Wednesday, 24 July 2013

ZED - MENGARUT ZED YANG BOLEH KITA RENUNGKAN

Apa khabar abang......

Kenal lagi ini Zed (entry tentang Zed di BAKAL SUAMI BIMBANG PUNYA NALURI SONGSANG). Sudah lama tak berutus emel dengan abang Najmi....tapi walaupun begitu saya tetap mengikuti dan tak pernah terlepas membaca luahan insan-insan dan sahabat seujian dengan saya....

Terkadang bergenang air mata membaca luahan isi hati setiap insan yang ALLAH uji dengan naluri ini....Allah Maha Adil kan...mungkin Dia uji kita dalam hal ini namun pada hakikatnya segunung nikmat dan rahmat telah diberikan kepada kita sebagai tanda dia tidak pernah melupakan kita..hanya kita yang kerap melupakanNYa.....

Seorang sahabat update status di facebooknya dan apabila Zed baca banyak kali kata-kata ini dengan tidak semena-mena hati Zed terasa sayu lantas air mata jatuh menitik. Bukan tidak redha..namun terasa ingin merintih betapa ketidak mampuan diri ini untuk menanggung naluri ini, betapa tidak mampu dan tidak mahunya naluri ini mengalir dalam diri ini setiap 24 jam setiap hari dan untuk berapa lama (naluri ini akan terus besarang dalam tubuh ini), hanya  ALLAH sahaja yang tahu kerana Qada' ALLAH pastikan ada Qadarnya....

"Dan apakah yang ALLAH lakukan apabila DIA rindu kepada hambanya? Sesungguhnya DIA, akan kirimkan hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian dan dugaan hidup. ALLAH berfirman melalui malaikat Jibril, "Pergilah kepada hambaKU dan kirimkan lah ujian kepadanya. Sesungguhnya Aku rindu akan rintihannya"

ALLAHURABBI~

Bayangkan ALLAH mungkin uji kita hanya ini jerk (naluri songsang)....namun Dia dah bagi (tetap memberi) semua pada kita...pekerjaan yang baik, kawan-kawan yang baik, harta yang banyak dan melimpah ruah. 

Dia hanya bagi kita satu ujian ini sahaja, yang pada DIA sudah tahu bahawa kita mampu menanggungnya, kerana ALLAH dah janji kan.....bahawa kita tidak akan diuji selagi mana ALLAH tahu kita mampu untuk menghadapinya. Walaupun pahit.....perit.....letih namun kita perlu untuk terus kuat...kerana status kita sebagai hamba dan kita perlu redha atas apa yang berlaku......

photo hiasan

Alhamdulillah,

Zed baru sahaja pulang daripada Tanah Suci Mekah......ianya satu pengalaman yang sangat indah dan tak akan Zed dapat lupakan sehingga akhir hayat. Dengan satu matlamat ke sana untuk meminta pada DIA di hadapan Kaabah untuk memudahkan urusan dan perjalanan insan yang diuji seperti kita. Mungkin naluri (songsang) ini tidak mempunyai suis off dan on, namun semoga kita mampu mengawalnya. 

Rasa sungguh kerdil berada di hadapan Kaabah mengharap merintih agar ujian ini mampu saya dan sahabat yang lain mampu untuk menghadapinya. Kita tidak ada pilihan di situ kita temui hakikat kita sebagai hamba dan kita ada Pencipta yang padaNYA datangnya ujian dan padaNYA juga ada segala penawar......amin insyaALLAH

Kerana kita berjalan di muka bumi ini sebagai insan bernama hamba yang hina dan jijik....kita hanya berusaha semampu mungkin untuk menanggunng naluri ini dan tidak sesekali cuba untuk mengiyakannya, sesekali jatuh tersungkur. Semoga dalam hitungan ALLAH segala pengorbanan kita dan kadangkala terkucil atau tersungkur itu moga-moga diberikan kekuatan untuk menghadapinya....

Semenjak dua menjak ini...mungkin seiring dengan peningkatan usia...ramai sudah kawan-kawan dan sedara mara sibuk untuk menyuruh saya bernikah...amin. Matlamat itu alhamdulillah masih ada dan semoga ALLAH tak matikan hasrat itu...semoga saya kuat suatu hari nanti....namun andailah ianya semudah itu. 

Kawan-kawan sekeliling di sini semua sibuk mencari pasangan, saya steady jerk..siap tolong selesaikan masalah love diaorang...maklumlah selalu jadi pakar rujuk.....sampai lah orang duk kata..

"Hang bila pulak lagi...duk suruh selesaikan masalah orang....huhu..." 

Didalam hati terdetik...."Aku tak macam ko...ada misi yang aku perlu selesaikan sebelum aku boleh ikut jejak langkah ko"..huhuhu....

Berdesing jugak telinga yang nie bila ada rakan yang ber"kapel" dengan tu...yang tu ber "kapel" dengan yang nie dan semuanya adalah kawan kawan baik. Tak kurang jugak ada yang mengatakan aikkk.......

"Ko nie tak da nafsu ker nak kawin...."

Gugur jantung mendengarnya.....walau terkadang hati ini berdetik berkata..

"Kau beruntung kau tak diuji di medan seperti aku....." 

Namun syukur dan redha tetap menjadi taruhan....semoga tidak berputus asa dengan rahmat ALLAH....Rasa cemburu apabila melihat kawan berbalas mesej sambil tersenyum dengan insan tersayang....Rasa cemburu apabila melihat kawan berdating.

YA ALLAH dalam hati terdetik betapa beruntungnya mereka.....semoga kekal dan selamat mereka membina baitul muslim yang soleh dan solehah. Ustaz pun ada kata kalau kita doakan untuk orang lain maka para malaikat pun akan mendoakan semoga apa yang didoakan untuk kawan kita itu akan kembali semula pada kita.....huhu...

Entah apa yang saya mengarut nie... tapi ianya hanya motivasi untuk diri saya sebenarnya, merenung kedalam diri serta mencari yang hakiki......semoga kita terus kuat...moga abang dan sahabat-sahabat lain terus kuat. Semoga masih ada sinar untuk kita semua suatu hari nanti...

Life with this things is not a sin...but practise this things is really a sin.....Selamatkan kami ya ALLAH...............


ZED 
Entry kisah ZED klik disini 
























19 comments:

  1. Ya Allah...terharu saat membaca entry ini...pada abg naj mi terima kasih sebab dah share entry ini...saya ingat hanya saya yang berperasaan seperti saudara zed...tak disangka ada juga yang senasib dan sama situasi dengan saya...

    Alhamdulillah semenjak 2-3 bulan ini saya dapat mengawal nafsu songsang ini dari terus menjajah diri saya...saya cuba sibukkan diri saya dengan kerja hakiki dan sambilan saya serta pelbagai aktiviti yang lebih bermanfaat.

    apa yang pasti saya kini akan berdoa dan terus berdoa untuk dipertemukan jodoh yang baik dan solehah untuk saya meneruskan lagi waris keluarga saya..disamping memohon pada ya agar saya dibimbing oleh Nya agar kembali ke kehidupan yang normal..InsyaAllah

    saya harap agar rakan2 di luar sana juga turut doakan untuk saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SmilingGuy

      Alhamdulillah, abang doakan yang terbaik buat saudara...Amin...

      Delete
    2. anda, saya doakan dipermudahkan allah dlm segala bentuk kehidupan, smiling guy.

      Delete
  2. buat semua yang berusaha, Allah kira. Putus asa tidak ada dalam pilihan.

    buat mereka yang bersendirian, berita baik buat anda..1, Allah amat dekat dengan orang yang bersendirian. 2. Cinta Allah itu lebih indah dari segala yang ada didunia.

    ReplyDelete
  3. seronok baca blog abang....insyaAllah saya pun akan berusaha ke arah untuk berubah..cuma kekuatan tu masih belum ada....doakan saya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kindaichi kid

      Alhamdulillah, bila ada niat tu insyaallah segalanya akan dipermudahkan, antara cepat dan lambatnya sahaja...mudah-mudahan kindaichi kid dirahmati Allah sentiasa hendaknya...Amin

      Delete
  4. Alhadulillah ya Rabbi...syukur pd kehidupan Zed skrang ni..sama- sama berjihad mcm Najmi tu..

    moga syurga Allah menati Zed dan Najmi dgn ditemukan bidadari yg indah di sana..
    Ameen Ya Rabbi..

    syukran jazillan

    ReplyDelete
  5. Jangan putus asa dengan rahmat Allah itu yang paling penting. Sentiasa jaga perisai (solat). Hanya itu yang akan bantu melawan manusia dari melakukan dosa. Sy doakan semua kawan2 yang diduga dengan nafsu songsang dan luar tabii ini akan terus kuat utk mempertahankan keimanan.

    Pernah sy ditanya soalan ini dari seorang hamba Allah yang bernafsu songsang yang bangga dgn nafsu ini dan sombong pada Allah.

    Katanya " kalau nafsu ini salah, kenapa Allah berikan nafsu ini pada kami? " " ini bukan salah kami, Allah yang ciptakan ia untuk kami"... sambil senyum sinis.

    Sy senyum dan jawab..." sebab itu Allah ciptakan akal utk kita fikir dan bezakan yg mana baik dan buruk" "sama macam Allah ciptakan babi, ia haram dimakan." " bolehkan kita salahkan Allah jika kita makan babi?".....mukanya masam mencuka dan berlalu pergi.....

    ReplyDelete
  6. salam...terima kasih abg zed sebab buat entri untuk kisah Zed nie....

    nie Zed nie....terima kasih juga untuk semua shabat dan pembaca blog yang tidak pernah putus memberikan jutaan kata kata semangat untuk insan seperti kami ini...ini ujian untuk Zed, kami dan kita yang seujian....bukan nasib hanya ujian untuk kita lebih menambahkan takwa kita pada DIA...sama ada mahu akur pada naluri ini atau berusaha sehingga ke titisan darah terakhir untuk kembali kepada fitrah atau untuk mengawal nya semampu mungkin....

    Syukur..makam nya lebih tinggi dari sabar...hadirnya sabar tatkala ujian menimpa...namun syukur ada dalam setiap nnikmat dan ujian.......dengan ujian perlunya rasa syukur atas ujian ini kerana ianya bermatlamat untuk mendekatkan diri kita pada DIA...Dia nak dengar kita merintih...Dia nak dengar kita merayu...Dia rindu nak dengar tangisan dan sedu kita pada NYA....

    Kuat terus kuat sahabat semua....la tahzan...ALLAH bersama kita untuk siapa yang benar benar mahu berubah..jangan kita toleh lagi...walau apa pun yang berlaku...ALLAH dah tetapkan naluri ini haram dan salah jika kita praktikkannya dan amalkannya....

    Tersungkur...rebah jangan pernah berputus asa dengan rahmat ALLAH...itu sudah janjinya

    10 malam terakhir ini....sama sama kita teruskan muhajadah...munajat sufi kita...rintihan kita...rayuan kita....untuk ALLAH membantu kita seadanya dalam menghadapi ujian ini.....

    Setiap penyakit atau ujian ada Qadarnya...teruskan syukur dan sabar.....

    JIka ALLAH nak bantu kita...ianya takkan dapat di tahan oleh mana mana kuasa di dunia ini....

    Moga ALLAH tidak serahkan urusan diri kita pada diri kita...dan semoga ALLAH mencampuri urusan kita dalam setiap helaan nafas kita.....

    caiyok....teruskan shbt....

    pesanan buat diri yang hina....---Zed---

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZED

      Alhamdulillah terima kasih ZED,

      Ya 10 malam akhir ramadhan ni sama-sama lah kita perbanyakkan amalan kita...Semoga ZED terus kuat tabah melalui hari2 mendatang...AMIN...

      Selamat beramal Selamat Menyambut Hari Raya Zed dan Maaf Zahir Batin dari abang...:)

      Delete
    2. membaca komen zef terasa hinanya saya sbg hambanya, sgt kerdil. moga zed n kwn2 seperjuangan termasuk najmi sentiasa dlm barakah allah.

      Delete
  7. Mak Wardah....

    Zed hanya orang awam yang mencari cari diri untuk membuat persedian sebelum berjumpa denganNYA....ditakdirkan diuji sebegini.....tabah dan kuat itu sudah menjadi zikir semangat dalam diri selagi bernafas dalam jiwa hamba.........

    kuat dan terus perlu kuat....tatkala naluri ini datang menerpa...hanya ALLAH menjadi sandaran supaya tidak di campak kan ke lembah itu lagi..terasa malu dengan ALLAH untuk bermaksiat pada NYA..namun kadang kadang tergelincir...tiada pilihan untuk merayu keampunan daripadaNYA....huhu

    ReplyDelete
  8. Salam zed..sudi brkwn dgn sy?

    ReplyDelete
  9. insyaALLAH sudi.....kalau bermanfaat ke jalanNYA saya sudi hulurkan tali persahabatan....letaklah emel..nanti akan saya contact saudara/saudari

    ReplyDelete
  10. kimizham@gmail.com trima kash

    ReplyDelete
  11. bang, saya ni perempuan. dan punya masalah yang sama. kadang2 saya terfikir, kalaulah bakal suami saya tahu kisah silam saya, (dan naluri yang masih ada ni) adakah dia dapat menerima saya? (sebab siapa yang tak pernah alami takkan faham)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hawa

      tak perlu dedahkan rahsia silam kalau ianya boleh mendatangkan kemudaratan, hawa berdoa lah agar Allah tidak membuka aib diri, apa yang pernah dilakukan dulu pada sesiapa pun terutama suami...moga kehidupan hawa gembira bahagia hari ini dan diberkati Allah sentiasa...amin

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST