Friday, 19 July 2013

5 - TEMUJANJI DENGAN DOKTOR PADA 18 JULY 2013

Hari ini pada 18 July 2013, adalah tarikh pertemuan saya dengan doktor. Seperti biasa selepas bersahur dan solat subuh saya begerak lah ke hospital.

Sepatutnya temujanji saya bertemu doktor saya, dua minggu selepas darah diambil, tetapi saya telah dihubungi agar menukar tarikh temujanji, dipercepatkan seminggu lebih awal. Alhamdulillah saya tidak mempunyai masaalah.

Kebiasaannya, temujanji saya pada hari Rabu, tetapi kali ini disuruh datang pada hari Khamis, tertanya-tanya juga kenapa tarikh ditukar, adakah berkaitan dengan masaalah CD4 saya yang menurun pada 4 bulan yang lalu, adakah kiraan semakin menurun. Tetapi saya tidak menghiraukan sangat dan tidak melayan mengenainya, cuma terfikir sepintas lalu sahaja.

Alhamdulillah tidak ada rasa risau dihati, malah saya rasa seperti biasa sahaja ketika mula mengayuh ke hospital. Tidak seperti beberapa tahun lalu, perasaan dihati sangat gementar sebelum masuk kebilik doktor, untuk mengetahui keputusan CD4 terbaru ketika itu.

Apa yang bermain didalam fikiran saya, apa nak jadi, jadilah. Saya sudah berusaha untuk memastikan peningkatan CD4 tetapi kalau kiraannya masih nak jatuh, saya sudah tidak kisah. Kalau terpaksa tukar kepada ubatan peringkat ke dua, saya redha. Saya tak nak penatkan hati dan fikiran dengan perasaan bimbang dan risau. 


Seperti biasa kad temu janji perlu dimasukkan kedalam sebuah kotak yang disediakan khas untuk PLHIV bertanda "oren" didepan kaunter dalam bilik pendaftaran. Kebiasaannya pada temujanji yang lalu, saya boleh nampak sekurang-kurangnya 5 sehingga 6 orang PLHIV yang sama-sama berebut untuk masukkan kad temu janji ke dalam kotak tersebut untuk mendaapaatkan giliran terawal. Tetapi pagi ini sebaik pintu bilik pendaftaran dibuka, saya tidak nampak kelibat walau seorang PLHIV pun yang berebut masukkan kad kedalam kotak tersebut, hanya saya seorang sahaja. 

Tertanya-tanya juga difikiran saya, mana perginya PLHIV lain. Setahu saya hari temujanji untuk PLHIV sememangnya dijalankan pada setiap hari Rabu dan Khamis.

Tiada apa yang menarik dengan pertemuan saya dengan doktor (baru) kali ini, cuma saya sempat bertanya soalan (yang selalu bermain difikiran saya), iaitu bagaimana hendak menambah berat badan serta mengurangkan kesan cengkung diwajah (lipodistrophy).

Doktor lelaki cina yang agak hensem itu tidak menjawab terus pertanyaan saya, sebaliknya berkata, ubatan SLN30 yang saya makan selama dua tahun sebelum ini, sememangnya mempunyai kesan yang agak cepat, menyebabkan wajah menjadi cengkung (lipodistrophy), tidak seperti ubatan yang saya makan hari ini (Tenvir EM dan Stocrin). Ada yang mengatakan ubatan ini tidak akan memberi kesan pada wajah seperti mana SLN30, kalau
ada kesan pun ianya mungkin akan mengambil masa yang lama, ya lah ketika umur telah menjangkau 70 tahun.

Selain itu, alhamdulillah dia beritahu saya, liver, buah pinggang, gula, darah, air kencing semuanya okey, malah dia berkata masih tidak perlu lagi untuk mengambil ubat kolesterol. Dan walaupun cengkung yang penting tubuh badan kita sihat, itu yang doktor nasihatkan pada saya sebelum saya bangun meninggalkan bilik tersebut.

Saya beredar dari bilik doktor setelah mengambil kad temu janji seterusnya pada bulan Disember nanti. Setelah saya mengambil ubatan untuk bekalan pada bulan ini, saya kayuh kembali pulang ke rumah.

Saya hanya perasan cuma ada seorang PLHIV wanita cina (pangkat nyonya) sahaja yang datang pada hari ini bersama saya...hmmmmm tak kan hanya kami berdua sahaja kut.




Untuk rekod bacaan CD4 saya yang lalu pada :

Sebelum makan ubatan HAART
02-11-2005 - CD4 351  di GH Johor Baharu
08-12-2006 - CD4 248  di GH Kuala Lumpur
08-03-2007 - CD4 329  di GH Kuala Lumpur meningkat 81
12-07-2007 - CD4 280  di GH Kuala Lumpur menurun    49
27-11-2007 - CD4 183  di GH Kuala Lumpur menurun    97

Darah diambil lagi pada 19-12-2007 untuk pastikan bacaan CD4 tersebut sebelum memulakan HAART tetapi saya tidak ambil keputusan tersebut dan berhenti terus dari menerima rawatan di GH Kuala Lumpur lagi. STOP kerana takut dan tidak mahu menelan ubatan HAART, sehingga jatuh sakit dan terlantar di GH Ipoh pada November 2009.

Dibawah ini bacaan CD4 dan kolesterol saya yang diambil di GH Ipoh.

Mula makan ubat SLN30 dan Bectrim:
16-12-2009 - CD4 12
26-05-2010 - CD4 80    meningkat 68 - kolesterol 5.6 mmol/L
13-10-2010 - CD4 106  meningkat 26 - kolesterol 5.4 mmol/L
13-04-2011 - CD4 126  meningkat 20 - kolesterol 6.1 mmol/L
28-09-2011 - CD4 174  meningkat 48 - kolesterol 5.8 mmol/L
08-01-2012 - CD4 202  meningkat 28 - kolesterol 5.1 mmol/L
25-07-2012 - CD4 229  meningkat 27 - kolesterol 6.3 mmol/L 

Tukar ubat kepada Tenvir EM dan Stocrin:
11-11-2012 - CD4           ( tidak diuji )      - kolesterol 5.8 mmol/L (Viral Load Not Detected)
03-04-2013 - CD4 166 - menurun   63    - kolesterol 6.0 mmol/L (Viral Load Not Detected)
18-07-2013 - CD4  218  meningkat 52 - kolesterol 5.9 mmol/L (terbaru)


TEMUJANJI YANG LALU DENGAN DOKTOR PADA 3 APRIL 2013



17 comments:

  1. Alhamdulillah dalam keadaan baik. Temujanji saya yg lalu 9/7/2013, CD4 saya meningkat dari 214 -> 384 -> 448. Cuma ujian viral load yg terbaru tiada. Ujian VL yang lama Unditectable. Organ2 dan ujian darah yg lain doktor kata so far baik dan normal. Sy masih lagi disuruh makan bactrim, walaupun harapan sy mmg nak berhenti sbb rasa mcm terlalu byk ubat kena makan dan takut side effect jangka panjang.

    Sy ada juga bertanya dekat doktor yg kadang2 jantung sy berdegup lagu, penat, berpeluh secara tiba2. Dan hari2 saya selalu fatigue sejak makan bactrim. Doktor cuma kata semua ni kesan ubat, buat masa ni jgn dirisaukan sgt. Sy tanya kalau sy perlu buat ujian jantung, doktor kata tak perlu lagi. Doktor juga kata mungkin saya masih ada masalah anxiety dan panic attack.

    Ujian darah yg akan datang, doktor suruh buat x-ray lagi sekali, untuk confirm kan bukan PCP pneumonia yg buat saya fatigue, lesu, dan lelah.

    Abg najmi ada pendapat tak.. Sbb abg pun makan bactrim kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam zerofive,

      Bactrim tu ubat bagi mengelak paru-paru kita mudah diserang, sehingga melemahkan sehingga mudah mendapat contohnya Pneumonia, kira ianya protect paru-paru kita dari diserang lah.

      Setahu abang kalau CD4 kita sudah berada atas 200 (atau lebih sikitlah tu) Bactrim akan dihentikan pengambilannya. Tapi terpulang kepada kebijaksanaan doktor yang merawat kita tu.

      Abang sejak kiraan CD4 abg melepasi sahaja kiraan 200 dan setelah abg memulakan ubatan Tenvir EM dan Stocrin sejak tahun lalu (bulan puasa tahun lalu abg mula makan ubatan ini) bactrim sudah dihentikan. Dah hampir setahun tak makan.

      Alhamdulillah sehingga ke hari ini kesihatan abg ok. Dan seingat abg bila makan bactrim abg tak pula alami gejala seperti yang zerofive alami tu (seingat abg lah)

      Tetapi abang hairan jugak kenapa zerofive masih diberi makan bactrim sedangkan CD4 saudara sudah meningkat kepada 448, kalau masih bawah 300 ok lah kan sebab semuanya terpulang kepada kebijaksanaan doktor tapi ni dah lebih 400..

      Nasihat abang zerofive berbincang lah dengan doktor tu, dan tanya pandangan PLHIV yang lain juga....:)

      Untuk pengetahuan zerofive sekarang abang hanya makan Tenvir EM dan Stoctin sahaja, tak ada bactrim.

      Delete
    2. Sejak CD4 saya dalam 300+ lagi dah saya menyimpan niat dgn harapan doktor akan kata boleh berhenti bactrim. Tapi tidak... Sampai CD4 dah 448 pun sebelum jumpa doktor saya berdoa sgt nak berhenti bactrim. Semua tu tidak menjadi. Doktor masih kata dia takut pneumonia sy datang balik. Tapi utk perjumpaan bulan 10 nanti, doktor ada suruh saya buat Xray sekali lagi selain dari ujian darah yg lain.. Mungkin ini masa nya saya berhenti makan bactrim kot. Jadi kalau umur saya panjang, berjumpa dgn doktor bulan 10 ni, genap lah sy telan bactrim selama 1 tahun 1 bulan.
      Tak pernah makan antibiotik selama ini...

      Bactrim pun boleh mengganggu darah merah dan boleh menyebabkan anemia kan bang? Kalau YA, mungkin sbb tu saya selalu rasa penat, lesu, fatigue kot... Lagi-lagi haart combivir sy tu pun boleh mengganggu darah merah.

      Delete
    3. Zero Five

      Tentang Bactrim boleh menganggu darah merah sehingga menyebabkan anemia, wallahuallam abg tak pasti lah pulak tentang itu, tapi semua ubatan memang ada kesannya kan.

      Penat dan lesu boleh juga disebabkan kita stress, tak cukup tido terlalu memikir sehingga hidup kita tak gembira. Excersice juga penting, kena buat senaman walaupun tak lama, sikit2 pun ok jangan tak buaat langsung.

      Tak mengapa zero Five makan aje ubat tu dulu, bulan 10 nanti selepas buat pemeriksaan xray dan sebagainya itu kalau result tak ada masaalah, zerofive minta doktor hentikan ubatan itu, sebab macam abg cakap setahu abg ubat tu akan dihentikaan bila CD4 atas 200, tapi tu lah lain doktor lain caranya.

      Abg doa lepas bulan 10 nanti zefofive tak perlu makan ubat bactrim tu lagi, mudah-mudahan...insyaallah

      Delete
  2. Alhmadulillah, CD4 semakin meningkat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling tinggi...229 > 166 > 218 alhamdulillah tapi masih dibawah drp 229 huhuhu tapi saya tetap bersyukur....:)

      Delete
  3. Abang naj mi PLHIV tu penyakit HIV ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Kat sebelah kanan belah atas blog abang ni ada maksud beberapa perkataan yang maybe adik tertanya-tanya nak tahu maknanya...:)

      PLHIV itu maksudnya People Living With HIV AIDS
      ODHA itu maksudnya Orang Yang Hidup Dengan HIV AIDS

      ....:)

      Delete
  4. Alhamdulillah.segala keresahan abg tempoh hari sekarang sudah terjawab dengan sedikit peningkatan cd4.
    Moga abg sentiasa sihat.....hr21

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah....ermmm saya akan gi sepital berjumpa ngan doktor 25 julai nie harap cd4 saya ok sbb masa bln apr yg lalu terlalu rendah 55 setelah memulakan ubat haart tiada lagi simptom2 sakit perut,ulser dsb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Insyaallah CD4 saudara akan naik pelahan2, yang penting jaangan kita terlalu berharap CD4 naik terlalu tinggi, kalau naik 20 atau 20 pun dah memadai. Lagi satu kerana awak mulakan HAART pada ketika CD4 rendah makan peningkaatan akan pelahan jika dibandingkan mereka yang mulakan HAART pada ketika CD4 masih tinggi contohnya sekitar bermula ketika 300. Wallahuallam

      Delete
  6. Abg najmi.... Saya di sahkan pada jun 2013 dgn cd4 cuma 9... Dah start Haart.... Tapi alhamdulillah... Saya semakin sihat... Dapat buat kerja dgn baik... Adakah peluang untuk meningkatkan cd4 melebihi 400... Dan apakah viral load yg menunjukkan kita tidak kritikal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Beberapa fkator mempengaruhi peningkatan CD4, antaranya kalau kita start HAART semasa CD4 terlalu rendah maka peningkatan sangat pelaahan, tetapi insyaaallah akan sampai jua sehingga 400 lebih.

      Bergantung juga kepada faktor usia, macam abg mula HAART semasa kiraan sangat rendah 12, dan usia abang juga dah lanjut maka peningkaatan CD4 pelahan sejak hampir 3 tahun lalu abg mula makan HAART peningkatan sehingga sekarang hanya 218.

      TAPI kalau saudara usia muda insyaallah CD4 akan naik lebih cepat, paling penting jangan stress dan jaga pemakanan, senaman dan berfikiran positif.

      Peningkatan berbeza antara seorang individu dg individu yang lain kalau saudara tak ada penyakit lain sebelum ini insyaallah peningkatan lebih cepat berbanding mereka yang ada penyakit.

      Yang penting jaga waktu makan ubat jangan lewat2kan dan jangan sesekali lupa, insyaallah CD4 akan boleh naik sehinggaa lebih 500, insyaallah.

      Wallahuallam

      Delete
    2. Anonymous,

      Berkenaan Virol Load, juga bergantung pada keadaan individu tersebut...Ada yaang CD4 rendah tapi VL nya sudah semakin rendah dan adaa yang tak dikesan, ada juga individu yang CD4 nya tinggi TAPI VL nya semakin meningkat banyak.

      Penting kita kena jaga waktu yang tepat semasa makan ubat, macam nurse abg cakap kaalau makan ubat tepat waktu dan tak pernah lupa insyaallah CD4 akan naik dan VL akan semakin rendah sehingga cepat ianya Not Detected (Tak dikesan) * Maksud tak dikesan bukan bermakna kuman tak ada, kuman masih ada tapi bilangannya sangat2 rendah sehingga dipanggi TAAK DIKESAN.

      Wallahuallaam

      Delete
    3. Terima kasih abg najmi..... disebabkan cd4 saya sngt rendah dr syak saya ada tibi dan pelbagai lagi penyakit. Tapi alhamdulillah semuanya negatif ... cuma kulit tak canti sebab asyik timbl mcm kita kena gigit semut dan tinggal parut hitam....saya juga ada makan ubat rawatan alternatif yg banyak membuatkan saya rasa cpt sihat. ..ujian cd4 saya yg setterusnya pada bulan 10. Sy hrp sangat dpt tingkatkan balik cd 4 dan tiada gangguan pada kulit lagi

      Delete
  7. Anonymous

    Mudah2an CD4 saudara akan meningkat...insyallah...:)

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST