Monday, 1 July 2013

RITA NUR - ABAH SAYA PENDERITA HIV

Saya menerima email dari seorang yang hanya mengelar dirinya Rita Nur (22 tahun), bercerita kehidupan lampau tentang kisah kehidupan abah dan emaknya sebelum dan selepas beliau dilahirkan. 

Sukar membaca tetapi saya faham maksud penceritaan hasil penulisan saudari Rita Nur ini yang seolah-olah dipetik dari cebisan catatan dairi peribadi mengenai kisah penting yang telah dan baru berlaku dalam hidup beliau. 

Telah saya perbetulkan bahasa dan ejaan agar mudah para pembaca membacanya. Terima kasih Rita Nur kerana berkongsi kisah.....

Assalamualaikum Najmi,

Ingin sekali saya berkongsi pengalaman saya sendiri. Selama ini saya hanya pengikut cerita-cerita dalam blog Najmi sahaja....

Saya anak bongsu daripada 4 adik beradik, abah saya seorang penagih dadah tegar manakala mak saya menderita hidup, selama ketika dalam perkahwinan mereka. Mak terpaksa menumpang di rumah mak angkatnya sejak dari kecil sehinggalah dia mendirikan rumah tangga, bersuamikan dengan seorang yang bukan pilihan hati, tetapi adalah pilihan keluarga kandung emak saya

Alhamdullillah, emak saya amat beruntung kerana keluarga angkat mak saya teramat baik dan penyayang juga bertanggungjawab. Mak saya hidup dilimpahi dengan penuhi kasih sayang. Bernikah sahaja emak bersama abah saya, keluarga angkat  tidak membiarkan mak saya hidup sendirian kerana usia mak terlalu muda (16 tahun) 

Mak dan abah tinggal bersama mereka (rumah mak angkat mak) ketika itu abah berkerja bebagai nelayan bertaukekan seorang berbangsa cina. Mak bahagia ketika itu manakala abah saya seorang yang baik bercakap lembut serta penyayang, abah tidak kasar atau panas baran dia juga seorang yang kuat mengusik (bergurau)

Emak saya mula muntah-muntah dan disahkan mengandung. Alhamdulillah bahagia yang amat sangat, sehinggakan mak tidak dibenarkan melakukan apa-apa pekerjaan, semua abah yang buat. Opah angkat saya bahagia melihat rumah tangga yang begitu mesra.

Hari demi hari, bulan demi bulan, abah mula kerap pulang dalam keadaan khayal, mak mendapat tahu abah telah diajar oleh taukenya untuk mengambil dadah agar abah dapat berkerja dengan lebih kuat dan boleh bekerja lebih masa. Dalam pada itu juga sikap abah tidak penah berubah, abah tidak pernah menjadi ganas. 

Sehinggalah mak selamat melahirkan anak sulungnya, abah tersenyum melihat puteri sulungnya yang kecil comel seperti anak patung katanya pada mak. Abah tidak penah menunjukkan perangainya di hadapan mak cuma apabila gian (dadah) nya datang abah akan melekatkan duduk di dalam tandas sehingga berjam-jam lamanya. Mak masih bersabar.

Pernah berlaku pada satu hari apabila polis melakukan operasi besar-besaran, mak mendapat panggilan dan difahamkan abah sudah ditahan dan akan dihantar ke pusat pemulihan. Selepas 2 tahun, abah kemudian dibebaskan tetapi abah masih juga tetap sama berperangai seperti dulu (menagih dadah) sebaik berjumpa dengan rakan-rakan lamanya. Bertahun-tahun abah saya keluar masuk pusat pemulihan dan boleh dikatakan pusat itu seumpama rumah kedua buat abah. 


Kisah yang diceritakan oleh mak dan opah kepada saya, 

Pernah pada satu ketika semasa abah telah kembali tinggal dirumah dan ketika abah mahu keluar rumah kononnya mahu ke kedai untuk membeli barangan buat anak-anak tetapi kali ini abah dicabar (dimarahi) oleh mak....

"Abang ke kedai tu jangan nak ke lain tau, kalau adik (nama manja mak bila berbual dengan abah) tunggu lama sangat tak balik adik cari abang sampai jumpa,kalu adik jumpa abang dengan kawan-kawan tak senonoh abang tu adik baling abang dengan batu...'kata mak pada abah. 

Dengan manja abah jawab "baik sayang"

Dari 11 pagi abah keluar sehingga pukul 5 petang, mak tunggu tapi abah tak juga balik-balik

Mak pun bagi tahu mak angkat nya, "Mak mek adik nak cari abang"

Mak angkat nya bertanya "Adik nak cari kat mana, nak buat apa"

Mak pun jawab "Cari kat sini-sini je kalu adik jumpa dia dengan kawan-kawan dia yang tak elok tu adik nak baling dengan batu" 

Mak terus keluar dan tutup pintu...opah saya terdiam dan tidak lama kemudian opah terdengar bunyi abah dan mak bercakap diluar rumah. 

"Sampai hati adik buat abang macam ni tak sayang ke tak sian ke"...bunyi suara abah.

"Padan muka pun orang cakap main-main ingat orang tak berani ke tu baru kena sikit kecil je kalu bagi dengan anak lesung macam mane...." balas mak.

Opah bergegas membuka pintu apabila mendengar abah saya memanggil cemas....sebaik terbuka saja daun pintu opah tekejut apabila melihat kepala abah berdarah. Dalam hati opah berkata,  "Ya Allah Adik dia buat sungguh..."

Mak terus beritahu sebelum opah bercakap, "Tu baru sikit mak mek, kalu adik buat betul-betul adik bawak anak lesung kita kat dapor je" ...

Opah hanya mejawab. "Ya Allah dah masuk mari bubuh ubat.."


Sembilan tahun berlalu mak saya hidup hanya berendam dengan air mata, begitulah kehidupan seharian mak sehinggalah mak yang ketika itu sedang mengandungkan saya 8 bulan, abah ditahan lagi dan kali ini "mati sudah perasaan sayang kasih cinta serta kesabaran" mak kepada abah. Mak minta fasakh. Abah tekejut, tapi mak sudah pun membuat keputusan muktamad semasa mak melawat abah dipusat pemulihan lagi.

Cukup waktu saya dilahirkan hinggalah berusia 3 tahun saya tidak pernah berjumpa dengan abah. Abah pernah balik tetapi saya tidak mengenalinya. Opah lah yang memberitahu saya bahawa lelaki itu lah abah kandung saya. 

Tidak lama kemudian mak bernikah lain. Kami terus dibela oleh Opah. Mak memulakan hidup baru dirumah lain dan sejak itu, 3 tahun sekali pun susah untuk kami bertemu abah tetapi Opah dan anak saudaranya yang membela dan menjaga kami tetap akan membawa kami mencari abah di rumah adiknya di Pulau Pinang. Kadang-kadang kami pergi kesana, kami dapat berjumpa dengan abah, tapi adakalanya tidak jumpa.

Aku hidup tanpa kasih sayang yang lengkap, aku amat terasa cemburu apabila melihat orang lain mempunyai kasih sayang yang penuh dari seorang abah. Begitulah berterusannya kehidupan kami.


Hari ini saya sudah pun berusia 22 tahun 

Saya sudah pun berkahwin serta mempunyai 3 cahaya mata, dan tinggal di XXXX Perak. Selama ini kami sudah terbiasa dengan ketiadaan abah, sama ada dia ada atau tidak, terasa sama sahaja. Kasih sayangnya amat jauh sekali. Tetapi sekiranya kami mendapat khabar sekiranya abah di tahan dan sekiranya abah mahu berjumpa, kami akan tetap melawatnya. 

Dan kisah terbaru apabila kami diberitahu bahawa abah sudah terlantar sakit dan sudah dimasukkan ke hospital besar Pulau Pinang, kami sempat menziarahi abah  di Pulau Pinang pada penghujung tahun 2012. 

Kami difahamkan abah menghidapi penyakit tibi, kerosakan hati dan kanser perut tahap 3. Telah berulang kali operation dilakukan sehinggalah pada 6-6-2013 yang lalu, abah sekali lagi terpaksa menjalani operation kali ke empat. Alhamdulillah abah beransur pulih, tetapi kadang-kadang abah masih mengadu yang dia masih mengalami kesakitan yang amat sangat dan berasa sangat letih.

22-6-2013 - 5.30pm - Sedang saya berniaga, tiba-tiba saya mendapat satu panggilan dari adik abah, yang berada di Pulau Pinang, kami difahamkan abah sudah pun tenat dan abah telah muntah darah ketika berada dihospital. Pak Ngah menyuruh kami pergi melawat abah. Selang 10 minit kami mendapat sekali lagi panggilan dari Pak Ngah tetapi kali ini suara Pak Ngah kedengaran sayu dan sedih. 

Ya... abah saya sudah tiada, abah baru sahaja menghembus nafas terakhirnya beberapa minit tadi, dia mengalami muntah darah yang teruk dan doktor memberitahu yang hati abah pecah semua ini akibat abah tidak pernah meninggalkan dadah. Pengambilannya tidak penah terhenti walaupun ketika berada di hospital.

23.6.2013 - 05.00am - Kami betolak keluar dari rumah di Perak dan tiba di Pulau Pinang pada jam 8 pagi, Pak Ngah menunggu kami di Caltex untuk membawa kami, kami difahamkan bahawa pihak hospital mahu mengurus pengebumian arwah kerana abah mempunyai penyakit berjangkit. Tetapi Pak Ngah merayu agar jenazah boleh dibawa pulang kerana kami serta anak-anaknya mahu jenazah dibawa pulang bagi memberi penghormatan buat kali terakhir dikampung halaman. 

Kami di bawa ke dewan jenazah di flat *********  Pak Ngah memberitahu bahawa kami tidak dibenarkan menyentuh dan menyayangi (mencium) abah. Dan jenazah abah akan dimandi serta dikafankan terlebih dahulu sebelum kami dibenarkan melihat wajah arwah abah. Pak Ngah menunjukkan surat dari pihak hospital dua sebab punca kematian, salah satunya ialah abah saya penghidap HIV...Terkedu saya ketika itu.

Jenazah abah ditutup dan dizipkan dengan rapi kedalam sarung plastik. Kami tidak dibenarkan untuk melihat sebelum jenazah dikafankan, kami tidak dibenarkan menyentuh dan menyayangi arwah. 


Ya Allah, hanya Allah yang tahu perasaan hati ini. Selesai sahaja jenazah abah dimandikan dan dikafankan oleh pihak hospital, kami warisnya dipanggil, ketika itulah bahagian muka arwah abah yang ditutup dengan plastik putih membolehkan kami menatap wajah abah buat kali terakhir. Wajahnya bersih dan tenang seperti seorang yang sedang tidur lena, ya tidur yang panjang dan tidak akan bangun-bangun lagi. 

Pemergian abah membuatkan kami terkedu terutama apabila mendapat tahu salah satu penyakitnya itu adalah disebabkan HIV. Seandainya abah masih bersama mak, saya tidak dapat bayangkan apa akan berlaku.

Apa yang mak sangat takuti dahulu telah benar-benar terjadi. Mak akui abah seorang  yang baik, hanya kerana dia tidak dapat meninggalkan dadah lah yang menyebabkan mak terpaksa membuat keputusan untuk meminta fasakh, mak bimbang abah akan terkena HIV dan berjangkit pada kami semua. Pak Ngah pernah bercadang mahu mencarikan jodoh untuk abah tetapi abah marah... 

“Isteri aku satu je  tu Mak Kodak,  anak-anak aku,  hang jangan pandai-pandai nak cari betina, aku tak hingin...Dari hang suruh aku kahwin, lebih baik aku makan dadah puas-puas sampai aku mati...” 

Itulah antara kata-kata abah yang diluahkannya pada sesiapa sahaja yang menyuruhnya supaya berkahwin pada bulan lepas, yang menunjukkan dia masih sayangkan mak dan kami semua.

Abah meninggalkan kami pada usia 55 tahun. AL-FATIHAH untuk arwah abah saya semoga tenang abah di sana. Walaupun abah tidak membesarkan kami adik beradik tetapi saya perlu faham sekiranya tiada abah sudah tentu kami tiada di dunia ini.... Insan insaflah selagi nyawa kita masih ada, jangan biarkan kehidupan kita menjadi hamba NAJIS dadah cukuplah diri kita hanya menjadi hamba ALLAH SWT..... 


RITA NUR 


5 comments:

  1. Untuk Rita, AL-FATIHAH untuk arwah abahnya dan tahniah diatas sikap positif anda sekeluarga terhadap arwah.

    ReplyDelete
  2. mudanye rita kawin...umur 22 da ade anak 3... tapi alhamdulillah rezeki anak...
    untuk arwah ayah rita takziah dan innalillah...

    ReplyDelete
  3. Amin moga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman.

    ReplyDelete
  4. Arwah ayh kita meninggal pd 2009 due to aids complications. Ayh kita gay tp allah yg maha agong selamatkan mak n famili kita drpd sbrg jangkitan.He was a good man after all...tp dia merahsiakn penyakitnya prior 3 months b4 he passed on....

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah buat arwah bapa Rita Nur dan arwah bapa ANONYMOUS...Semoga arwah bapa kalian ditempatkan bersama orang-orang yang beriman disana....

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST