Friday, 5 July 2013

PUTERI AYU - SAYA JUGA SONGSANG SAMA SEPERTI ANDA (GAY)

Seorang pembaca anonymous (wanita) meninggalkan komen di ruang komen dalam entry bertajuk “I'M GAY AND ITS NOT OKAY... BUT ITS AWESOME ;)”. Beliau bercerita mengenai dirinya kerana mempunyai naluri suka kepada kaum sejenis (lesbian). Saya menamakannya Puteri Ayu (bukan nama sebenar)


photo hiasan


Sama situasi macam saya (lesbian- merujuk kepada entry i'm gay and its not okay but its awesome yang ditulis oleh Awan TerPLU), cuma bezanya saya adalah seorang perempuan.

Saya cuba elakkan hidup ber “roommate” kerana nak elakkan diri punya apa-apa perasaan pada rakan roomate. Malah saya rasa tidak selesa sekiranya ada orang lain dalam satu bilik tinggal dengan saya. Saya tipu kawan-kawan yang bertanya kenapa saya tak nak ada seorang roommate, saya bagi alasan kononnya senang saya nak study, tak nak bergaduh, tak nak ada krisis dan tak nak sakitkan hati dengan siapa-siapa pun. Pada hal tidak ada siapa yang tahu sebab utamanya adalah kerana saya tidak mampu untuk tinggal terlalu dekat dengan seseorang (perempuan). 

Dulu saya pernah duduk dengan roomate, rasa nak menangis kerana saya ada perasaan pada roommate saya itu. Roomate saya tu pulak baik orangnya, bertudung labuh dan jugak seorang yang cantik. Kadang-kadang  pada waktu malam, pernah saya mengintai dia ketika tidur dan terus saya mengucap panjang apabila datang perasaan-perasaan jahat. Dan sejak itu, saya ambil keputusan untuk duduk sendirian sahaja dalam sebuah bilik. 

Saya masih berkawan dengan perempuan, tetapi kawan tidak ramai. Orang kata saya ni sombong, pada hal Allah sahaja yang tahu kenapa sebabnya. Apabila kawan-kawan nak peluk cium kerana ukhwah, saya akan cuba elak dengan alasan saya tidak mandi la, pada hal saya rasa tidak selesa dengan semua itu. 

Saya masih berjuang mengawal nafsu seperti anda-anda (gay) jugak. Rupanya masih ramai yang mengalami nasib sama seperti mana yang saya alami. Kita hanya mampu bersembunyi dan berdoa.

Saya pernah terpikir mungkin tidak akan berkahwin kerana tidak dapat mencintai seorang lelaki sepenuhnya. Dan saya sangat setuju, perasaan songsang ini tidak dapat dibuang, ia hanya mampu dikawal atau dikurangkan sahaja. Mereka yang mengatakan perasaan songsang ini mampu dibuang itu semuanya tipu, kerana mereka tidak mengalaminya sendiri.

Pernah rasa cemburu dengan kawan yang selalu berbincang mengenai perkahwinan dan saya pulak tidak ada langsung perasaan kearah itu. Cemburu kerana perkahwinan ini umpama lubuk syurga, kita dapat banyak pahala apabila berkawin, malah setiap ibadat akan dilipat gandakan.

Masalahnya saya tidak dapat hendak memaksa diri ini untuk menyukai pada kaum lelaki sepenuhnya, saya ada perasaan pada lelaki tetapi tidak sekuat mana, malah saya pernah terfikir, ingin berkahwin dengan lelaki gay atau lembut sahaja dan hidup serta beribadat bersama-sama, semata-mata untuk mendapatkan ganjaran pahala tanpa perlu melakukan hubungan suami isteri. Masalahnya, ada ke lelaki macam tu, kalau ada pun, ada ke lelaki gay yang mahu hidup bersama-sama dengan perempuan less sekalipun tiada apa-apa perasaan dan nafsu.

Kadang-kadang saya terfikir, betapa hebatnya Allah SWT. Allah mencipta manusia ini perlbagai-bagai. Ada yang suka kepada lelaki, ada yang suka kepada perempuan malah ada yang suka kedua-duanya sekali. Ada perempuan kasar yang suka kepada lelaki lembut, ada lelaki lembut yang suka kepada lelaki kasar, kalau tak ada yang macam itu, pastinya tak akan berkahwinlah lelaki lembut or perempuan kasar. Ada yang semulajadi, ada yang tiba-tiba terjadi, semua itu ujian dan bukti yang Allah sahaja yang Maha Berkuasa.




PUTERI AYU




Anonymous

Apa yang boleh saya katakan disini, kita hanya mampu terus berdoa kepada Allah agar kita semua dilindungiNya. Gay dan Lesbian dugaannya sama, kalau kita lemah pasti kita akan hanyut, ini bermakna kita semua perlu kuat melawan godaan nafsu itu, alhamdulillah saudari mempunyai cara sendiri untuk mengelakkan diri dari terus bergelumang terjerumus dalam masaalah ini, Allah mengetahui isi hati saudari, insyaallah Dia akan membantu saudari mengatasi masaalah ini. Terus berdoa minta pertolongan dari Dia...- NAJMI



 

15 comments:

  1. kuatnya hati kamu ...
    subhanallah ...
    tentunya kalian suatu ciptaan Nya yang indah di luran mata kasar manusia seperti Chenta ..

    ReplyDelete
  2. Itulah ujian,berjaya tanda keimanan,mengawal nafsu seperti yg dikehandaki syariat adlh yg terbaik.sabar dlm godaan.
    Sebenarnya semua melaluinya cuma berbeza naluri dan caranya.moga kita semua berjaya mengharungi ujian ini.berjaya didunia,berjaya di akhirat.menjadi hamba yg beriman dan bertaqwa.21

    ReplyDelete
  3. saya nak kahwin dengan awak...............saya ada perasaan gay jugak ...tak pernah seks...tapi wlupun begitu sy 10 peratus menyintai wanita..saya sayang budak-budak..dah mahu anak sendiri...............saya pada pandangan mata org lain saya lelaki yang telah kecewa dgn cinta haaa,ha aaaa..

    Nampak kata senang tp nak buaaat susah....

    tapi hari-hari sy sedih..malangnya saya.....sy pergi solat terawih tadi balik terus tonton video gay...saya hinakan...............saya tak berdaya...demi allah.....

    sy pun dah x larat...

    kadang-kadang saya doaminta dapat penyakit serius supaya mati cepat..supaya tidak ada org Tanya bila nak kahwin..rupa ada, duit ada............

    tp saya takut mati...sbb ilmu agamaamal jariah sy amat lah sikit...

    cuma sy berdoa..diberi peluang utk berubah sebelum nyawa sy diambil oleh Nya.

    mungkin orang yang tidak rasa apa yang kami rasa kata kami cari pasal,suka laki tapi benda wujud ms umur aku 6 tahun lg..aku sendiri pun pelik..percayalah letih laa ................

    drpd saya yang paling hina dina...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jodoh pasti ada pecaya kpda allah..allah selalu bsma kita

      Delete
  4. Anonymous,

    Alhamdulillah awak kata ada hanya 10% menyintai wanita, maka awak boleh asah agar peratus itu meningkat, bagaimana caranya? saya pun sukar nak jelaskan tapi yang utamanya kena mempertingkatkan ibadah dan berdoa kepada Nya....

    Ya gay dengan prono gay memang tak boleh dipisahkan tetapi boleh dikurangkan sedikit demi sedikit, insyaallah lama kelamaan minat menonton video itu akan semakin pudar, alhamdulillah awak masih tak terlajak dan hanya terlajak menonton video gay (walaupun salah kan) TETAPI masih ramai gay diluar sana masih melakukan seks sejenis walaupun didalam bulan Ramadhan, mereka pilih melakukannya diwaktu malam, TAPI maasih ada yang lebih teruk dari itu yang berterusan melakukan aktiviti itu disiang hari.

    Dihari baik dan bulan baik ini, pertingkatlah doa agar Allah menambahkan keimanan dalam diri saudara, jangan sesekali berdoa agar cepat mati...itu salah tu, sebaiknya doakan kebaikkan buat diri.

    Sama seperti saudara ramai juga yang "letih" dalam menghadapi dugaan ini...Hanya Allah sahaja tempat kita mengadu..Wallahuallam

    ReplyDelete
  5. ENTAHHHH LAA...........penatlah....tolonglah....thank you najmi..saya sebenarnya tidak suka lansung liwat tu.....cuma rasa terangsang saja bila tengok dua lelaki tanpa pakai baju, onani .....so saya gay juga kan? itu lah hakikatnya................
    puas hati juga dapat meluah perasaan kat sini...ha,ha daripada pengalaman gay yang dah kahwin.....saya buat keputusan biarlah apa orang kata.............saya tetap tidak mahu nikah.................saya cuma akan menganiayai isteri saya saja................

    manusia hina dina

    ReplyDelete
    Replies
    1. manusia hina dina

      kalau dah terangsang tengok kaum sejenis tak berbaju...rasanya gay lah tu, tapi awak tak lah sehina dina seperti saya.....awak hanya terangsang aje tak main, Saya ni bukan aje terangsang malah terlibat dalam semua aktiviti yang dilakukan golongan ini satu ketika dulu...sekarang dah ada HIV kan padan muka...dalam masa sama nafsu tu tetap ada...teringin tapi terpaksa kawal diri.

      Delete
  6. patut kiranya.....saya menjadi insan bersyukur yer.......in sya allah...

    dugaan najmi lagi perit daripada sy....


    tapi najmi sy kurang berkawan dengan lelaki sbb ni...sbb pd perhatian sy dapat menarik org utk bersembang dgn sy.......samada perempuan, org tua........lelaki atau sbginya,

    ada satu situasi dalam bas.......
    seorang remaja lelaki baru berkenalan beberapa minit dgn sy.......menceritakan kisah peribadinya pada saya.......tempat tingal dan juga kawan....

    dan di akhir perbualan dia mengatakan "saya pun tak pastikan walaupun kita berkenalan bbrp minit sy telah kisah peribadi sy pd abg, sy pun tak tahu kenapa....pd amatan sy budak lelaki itu tidak ada ciri gay....

    tapi abg bila sy takda kwn sy kesunyian...teman lepak takda......sy keseorangan......sy takut jika sy berkawan mungkin sy akan tergoda....biasa sy elak buka baju di hdpan kawan-kawan yg baru kenal...jika melibatkan aktiviti luar...

    entah la najmi sy tidak rasa org zaman skrg bodoh...mungkin diorang boleh menduga sy mungkin gay..............

    entah sy buat bodoh saja..........saya amat malu dan rasa hina sekali jika keluarga sy tahu masalah sy......kerana sy dtg drpd keluarga yg baik-baik juga..........

    ini takdirnya, sy pasrah, cuba sy berharap aib ini akan jd rahsia sy seorang hingga ke akhir hayat si,...

    ya Allah ampunkan dosa semua hamba-hambaMu yang diuji seberat ujian ini, pd yg telah terlanjur bertaubatlah pd yang belum bertahan la sehingga ke hujung nyawa.......

    sy pernah membaca jgn sekali-kali mencuba nikmat dan indahnya kehidupan songsang, jika rasa sekali , pasti hendak lagi...

    manusia hina dina

    ReplyDelete
    Replies
    1. manusia hina dina

      Benar, saya juga sependapat, org sekarang ramai yang boleh meneka seseorang itu gay atau tidak.....banyak faktor yang boleh membuatkan mereka meneka..Tapi macam saudara kata buat bodoh aje...sebab kita tak mampu nak menyekat orang disekeliling kita drp meneka mengagak akan kecenderungan seks kita.

      Ya sebaiknya buat bodoh dan benar adalah penting kita kena berterusan minta Allah lindungi aib kita..insyaallah Allah tahu niat seseorang itukan.....


      Delete
  7. Gaydar adalah satu kurniaan yg semulajadi. when we are in that circle... kemungkinan 'kurniaan'itu muncul. as for me..sy akn hanya akan memerhati tanpa disedari,sbb sy susah nk mendekati. Alhamdulillah...Smakin hari, smakin sy xhiraukan mereka. Fokus sy hanya utk memperbaiki diri drpd dikesan dr org lain, keluarga & rakan2. Sy lebih suka luangkan masa di rumah ... klu nk berhubung dgn teman2 pun, melalui internet, wassap, line sbgainya, alhamdulillah..sedikit sebyk dpt hindarkan sy dr melakukan sesuatu yg mungkar. Cubalah!

    ReplyDelete
  8. Chenta Saya

    Alhamdulillah...kalau nak stop bukan boleh buat dlm sekelip mata, bersungguh2 insyaallah lama kelamaan kita boleh kawal diri dan tak hiraukan godaan sekeliling kan...

    ReplyDelete
  9. Puteri Ayu... Saya dah lame mencari wanita yang bernafsu songsang ni untuk berkahwin bersama2. Tapi nak yang macam ustazah la sikit. Yang sopan santun ,berbudi bahasa dan menjaga aurat. Saya pun bernafsu songsang juga(gay). Sy inginkan wanita yang memahami saya dan berusaha menuju kearah kebaikan, melakukan ibadat dan tidak tinggalkan solat. Tapi dalam mase yang sama, saya nak anak. Mungkin kite boleh berusaha utk suke antra satu sama lain. walaupun mengambil mase yg lame.. boleh kite berkenalan wahai puteri ayu... Mohon abang najmi kenalkan saya dengan puteri ayu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,

      Kalau nak minta abg hubungkan anonymous dg Puteri Ayu tentu sukar sebab, abg tidak ada email Puteri Ayu...Puteri Ayu hanya meninggalkan komen cerita kisahnya didalam ruang komen dalam entri " I'M GAY AND ITS OKEY.........."so abg tidak ada email Puteri Ayu, harap2 Puteri Ayu ada baca luahan koem dari saudara ni.....dan akan ambil langkah cuba berhubung dengan saudara melalui abg insyaallah...:)

      Delete
    2. as salam..sy pun nak berkenalan dgn gay yg nk berubah..sbb sy pun nk berubah..sy rs..selagi sy xberubah, sy xkan dpt lekaki baik..lelaki baik utk perempuan yg baik, perempuan yg baik utk lelaki yg baik..jd, sy berharap agar dpt kenal mana2 gay yg sanggup utk berubah kerana Allah..kita sama2 cuba..

      Delete
    3. Salam,

      Boleh tinggalkan aje email disini mana tahu ada rakan2 gay lain yang apabila baca entri ini sudi berhubung dengan awk...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST