Friday, 12 July 2013

PUAN ARITA – SUAMI SAYA BISEKSUAL “PERASAAN SAYA LULUH DAN HANCUR”

Puan Arita (bukan nama sebenar) mengirim email kepada saya hanya untuk meluahkan rasa kesal tentang tingkah laku suaminya yang bernaluri songsang. 

Masalah Puan Arita saya percaya banyak berlaku dikalangan masyarakat kita, cuma kebanyakan isteri yang bersuami bisekual ini masih tidak dapat mengesan kesongsangan suami mereka, kerana kebanyakan suami biseksual ini benar-benar kelihatan "jantan".

Puan Arita mungkin bertuah kerana ditunjukkan Allah akan sikap sebenar suaminya, maybe kerana Allah nak melindungi Puan Arita dari ditimpa masaalah yang lebih besar. Seperti yang kita tahu bilangan surirumah yang dijangkiti virus HIV agak tinggi, semua ini berlaku gara-gara suami mereka dalam diam masih melakukan aktiviti berisiko seperti cucuk jarum (dadah) dan seks bebas diluar rumah, tidak kiralah sama ada dengan perempuan atau sesama lelaki. 

photo hiasan

Salam saudara najmi..

Ini pertama kali saya singgah ke blog saudara Najmi, the primary reason I was here because I am so devastated for what i huv been through. No one to talk to n bear it alone. Saya rasa saya mesti bercerita dengan seseorang yang faham akan situasi dan pada yang sama saya menjaga aib suami saya.

Buat pengetahuan saudara Najmi saya seorang ibu kepada seorang anak lelaki dan telah berkahwin hampir 3 tahun. I thought my life was perfect. Good job, Loving and responsible husband and  handsome little lad I huv, who would huv thought I huv a bisexual husband.

I found it out last year, biasa lah kantoi dengan handfon. Jijik saya membacanya messsage-message nyer yang saya tak sanggup nak abih baca, kenapa? hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya, luluh, hancur dan jijik dengan diri saya sendiri kerana telah ditiduri dengan bisexual walaupun dia suami saya sendiri.

Aaaahhh bagi saya bisexual tetap bisexual, Allah laknat inikan hambaNya yang lemah. Saya memang tak boleh terima kenyataan, tapi hati saya lembut, saya maafkan suami saya dengan janji-janji manisnya.

Setakat mana jauhnya suami saya, saya tidak tahu atau mungkin saya tidak ingin tahu sama ada sanggup dia meliwat, diliwat atau even oral sex atau sekadar melepas gian melalui message.

Well, things are okeys I guess for few months, sampai lah kantoi buat kali kedua dengan cara yang sama. Saya pon tak tahu kenapa dia bodoh sangat, kalau nak kantoi biar lah cara berlainan. Owhhh any way, my husband is a professional and I am too, bukan nak membangga diri tapi jangan ingat saya boleh diperbodoh-bodohkan atau tipu-tipu yang tak logik.

Okay, kali ni saya marah.....tersangat marah…...marah dengan husband saya. Marah kepada diri saya sebab percaya. Saya rasa sangat bodoh, saya rasa dayusss...yessss….dayusss sebab saya masih dengan suami saya yang macam tu. Kalau lelaki dayus masih bersama isteri yang main pintu belakang, macam tu la yang saya rasa…..

Buat pengetahuan saudara Najmi saya memang conservative, my logic thinking direct me..banyak ikut akal dan bukan hati. Bila alasan seperti perasaan yang tidak boleh dipadam tapi boleh dikawal to me is totally unacceptable. Allah tidak kejam encik Najmi, u control wut u feel. Kita yang mengawal nafsu, yang buruk-buruk tu datang dari kita sahaja encik Najmi….bukan Allah.

Allah sendiri berfirman dia telah menjadikan manusia berpasang tapi kita yang menolaknya, jangan menyalahkn takdir semata-mata, itu fitrah.semua orang dilahirkan dengan fitrah as an easy example, ada ke orang lahir-lahir suka hidup miskin and tolak kesenangan, mereka tetap bekerja untuk hidup senang, waima dengan mencuri sekalipun. Sbb fitrah manusia begitu.sukakan kesenangan.

Menyalahkan naluri is an easy way out, nak menyedapkan hati walhal tidak begitu then they blame it on d gene??..Ya Allah...anda menyalahkan tuhan sebab anda jadi begitu. Kalau mcm tu, tak da lah Allah membinasakan kaum Lut. Sebab Allah yang jadikan mereka begitu. Contoh genetic macam down syndrome, Allah tak hukum mereka brdosa jadi macam tu…..come on.....

Okay..maybe u are irritated reading my mail, mungkin sebab saya menulis dalam keadaan yang marah, u can say maybe saya tidak faham, saya senang cakap dan tidak melaluinya, u can say anything but God knows how I have been thru.

Bagi saya golongan macam ni adalah sangat selfish, u got married and u huv kids then u put others life miserable?? Dengan alasan nak mengawal and the end of d day u failed?..Kalau nak berubah before u ve got married n ensure u r not committing it back tapi bukan lepas kahwin baru berusaha nak berubah, the possibility is u will fail big time...statistician pon tau..

Entahlah encik Najmi, sometimes life is not fair, we cannot control others but we huv the hold of ourselves. We can find 1001 excuses to make it seems right but at d end of d day..it is only left with our only self to be blamed.

Saya minta maaf sangat encik Najmi, it is my two cents. Saya risau anak lelaki saya, saya sangat kasih dan sayang suami saya dan saya rasa dia pun begitu, but wut he had done doesnt show it dat way dan saya dayusssss.... 

Biar dan biar...Semoga Allah bersama orang yang benar….InsyaAllah... 

PUAN ARITA  




Salam Puan Arita

Alhaamdulillah kerana send email bercerita kepada saya, entah lah memang ramai golongan biseksual yang berkahwin dan masih main luar itu saya tahu, kerana bukan susah nak cari golongan ini (suami bisekual).

Seorang rakan gay saya pernah tunjukkan wajah seorang suami yang begitu “hensem” bersama anak perempuannya yang sangat cute, si suami nak buat “project”  dengan kawan saya, alhamdulillah kawan saya tidak berminat, semua itu boleh kita dapat dan lihat melalui “media sosial gay” yang banyak terdapat di alam maya selain FB.

Tapi ada juga golongan Gay (bukan bisekual) yang memaksa diri mereka untuk berkahwin semata-mata hanya hendak menutup malu.

Saya ada terima dari pembaca gay yang benar-benar nak berubah dan berkahwin dan ada yang berterusan cuba berubah. Ada yang berjaya dan ada yang tidak.

Saya tidak salahkan puan, kerana puan sememangnya punya hak untuk meluahkan rasa marah dan benar saya setuju dengan pandangan puan, bagi golongan songsang ini, jika nak berkahwin mereka perlu berubah sebelum berkahwin, apabila sudah berkahwin tumpukan perhatian hanya kepada isteri dan anak-anak sahaja, hentikan aktiviti songsang itu (kawal diri)

Puan, sekiranya puan rasa amat terseksa pasti ada orang lain yang lebih terseksa menerima dugaan dalam hidup daripada puan, contoh seorang sahabat saya ini, ada bercerita mengenai kisahnya didalam entry "NURUNN DIPERKOSA, BERSUAMI GAY DAN DISAHKAN HIV" 

Saya rasa puan perlu baca kisah Nurunn dalam blog saya tu, insyaallah sedikit sebanyak kisah beliau boleh puan renungkan, bertapa beruntungnya puan walaupun diduga tetapi tidak sehebat seperti dugaan yang diterima Puan Nurunn, (Puan Nurunn juga sudah mempunyai anak-anak yang sudah besar panjang). 

Tapi bukan bermakna saya perkecilkan dugaan yang puan terima, saya faham kemelut yang sedang puan hadapi ketika ini, sedih sangat itu sudah pasti. Namun kisah Nurunn ini saya "link" kan disini, hanya sekadar berharap agar puan kembali bersemangat dan boleh meneruskan kehidupan dengan tenang....

Pandangan saya kita kena selalu bandingkan apa sahaja masaalah yang kita hadapi dengan mereka yang lebih malang daripada kita. Sekiranya kita miskin pasti ada insan lain yang lebih miskin daripada kita, sekiranya kita diserang sesuatu penyakit yang teruk pasti ada insan lain yang lebih teruk sakitnya daripada kita.

Macam saya katakan puan berhak untuk berasa marah dan geram dengan apa yang berlaku, kalau seorang lelaki atau seorang suami jika tahu si isteri melakukan curang juga akan berasa marah...

Apa yang boleh saya katakan agar puan kena lah bersabar, semua ini dugaan Allah dalam bentuk yang berbeza kepada Puan, pastinya ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Fikir dengan tenang apa tindakkan yang perlu diambil seterusnya, dapatkan nasihat dari pakar. 

Puan saya minta kebenaran puan untuk siarkan email ini dalam blog saya, mudah-mudahan ada pembaca yang sudi memberi nasihat dan pandangan mereka. - NAJMI

 

25 comments:

  1. dia leh mrh suke ati..tp jgn judge and put d blame generally on us..dia xleh ckp yg sume PLU slhkn takdir or slhkn Allah..smpai skrg,ak sdg bljr utk terima diri sy s'diri..dan terima takdir sy nih..ad gak pikir nk kawen n ubah..tp,klo lum kawen pun dh ad golongan pmpuan mcm puan ni,konfom2 la sy xkn kawen..sbb tkot nti jd mcm laki puan..mujur sy gay tegar..bkn biseks..huhu..plus,mmg nafsu hany leh dikawal,xleh dibunuh..sbb itu wujud ny perkahwinan: utk puaskn nafsu msg2 dgn cara btul..bkn utk matikn nafsu..tlg btulkn persepsi..if u r a professional, I am a professional too..in fact bnyk gler PLU kt dunia ni yg professional n lbh berguna kpd masyarakat b'banding dgn golongan2 str8 yg xreti jd professional..btw,klo cmni la pdgn masyarakat kt org mcm sy,baek sy msk grup yg sokong LGBT tu trus..tp,sbb sy sygkn Allah la,sy xsmpai tahap cmtu lg..oleh sbb sy sygkn Allah gak la,sy msh idup kt dunia ni......pikir gak ati n perasaan org len..mmg laki puan tu salah..tp,jgn judge sume PLU cmtu..klo xsuke dia,ceraikn ajer..dia pon leh cr laen..laki2 pon leh,pmpuan pon leh..MIND YOUR WORDS puan Arita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. warkah kembara

      Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen, setiap orang ada pendapat dan pandangan masing-masing, ada pendapat warkah yang saya setuju dan ada yang tidak dan ada pandangan Puan Arita yang saya sokong.

      Sebaiknya tinggalkan lah pandangan yang boleh membantu Puan Arita dalam menangani masaalah beliau, usah kita rungsingkan lagi fikiran beliau. Puan Arita menulis dalam keadaan tertekan dan marah. Tetapi kalau diselidik apa yang ditulis olehnya saya tidak nampak ada yang silap (atau mungkin saya tak perasan kut)

      Puan Arita menulis "anda menyalahkan Tuhan sebab anda jadi begitu" maksud anda disini pada pandangan saya ditujukan kepada suami beliau, anda bukan mewakili semua golongan gay. Semua apa yang dimaksudkan beliau itu ditujukan kepada suaminya.

      Saya percaya masih ada gay dan bisekual yang berjaya mengawal diri mereka, malah ada juga yang mampu mengawal diri selepas berkahwin...tapi berapa ramai jumlah yang mampu mnegawal diri...wallahuallam

      Puan Arita juga menulis "Bagi saya golongan begini sangat selfish, u got married and u hav kids and u put others life miserable", juga ditujukan kepada suaminya dan mungkin juga kepada suami2 bisekual lain yang masih melakukan pekara yang sama dibelakang isteri.

      Kalau kita teliti, Puan Arita ada berkata yang dia memaafkan suaminya pada kali pertama tetapi marah apabila suaminya kantoi pada kali ke dua, maksudnya disini pada pandangan saya, salah lebih kepada suami yang mempermainkan hati Puan Arita.

      Dan saya sangat bersetuju seseorang lelaki bisekual perlu belajar mengawal nafsu sebelum mendirikan rumah tangga, kalau kita masih tidak boleh berubah dan mengawal nafsu maka usah berkahwin sebab ianya boleh mengainaya perasaan hati seorang isteri dan anak2 kelak....dan mungkin boleh membawa bencana penyakit berjangkit kepada isteri.

      Diakhir email Puan Arita menulis "Saya risau anak lelaki saya"...ini menunjukkan pada pandangan saya bagaimana naluri hati seorang ibu yang risau kemungkinan naluri songsang si ayah boleh turun kepada si anak lelaki, saya rasa semua ibu akan berasa bimbang jika mereka mengalami situasi yang sama seperti Puan Arita.

      Pandangan saya apa jua alasan, aktiviti songsang tetapi dilaknat Allah swt, walaupun kita bernaluri songsang jangan sesekali walau sekelumit dalam hati kita setuju pada perjuangan amalam golongan ini.

      Saya dan warkah kembara, mari kita berusaha perbaiki diri, dan saya percaya warkah tidak sama seperti suami Puan Arita, saya percaya warkah kembara mampu mengawal diri, insyaallah.....

      Sebenarnya Puan Arita hanya berkongsi perasaan marahnya dengan saya sahaja tetapi saya share kan email beliau agar ada pembaca yang boleh memberi pandangan dan nasihat yang membantu, beliau mengirim email tetapi sehingga sekarang masih tidak membalas balasan email saya kepadanya (maybe dia sibuk).

      Tapi saya siarkan juga email ini dan sekiranya Puan Arita mahu saya menarik kembali entry ini, akan saya padam kan.

      Terima kasih dengan pandangan warkah kembara itu...SELAMAT BERPUASA......:)



      Delete
    2. warkah kembara

      Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen, setiap orang ada pendapat dan pandangan masing-masing, ada pendapat warkah yang saya setuju dan ada yang tidak dan ada pandangan Puan Arita yang saya sokong.

      Sebaiknya tinggalkan lah pandangan yang boleh membantu Puan Arita dalam menangani masaalah beliau, usah kita rungsingkan lagi fikiran beliau. Puan Arita menulis dalam keadaan tertekan dan marah. Tetapi kalau diselidik apa yang ditulis olehnya saya tidak nampak ada yang silap (atau mungkin saya tak perasan kut)

      Puan Arita menulis "anda menyalahkan Tuhan sebab anda jadi begitu" maksud anda disini pada pandangan saya ditujukan kepada suami beliau, anda bukan mewakili semua golongan gay. Semua apa yang dimaksudkan beliau itu ditujukan kepada suaminya.

      Saya percaya masih ada gay dan bisekual yang berjaya mengawal diri mereka, malah ada juga yang mampu mengawal diri selepas berkahwin...tapi berapa ramai jumlah yang mampu mnegawal diri...wallahuallam

      Puan Arita juga menulis "Bagi saya golongan begini sangat selfish, u got married and u hav kids and u put others life miserable", juga ditujukan kepada suaminya dan mungkin juga kepada suami2 bisekual lain yang masih melakukan pekara yang sama dibelakang isteri.

      Kalau kita teliti, Puan Arita ada berkata yang dia memaafkan suaminya pada kali pertama tetapi marah apabila suaminya kantoi pada kali ke dua, maksudnya disini pada pandangan saya, salah lebih kepada suami yang mempermainkan hati Puan Arita.

      Dan saya sangat bersetuju seseorang lelaki bisekual perlu belajar mengawal nafsu sebelum mendirikan rumah tangga, kalau kita masih tidak boleh berubah dan mengawal nafsu maka usah berkahwin sebab ianya boleh mengainaya perasaan hati seorang isteri dan anak2 kelak....dan mungkin boleh membawa bencana penyakit berjangkit kepada isteri.

      Diakhir email Puan Arita menulis "Saya risau anak lelaki saya"...ini menunjukkan pada pandangan saya bagaimana naluri hati seorang ibu yang risau kemungkinan naluri songsang si ayah boleh turun kepada si anak lelaki, saya rasa semua ibu akan berasa bimbang jika mereka mengalami situasi yang sama seperti Puan Arita.

      Pandangan saya apa jua alasan, aktiviti songsang tetapi dilaknat Allah swt, walaupun kita bernaluri songsang jangan sesekali walau sekelumit dalam hati kita setuju pada perjuangan amalam golongan ini.

      Saya dan warkah kembara, mari kita berusaha perbaiki diri, dan saya percaya warkah tidak sama seperti suami Puan Arita, saya percaya warkah kembara mampu mengawal diri, insyaallah.....

      Sebenarnya Puan Arita hanya berkongsi perasaan marahnya dengan saya sahaja tetapi saya share kan email beliau agar ada pembaca yang boleh memberi pandangan dan nasihat yang membantu, beliau mengirim email tetapi sehingga sekarang masih tidak membalas balasan email saya kepadanya (maybe dia sibuk).

      Tapi saya siarkan juga email ini dan sekiranya Puan Arita mahu saya menarik kembali entry ini, akan saya padam kan.

      Terima kasih dengan pandangan warkah kembara itu...SELAMAT BERPUASA......:)

      Delete
    3. word 'ANDA' dlm tu refer pd sume org..general..klo dia nk mntk nasehat yg in favor dia,mmg bnyk kt luar sane...klo g court pun,confirm2 judge akn salahkn laki dia..laki dia akn tanggung malu lak pstu..dia yg akn mng..no need for gud advices kt cni..sy muak la bnda2 cmni..masyarakat xkn fhm pon,sbb dorg xrse..baek dia mntk cerai jer..pstu klo nk advices,g je jbtn agama tuh..kaunseling utk org mcm dia pon bnyk..tp,kaunseling utk org mcm sy ni,ssh sgt nk jmpe..persepsi msyrkt kt PLU mmg xkn berubah..cara plg baek utk PLU: diamkn diri..tgu ajal..tu jela yg plg baek..klo PLU tu b'jaya,dpt la msk syurga..klo yg dh t'sasar,tgu la kehendak Allah nti cmne..sy xslhkn Allah....sy slhkn org2 yg mcm Puan Arita ni,siap ckp 'jijik' lgik kt org mcm sy ni..laki dia pon bodoh..xreti simpan..sy xslhkn dia berkahwin..maybe dia kawen pun xiklas,desakan fmili etc..tp,klo dia mmg biseks..tu lg bodoh..dh dpt pempuan,cukup la..untung la biseks leh gak ad nafsu kt pmpuan..org mcm sy ni lak,cmne?..sy pun tulis dlm keadaan xpuas ati..jgn pikir dia jerk yg idup dlm dunia ni n dia je yg btul..sy bnci pmpuan cmtu..

      Delete
    4. Salam. Warkah kembara, saya adalah seorang perempuan, isteri, ibu, profesional dan saya ada lebih dari 3 org teman baik lelaki gay. Saya dan kwn2 wanita saya sgt2 mhormati. Syukur n appreciated them with sincere heart.
      WK, puan rita tgh marah n kecewa krn kesetiaan beliau dipersiakan. Tak kira lelaki atau wanita, sekiranya ini terjadi pd kita, kitapun akan bersikap yg sama.
      WK, seandainya anda semua mampu utk bterus terang dan btekad utk betul2 berkeluarga, mohonlah hidayah Allah dan saya doakan puan boleh terima nasihat najmi dan renungkan secara mendalam. Perceraian bukanlah jalan terbaik tetapi berbincanglah dgn suami secara terbuka, moga Allah berikan jawapan tbaik demi kebaikan anda sekeluarga.
      WK, khas utk anda n all of u, gay for me the best sahabat that I ever had. Respect u guys, i know not easy to fight but that the jeehad. Take care n salam sahabat. Tq so much to najmi.

      Delete
  2. salam

    I think nobody should be lied to and bear the consequences of other people's actions - as a spouse she has the right to be angry. why must any woman take up the hardest task of being the change in somebody's life, I mean, are any men able to sacrifice like that? I think the best thing for her is to divorce, she deserves better than a cheating husband. never mind his bisexuality, he could have been upfront about it - and if he really had wantef to change - that is his responsibility, not hers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ak setuju..mntk cerai elok2...pstu,jgn slhkn org len...tq

      Delete
  3. salam...bolehkah abg naj mi memaparkan entry berkenaan trans pacific partnership agreement(TPPA)yg bakal termeterai antara malaysia dan US yang hangat diperkatakan sekarang...menurut pakar,TPPA akan menyebabkan harga ubat generik akan meningkat senbanyak 1000% !...dan ini sudah pasti turut melibatkan ubat-ubatan HAART...apakah akses keatas ubatan2 HAART masih boleh didapati secara percuma atau selepas ini plhiv di malaysia akan terpaksa membayar harga yg mahal untuk mendapatkan bekalan ubat-ubatan HAART?...persatuan pengguna pulau pinang(CAP) dah membantah TPPA tptp majlis aids malaysia telah menyokong penjanjian tersebut...jika benar TPPA akan membebankan plhiv,mengapa majlis aids malaysia bersetuju?....plhiv perlu tahu mengenai perkara ini kerana ianya bakal melibatkan akses ubat-ubatan kepada mereka pd masa hadapan...terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Salam...Saya sebenarnya pernah membaca mengenai perjanjian seperti ini sejak beberapa tahun yang lalu yang dijalankan berperingkat2 saya baca melalui surat khabarlah. Tapi dulu yang selalu saya dengar ialah FTA (Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas), saya sudah duk risau sejak dulu lagi mengenai kemungkinan harga ubatan akan meningkat tetapi hal begini muncul kembali kerana kalau tidak silap saya tarikh akhir perjanjian itu akan ditandatangani tidak lama lagi.

      Betulkah Majlis AIDS MALAYSIA telah setuju menyokong TPPA? Jika benar usahlah saudara risau kerana mereka lebih arif dan memahami tentang pekara itu, Majlis Aids Malaysia kan menjaga kebajikan PLHIV sudah pasti kebajikan PLHIV akan terjamin.

      Pertama sekali JANGAN KITA TERLALU ATAU MUDAH PERCAYA dengan khabar berita yang belum tentu benarnya sehingga menyebabkan kita risau, terutama dari sumber yang belum pasti, dari sumber yang sengaja digembar gembur oleh pihak tertentu, jika sudah pasti sekali pun sudah tentu pekara ini telah dibincangkan oleh mereka yang berkenaan.

      Saya pernah nak berkongsi tentang TPPA ini dalam blog ini tapi kalau kita google mencari maklumat mengenainya, kebanyakkannya dari sumber yang berkepentingan, kalau dibaca tajuknya sahaja buat kita resah....

      Saya pasti saudara juga ada mengoogle mencari maklumat mengenainya bukan? Kalau tanya pandangan saya? saya letakkan kepercayaan saya 100% kepada kerajaan dalam menguruskan masaalah ini,


      "Konsultasi sewajarnya telah dibuat sebelum Malaysia terlibat dalam proses rundingan ini dan kerajaan juga telah berunding mengenai isu-isu berbangkit dengan pelbagai pihak," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad. Ini termasuk dewan-dewan perdagangan, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Majlis Aids Malaysia, Majlis Kanser Nasional (Makna), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Sahabat Alam Malaysia, parti-parti politik, Suhakam dan sebagainya.- BERITA HARIAN


      Walaubagaimana pun insyaallah kalau saya dapat maklumat lanjut mengenai TPPA ini dan bagaimana kesan keatas PLHIV sekiranya perjanjian ini ditandatangai, insyaallah saya akan share kan disini nanti.

      Terima kasih...

      Delete
  4. Kita diciptakan ada akal.ada nafsu,ada syurga,ada neraka,kita semua diuji dgn bermcm2
    Ujian.Rasulullah adlh insan yg paling berat diuji.Buatlah yang terbaik,kerana Allah telah
    Menetapkan peraturannya.semua org melakukan kesilapan,bnykkan bertaubat.berusahalah.
    Banyakkan brrdoa.InshaAllah.ada jalan keluar agar menjadi insan yg bertaqwa.Wallahualam

    ReplyDelete
  5. TPPA byk cabangnya. Sekiranya kita bersetuju sudah tentu adanya faktor2 yg akan member kelebihan lebih tinggi berbanding sebaliknya. Isu ubat yg lebih mahal, ini adalah tanggungjawab kerajaan utk member perkhidmatan termasuklah utk rawatan hiv. Ubat generik pada dasarnya formulasi yg telah melebihi 10 tahun dan sudah tentu terdapat ubat2 yg terbaru yg lebih baik berbanding ubat yg telah lebih sedekad lamanya. Jadi secara tidak langsung kerajaan terpaksa melihat ubat2 dari pengeluar asal yg sentiasa mengeluarkan ubat yg lebih berkesan, terkini dan kurang kesan sampingannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Syukur alhamdulillah terima kasih banyak-banyak dengan penjelasan saudara ini...

      Delete
  6. mantan perdana menteri,Tun dr Mahathir pun tidak bersetuju dengan TPPA
    boleh rujuk di sini http://chedet.cc/?p=1020
    jika benar TPPA baik untuk malaysia,mengapa isi kandungan penjanjian tersebut tidak didedah?.kita sebagai rakyat dan pengguna berhak untuk tahu.US seperti yg kita kenal bukanlah sebuah negara yg jujur dan boleh dipercayai.apa pun perjanjian yg dibuat dengan mereka pasti akan memihak dan lebih menguntungkan mereka sahaja.Perjanjian itu akan melibatkan peraturan ubat generik.Ubat tiruan yang lebih murah yang mempunyai kandungan dan kesan yang sama dengan ubat asli tidak boleh lg dijual kerana peraturan hak cipta.Bermakna ubat hanya boleh dibeli secara langsung dari syarikat farmasi asal yang akan menyebabkan kos ubat sangat mahal.

    ReplyDelete
  7. Salam guys,

    Saya tumpang simpati atas apa yang berlaku pd puan arita...sebaiknya carilah penyelesaian dengan hati yang terbuka..insyaAllah,ada jalannya.

    ReplyDelete
  8. Sy memahami perasaan puan..kecewanye...berdoalah pada allah agar bertemu jln penyelesaian..allah akn beri kita jalan..sesungguhnya sabar yg ad pada diri itu satu anugerah paling hebat..

    ReplyDelete
  9. Jika masih mampu bersabar dn bertahan,teruskan..

    ReplyDelete
  10. Puan arita.. Do what u hav to do... Jgn salahkan takdir.. mohon pada Allah.. perceraian ditegah.. tapi halal mengikut keadaan.. Najmi.. u are a good person .. stay humble.. and take care.. WK... banyak2 dekatkan diri dgn Allah.. assalamualaikum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merah summerlisme

      Terima kasih...selamat berpuasa...:)

      Delete
  11. Assalamualaikum... selamat berpuasa kepada abg najmi dan rakan-rakan...
    terima kasih memberi peluang kepada saya untuk menulis sedikit nukilan. harap ianya memberi manfaat daripada isu kini terhadap semuanya...

    Saya ""Nash" seorang guru yang mengajar di negeri borneo malaysia. saya mengakui saya seorang bisexual yang agak kronik. walaupun saya bujang, keinginan sex saya melonjak... setiap masa mencari sex...

    gay bukan perkara baru dalam dunia kita hari ini. isunya sudah terlalu lama dan masih lagi tidak dapat diatasi dengan mudah.

    berkiatan dengan masalah yang dihadapi oleh pengutus diatas, saya dapati, beliau perlu berterus terang dan menjelaskannya secara jujur... beliau perlu melihat dapat pelbagai aspek. kehidupan untuk masa depan dan keburukannya... sebagai seorang yang terlibat dalam dunia gay n bisexual, saya rasa, puan perlu banyak memberi sokongan moral kepada suami puan, banyakkan aktiviti bersama. kebanyaakan daripada kami mempunyai sejarah hidup yang sukar ditafsirkan...
    bagi saya yang telah terjebak, jiwa saya kosong, hati saya meronta, perasaan yang sakit, apabila orang yang kita sayang x memahami diri kita... dan sering menyalahkan semua gay n bisexual adalah golongan yang jahat. seperti saya, saya menjawat jawatan di perkhidmatan kerajaan, di luar sana, bukan sahaja guru, setiap profesion juga ada yang menghadapi masalah yang sama... saya tidak suka menyalahkan sesiapa, tetapi apabila saya renung kembali sejarah permulaan terlibat dalam dunia ini, hakikatnya, ianya datang dari seorang WANITA yang mementingkan diri. lelaki juga mempunyai jiwa, n hati yang perlu dijaga.. walaupun ramai anggap lelaki adalah seorang yang kuat... percayalah... saya sebagai seorang bisexual ini, tidak mahu menjadi seperti ini.. saya terseksa ada perasaan macam ini. kehidupan saya sangan tertekan dengan perasaan... kami semua x mahu ada perasaan seperti ini... jadi, bantulah kami, jangan biarkan kami terus lalai n hayut dalam dosa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nash

      Terima kash kerana meninggalkan komen, masing2 ada pandangan pendapat masing-masing...:)

      Delete
    2. Salam Nash.
      Perasaan seperti itu ada dalam setiap PLU. Kosong dan mencari-mencari identiti diri yang sebenarnya. Perasaan menyukai kaum sejenis itu datangnya tanpa diundang. Dan telah terbukti melalui sains kesihatan. Untuk seorang wanita mengahwini lelaki begini perlukan kesabaran yang sangat tinggi. Kita perlu coolkan dulu Puan Arita yang sedang marah, dua2nya iaitu suami isteri perlukan sokongan dari orang sekeliling. Kalau benar2 tidak mampu, buat yabg terbaik tetapi jangan bukak aib suami. Sebenarnya, suami Puan Arita perlukan sokongan dari orang2 terdekat. Jom kita saling menyokong mereka. Nash, kami semua faham perasaan anda, tak baiklah simply judge kami wanita selfish, for me the best sahabat is gay and I really respect my gay friends. U allpun manusia, kamipun manusia, yang membezakan kita hanyalah amal ibadat semata2. Nash, C'mon, u are not that bad, stop your inferiority complex, let be friend because WWNLYWA (We will never let you walk alone) - Peace No War. Take care

      Delete
    3. Mak wardah,
      Memang isteri yg mendapat suami biseksual perlu kesabaran yg tinggi seperti sy alami ini. Pn Anita masalah hampir sama dengan sy cuma bezanya suami sy x mgaku atau terus terang siapa dia sebenar. maka, penipuan terus menerus itu menyebabkan kami bertengkar..sy bole terima jika PLU asalkan suami sy nk bertaubat tetapi bila sy siasat, xda tanda2 berubah..ini betul2 mguji kesabaran, ada terfikir juga nk cerai tp kasih sayang, layan keluarga suami sgt baik myebabkan sy fikir pjg2...sy stp hari berdoa dr tuhan susuh dia berubah.

      Delete
  12. Pn,
    saya ingat, saya sahaja mengalami situasi suami biseksualrupanya ada juga sama situasi. Jiwa saya juga hancur bila mendapat tahu suami saya gitu. Sampai sekarang suami saya tidak tahu yg saya dah tahu siapa dia sebenar. Saya siasat latar belakang suami saya, pergerakkannya..baru saya tahu selalu pergi ke mana suami saya. Kami juga selalu bergaduh gara2 dasar tidak percaya kerana suami saya tidak jujur ke mana dia pergi selalu sembunyi padahal saya ada bukti cuma saya tidak dapat tunjuk dengan dia..sebagai isteri rasa tertekan darisegi seks, kasih sayang, perhatian...sbb suami saya ada kekasih. seolah2 kekasihnya itu ' madu saya'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Sebelum ini saya ada publishkan pengakuan seorang isteri bernama SH. SH tahu suaminya biseksual dan ada HIV pula. Suaminya itu memujuk agar berkahwin dengannya. SH berkahwin sebab maybe pada sangkaan SH suaminya itu akan berubah TETAPI malangnya suaminya itu tidak berubah, malah suaminya membawa boyfriendnya secara terbuka untuk tinggal bersama sekali dengan isterinya.

      Aktiviti seks sejenis si suami berlaku didalam rumah yang sama tetapi dibilik tingkat bawah sementara bilik si isteri ditingkat atas. Sekarang SH rasa tertekan bagaimana untuk menjaga aurat kalau tinggal sebumbung dg lelaki lain dalam sebuah rumah, malah SH semakin meluat melihat perlakuan suaminya yang lebih suka menghabiskan masa bersama boyfriendnya...

      Malangnya entry tersebut terpaksa saya hide kan sebab menghormati permintaan SH yang meminta saya padamkan entry tersebut.

      Sebenarnya kisah begini banyak berlaku pada hari ini, saya menerima banyak kes seperti ini ya kisah suami gay atau bisekual yang berkahwin tetapi yang deritanya siisteri...

      Saya harap Allah akan buka jalan untuk anonymous menyelesaikan masaalah ini dengan segera, jangan buat diri derita. Saya bimbang tidak mustahil sisuami boleh membawaa berbagai penyakit berpindah kepada anonymous pula nanti...

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST