Friday, 19 July 2013

RYAN - PENGALAMAN BEKAS GAY MENEMANI ISTERI MELAHIRKAN BABY SULUNG

RYAN pernah berkongsi kisah hidup beliau didalam entry bertajuk "RYAN - SUSAH SENANG HIDUP SEORANG SONGSANG" berkongsi kisah pengalaman beliau saat-saat ketika menanti kelahiran puteri sulungnya.


Abang

Bila teringat balik peristiwa semasa saat-saat isteri nak bersalin itu kan,  rasa nak tergelak pun ada. Apa tak nya, semasa kejadian tu RYAN gelabah dan kalot bila tengok sahaja air ketuban pecah di tengah malam pada hari rabu. Wife kejutkan RYAN malam tuh, ingat kan wife nak buang air kecil. Sekali tengok rupanya air ketuban sudah basah kat lantai.

Kalot arrr.... wife pulak suruh RYAN bertenang, mau tak bertenang.

Sampai aje dihospital, hospital pulak service masa tu teruk, geram tau, sudah lah wife dengan keadaan macam tuh, boleh pulak dia orang suruh RYAN park kereta dulu. Lepas tu kena berjalan terus naik ketingkat atas, bukan nya dia nak tolong ambilkan kerusi roda dan tolak my wife ke atas dan RYAN terpaksa terus pergi park kereta dulu.

Doktor check jalan, baru buka 2 cm, bermaknanya belum bersedia lagi nak beranak dan wife kena tahan wad. Sampai lah selama dua hari kena duduk kat dalam wad. RYAN memang susah hati, sebab ketuban dah pecah. RYAN takut kena operate je. Tahu-tahu lah bila dah kena operate. sudah tentu RYAN tak leh nak buat anak ramai-ramai dalam masa terdekat huhuhu. Sebabnya RYAN bajet nak anak seramai 10 orang ke atas hehehe.....

RYAN berulang alik ke hospital. Risau tengok wife menanggung azab nak beranak. Macam RYAAN pulak yang nak beranak. Sebab RYAN ada sedikit jiwa wanita dan mudah benar faham jiwa wanita ni.

Hari sabtu, lepas  maghrib wife hantar message, dia cakap baby tetibe dah turun dah. pembukaan jalan sudah 5 cm, bermaknanya sudah "get ready" nak masuk ke dewan bersalin.

RYAN tunggu kat hall dewan bersalin dan nampak muka wife dalam ketakutan. Lepas wife masuk dalam dewan bersalin dalam pukul 12 tengah malam. RYAN jadi kalot bercampur rasa cuak. Entah berapa kali Ryan ulang alik masuk ke dalam toilet. Pada hal tidak pulak nak buang air. 

Nama mamat yang duduk disebelah RYAN masa tu sudah panggil, sebab wife dia masuk bersama dengan my wife. Bermakna nya nanti giliran RYAN pulak. Ahhhhhh sudah!.......

Eh pelik pulak, kenapa tak pelik nya.. sebab nama RYAN tak di panggil-panggil pun. Sudah kol dekat pukul 4 pagi dah nih. RYAN pun pergi kat kaunter untuk bertanya kenapa my name tak dipanggil panggil. Nurse tuh cakap.. "awak nak masuk ke?" boleh pulak dia tanya soalan yang memang cepu emas. Ryan cakap lah kat dia memang Ryan nak masuk. Alih-alih dia cakap "laaaa.. saya ingat kan awak tak nak masuk tadi". Ada pulak yang kena gigit laju laju karang ni huhuhu.

RYAN pun masok lah ke dalam bilik bersalin tuh. Menggigil Ryan. Ketaq habis lutut-lutut nih. Tengok muka wife tengah menanggung azab. RYAN rasa mcam nak nangis sahaja, dan tak tau RYAN nak buat apa. RYAN memang sedih sangat-sangat tengok keadaan masa tu.

Doktor kata pembukaan jalan baru 7 cm. Kena tunggu 10 cm. Wife tak nak tunggu, sebab dia tak tahan sakit, baby nak kuar juga. Doktor kata tetap tak boleh, kemudian datang seorang doktor lain. Wife cakap nak beranak ketikaa itu jugak, alhamdulillah  doktor tuh kata boleh.

Doktor suruh wife meneran, wife pun teran, memang sudah nampak kepala baby. Doktor jerit "teran lagi, saya bilang 1, 2, 3 lepas tuh awak teran kuat-kuat!" kata doktor tuh.

Doktor tu bukak sedikit jalan untuk baby keluar. Doktor jerit lagi "1, 2, 3! PUSH!! lagi PUSH". Dengan RYAN sekali dok push. Yang penting sebelah kaki RYAN sudah berada kat atas katil bersalin tu sambil bertaup kaki wife suruh bukak luas-luas. RYAN dengan wife bersama-sama meneran. Ryan meneran sampai nafas tak da. Sampai RYAN penat. 

Pusshhh baby keluar.  Ryan dengan wife memang rasa lega, baru lah RYAN dapat menafas seperti biasa. Doktor hanya tersenyum aje tengok gelagat RYAN. Doktor suruh RYAN berehat kat atas kerusi, biar kembali bertenaga. 

Tengok jam sudah nak pukul 4.45 pagi. RYAN tidak sahur lagi. RYAN pun tak tau nak puasa ke tak. Sebab RYAN betul-betul penat. Tenaga RYAN dah hilang semua nya.

15 minit Ryan duduk rehat, lepas tuh RYAN azan dengan iqamat kat my baby. Suara RYAN antara keluar dan tak aje, sebab RYAN tengah sebak dan sayu aje masa tu.

Lepas tuh RYAN jumpa doktor. Ryan mintak izin untuk keluar sebab nak pergi kat kereta untuk ambil air.

Keluar sahaja dari dewan tu, seorang makcik ni tegur RYAN, dia tegur sebab dia tengok muka RYAN letih dan pucat. RYAN cakap lah kat mak cik tu yang RYAN meneran sekali untuk bersalin. Makcik tu cakap "Weh.... azab tau masa nak beranak ni".. makcik tu gelak sakan. RYAN terus pi kat kereta.

My girl kena tahan kat wad, sebab air ketuban dah pecah dua hari dah, takot ada jangkitan kuman pulak. Tapi alhamdulillah.. baby RYAN sihat dan tidak ada apa-apa masalah pun.

Ituh lah kisah pengalaman RYAN beranak bersama-sama wife.. hahaha.. macam kelakar je kan..


















Alhamdulillah RYAN macam sekejap sahaja bila RYAN bagi tahu yang isteri RYAN mengandung hampir 9 bulan lalu, ketika entry mengenai RYAN abang siarkan dulu (disini)

Alhamdulillah dan TAHNIAH buat RYAN dan wife atas kelahiran puteri sulung. Lakarlah dengan lakaran yang indah-indah berpandukan suruhan Allah diatas canvas putih bersih yang baru sahaja RYAN terima itu. 

Semoga kebahagian hidup RYAN disamping wife dan anak akan berterusan......- Naj Mi



18 comments:

  1. Memang sangat kelakar n rasanya dah tengok baby ryan kat fb...comel sangat. Alhamdulillah Ryan akan kadi papa yang baik...tahniah Ryan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah,hebat ny dia..huhu..sy nk tgk baby tu leh?klo ade la pic ny..msti cute kn?baby2 sume comel..hmm..:)

      Delete
    2. Ryan hebat but wk pun hebat....I saw the pic kat FB. Najmi, if Ryan allow us the share the pic, nut still upon Ryan punya keizinan.

      Delete
    3. hmm..ntah la..sy x hebat..xde baby..

      Delete
    4. WK muda lagi belum kawen of course xde baby.Nanti ada jodoh kawen happy macam Ryan jugak...sabar ye.

      Delete
  2. Tahniah ryan.

    Allah muliakan seorang ibu sebab ini lah salah satunya...

    ReplyDelete
  3. Tahniah abang ryan,

    Syoknya dpt baby

    ReplyDelete
  4. Allah SWT berfirman di dalam Surah Asy-Syura, ayat 49-50 yang bermaksud:

    “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”

    Tahniah ryan

    ReplyDelete
  5. Tahniah Ryan...tak dapat nk bayangkan mcm mana kaki Ryan atas atas katil masa tu wife Ryan meneran :) Apa pun, itulah pengalaman paling berharga kan :)

    ReplyDelete
  6. Wahhh tahniah ryan.. may God bless you. Ameen.

    ReplyDelete
  7. ALHAMDULILLAH TERIMA KASIH SEMUA......:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ryan, saw your newborn girl in FB, so cute...very huggable...Congratulations.

      Delete
    2. nak tngok jgak weh..xbest lar cmtu. nak tngok..huhuhu - Aaron

      Delete
  8. rezeki di bulan puasa dan rezeki di hari raya...
    babies semua comel2...

    ReplyDelete
  9. Tahniah & Alhamdulillah
    sayup sgt bile bace cite abg Ryan teman wife same2 tanggung azab bersalin
    Semuga weolllzzz pun ade kekuatan utk same2 dgn wife bile dh sampai rezki utk kami dpt baby nanti ( walaupun awal2 dh ckp xnk masuk bilik bersalin , coz takut yg amat , ngeee ), aminnnnn
    Dah hampir 3 tahun berkahwin , masih lum ade rezki nk timang baby :-(
    Ya Allah , Kau permudahkan la kami utk mendapat zuriat yg soleh & solehah serta Kau berkatilah & Rahmatilah kehidupan Umat2 Mu yg sentiase berusaha utk berade di jalan yg benar . Aminnnn

    SUAMIDAMANSARA

    ReplyDelete
  10. Tak terlambat rasanya nk ucapkan TAHNIAH buat Papa RYAN..yg mmg sweet papa ni..hee.

    Semoga berganda ganda lagi kebahagiaan buat Papa RYAN dan isteri...
    Kami menanti.pula coming soon kisah baby Papa RYAN ni nanti tau..hik hik!

    Tahniah...Alhamdulillah..sweet story ni. Najmi..

    syukran jazillan

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST