Friday, 12 July 2013

KAYUH LEBIH 20KM DIPETANG HARI PERTAMA PUASA DALAM BULAN RAMADHAN

Semalam hari pertama kita berpuasa dalam bulan Ramadhan, alhamdulillah kerana Allah telah pertemukan saya sekali lagi untuk menghidu udara Ramadhan, harapan saya agar udara Ramadhan tahun ini dapat saya sedut sehingga ke akhir bulan.

Saya bangun sahur pukul 5 pagi, sedikit lewat kerana sebelah malam saya tidur lewat kerana terpaksa membalas komen pembaca blog dan melayan email yang dikirim serta cuba membuka FB tetapi kecewa kerana “line” begitu slow sehingga sukar untuk saya membalas message. Hari ini juga line masih slow, al-maklumlah bayar kat pakej Celcom yang paling murah (bukan saya bayar pun). Hendak membuka dashboard blog pun berjam.

Pagi pertama sahur, sebaik terjaga saya telan secubit habatus saudda serta madu yang telah dicampur dengan habatus sauda (yang baru dibeli) kemudian saya makan sedikit nasi serta Quaker Oats (multigrain Cereal). Memang bijirin inilah yang selalu saya jadikan snack terutama ketika mengadap TV setiap petang atau malam. Dan saya minum segelas besar air suam, selepas solat subuh saya kembali membuta.


Hari pertama Ramadhan kehidupan saya seperti biasa, tetapi pada pukul 3.10 petang saya terpaksa keluar rumah kayuh ke hospital yang jaraknya hampir 10km. Cuaca agak panas, malas nak keluar sebenarnya tetapi terpaksa juga keluar kerana pada hari pertama berpuasa dalam bulan Ramadhan ini, adalah tarikh darah saya perlu diambil.

Saya sarung seluar tracksuit ditarik dihingga ke paras bawah lutut dan kenakan t-shirt berwarna kelabu dengan tulisan beberapa perkataan berwarna yang saya lakarkan sendiri serta menggalas beg "tatanka" berwarna hitam. Saya sapukan sedikit "sunscreen", kenakan earphone ditelinga mendengar lagu kegemaran dan
kemudian mula mengayuh

Disepanjang perjalanan hari ini fikiran saya melayang fikirkan bagaimana keadaan saya apabila tiba masanya, kesihatan saya tidak mengizinkan saya untuk terus mengayuh? Bila sudah tua (jika dipanjangkan umur)?

Bagaimana nak ke hospital ambil darah? 

Bagaimana nak ambil ubat setiap bulan? 

Bagaimana nak hadir jumpa doktor?

Kerana sepanjang hidup saya sebagai PLHIV urusan ke hospital saya lakukan sendiri dengan mengayuh, tidak pernah saya minta bantuan ahli keluarga lain kerana saya tidak mahu mereka mengesyaki akan "penyakit" yang saya sedang tanggung selama ini. Segalanya masih rahsia. Hari ini alhamdulillah walaupun sudah menjangkau usia 45 tahun (lebih dah kut) saya masih mampu kayuh, tapi bagaimana bila usia semakin meningkat?

"Naik bas ajelah", saya sendiri bagi idea menjawab kepada persoalan yang saya sendiri timbulkan itu. Tapi terpaksa parking kan basikal diperhentian bas yang terletak kira-kira 3 km dari rumah dan terpaksa naik 2 bas untuk sampai ke hospital? Kalau nak naik 1 bas aje, bermakna dari pusat bandar kena jalan kaki aje lah ke hospital, agak jauh tapi tak mengapa "excersice" jugak tu, pujuk hati saya kepada diri saya sendiri.

 
Saya sampai di hospital hampir 3.40 petang, setengah jam kayuh itu pun kira laju tu, kalau sebelah malam saya boleh kayuh lebih laju dari waktu itu, secabuk-cabuk kenderaan yang tidak bermotor ni lah yang telah bersusah payah bersama saya selama ini. Sudah hampir 7 tahun roda dua yang dibeli "second hand" ini telah berjasa kepada saya....Syukur


Alhamdulillah tidak pulak ada rasa letih atau penat disepanjang kayuhan 10 km saya menuju ke hospital itu.

Petugas di kaunter pendaftaran ambil darah

Kebiasaan kalau disebelah petang, pesakit memang tidak ramai jika dibandingkan dengan sebelah pagi. Ketika saya sampai tak ada orang, selesai pendaftaran nama saya dipanggil masuk ke dalam bilik yang dahagakan darah tu. Selesai darah diambil, saya ke toilet isikan air kencing pula dalam bekas kecil yang diberi. 

Tak sampai pukul 5 petang segala urusan selesai.

Saya tak balik kerumah, sebaliknya saya kayuh ke Yik Foong Complex sebab nak jumpa cina penjual fon, kemudian saya singgah di UTC (
Pusat Transformasi Bandar) yang terletak disebelahan, sebab area UTC ada line internet FREE, malangnya sepanjang dalam bulan Ramadhan ini UTC akan ditutup awal pada pukul 5 petang. So saya yang baru nak duduk kat bangku dalam bangunan ini kena halau keluar huhuhu....

Nak tak nak terpaksalah balik ke rumah. So hari pertama puasa, saya sudah kayuh lebih 20km. Alhamdulillah excercise jugak tu kan. Alhamdulillah memang tidak ada rasa penat, tak ada rasa letih, saya rasa seperti biasa, mungkin kerana saya telah terbiasa. 


Aktiviti seperti ini pasti akan terus dilakukan disepanjang bulan puasa ini, itu sudah pasti kerana saya akan kerap ke bandar dalam bulan Ramadhan ini, banyak hal yang perlu saya bereskan nanti.



"BENGKOK"

Malam ini malam ke dua saya tarawih dimasjid berdekatan rumah, malam pertama saya hanya lakukan dirumah aje. Semalam jumlah jemaah agak ramai yang datang ke masjid tetapi hari ini nampak sangat kurangnya tapi bukan itu yang nak saya ceritakan.

Macam biasa kanak-kanak kecil ramai yang datang memeriahkan suasana masjid dengan telatah mereka berlari berkejaran, saya perhatikan seorang kanak-kanak lelaki berkopiah hitam berusia  dalam lingkungan 4 atau 5 tahun yang dibawa bersama oleh bapanya ke masjid sedang duduk bermain permainan ala-ala "one two som" bersama rakannya dihadapan saya semasa menunggu solat tarawih dimulakan. 

Gaya tangan kanak-kanak lelaki kecil itu benar-benar "bengkok" jatuh terletak cantik dibahu  kanan sebelah leher semasa bermain. Memek wajah serta lagak dan kelakuannya tidak seperti kanak-kanak lelaki lain. Adakah dia juga bakal menjadi "bengkok" apabila dewasa kelak? Hanya Allah sahaja yang tahu. 

Semoga ayah dan ibunya nampak akan kelainan tingkah laku kanak-kanak ini lebih awal dan boleh mendidiknya dengan sebaik mungkin terutama dalam bab berkaitan agama, agar apabila ditakdirkan dewasa kelak, walau "bengkok" atau patah riuk macam mana sekali pun iman didadanya tetap kuat dalam melawan segala dugaan hasutan syaitan. 

Kehidupan kanak-kanak kecil ini dimasa depan terutama didalam zaman IT ini pastinya lebih mencabar, hanya dengan mempunyai kekuatan iman yang "mantap" didada sahaja insyaallah dia akan terselamat dari segala dugaan dalam kehidupan yang bakal dia tempuhi kelak. Akan selamat didunia dan selamat diakhirat. 


USIA 6 TAHUN SUDAH PANDAI TERANGSANG













2 comments:

  1. Ini kisah hidup abang naj mi ke cerita pasal orang lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous,

      Kalau kisah orang lain abang akan beritahu kisah itu adalah kisah orang lain, abang akan bagitahu kisah itu kisah dari pembaca yang mengirim email pada abang.

      Kalau kisah yang abang dapat dari sumber lain, akan abang akan link kan dari mana sumber itu abg dapat....

      Kalau dibawah sesuatu entry tu di bahagian LABEL tertulis "saya" itu adalah kisah abang....:)

      Delete

LABELS

10 sepuluh (28) 4 peringkat hiv sebelum menjadi aids (1) 5 lima (11) adik MS (4) aids kaitan dengan penyakit kulit (1) aku plhiv redha (1) amenia dan hiv (1) apa itu hiv apa itu aids (1) aplikasi (4) asas tentang hiv/aids (6) baby free hiv (10) bacha bazi (1) bagaimana hiv berjangkit? (3) bagaimana hiv tidak berjangkit? (2) barah otak (1) baru diagnosis hiv (13) basikal (2) bengkak puting tetek (3) berapa lama kuman hiv bertahan diluar badan (1) berbekam (1) berita hiv/aids (112) bisekual (21) buku dan majalah (16) buku informasi hiv/aids (3) buku kehidupan yang positif (10) buku nota hiv/aids (4) buku panduan HIV Levi Strauss (3) cara mengetahui samada saya telah dijangkiti hiv? (1) CD4 (6) CMIA principle test (2) dairy kehidupan (342) delima (pomegranate) (2) derma darah (4) diabetes (3) Efavirenz (3) fakta (10) fidyah (1) filem (17) gonorea (3) HAART (27) habbatus sauda (nigella sativa) (1) harga ubatan (6) hari aids sedunia (12) hepatitis (3) herpes (9) herpes zoster (1) hiv bukan hukuman mati (1) hiv bukan penyebab aids (1) hiv kaitan dengan antidepresan dan penggunaan dadah (1) hiv kaitan dengan hipertensi dan osteoporosis (1) hiv kaitan dengan jantung dan diabetes (2) hiv kaitan dengan kanser dan ginjal (1) hiv kaitan dengan kemerosotan otak dan lemak (1) hiv kaitan dengan makanan dan supplemen (2) hiv kaitan dengan rokok dan alkohol (2) hiv test kit (8) homosekual (7) hukuman jenayah seksual luar tabii (2) icon (11) insurans/pinjaman peribadi plhiv (3) istilah yang perlu dielakkan (1) jangkitan dan simptom hiv (6) jangkitan hiv kali ke dua (2) jangkitan opportunistik (JO) (2) kaitan tidur dan hiv (1) kandida/fungus (1) kanser (12) kanser hidung (3) kanser payu dara lelaki (3) kaposi sarcoma (1) kaunseling telefon nombor (4) kelenjar tiroid (1) kesan sampingan (8) kesihatan (11) ketuat genital (4) keyakinan kemurungan kebimbangan terhadap hiv (20) khatan (7) kondom (3) lebah dan hiv/aids (3) lesbian (9) LGBT (31) lipoatrophy (5) liwat (14) luar negara (57) madu (1) majlis AIDS malaysia (MAC) (1) maklumat hiv/aids (158) mengapa perlu lakukan ujian hiv awal? (2) methadone maintenance therapy (MMT) (1) MFZ (3) minda jasmani rohani (1) mitos hiv (5) mulut dan gigi (1) MylifeMystoryPT (6) NAJMI (56) najmi jumpa doktor (9) nelayan dan hiv (1) nukilan (1) nyamuk (3) onani (2) organ hati/hepatoksisiti (1) p t foundition (2) panduan/petua (47) peenyembuhan penyakit hiv/aids (1) pemakanan (1) penagih dadah (13) penawar HIV/AIDS?? (2) pengenalan hiv/aids (1) penuaan (1) penyakit kelamin (30) pep - post exposure prophylaxis (2) peria katak (1) perkahwinan (70) photo (11) PLHIV (175) pneumonia (1) positif thinking (1) prosedur melangkah jalani ujian hiv (3) puasa (17) rawatan (8) rawatan dan sokongan bantuan (1) rawatan peringkat ke 2 (2) red ribbon (1) remaja bawah umur dan hiv (6) rencana/artikel (58) risalah (12) rogol (9) rumah perlindungan hiv (23) rumah wahidayah (9) RVD (RetroViral Disease) (1) sajak (1) sauna (2) saya positif (9) sejarah hiv/aids (5) seks dan hubungan (28) selebriti (13) sembuh cara islam (2) senaman (2) siapa hendak diberitahu? (3) sifilis (4) skim PAL (2) SLE (Systemic Lupus Erythematosus) (1) SLN30 (1) soaljawab (89) solat (2) songsang (286) spirulina (1) stavudine (1) stigma/diskriminasi (27) stress (3) sub-jenis jenis golongan dan jenis hiv (1) tatoo dan tindik (1) TB tuberculosis (4) TENVIR EM dan STOCRIN (2) top vs bottom (1) travel dan plhiv (9) truvada pil pencegah hiv (1) ubat generik (2) ujian air kencing (2) ujian hiv imun cd4 dan viral load (2) ujian saringan hiv (15) umrah dan haji (4) urusan jenazah (6) video (83) viral load (5) wanita (119) window period 14 days (3) zakat (1) zali dan lisa (4) zoophilia (1)

RECENT POST