Sunday, 14 July 2013

MEOR - MENITI HARI SEBAGAI GAY

Seorang pembaca mengirim email kepada saya, berkongsi kisah kehidupannya sejak dulu sehingga ke hari ini. KISAH BENAR yang dialami sendiri oleh saudara Meor, satu kisah yang tidak mustahil berlaku didalam masyarakat kita hari ini. Saya balas kembali email Meor bagi tujuan meminta sekali lagi kebenaran untuk dikongsikan kisah ini kedalam blog.  

Ini jawapan Meor "Selamat berpuasa, terima kasih kerana sudi siarkan kisah hidup saya dalam blog abang Najmi, maaf, sebab ringkas sangat. Apa yang terjadi saya harus kuatkan semangat dan tidak berada di luar batasan agama. Terima Kasih" 

Semoga kisah ini boleh kita sama-sama renungkan, sudah pasti ada yang salah pada pandangan kita mengenai kehidupan yang dipilih oleh saudara Meor, terpulang pada masing-masing untuk menilaikannya. Wallahuallam - NAJ MI


Salam,

Nama saya Meor, 34 tahun, orang sekeliling kata saya ni berwajah jambu, sweet dan hansem. Saya berkulit putih tetapi mempunyai tubuh yang kecil dan kurus. Saya dibesarkan dalam keluarga yang besar di Lembah Klang, di sini saya ingin berkongsi pengalaman hidup saya yang penuh dengan cabaran, ketika masih kecil, saya lebih rapat dengan saudara perempuan dan mak, lebih suka buat kerja perempuan seperti menjahit, memasak dan basuh pakaian.

Saya kurang mesra dengan saudara lelaki dan ayah sebab mereka kasar dan panas baran, tetapi saya suka pada lelaki dan suka bermanja dengan lelaki sejak kecil. Saya sering jadi keliru semasa membesar, kenapa saya suka pada kaum sejenis. 

Apabila tengok TV saya sering memuji pelakon lelaki membuatkan ayah dan mak merasa pelik,walaupun saya dibesarkan dengan cara hidup perempuan, tapi saya tak berminat menjadi perempuan, faktor sekeliling saya menjadi saksi bahawa menjadi perempuan ini sukar, sering di buli oleh lelaki. 

Ibubapa saya sering bertengkar dan hampir bercerai, saya dapat rasakan betapa kecewanya mak saya berkahwin dengan ayah yang panas baran dan kaki perempuan. Dari situlah saya lihat ramai lelaki tidak menjadi suami dan ayah dengan sebenarnya, saya tak salahkan ayah atau sesiapa pun, ini semua nafsu.


Cikgu rampas awek saya

Ketika umur meningkat 17 tahun, fizikal saya pun berubah menjadi budak lelaki yang jambu dan berkulit lebih putih, keinginan untuk mencari cinta memang tinggi tapi saya pendam. Saya cuba buang perasaan itu dengan bercouple dengan seorang awek yang sama kelas, saya sayang kan dia dan dia pun begitu, kami digelar pasangan couple yang paling ideal di sekolah sehingga ramai yang cemburu.

Tapi hubungan kami tak kekal lama, rupanya cikgu kami menaruh hati pada dia, memang cikgu kami muda, tegap dan hansem tapi tak kan taste dengan pelajar sendiri. Apabila saya dapat tahu, kami bergaduh besar saya tak puas hati dan mengatur janji dengan cikgu, saya tak peduli apa dia nak kata.

Saya berjumpa dengan cikgu selepas waktu tamat sekolah di bilik sukan, saya selalu lepak di situ sebab wakil kepada sekolah untuk acara sukan, lebih kurang pukul 2 petang, saya menunggu cikgu ambil kunci, dia hanya memandang saya tapi tidak senyum, kami masuk ke bilik yang agak besar itu, saya berterus terang apa saya tak puas hati, tapi cikgu kata awek tu bukan hak saya,ini yang membuatkan saya jadi marah dan tertekan. 

Saya maki hamun dia, cikgu mula naik angin dan kami pun bertengkar dia bangun dan mengunci pintu, saya rasa pelik, dia lalu berkata, gadis yang kau sayang itu telah menjadi milik aku, dia sudah serahkan dara pada aku, kami berjanji akan berkahwin selepas dia tamat sekolah, jantung aku terus bergegar dan rasa amat kecewa dengan lakonan mereka selama ini.

Sekarang aku mahu miliki kau, kata cikgu sambil memeluk dan mencium pipi saya. Saya begitu terkejut dan malu, saya kurang kuat untuk menolak cikgu yang lebih berat, saya cuba meronta dan menjerit, tapi cikgu dah dapat buka baju, nampaklah badan saya yang kurus. Kerakusan cikgu tak dapat dibendung, saya harus keluar dari bilik ini sebelum jadi lebih parah, saya dapat capai raket badminton dan mengetuk kepalanya. 


Saya dikerjakan semahunya oleh cikgu

Cikgu lepaskan saya dia menahan sakit, saya ambil peluang untuk lari tapi cikgu menerkam saya dan dengan kuat menolak saya ke dinding, saya jadi lemah dan kepala saya pening mungkin sebab tak cukup tidur, cikgu berjaya menawan tubuh saya semula, sambil menangis saya mohon dilepaskan, cikgu berkata dia sebenarnya jatuh cinta pada saya dan awek saya, dia tak mahu lepaskan kami berdua, sungguh kejam dan zalim, saya begitu sedih dan malu.

Petang itu saya telah dikerjakan semahunya oleh cikgu saya sendiri sehingga saya rasa sakit sangat dan pitam, rupanya saya pengsan, malam tu baru saya sedar, seluar dalam saya basah dan melekit dengan darah, saya terasa sakit di seluruh badan terutama punggung, badan saya penuh tanda merah, celaka...

Cikgu buka pintu dan menghampiri saya, sambil mencium saya, dalam kesakitan saya kuatkan diri untuk menampar muka hansemnya, menggigitnya semahunya dan menangis. Cikgu berkerut menahan sakit, dia mohon maaf dan meluahkan isi hatinya yang dia mahu miliki saya.

Sekali lagi saya terkedu, saya tak boleh terima lelaki ini, dia telah merampas kebahagian saya, tubuh suci saya dan awek saya dan apalagi yang tinggal, lantas dia memberi ugutan untuk tidak akan berkahwin dengan awek saya sekiranya saya tidak menerima dia sebagai kekasih. Saya menangis semahunya, tiada tempat mengadu ketika ini, hendak report polis? terasa begitu takut dan malu bila diketahui umum dan keluarga, akhirnya saya pendam dalam trauma.

Beberapa hari selepas kejadian tu saya berjumpa dengan awek saya, dia mengaku sudah tiada dara dan menyerahkan tubuh pada cikgu secara paksa. Mereka berjanji akan berkahwin dan bina keluarga bersama, hancur luluh hati saya, akhirnya saya bawa diri.


Kehidupan saya bersama Zaidi

Selepas tamat SPM, saya terus bekerja membantu adik-adik yang masih sekolah, saya secara tak sengaja berkenalan dengan seorang konstabel polis yang umur sebaya, nama dia Zaidi ketika saya di tahan kerana merempits. Orangnya bergaya macho, tegap, hansem dan suka senyum, kami bertukar no phone, boleh dikatakan setiap hari call, lambat jawab merajuk, kalau boleh dia nak jumpa setiap hari.  

Masuk tahun kedua kami bersama dia meluahkan isi hati, dibelinya cincin tanda hubungan kami, saya pun balas dengan cincin juga, saya rasa bahagia dan terasa tak mahu kehilangannya.

Masuk tahun ketiga, dia dah mula cari peluang, selama tidur bersama kami tak pernah terlanjur tapi kali ini dia memang gersang sangat, dia cuba untuk melakukan apa yang pernah cikgu saya lakukan, habis katil tunggang langgang dikerjakan. Saya merayu jangan buat macam ni, saya rela kalau cuma di cium dan di romen tapi tidak yang ini. Melihat saya menangis macam budak kecil dia pun lepaskan, pergi ke toilet dan melancap kot, dia kembali sambil memeluk saya dari belakang, saya lihat wajahnya macam kecewa. 

Selepas kejadian tu, hubungan kami jadi dingin, dia selalu mengungkit pasal tak pernah dapat nafkah batin lah, tak sayang dia lah, tak fikir pasal dia lah, saya bosan, dia tak tahu sejarah hitam saya yang penuh tragis.

Masuk tahun keempat, dia mula buat perangai, entah bohsia mana dia dah main akhirnya terlanjur, saya kah yang bersalah? membiarkan batinnya kegersangan, lahir lah bayi lelaki yang comel yang sebijik macam muka dia, ibu bayi itu tak mahu bela anak sendiri, akhirnya saya ambil dan jaga seperti anak saya sendiri. 


Setelah mendaftar sebagai penjaga mutlak di jabatan kebajikan masyarakat dengan jaminan keluarga, saya membesarkan dia dengan penuh kasih sayang.

Masuk tahun keenam, baby saya dah membesar, memang lasak dan nakal, macam zaidi juga tapi kurang menangis, pening nak jaga, tapi naluri kebapaan tu kuat, saya memang sayang dia, saya nak dia berjaya dalam hidup. Zaidi pun dah naik pangkat, belanja bulanan pun dia bagi lebih, sedang mengecapi kebahagian berkeluarga tetiba zaidi buat hal lagi, dia kahwin secara senyap tanpa beritahu saya, saya dapat tahu pun dari keluarga saya sebab zaidi rapat dengan keluarga saya. 

Mak bertanya tak pergi ke kenduri Zaidi, rasa macam nak runtuh dunia ni, saya sedih sangat, mana janji dia nak membesarkan anak dan sehidup semati dengan saya.kami bertengkar lagi, kami bergaduh besar dan akhirnya saya mengalah demi anak, sebolehnya dia tak nak lepaskan saya.

Selepas beberapa bulan dia berkahwin, dia datang jumpa saya dan merayu sambil menangis supaya terima dia kembali, saya fikir sebab masih sayangkan dia dan anak perlukan ayah juga, saya terima dia dengan syarat tidak ada nafkah batin dari saya, jangan abaikan isteri dan anak-anak, jangan tinggal solat dan jangan cemburu tak bertempat, sebab saya rimas.

Kini selepas lapan tahun bersamanya, dia sudah banyak berubah, solat tak tinggal, punya 2 anak bersama isterinya. Dan dia nampak bahagia bila bersama saya dan isterinya, berselera betul bila makan masakan saya, dia sayangkan anak-anak, dan dia bersungguh dalam kerjaya kepolisan, masa tertekan sayalah tempat dia mengadu hal. Saya harap hidupnya akan bahagia dan diberkati Allah.


Meor pada hari ini.....

Kehidupan Meor hari ini, kadang kala ok, kadang kala tak, kesan gangguan dari cikgu masih terasa tapi saya boleh kontrol lagi, kerjaya pun dah stabil, dah beli rumah sendiri tinggal bersama mak dan anak. Arwah ayah dah lama meninggalkan kami, kini giliran saya menjaga mak

Adik beradik lain semuanya sudah berkahwin, anak saya sudah masuk sekolah tadika, buah hati saya tu semakin lasak dan comel. Apabila saya stress kat tempat kerja dan balik rumah sejuk mata memandang wajahnya dan telatahnya. Seronok sangat melayan dia, tak sia-sia saya berusaha untuk mendapatkan dia semasa dia tahan di Jabatan Masyarakat dulu. 

Arwah ayah saya kerja kerajaan, jadi dialah yang tolong supaya permohonan saya diluluskan, Zaidi pun dalam seminggu beberapa kali juga dia datang jumpa saya dan anak, kadang-kadang tido bersama kami, saya masih rasa selamat tidur bersamanya kerana ada anak di sisi, lagipun kami selalu tertidur di ruang tamu. Saya rasa sungguh bahagia walaupun saya kesian tak dapat beri nafkah batin kat dia, dan dia tak pernah pun minta kecuali peluk cium.

Cuma sampai sekarang isterinya tak pernah tahu kewujudan saya dan anak, saya pinta Zaidi untuk berterus terang dengan isteri tapi dia tak bersedia, saya tak pasti sama ada isterinya akan menerima saya dan anak? Dia memang sayangkan anaknya dan dua lagi anak lelaki bersama isterinya.



Tentang kehidupan saya seterusnya... 

Biarlah saya begini, membesarkan anak didepan mata dan melayan kerenah Zaidi sudah cukup buat saya bahagia, kini saya hanya memohon keberkatan dari Allah dan saya redha jika tidak berkahwin sehingga akhir hayat. 

Saya selalu berdoa semoga dapat menunaikan ibadat haji bersama dia suatu hari nanti. Saya sayangkan dia, lelaki yang berjaya membahagiakan saya walaupun saya sekadar berkongsi kasih. Saya sayangkan anak saya dan keluarga saya... 

Semoga bekas awek saya dan cikgu hidup bahagia ke anak cucu walaupun sampai sekarang saya tak mampu lepas dari cengkaman cikgu yang mencintai saya. Saya masih hidup dalam trauma...wallahualam.


-MEOR-





Lagi pencerahan kisah mengenai Meor yang dikirim kan kepada saya


Salam,

Disini saya ingin berterus terang, sehabis SPM saya terus bekerja dan berkawan dengan budak-budak rempit kerana terlalu kecewa dan nak release tension, pada suatu malam saya kemalangan dengan sebuah kereta, saya koma 8 hari, kaki dan tangan saya patah dan dimasuk besi. Badan saya ada parut dan paling teruk kemaluan saya sudah tak berfungsi lagi, hormon saya tak stabil, keinginan seks dah tiada.

Ya, selepas kemalangan itu, saya sudah alami mati pucuk iaitu kemaluan saya susah nak mengeras, nafsu syahwat sudah hilang. Kemalangan tu hampir meragut nyawa saya, umur saya masih panjang, cuma keinginan sayang dan disayangi tu yang masih ada. Apabila saya tak mampu nak keluarkan sperm dalam badan, hormon saya akan terganggu dan tak stabil. Kadang-kadang feeling terlebih, emosi dan saya stress. 

8 bulan saya tidak bekerja dan saya menjadi murung dan selalu menangis, selepas saya rasa ok, saya bekerja semula dan keluarga beri amaran tidak boleh lagi bawak motor, pegi kerja naik bas dan LRT.


Saya degil dan masih merempit

Saya bosan, saya yang taksub ingin merempit lagi, saya pinjam motor member, akhirnya saya kena tahan oleh polis kerana bawa motor lesen L yang sudah expired, salah kerana melanggar lampu isyarat dan menunggang secara bahaya. Pada masa itu arwah ayah, mak dan abang Ngah saya memarahi saya, ayah tampar muka saya kerana kedegilan saya.

Selepas kejadian itulah saya sudah berkenalan dengan Zaidi, kerana dia juga lah saya berhenti merempit, dia menyebabkan saya insaf, lagipun keluarga dah beritahu saya telah kemalangan pada Zaidi dan memberi green light supaya pukul dan memarahi saya jika saya buat hal lagi, saya sedih sampai begitu sekali larangannya.

Zaidi tahu saya lemah, suhu badan sentiasa panas, mungkin sebab itu dia tidak sampai hati bila melihat saya menangis. Tiada sesiapa pun yang tahu saya ada masalah tenaga batin, saya pun tak pernah pergi buat rawatan dan saya tak pernah menganggap saya kurang upaya, saya lawan segala kelemahan yang ada.

Saya tahu, mungkin disebabkan kemalangan itulah yang menginsafkan saya dan saya dapat mengawal nafsu syahwat, saya hanyalah manusia biasa yang diberi nafsu, hanya Tuhan yang tahu betapa terseksanya saya. Tuhan masih sayangkan saya, jika tidak saya sudah pasti lama terlanjur jika tidak dengan Zaidi mungkin dengan orang lain.

Saya rasa serba salah, untuk menjauhkan diri pada Zaidi, saya berkongsi anak dengannya, dia telah menginsafkan saya dari merempit, dia jugalah yang kuatkan semangat saya dari kemurungan, dia juga membahagiakan hidup saya dan dia sangat menghormati pendirian saya.

Kini saya semakin sihat, walaupun tak mampu berkerja berat dan berdiri lama, saya redha, saya tak boleh beri alasan ini untuk tidak menjaga anak dan mak saya.

Saya harap abang Najmi memahami kisah yang lebih detail sebelum dan selepas bertemu Zaidi. Bukan bererti hilang nafsu syahwat yang menyelamatkan saya dari terlanjur, kerana sesiapa pun boleh merancang untuk memperkosa saya tanpa kerelaan dan kelemahan saya. Saya masih kuat iman dan takutkan akan azab dari Tuhan.

Insyaalah,saya masih rasa selamat tidur bersamanya kerana ada anak di sisi, lagipun kami selalu tertidur di ruang tamu. Terima kasih, saya amat menghargai dan terharu dengan komen dan nasihat dari abang Najmi dan pembaca yang lain.......wallahualam.


-MEOR-
 

21 comments:

  1. Allahu Akbar..kagumny dgn Meor..huhu..mujur la dia ad 'fmili' jugak..xsume PLU dpt cmtu..tp,itu mgkin 'ganjaran' setimpal utk dia sbb dia mmg baek..smoga tabah menjaga anak dan hepi di smping Zaidi n mak dia..haih..sdehny idup PLU..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. WK, saya kagum dgn meor tapi saya doakan meor dpt menjarak hubungan dgn zaidi sbb sicomel yg ibarat sehelai kain putih, suci dan bersih perlu perlu diberi warna indah. Saya yakin meor yg tulus hatinya pasti mampu melakukan. Doa saya moga meor sentiasa dlm rahmat allah. Dipilih allah menjadi plu adalah dugaan sgt2 besar n allah tahu wk mampu berjihad menentang. Kami tak salahkan wk tapi kami will never let u walk alone. Allah tahu wk kuat n mampu berjuang, doa saya jannah buat anda.

      Delete
  2. meor, terkedu saya baca cerita awak nih....fuhhh...
    anak awak tu laki or gegurl?
    semoga awak dapat jaga dia dengan baik...alhamdulillah ade kasih sayang antara anak ngan aayah walau bukan anak dari darah daging sendiri...
    didiklah dia sebaiknya, syukur awak ade perasaan dan jiwa seorang ayah walaupon awak gay...
    awak bela dan jaga anak tu sebab awak sayang pada boipren awak yang polis tu ke?
    jangan nanti bile anak tu besar awak bercinta dengan dia sudahla yer...anggap la dia anak sahaja walaupon tiada pertalian darah pon dengan awak...
    jazakallah untuk awak...

    ReplyDelete
  3. Dugaan besar buat Meor tapi mesti berusaha utk keluar dr trauma silap. Sampaikan salam hormat saya buat meor kerana mampu jd anak n ayah yg baik. Perlahan2 hentikan perhubungan itu. Tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah

      Benar...pelahan2 pohon kepada Allah insyaallah perhubungan itu boleh di jarakkan lagi. Berhubung tentu boleh berjumpa memang perlu, kerana Meor memelihara anak lelaki Zaidi, tapi elak kan dari tidur bersama walaupun tidak berlaku aktiviti tersebut, walaupun Meor masih kuat mengawal diri tapi dimasa depan sukar nak kita pasti kan..

      Semoga kehidupan Meor dan Zaidi serta anak dan mereka disekeliling anda dimasa depan akan semakin diredhai Nya.....Ameen

      Delete
  4. harap abang najmi dpat edit blik post ni sbb sy rasa agak horney ble bce post ni.

    blan pose ni.hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nordin Jusoh,

      Ini ada lah email asal dari Meor kepada abang, kalau nak edit takut kisah yang nak Meor cerita kan itu tak kesampaian...gambaran apa yang berlaku tak nampak..

      Tapi terima kasih kerana menegur dan mengingatkan abang, bila abg fikir betul jugak kata2 Nordin itu, insyaallah abg try tengok macam mana dalam sehari dua ini, maybe kena edit buat masa ini dan akan disiarkan balik selepas Ramadhan......tengok macam mana...ya..

      Delete
  5. Allahuakbar...tak dapat nak di katakan dgn ayat yg .seindah mana Najmi bila bc entry ni...

    Ya Allah...
    Dia yg menjadikan duka itu berlapis- lapis tingkatnya...
    Dia juga yang mencipta gembira itu..berlapis - lapis nikmatmya...
    Dia juga yang mencipta hati itu berlapis- lapis dalamnya...

    Subhanallah...Maha Suci Allah...
    Moga syurga buat hati.anda yg sangat indah itu MEOR....

    Najmi....tak tahan air mata sy bila bc kisah Meor ni awk..

    wallahualam

    syukran jazillan

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran jazillan

      Dugaan setiap manusia tu berbeza-beza bentuknya tetapi tujuannya adalah sama diduga kerana Dia hendak menguji kesabaran dan kebijaksanaan diri kita dan menempatkan kedudukan mana yang sesuai untuk kita disana kelak...wallahuallam

      Delete
  6. saya terkesma. ada dua cinta yang dalam. saya juga ingin cinta seorang lelaki tapi bukan untuk seks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous

      Adat dalam dunia gay, saya percaya masih ada gay diluar sana, teringin rasa untuk bercinta dan merasai bagaimana diri dicintai dan disayangi, tapi oleh kerana mereka tahu hubungan itu haram, maka mereka mengelak dari melakukan seks,dan akan kata seks bukan sebab utama dalam perhubungan itu, mereka hanya mahu rasa diri disayangi sahaja.

      TETAPI sebagaimana yang kita tahu godaan syaitan itu ada, maka syaitan tak boleh berdiam diri kalau kita tidak terjebak, tidak mustahi lama kelamaan apabila sayang yang kita beri (atau dia beri) sudah sampai pada peringkat maksimum, kemungkinan kita akan terlanjur walau pun pada awalnya kita hanya mahu cinta sahaja bukannya seks.....

      Wallahuallam..hanya pandangan saya sahaja....:)

      Delete
    2. abg najmi, sy mempunyai masalah yg begitu besar brkaitan dgn diri sy..sy tiada tmpt untk mengadu..tlg la sy..sy besasa sungguh trtetekan dgn prjalanan khdpn sy.. :|

      Delete
    3. Anonymous,

      apa yang tertekannya...cerita aje kat sini, insyaaallah mana yang boleh abg tolong akan abg bantu dan nasihat kat sini

      Delete
  7. Membaca kisah meor, aku juga dalam dilema..

    ReplyDelete
  8. Tahniah buat meor sbab seboleh boleh nye menolak dr melakukan hubungan intim songsang . tp dlm waktu yg same inginkan belaian dr seorang lelaki . Bertuah meor , ade abg polis yg sudi mengisi hidup .sbg pasangan walaupun tanpe hubungan intim . Memang itu yg weolllzzz idam idamkan . Belaian seorang lelaki tanpe hubungan intim .
    weolllzzz tidakla setuju 100% , sbab hubungan tu tetap songsang , sementalah lg dgn lelaki yg dah berkeluarge . Kalu dpt jauhkan dr berhubungan sedemikian , lg bagus .
    Lagi satu , kalu bleh meor cube elakkan dr mendesak abg polis dr bercerita hal kalian dgn isterinye . weolllzzz rase x bagus utk kesihatan mental si isteri nanti . selagi boleh simpan , baik simpankan aje .

    ape2 pun , buat meor , PLU2 lain & diri weolllzzz sendri , kite kene sentiase USAHA & BERDOA utk ke jalan yg lebig diredhai ALLAH . Nafsu kite mmg xkan normal , tp kite mampu mengawal nafsu setan kite ni . wallahualam

    suamidamansara

    ReplyDelete
  9. ntah la abg najmi kadang kadang teringin nak ada bf seperti meor yang tak nak seks ha ha mana nak cari .... semua nak benda tuh ... satu dalam seribu jer ... teringin nak dikasihi , dicintai dan disayangi oleh bf ....

    hanya mampu melihat pasangan lain bahagia tak kira la yng straight atau songsang . tak mampu anak ber bf takut kene mintak yang bukan bukan. abg nakmi boleh tlg carikan ha ha ha hai kenapalah aku songsang puas memikirkanya .Semoga Allah melindungi kita dari berbuat sesuatu yang salah ...


    Azri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azri,

      Abang pun terkontang kanteng heeee, yang penting kena sabar lah, kenapa diri itu songsang, hanya Allah sahaja yang tahu kenapa kita dipilih, pasti ada hikmah disebaliknya kan....

      Delete
  10. najmi ,,,,nma sya xsal aku berasal dari sandakan sabah ,,,,aku nak tnya sikit lah ,,boleh kah lelaki gay ni berubah and brapa lama lelaki gay ni dapatpulih sepenuhnya ,,,,? and jika dia kahwin nnti adakah dia akan menjadi lalaki normal ,,,,? pertanyaan saya yang terakhir ,,,,kenapa boleh ada perasaan macam songsang ni ,,,,,??????

    ReplyDelete
    Replies
    1. yoga agus

      Salam..pandangan saya lelaki gay memang tidak dapat mengubah naluri tersebut TETAPI mereka hanya boleh mengawalnya sahaja. Ianya tak akan pulih terutama dikalangan gay yang tegar (pure gay)

      Kalau seseorang itu bersifat biseksual yang mana mereka berminat pada kaum lelaki dan kaum wanita, mereka ini lah yang boleh hidup berkeluarga sekiranya mereka dapt swirch off terus (mengawal) naluri pada kaum sejenis. Mereka boleh berusaha mengawal diri dr terus melakukan seks sejenis.

      Sekiranya mereka ini mampu mengawal diri insyaallah selepas berkahwin mereka boleh menjadi seperti lelaki normal lain (yang tidak melakukan seks sejenis lagi) TETAPI dlm masa yang sama masih ada naluri sukaa pada lelaki sebab pandangan saya naluri itu memang tak dapat dihilangkan

      Sebab ada perasaan songsang itu? Kerana Allah mahu menguji diri kita, sama ada kita mampu mengawal diri, sekiranya kita boleh mengawal diri maka insyaallah surga lah milik kita nanti. Itu juga dikatakan jihad melawan nafsu, sama lah dg naluri seorang lelaki yang kuat seks dan suka bermain dg berbagai2 pasangan luar nikah.

      Kita antara insan yang dipilih menjadi songsang, sama lah juga dengan mereka yang dipilih Allah mempunyai kecacatan fizikal seperti dilahirkan buta, dilahirkan tanpa tangan atau kaki atau dilahir kan mempunyai sifat "down sindrom". Semuanya kerana Allah nak menguji diri kita.

      Wallahuallam..

      Delete
  11. BILA BACA NI RASA MCM KENAL PULAK ORG NI,,,TAPI TAKUT SALAH ORG,,,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Adakah Meor tu kawan anonymous??? mungkin kebetulan kisah hampir sama aje kut...:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST