Saturday, 20 July 2013

SARAH - PERKEMBANGAN KEHIDUPAN SARAH, MANGSA SUMBANG MAHRAM

Bagi kebanyakan pembaca blog ini tentu tidak mengenali siapakah Sarah, tetapi saya sememangnya mengenali wanita yang bernama Sarah ini, saya hanya berhubung dan mengikut perkembangan mengenai dirinya hanya melalui seorang rakan saya. Kisah beliau pernah saya siarkan dulu di dalam entry bertajuk "SARAH: BABI ITU MEROGOL SAYA, MOGA DIA DIJANGKITI HIV, BARU TAHU SAPA YANG SUNDAL"
 
Alhamdulillah kehidupannya semakin tenang dan bahagian pada hari ini. Sarah telah mengirimkan email bercerita mengenai kehidupan yang ditempuhinya sekarang.

photo hiasan dari muslim-women.deviantart.com

Salam Abang Najmi dan pembaca, 

Nama saya Sarah (samaran yang diberikan oleh Abang Najmi) dan kisah saya bertajuk SARAH: BABI  ITU MEROGOL SAYA, MOGA DIA DIJANGKITI HIV, BARU TAHU SAPA YANG SUNDAL. 

Saya sekarang berusia pertengahan 20an dan merupakan seorang PLHIV. Saya mendapat HIV kerana saya pernah diperkosa secara beramai-ramai ketika usia remaja dan saya juga adalah mangsa sumbang mahram ayah kandung sendiri. 

Nasib saya tidak begitu baik kerana ibu kandung saya ketika itu tidak pernah mahu menyiasat segala aduan saya tetapi sebaliknya terus menyalahkan saya. Apa yang saya kata mengenai kelakuan ayah, ibu kata semuanya semata-mata kerana saya cuba memfitnah bapa sendiri. Ibu lebih mempercayai ayah yang luarannya sahaja nampak baik kerana kerap masanya dihabiskan dengan aktiviti agama.

Paling istimewa untuk Abang Najmi, saya tidak dapat menggambarkan betapa bersyukurnya saya apabila bertemu blog ini. Saya cuba lupakan kisah silam saya kerana, bak nasihat Abang Najmi - Hidup Mesti Diteruskan.

Selepas bertemu dan membaca blog abang Najmi, ya bermula dari blog ini lah Allah telah mempertemukan saya dengan sahabat-sahabat Abang Najmi yang terlalu banyak baktinya kepada saya. Ditakdirkan saya juga bertemu dengan sahabat Abang Najmi yang saya panggil Mak, yang kini dan selamanya telah menjadi keluarga angkat saya sehingga keliang lahad.

Mak pula telah membawa saya berkenalan dengan Mummy (rakan Mak) dan melalui Mak juga saya berkenalan dengan jiran-jiran serta rakan-rakannya. Mereka semua telah jadikan saya ahli keluarga mereka. Tiada beza antara saya dan adek-adek dan kerana mereka semua lah yang menyebabkan saya sentiasa sedar bahawa jika meratapi kisah silam itu, ianya tidak akan dapat mengubah nasib saya.

Melalui mereka saya mula mengenali akan harga diri sendiri, dari mereka saya belajar untuk cuba menyayangi diri sendiri dan dari mereka jugalah saya mula kenal akan erti kasih sayang yang suci serta mengenali makna erti keluargaan.


Maaf???

Kalau dulu semenjak dari usia 9 tahun bapa kandung saya kata, kasih sayang antara anak dan ayah adalah dengan membenarkan bapa menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh saya, kasih sayang adalah dengan meniduri saya, tetapi apabila saya masuk ke sekolah menengah akhirnya saya mulai faham bahawa semua itu adalah salah. Semua itu sebenarnya adalah sumbang.

 Ya saya sudah maafkan segala kenangan silam, saya tetap hormati ayah dan ibu kerana tanpa mereka sudah pasti saya tidak boleh melihat bulan dan matahari. Terima kasih ayah (kandung) dan ibu (kandung) kerana menyebabkan saya lahir kedunia ini, terima kasih kerana memberikan saya makan dan tempat tinggal dan menjadikan saya wanita yang sangat tabah.

Untuk ibu, saya minta maaf andai saya tidak mampu untuk kembali ke rumah ibu sekiranya ayah masih berada disitu. Saya tetap memaafkan ayah dan ibu kerana kata ibu angkat saya, maafkan segala kesilapan silam saya, lupakan dan buangkan jauh kenangan itu. 


Bekerja sebagai pembantu kedai buah

Mulanya saya bekerja sebagai pembantu disebuah kedai cina yang menjual buah, tetapi kemudiannya ibu angkat telah mempelawa saya tinggal dengan mereka dan menghantar saya belajar menjahit langsir sebagai kerjaya baru saya. Alhamdulillah saya kemudian mampu berdikari dan menjana pendapatan sendiri.

Pada Hari Raya tahun 2012 adalah hari raya paling bahagia buat diri saya, kerana saya sudah mampu menjahit baju raya untuk mummy daddy (angkat), mak ayah (angkat), mama papa (angkat), Mak Ndak, auntie Ida dan adek-adek kesayangan saya Nadia, Adah, Along, Apis, Adam, Adek, dan Tika.

Malah saya boleh menghulurkan duit raya untuk adek-adek angkat saya seramai 7 orang tu sebanyak RM10 seorang. Belanja beli bunga api dan sebagainya tetapi apabila saya nak balik ke rumah mummy daddy, mak ayah, mama papa pula akaan hulurkan semula duit raya untuk saya. Jumlahnya buat saya sangat tinggi tetapi saya tahu mereka akan marah kalau saya tak ambil.

Para pembaca, janji Allah itu benar, setiap dugaan pasti ada rahmatnya, bersabarlah dengan segala bentuk dugaannya, bersahabatlah dengan mereka yang baik agamanya, tinggi ilmunya dan luhur hatinya, pasti kita akan ditarik ke arah kebaikan.

Sebenarnya ketika saya mula-mula kenal blog Abang Najmi, saya benar-benar sudah JATUH CINTA pada insan yang mengunakan nama HUEI ketika itu dan menukar nama kepada NAJMI pada hari ini., tetapi masih individu yang sama.

Ketika itu saya rasa dialah lelaki yang terbaik buat diri saya tetapi saya ingat akan kata-kata dan nasihat dari Mak, "SARAH KENA FAHAM, NAJMI TU GAY TEGAR, SAMPAI KAN KALAU KITA BONGKOK KEPADA 6 SEKALI PUN, DIA TAKKAN NAK KAHWIN DENGAN SARAH".


Bertunang dan mendirikan rumah tangga

Alhamdulillah, insyaallah pada Hari Raya tahun ini (2013) pasti kehidupan saya akan lebih bahagia kerana kehidupan saya ini telah dipermudahkan oleh Allah. Saya telah pun melangkah ke alam rumahtangga. 

Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya, saya bertemu jodoh dengan seorang bekas gay dan juga seorang PLHIV akibat "jahiliah" zaman silamnya dulu. Kami sama-sama positif HIV. Bezanya usia suami saya lebih muda daripada Abang Najmi. Handsome pun sama agaknya, baiknya pun hampir sama, bezanya suami saya bekerja tetapi abang Najmi masih berusaha mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Itulah kebesaran Allah, kehadiran Abang Najmi lah yang telah mengubah segala takdir dalam hidup saya.

Perkenalan saya dan suami telah diaturkan oleh Mak dan saya tahu Mak selalu berbalas email dengan Abang Najmi bertanyakan pendapat, sebab Mak selalu kata Abang Najmi boleh bagi pendapat yang bernas dan baik.

Pertunangan dan perkahwinan saya dibuat dengan baik oleh keluarga-keluarga angkat saya seolah-olah saya anak ini anak kandung mereka, ada tetamu yang kata mak dengan mummy saya nampak terlalu muda untuk menerima seorang menantu.

Para pembaca, Mak, Mummy dan Mama saya adalah golongan professional kerana mereka bekas pelajar sekolah berasrama penuh terkenal di tanahair. Mak, Mama dan Mummy saya juga belajar di Universiti yang sama. Mereka juga telah memilih bidang-bidang kebajikan tertentu untuk mengisi waktu terluang mereka dan mereka memilih untuk membantu PLHIV dan golongan gay/lesbian/biseksual. Mereka membantu secara senyap dan menyokong dalam diam.

 Ya Allah, melalui (blog) seorang lelaki gay tegar yang telah berubah dan insaf, menulis dengan penuh keikhlasan demi memberikan teladan kepada insan-isan lain, saya telah dipermudahkan oleh Allah sehingga mendapat apa yang saya ada pada hari ini. Alhamdulillah saya dipertemukan dengan mereka-mereka yang sudi memberi sokongan dan mereka yang  mendoakan kebahagian saya iaitu seorang wanita yang kotor dan jijik.

Mereka mendidik saya agar memahami dan menerima takdir, membantu saya melupakan serta memaafkan kisah silam saya dan akhirnya menjadikan saya seperti hari ini. Alhamdulillah saya menerima takdir seadanya, tidak perlu banyak kemahuan kerana telah ditentukan takdir saya adalah begitu dan saya redha dengan segalanya.


Terima kasih....

Untuk keluarga ibu bapa angkat saya, tiada daya saya untuk membalas budi anda semua melainkan Allah sahaja yang mampu membalasnya. Untuk adek-adek kesayangan kakak, Nadia, Along yang sudah pun masuk U, belajarlah bersungguh-sungguh ye. Adah dan Apis, buat pereksa baik-baik okay. Adam, Adek dan Tika jangan nakal-nakal ye, nanti bila besar jangan lupa jasa ibubapa angkat kita.

Mak Ayah, Mama Papa, Mummy Daddy, saya berjanji atas nyawa saya sendiri, saya akan sentiasa jaga diri saya, suami saya sebaik-baiknya dan begitu juga adek-adek saya semuanya telah menjadi keutamaan bagi diri saya. Kalau anda semua ada sebarang kesulitan, saya sentiasa ada untuk anda semua.

ABANG NAJMI, DOA SAYA UNTUK ANDA TIDAK AKAN BERHENTI WALAUPUN SEKIRANYA SAYA SUDAH TIDAK ADA DIDUNIA INI LAGI, SEMOGA KITA SAMA-SAMA BERTEMU DI JANNAH.

Betul-betul ikhlas dari jauh dalam hati saya, terima kasih Abang Najmi 

Selamat Berpuasa, Selamat Berterawih dan Selamat Hari Raya. Sama-samalah kita jaga diri dan kesihatan, doakan saya dan suami, insyaAllah kita bertemu di Jannah Allah. 


- SARAH -
Entry mengenai kisah Sarah













Terima kasih Sarah, abang doakan kehidupan Sarah terus dirahmati Allah, hidup bahagia serta dikurniakan kekuatan, kesihatan yang baik berterusan selamanya disamping suami dan gembira dikelilingi orang-orang yang disayangi. Tidak terlewat rasanya untuk abang ucapkan selamat pengantin baru buat Sarah dan suami semoga berkekalan selamanya - Naj Mi
 

20 comments:

  1. Gembira dan sejuk rasa hati baca entri ni, walaupun tak mengenali orang nya. Semoga sarah bahagia bersama bakal suami nanti.

    Semoga saya berjumpa dgn jodoh saya juga... Hehehe nak juga ada seseorang yang seangkatan dan memahami rasa dihati.. Ringan sikit rasa hati yg terpaksa menyimpan semua rasa seorang diri. Perit sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZeroFive

      Mudah-mudahan, kalau ada niat dihati dan berdoa insyaallah ada lah jodohnya nanti...ameen

      Delete
  2. salam sarah, tahniah nak kawin...
    semoga dipermudahkan urusan dan bahagia dengan suami nanti...insyallah...
    alhamdulillah saya yang tak kenal sarah tumpang bahagia dengan kehidupan sarah sekarang yang lebih baik dari dulu...

    untuk keluarga angkat sarah syukran jazilan atas usaha dan bantuan utk sarah...
    selamat bertunang dan selamat menjejakkan kaki ke alam rumahtangga...
    and hope god bless u with dozen of children...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Alhamdulillah semoga Saarah dan suami diberkati hidup mereka selamanya...kita sama2 doakan...

      Delete
  3. MasyaAllah cantiknye cerita ni Abg Najmi. Allah Maha Kaya. SubhanAllah. Sy doakan yang terbaik untuk Sarah. InsyaAllah kalau ada rezeki, kita boleh berkenalan dan berkongsi cerita. Nak bekenalan juga dgn Mak, Mama dan Mummy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hismaghrifah

      Alhamdulillah ya sama-sama kita doakan yang terbaik buat Sarah dan suaminya...Nak berkenalan dengan Mak, Mama dan Mammy...boleh aje...mereka baik-baik orang nya dan sangat mengambil berat pada rakan-rakan yang tidak bernasib baik...pastinya mereka akan membantu sedaya mampu mereka, tanpa meminta balasan... itu yang saya tahu lah mengenai insan2 yang baik hati ini...:)

      Delete
  4. Alhamdulillah..syukur..

    Bahagia rasa nya baca entri kali ni..elok lak kan dlm bulan yg penuh barakah ni..selamat pengantin baru sarah.. :)

    ReplyDelete
  5. Sy suka baca ending story kali ni...bahagia...sy tumpang gembira..sesungguhnya, masih ade insan-insan yang berhati mulia dalam masyarakat kita..pokoknya, semuanya adalah ketentuan Allah..

    ReplyDelete
  6. Subhanallah ...tak tertahan air mata ini bila tahu kisah Sarah ni..Rasa syukur sgt pd.segala hikmah.yg tlh ditemtukan pd adik..
    Dulu..semasa dpt tahu dgn kisah hidup Sarah diperkosa olh 6 lelaki jahanam dan B... tu..rasanya mahu sja berniat utk membunuhnya..ataupun meracun sj ba.. itu..

    Ya Allah..indahnya aturan Allah..
    Najmi.sy andainya Najmi bukanlah tegar..dy sgt2 menyokong agar biarlah Sarah menjadi.pasangan Najmi...

    Ya Allah..indahnya hati MW..sekeluarga..moga dinilai.Allah dgn tingkat syurga yg paling teratas buat segala kebaikan hati2 mereka itu..

    Tak tergambarnya rasa bahagia bila tahu akhirmya Sarah yg cantik ini.tlh menjadi pengantin...Allahhuakbar...
    moga bahagia berkekalan buat Sarah hingga ke akhir hayat sayang...

    Buat Najmi..indahnya blog Najmi.ini..indahnya usaha murni.Najmi ini..
    semoga Allah kurniakan sebesar besar pahala buat Najmi..dan terima kasih yg tulus ikhlas dr saya juga krn mmbuat hidup.sy juga bertukar menjadi tabah..semoga segalanya dipermudahkan Allah..

    Wasallam....Nurunn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurunn

      Andainya saya tidak tegaar pastinyaa sayaa sudaah berkahwin sejak usia 25 tahu lagi heeee, pastinya kehidupan saya berbeza dengan hari ini. Tapi alhamdulillah segalanya sudah ditakdirkan olehNya.

      Ya kalau lah saya ni tidak tegar mungkin bisekual, wallahuallam apa2 pun boleh berlaku kan...:)

      Alhamdulillah semoga Sarah dan Nurunn dirahmati kehidupan oleh Allah, semoga bahagia hendaknya sepanjang hayat...:)

      Delete
  7. sebaknya, susah nak cari orang mcm mamapapa,mumydady,makayah tu, bertuah sarah..di sebalik keperitannya Allah beri kemanisan, Selamat Pengantin Baru yer.

    ReplyDelete
  8. Ya Allah.... besar n indahnya hikmah yang DIA berikan. Saya tumpang gembira...

    ReplyDelete
  9. Chenta Saya

    Alhamdulillah semoga Sarah bahagia selama2nya, kita doakan bersama....Amin...

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah
    allah maha penyayang, lagi maha pengasih

    najmi dh lama x update blog

    ReplyDelete
  11. Hi assalamualaikum. Boleh tk saya nk interview encik berkenaan cerita sarah ni? Kami pelajar kaunseling kena buat kajian kes berkenaan sumbang mahram

    ReplyDelete
  12. Hi assalamualaikum. Boleh tk saya nk interview encik berkenaan cerita sarah ni? Kami pelajar kaunseling kena buat kajian kes berkenaan sumbang mahram

    ReplyDelete
    Replies
    1. W salam,
      Saya tahu tentang sarah melalui seorang rakan email, masaalah ke dua2 mereka saya sendiri tak pernah jumpa bersua muka. Rasanya kalau nak interview sarah saya rasa dia tak nak kut...

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST