengan saya dan entah kenapa ketiga-tiga insan ini selalu bermain didalam kepala saya ketika sujud, bukan sekali tetapi kerap kali malah setiap hari. Saya meluahkan rasa syukur atas kebaikan niat ikhlas mereka dan pastinya doa saya semoga Allah akan membalas segala keikhlasan pemberian mereka. Selagi mampu selagi ingatan saya bagus walau bertahun berlalu sekali pun insyaallah doa saya kepada mereka akan sentiasa berterusan. Alhamdulillah terima kasih, walaupun ada diantara mereka mengingatkan saya agar jangan memberitahu kebaikan yang mereka hulurkan, tetapi saya menulis disini sekadar hanya untuk berterimakasih sekali lagi buat mereka semua.

Bersedekah itu bagus, alhamdulillah walaupun tidak bekerja dan mendapat wang ehsan dari adik tetapi ianya mencukupi buat diri saya, alhamdulillah dengan rezeki sebanyak itu saya mampu untuk terus bersedekah kepada orang lain, walaupun sedikit sekadar RM2 yang dimasukkan kedalam tabung peminta sedekah dimana sahaja dan RM2 dimasukkan setiap Jumaat kedalam tabung masjid, alhamdulillah saya mampu melakukannya, mudah-mudahan amalan ini dapat saya lakukan berterusan selama-lamanya. 

Saya tertarik dengan entry yang dikongsikan dalam blog http://hismaghfirah.blogspot.com yang bertajuk Sedekah : Ubahkan TakdirMu mengenai sedekah. 

"Kematian adalah ketentuan Allah SWT. Tetapi ada satu perkara yang boleh melambatkan kematian iaitu amalan bersedekah". 

Malam ini seperti biasa saya akan menghabiskan masa beriktikaf lagi di masjid berdekatan, semoga amalan disaat-saat berakhirnya Ramadhan tahun ini akan dapat saya pertingkatkan. Semoga solat Tasbih dapat saya lakukan pada malam ini dan malam-malam seterusnya. Semoga saya dapat megakhiri pertemuan saya dengan Ramadhan tahun ini dengan sesuatu yang menguntungkan buat diri saya dan tempias kepada mereka yang berada disekitar serta keuntungan terkena kepada mereka yang saya kenali walau hanya melalui email, blog dan facebook sahaja....... insyaallah.


 











Berikut perkara-perkara yang patut dilakukan di 10 terakhir Ramadhan:
1. Mandi antara Maghrib dan Isyak, 
memakai pakaian paling baik selain haruman. Ibnu Abi ‘Asim meriwayatkan dari Aisyah: 
“Rasulullah jika berada dalam bulan Ramadan, baginda seperti rutin hariannya tidur dan bangun.

2. Mencari lailatulqadar
Baginda bersabda, maksudnya, “Carilah malam lailatulqadar pada 10 malam terakhir. (Riwayat al-Bukhari).

Dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah s.a.w melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Solat berjemaah sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan. Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah pada waktu malam, dia mengambil menghidupkan seluruh malam itu”. (Riwayat Abu Dawud).


3. Melewatkan sahur
Daripada Sahl ibn Sa’d berkata: 
Sesungguhnya aku pernah bersahur bersama keluargaku dan aku sempat untuk sujud bersama dengan Rasulullah. (Riwayat al-Bukhari).
Zaid ibnu Thabit berkata: 
“Kami pernah bersahur bersama Rasulullah kemudian kami bersolat dengan baginda. Lantas Anas bertanya, Berapakah jarak di antara sahur itu dengan solat? Zaid menjawab, kira-kira 50 ayat. (Riwayat al-Bukhari).


4. Melakukan iktikaf
Iktikaf adalah sunnah baginda demi memperoleh kelebihan dan ganjaran lailatulqadar.
Firman Allah dalam surah al-Qadr yang bermaksud: 
Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) pada malam lailatulqadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam lailatulqadar itu? lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).


5. Membanyakkan doa
Aisyah diajar Rasulullah s.a.w membaca doa pada malam al-Qadar.

Doanya berbunyi:  
Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku. (al-Tirmidzi 5:535).


Oleh Datuk Mohd Zawawi Yusoh

12 comments:

  1. Moga dengan keberkatan Ramadhan,kita semua di ampuni dan diterima ibadah yg kita lakukan.inshaAllah

    ReplyDelete
  2. Najmi, nanti boleh tak baca email, penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Dah baca...tapi segan..huhuhu..

      Delete
  3. Replies
    1. hismaghfirah

      Alhamdulillah terima kasih dengan peringatan "tip" mengubah takdir memanjangkan umur...:)

      Delete
  4. Najmi...semuanya yang berlaku kerana hikmah Allah...
    semua yang diberi juga datangnya dari Allah...
    semua rasa cinta dan sayang juga kurniaan Allah...

    Ya Allah..moga Najmi dan kita semua diberikan Allah kesempatan waktu dan ditemukan dgn malam2 terakhir Ramadan ini dgn Lailatul Qadarnya..
    Terima kasih juga dari.saya..hanya Allah saje yg dpt membalad segala kebaikan awak..Najmi

    wasallam
    nurunn

    ReplyDelete
    Replies
    1. nurunn

      Mudah2an abg dan nurun diberi kesempatan Allah bertemu dengan lailatu qadar, tidak banyak dapat secebis anugerah malam tersebut pun alhamdulillah kan...:)

      Delete
  5. Masyaallah..Najmi..tak tergambar rasanya penuh kedyukuran pd Allah swt kerana masih lagi kita diberi kesempatan utk meraih 10.mlm terakhir..
    Insyaallah...dengan keikhlasan.Najmi berusaha mencari Lailatul Qadr..Allah pertemukan hendaknya utk Najmi..
    Biarpun tak sebanyak mana amalan kita..tapi Najmi ikhlad mencarinya...Insyaallah dpt apa yg Najmi harapkan...

    Najmi..sweetnya baca entry Najmi.yg nii..ada rasa kebahgiaan yg tiba2 dtg dlm diri sy..namun sedihlah Najmi..cuma beberapa hari lagi Ramadhan akan pergi tinggalkan kita..
    Sayunya rasa dihati ni Najmi...

    Terima kasih...Najmi sentiasa ada dlm doa sujud setiap solat sy juga..Insyaallah

    syukran jazillan

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran jazillan

      Alhamdulillah...terima kasih..benar ada kala sayu nak meninggalkan Ramadhan ni terutama malam terakhir sebelum masuk 1 syawal...walaubagai mana pun jangan kita lupa doa agar kita dipertemukan lagi dengaan Ramadhan pada tahun akan datang...insyaallah...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST