Friday, 5 July 2013

PUTERA ARI - THANK YOU ALLAH, SLOWLY BUT SURELY

Seorang pembaca, seorang suami dan juga seorang bernaluri songsang ada meninggalkan komen di dalam entry bertajuk “I’M GAY ITS NOT OKAY……BUT ITS AWESOME :) Saya namakannya Putera Ari (bukan nama sebenar)


Salam semua,

Saya pun gay yang sudah pun berkahwin. Malang bagi diri saya dan (betapa) hinanya diri saya ini kerana kadang-kala saya masih terlepas "main" dengan kaum lelaki. Memang saya (dalam) kategori lelaki hensem, tetapi tidaklah str8 acting sangat. Lembut-lembut jugak. Tapi isteri terima saya dengan seadanya.

Rasa bersalah (dalam diri saya) memang ada. Tapi saya (mengaku) kadang-kadang (saya) tidak kuat (mengawal nafsu) Hati ini selalu bergelora, sampai bilakah (saya mampu) nak stop seratus peratus (dari berterusan melakukan aktiviti songsang ini). Tapi yang pasti sememangnya saya sudah sangat kurang buat perkara terkutuk itu. Sebab saya sibuk dengan tugas dan alhamdulillah saya telah pun dikurniakan seorang anak lelaki. Cute sangat dia.

Dan sekarang wife saya mengandung lagi. Memang saya tidak ada nafsu (untuk bersama isteri) tapi saya terpaksa bayangkan main dengan lelaki, sebab berdosa hukumnya (kalau) tak main dengan isteri selama kita berkahwin. Alhamdulillah “anu boleh naik”. Tapi tidak lama. Yang penting main jugak. Saya takut sebenarnya tapi saya gagahi juga menghadapi hidup (berumahtangga) ni sekuat yang boleh.

Allah (telah) tolong saya untuk kurangkan aktiviti maksiat (songsang) itu dengan (membantu saya) mengurangkan peluang bertemu dengan PLU lain. Alhamdulillah, sekarang saya cuba nak “stop” seratus peratus (daripada aktiviti songsang itu). Walaupun ada masa terlepas juga, tapi saya yakin akan berjaya (mengatasi masaalah ini).

Selalu saya "set" dalam otak ini (dengan berkata) “this is the last”. At the end dari selalu (kerap) bermain antara 3-4 kali sebulan, (berkurangan) jadi kepada 1-2 kali setahun sahaja. 

TQ Allah!! Slowly but surely.

Banyakkan berdoa dan focus kepada melakukan benda (kerja) lain. Tumpukan hanya kepada kerja, anak dan wife. Sayang (kepada isteri) itu boleh dipupuk. Nafsu boleh ditahan (dikawal). Just kuatkan semangat dan berkawan dengan orang yang betul. InsyaAllah (kita akan selamat) 


PUTERA ARI




Anonymous,

Begitulah dugaan yang kebanyakkan kalangan kita terima, walaubagaimana pun saudara bertuah mempunyai kekuatan dan memaksa diri untuk mendirikan rumah tangga walaupun saya pasti ianya sangat sukar pada awal-awal perkahwinan tersebut. Alhamdulillah saudara mampu mengharunginya dan saudara mampu melakukannya.

Saudara bakal menimang cahaya mata ke dua, itu juga merupakan satu lagi rahmat buat saudara. Doa saudara selama ini diperkenankan Allah dan melalui pemahaman saya saudara kini semakin bersemangat, semakin gagah mengawal nafsu (songsang) itu dan saya percaya akan tiba masanya nanti keinginan songsang itu akan mampu saudara kawal sepenuhnya dan akan sampai masanya saudara tidak perlu lagi untuk membayangkan "orang lain" ketika berhubung intim bersama isteri.

Ya tumpuan kepada kerja dan letakkan keutamaan (kasih sayang)kepada anak dan isteri serta mengelak diri bergaul rapat dengan rakan-rakan yang boleh mempengaruhi kita ke jalan tidak elok itu merupakan faktor utama sehingga saudara boleh mengawal diri. Dan juga doa berterusan mohon pertolongan dari Allah....Syabas....:) - NAJMI





10 comments:

  1. Nak emel beliau bleh x?
    Sent kat emel sy gayinsaf7@gmail.com k.

    ReplyDelete
  2. Nak emel beliau bleh x?
    Sent kat emel sy gayinsaf7@gmail.com k.

    ReplyDelete
  3. Nordin Jusuf

    Maaf saya tak ada email putera ari...., dia hanya tinggalkan komen sahaja....

    ReplyDelete
  4. Esok sy akan buat ujian saringan ,hiv sbb wife sedang hamil anak ke-3.sy bekas plu yg berkahwin. Sy kembali terjebak ngan sex ni masa isteri berpantang anak ke 2 lebih kurang 2 tahun yg lalu..lepas tu sy bertekad tak akan mengulanginya lg dan alhamduillah sy berjy.saya cuma buat oral jer mssa tp ketika ini sy sgt2 bimbang tentang status kesihatan sy.risau sgt walaupun sepanjang 2cthun ni tiada tanda2 hiv cuma sy sgt takut nak menghadapi kenyataan esok.doakan sy yer kwn2.insyaallah apa pun keputusannya sy bertekad nak aktif dgn komuniti plhiv ni sbb ingin meluahkan naluri yg songsang ni pd jln yg betul.i need support to change

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Mudah-mudahan segalanya ok...dan saya yakin awak bebas HIV kerana benda tu dah berlaku lama dan tak melakukan seks yang berisiko sangat cuma oral sahaja kan...apa pun semoga saudara semakin tabah dalam kehidupan mendatang..Selamat Berpuasa....:)

      Delete
  5. terima kasih najmi,insyaalah harap semuanya ok. masalahnya sekarang saya dah amik darah tp keputusannya minggu depan kot baru siap .(hospital kerajaan huhu).sekarang ni dengar jer bunyi tel. jd fobia takut2 kena panggil sbb kes khas. sy ingat esoklah sy nak g amik ujian kat pathlab yng keputusan dia lima 5 mint jer.sy berharap dapat berkawan ngan anda semua walaupun hanya dalam alam maya jer.selamat berpuasa.semoga tahun bertambah amalan kita semua.amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      resah bimbang tu pada saya adalah pekara normal, tapi saya yakin ianya tak seperti yang awak bimbangkan (bayangkan) tu...insyaallah semuanya ok nanti k...

      Delete
  6. Putera Ari, yang betul2 saya tabik....

    ReplyDelete
  7. ermm terus terus melawan nafsu.. Saya selalu tgk video doktor MAZA ..ada satu video tentang doa dan taubat. Saya suka ulang video tu kalau saya sedih..kita semua berdosa namun Allah sentiasa menerima taubat kita..

    jangan berputus asa kawan-kawan..Allah maha penerima taubat walau berkali-kali..

    ReplyDelete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST